Wednesday, March 4, 2009

Betulkah?

Alhamdulillah, Segala Puji Bagi Allah, Tuhan sekalian alam, aku menyambut kehadiran bulan Mac 2009 dengan sesuatu yang agak menggembirakan. Selama 2 bulan pertama aku struggle untuk menyiapkan tugasan aku, akhirnya siap juga laporan yang harus aku serahkan pada bos besar. Sungguhpun aku menangguhkan selama satu bulan tarikh sepatutnya aku menyerahkan laporan tersebut, aku tetap bersyukur akhirnya aku dapat juga menghantar laporan tersebut.

Memang agak perit la aku selama sebulan terakhir tu, boleh kata hampir setiap hari immediate boss aku bertanyakan pasal laporan tersebut. Berlaku juga beberapa perbalahan antara aku dengan bos aku, tapi itulah lumrah bekerja. Mana ada yang dapat nak sesuaikan dengan kepala masing-masing, yang penting kami sangat professional, kiranya berbalah dari segi kerja dan tidak melibatkan hubungan peribadi. Lepas berbalah kami masih boleh duduk makan bersama, keluar pergi kenduri bersama seperti tiada apa yang berlaku.

Aku sebenarnya memasuki awal bulan Mac ni dengan satu petanda negatif, iaitu si dia. Aku pun tak faham, apa yang dia fikirkan dan kenapa dia seperti mengasingkan diri daripada aku selepas kami keluar bersama tempoh hari. Kalau dulu dia mungkin boleh beri alasan bahawa malu dengan rakan sepejabat, tetapi masa kami keluar tempoh hari, tiada siapa yang tahu. Melainkan kalau dia sendiri yang beritahu atau kecoh pada orang lain. Memang benar telahan aku bahawa si dia menyampaikan perkhabaran tersebut pada orang lain. Memang tak boleh dipercayai langsung si dia ni. Selama ni aku berniat baik dan bersangka baik pada dia, namun sia-sia. Dia pun satu hal juga, ingat orang yang dia cerita tu boleh percaya ke? Kalaupun dia dah kenal orang tersebut lebih lama, tetapi orang itu bukanlah orang yang boleh dipercayai. Senang cerita dia dan orang tu tak boleh dipercayai.

Selepas aku mengetahui dia mempunyai sikap yang tak boleh dipercayai, maka seperti yang aku pernah jelaskan, kalau usaha aku seperti sia-sia, aku akan tekan stop terus. Memang kali ni aku dah nekad 100%, aku tak akan mahu ada apa-apa hubungan dia baik dari segi kerja mahupun peribadi. Memang aku tak akan tegur dia dah lepas ni. Sorry to say lah, aku bosan dengan sikap manusia yang tak boleh dipercayai ni. Kalaupun aku pernah sukai dia, tetapi ianya bukanlah satu jaminan untuk aku tidak menyukai dia. Seperti yang aku pernah terangkan sebelum ini, ada kala kita boleh sukakan seseorang dan tidak mustahil kita akan membenci orang yang kita suka, begitu juga sebaliknya. So sama seperti kisah pasangan aku, aku akan tutup buku terus dan tak mahu cerita pasal dia lagi dah. Full stop.

Alhamduillah lah berdasarkan pengalaman perit yang aku pernah hadapi dahulu, mengajar aku untuk menerima hakikat kepahitan dan keperitan kegagalan dalam usaha aku selama ni. Mujurlah aku dapat siapkan tugas aku, tu yang buat aku tak rasa sedih sangat. Lagipun aku memang dah set target aku, aku tak akan bersedih lagi kerana aku dah tak mahu layan pasal kisah sedih ini lagi. Aku nak hidup aku sentiasa gembira sungguhpun kadangkala aku akan hadapi episod sedih. Tak mengapalah, lupakan pasal si dia yang hanya menambah derita dalam hidup aku.

Tak lama selepas itu macam-macam perkara yang tidak disangka berlaku. Bermula dengan bertemu semula kawan lama semasa diuniversiti dahulu sehinggalah kepada satu panggilan telefon misteri dari seorang kawan lama semasa aku di bangku sekolah rendah lagi. Kalau kira aku dengan dia ni dah tak jumpa dalam 4-5 tahun lamanya dan memang tak pernah bertelefon selama ini. Secara tiba-tiba sahaja dia muncul kembali dalam hidup aku. Sangat mengejutkan. Macam mana dia dapat nombor telefon aku tu aku tak hairan sangat kerana dia ni rapat dengan sepupu aku yang paling rapat. Tapi masa aku bertanyakan sepupu aku pasal dia ni, sepupu aku menafikan bahawa dia memberikan nombor telefon aku, jadi aku tertanya jugalah dari mana dia dapat nombor telefon aku. Tapi aku belum berkesempatan untuk bertanyakan hal ni. Masa memula dia telefon tu, aku ingatkan kawan lama universiti aku yang telefon, rupanya bukan. Maka aku pun seperti tidak tahu nak kata apa. Aku pun layan sahajalah.

Kalau nak ikutkan sejarah, memang aku pernah ada hati pada dia ni, tapi memang dia tak layan aku, maka aku pun tak mahulah teruskan. Parents aku pun sebenarnya lebih gemar kalau aku bersama dia ni, dan aku dapat perkhabaran daripada ibu aku bahawa ibu dia ni juga seperti menaruh harapan agar aku dapat bersama anaknya. Tapi mungkin jodoh aku dengan orang lain sebelum ini, maka aku pun pasrah sahajalah. Apa yang menambahkan rasa pelik aku, pasti dia tahu aku sudah mendirikan rumah tangga, mesti dia juga ada terdengar cerita mengenai masalah rumah tangga yang aku hadapi, maka sebab itulah dia berani menghubungi aku sungguhpun sebelum ini dia langsung tidak pernah nak ambil tahu pasal aku pun. Tak mengapalah, mungkin secara tiba-tiba dia teringat kawan lama dia ni.

Sekarang ni aku memang agak keliru dan seperti tertanya-tanya, apakah yang akan terjadi selepas ini. Ialah, aku pernah tengok dan dengar cerita yang lebih kurang macam ni la, ada pasangan yang berkahwin merupakan kawan lama dari bangku sekolah selepas bertemu semula setelah bertahun tidak bertemu. Bukanlah berharap apa cuma dalam keadaan sekarang aku dah mula merasai impak kesunyian dalam hidup. Memang aku tak mahu fikir pasal pasangan lagi buat masa ini tetapi aku tidak dapat menafikan terkadang aku terasa kosong dan sunyi. Aku juga perlukan teman bicara.

Aku pun tak tahu apakah yang aku buat sebenarnya. Aku sengajalah menghubungi dia dari pejabat untuk berlakon, tetapi aku tidak mahu buang masa, maka aku jelaskanlah bahawa akulah yang telefon dia. Aku pun bertanyalah pada dia adakah dia akan pulang ke kampung hujung minggu ini memandangkan cuti panjang, dia mengatakan ya dan akan balik hari Jumaat malam. Entah bagaimana secara tiba-tiba terpacullah dari mulut aku yang agak cabul ni mengajak berjumpa dikampung nanti, tidak disangka dia mahu dan menyuruh aku menjemput dia dari rumah keluarga dia. Aku pun tidak kisah memandangkan aku juga kenali keluarga dia, cuma mungkin aku akan agak segan memandangkan keluarga dia tahu aku sudah berumah tangga, tetapi pada aku tak kisahlah kerana aku hendak jumpa kawan lama aku. Seperti nasihat kawan baik aku, aku perlu betulkan niat aku untuk bertemu dia nanti, jangan fikir yang bukan-bukan. Memang kalau aku ada masalah sebegini, aku bersyukur bahawa aku ada kawan rapat yang boleh berkongsi masalah dan memberikan pandangan dan nasihat.

Kalau ikutkan aku memang dalam keadaan yang sangat terkejut sekarang ini. Memang terkejut dan aku tertanya pada diri aku sendiri, betulkah ini? Betulkah? Aku kebingungan dan tiba-tiba rasa macam tak berapa kena. Rasa macam excited pun ada nak tunggu hujung minggu ni, rasa macam takut pun ada. Perasaan aku bercampur baur. Mungkin ini mainan perasan aku sahaja, aku tak boleh nak fikir lebih-lebih. Apa yang boleh buat aku fikir lebih ni kerana sekarang aku sangat free. Maksud aku kepala aku pun dah ringan dari beban kerja sebelum ini dan aku tak memikirkan pasal orang lain lagi. Jadi ruang fikiran aku sangat luas dan aku punyai banyak masa untuk fikir benda-benda yang karut marut ni. Tak mengapalah, kita tunggu dan lihat sahajalah apa yang akan terjadi selepas ini. Aku bergerak ikut keadaan. Kalau baik, baiklah dan kalau boleh janganlah tak baik. Itu sahaja. Sebelum aku akhiri artikel ini, aku ingin nyatakan bahawa dalam kepala aku masih dikelilingi dengan pertanyaan betulkah? Betulkah?

No comments: