Wednesday, May 28, 2008

Tun Mahathir - Pemimpin Terunggul

Aku dibesarkan dalam zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir. Sepanjang 22 tahun Tun mentadbir negara telah banyak pembangunan untuk rakyat Malaysia yang dibuat. Malah nama Malaysia semakin gah diserata dunia.

Sepanjang pentadbiran Tun, memang ada turun naiknya. Tapi kalau nak dikira, lebih banyak jasa yang telah Tun taburkan untuk rakyat Malaysia. Kebijaksanaan Tun memimpin negara tiada siapa yang boleh menyangkal lagi. Sepanjang memerintah negara Tun mempunyai 4 orang Timbalan yang bertukar ganti. Dalam 4 orang yang pernah menjadi orang no 2 Tun, yang paling baik sekali ialah Allahyarham Tun Ghafar Baba.

Tun Mahathir merupakan seorang yang bijak dan memang dianugerahkan untuk menjadi pemimpin yang terunggul. Menurut satu kajian, Amerika Syarikat memerlukan tempoh masa selama 200 tahun untuk menjadi terkenal seperti sekarang, tetapi Tun Mahathir hanya mengambil masa 22 tahun untuk meletakkan Malaysia terkenal diseluruh dunia. Keberanian Tun dalam menetang dasar-dasar barat amat mengkagumkan. Ketika negara dilanda kegawatan ekonomi, Tun tidak tunduk dengan desakan untuk meminjam dari IMF.

Kalau nak diceritakan sumbangan dan jasa yang telah Tun Mahathir buat pada Malaysia, memang tidak terkira. Malah kalau nak digarap kesemuanya, tak cukup satu page blog nie. Boleh bikin satu buku tebal untuk menceritakan segala sumbangan Tun selama ini.

Apa yang mengecewakan adalah sekarang ini pihak kerajaan Malaysia tidak mahu mempedulikan pandangan dan nasihat Tun Mahathir. Negara-negara luar berebut-rebut nak minta pandangan dan nasihat Tun sungguhpun Tun telah melepaskan jawatan sebagai PM. Pemimpin negara sendiri yang bongkak dan sombong tak mahu mendengar nasihat Tun yang jauh berpengalaman. Malah ramai menteri yang dok kutuk Tun sedangkan rata-rata menteri yang ada adalah bekas menteri yang pernah dilantik oleh Tun sendiri.

Memang tidak dinafikan, dalam 22 tahun memerintah, terjadi juga beberapa perkara yang tidak elok. Namun apa guna kita nak kenang 2-3 perkara yang tak elok sedangkan jasa dan sumbangan Tun tak terkira? Ibarat kacang lupakan kulit. Inilah yang terjadi kepada rakyat Malaysia sekarang dimana terus melupakan jasa dan sumbangan Tun selama ini.

Tun Mahathir terbukti seorang pemimpin yang berwawasan. Sepanjang Tun memerintah negara, harga barang walaupun naik, tetapi tidak lah mendadak. Harga minyak naik, tapi tak la naik sampai 25 sen dalam satu masa.

Sekarang ini apakah wawasan 2020 yang dilancarkan oleh Tun akan menjadi kenyataan? Kalau nak diikutkan, tinggal lagi 12 tahun untuk ketahun 2020. Tapi dalam keadaan sekarang, nampak gayanya macam tak ada harapan je.

Sebagai seorang penyokong setia Tun, aku memang merasa sedih bila melihat Tun melepaskan jawatan PM, namun aku tetap realistik kerana takkan kita nak terus harapkan Tun pimpin negara. Ini kerana Tun pun perlukan masa untuk dirinya setelah menyumbang bakti kepada negara selama 22 tahun. Memang Tun perlu berehat walaupun pada dasarnya Tun merupakan seorang yang kuat bekerja. Itulah sebabnya selepas bersara Tun masih aktif dalam memberi ceramah dan forum di dalam dan luar negara.

Aku sentiasa berdoa agar Allah panjangkan umur Tun dan semoga Tun sihat sejahtera demi memperjuangkan hak rakyat Malaysia. Mungkin dalam kebijaksanaan Tun, Tun tersilap pilih pengganti yang diharapkan dapat membangunkan negara. Memang pada mula aku memikirkan tidak adil untuk buat perbandingan antara Pak Lah dengan Tun, tetapi oleh kerana keadaan yang semakin meruncing sekarang ini, aku lebih memihak kepada Tun Mahathir. I'm very sorry Pak Lah, you are not capable enough to lead this country. Although you are the cleaness among others, but you have no carisma to become a leader. You should step down for the sake of Malaysian.

Tun Mahathir telah meletakkan penanda aras yang cukup tinggi buat pemimpin yang seterusnya. Oleh yang demikian, bagi mana-mana wakil rakyat yang dok mengintai post no 1 Malaysia ni, rajin-rajinkanlah merujuk atau meminta pandangan dan nasihat daripada Tun Mahathir. Tidak ada ruginya mendengar pandangan Tun Mahathir kerana Tun telah buktikan kejayaannya sebelum ini. Tun memang dalam kelas tersendiri. Tun tidak buang masa main golf, tak buang masa untuk hadiri program-program hiburan yang melekakan dan yang paling utama Tun kekalkan sistem pentadbiran Islam tanpa perlu mengenalkan konsep Islam Hadhari yang telah disangkal oleh ramai ulama dinegara ini.

Teruskan perjuangan mu Tun Mahathir bagi menyelamatkan Malaysia. Khidmat dan sumbangan Tun masih diperlukan bagi menjamin kesejahteraan rakyat Malaysia.

Pentadbiran Kerajaan Berpolitik

Umum sedia maklum, sekarang ini keadaan negara di tahap yang agak kritikal walaupun kita didedahkan dalam media massa bahawa keadaan negara bertambah baik.

Apakah pihak kerajaan fikir rakyat sekarang boleh dikaburi melalui media massa yang rata-rata dikawal oleh pihak kerajaan? Zaman sekarang sudah berubah dimana rakyat tidak hanya bergantung dengan media massa yang dikawal oleh kerajaan. Rakyat boleh menperoleh pelbagai informasi dari tempat lain seperti internet dan lain-lain lagi.

Apa yang ingin diutarakan disini adalah seperti tajuk yang tertera diatas, pentadbiran kerajaan berpolitik. Jangan disalahkan pegawai kerajaan yang banyak melakukan salah guna kuasa dan korupsi. Ini kerana pihak kerajaan negara yang dibentuk pun mengandungi individu-individu yang korup. Pak Lah mengatakan bahawa barisan kabinetnya kali ini terdiri daripada wakil-wakil rakyat yang mempunyai rekod yang bersih. Boleh percaya ke? Mungkin la kot, daripada ramai-ramai wakil rakyat BN, yang terpilih antara yang terbersih, nak kata clean 100%, susah nak percaya.

Mengapa blog mengenai isu ini timbul? Ini adalah hasil daripada keputusan kerajaan Pak Lah yang sanggup mengikut tuntutan Cuepacs menaikkan umur persaraan ke 58 tahun. Pasti ada pegawai atasan yang 'cucuk' kat presiden cuepacs supaya menuntut perkara ini. Apa relevannya melanjutkan usia persaraan? Bagi pegawai-pegawai yang berkepentingan dan dah seronok pegang kuasa, sudah tentu mereka gembira dengan tindakan kerajaan ini. Bagaimana pula nasib beliawan/graduan atau bakal graduan nanti? Statistik menunjukkan tahap pengangguran di Malaysia melebihi 40,000 orang. Setiap tahun IPTA dan IPTS melahirkan beribu-ribu orang graduan bagi menambah bilangan graduan yang sedang menganggur. Peluang pekerjaan tidak banyak, malah dibenarkan pegawai yang sudah patut bersara untuk menyambung perkhidmatan lagi. Apakah relevannya semua ini?

Untuk memasuki ke perkhidmatan awam bukanlah suatu yang mudah. Perlu melalui peperiksaan, kursus, temuduga dan macam-macam lagi tapisan. Ada yang sudah berjaya temuduga pun tidak dapat masuk kejawatan kerajaan kerana politik dalaman yang memberi ruang kepada sanak saudara atau kroni untuk memasuki perkhidmatan kerajaan. Jangan katakan post pegawai, untuk mohon jadi PAR atau pun pemandu pun kena guna 'cable' sekarang ni. MasyaAllah, betapa teruknya korupsi dikalangan pentadbiran kerajaan sekarang ini.

Kerajaan sekarang sudah tidak lagi relevan selagi orang-orang yang menyalahguna kuasa terus berkuasa. Dasar-dasar dan pekeliling semua diaorang yang buat dan mestilah diaorang buat atas dasar kepentingan peribadi. Dulu kita susah nak tengok pegawai kerajaan pakai kereta mewah, tapi sekarang usah cakap la, second car pun kereta mewah (bagi pegawai kanan kerajaan la). Tak ke pelik tu? Mana la diaorang dapat banyak duit cam tu? Bukan lah nak berdengki, sesekali terasa bangga la bila tengok bangsa aku sendiri pakai Mercedes Benz pergi kerja, tapi yang buat aku rasa meluat tue, bila diaorang ni dah berkuasa, senang-senang je nak pijak orang bawah. Bagi mana-mana pegawai muda yang tak ikut telunjuk diaorang, senang-senang je diaorang tukarkan ke merata tempat atau paling syadis ditamatkan perkhidmatan. Mentang-mentang la diaorang pegang kuasa, bila dikomplen pasal salah laku diaorang ni pun tak de siapa yang berani nak ambil tindakan termasuk la yang post no 1 kerajaan. Bagi pegawai-pegawai muda dan baru yang sanggup dicucuk idung macam lembu, biarpun buat salah, tetap dibela.

Inilah yang dinamakan politik dalam pentadbiran kerajaan. Kalau nak diikutkan banyak lagi penyalahgunaan kuasa yang berlaku disektor kerajaan. Antaranya kalau dahulu kakitangan kerajaan tidak dibenarkan buat kerja lain selagi memegang jawatan di perkhidmatan kerajaan. Sekarang ni, usah katakan kakitangan sokongan yang sibuk buat pelbagai kerja lain seperti direct selling dsb, pegawai-pegawai atasan pun sibuk ceburi pelbagai bisnes. Cuma bezanya ikan bilis makan sikit ikan paus makan banyak la (sendiri mau ingat la!).

Pentadbiran kerajaan tidak setelus seperti yang diharapkan oleh Pak Lah. Disetiap kementerian dan agensi-agensi pusat masih mempunyai pegawai-pegawai yang menyalahguna kuasa. Kalau BPR nak siasat, mau makan tahun baru selesai.

Apa yang diharapkan sekarang ini adalah supaya kerajaan Pak Lah ni membuat satu perubahan drastik bagi memulihkan keadaan ekonomi negara yang kian meruncing. Jangan nanti yang kaya bertambah kaya dan yang miskin menjadi papa kedana. Sama ada Pak Lah perlu undur atau tidak, itu bukan satu jalan penyelesaian, seluruh sistem pentadbiran dari akar umbi perlu diperbaiki bagi menjamin kesejahteraan negara.

Bagi wakil-wakil rakyat yang telah dipilih, ingatlah, amanah yang rakyat dah berikan supaya nasib rakyat terbela. Bagi penjawat awam yang sedang bekerja, gunakanlah peluang yang ada untuk berkhidmat dengan 'Bersih, Cekap dan Amanah.'. Ingatlah, kerja merupakan satu ibadah dan gaji yang diperoleh perlu bersesuaian dengan sumbangan yang diberikan. Janganlah menyalahguna kuasa bila berada diatas kerana suatu hari nanti akan ke 6 kaki bawah juga akhirnya. Jadikanlah peluang berkerja dengan kerajaan sebagai menjaga amanah rakyat Malaysia dan harus diingat, kalian merupakan golongan yang terpilih untuk berkhidmat dengan kerajaan. Nasib kalian baik jika dibandingkan dengan nasib graduan lain yang masih menganggur diluar sana.

Thursday, May 22, 2008

Tindakan Terhebat Tun (TTT)

Assalamualikum Tun,

Saya adalah antara penyokong setia Tun dan saya akan terus menyokong Tun walaupun ramai ahli Umno yang hipokrit dan takut akan Pak Lah! Walaupun saya hanya ahli Umno biasa, tetapi saya juga telah mengambil langkah sama dengan meninggalkan parti Umno sebagai sokongan terhadap tindakan Tun.

Saya harap lebih ramai yang berbuat meninggalkan parti bagi menyedarkan Pak Lah betapa beliau sudah tidak lagi relevan untuk jadi PM.

Pak Lah, undurlah demi kesejahteraan negara dan Umno serta BN! Jangan nanti bila BN dah jatuh baru nak menyesal. Pe la liat sangat nak undur? Rakyat dah tak suka, sedar la diri. Tolong la Pak Lah.

Bagi orang ramai diluar sana, sama-samalah kita menyokong tindakan Tun. Kenapa kita kena kritik Tun sedangkan beliau sudah terbukti memimpin negara dengan baik sebelum ini. Kita dah tengok Pak Lah tadbir negara satu penggal. Apa yang dah Pak Lah buat selain menaikkan harga barang dan kahwin lagi? Pak Lah kena bertanggungjawab di atas kegagalan BN dalam PRU yang lepas. Pak Lah juga tidak dapat mendapat sokongan penuh institusi diRaja dimana 2 negeri kerajaan BN (Perlis dan Terengganu), Raja Perlis dan Majlis Penasihat diRaja Terengganu tidak bersetuju dengan pelantikan Menteri Besar yang dilantik oleh Pak Lah. Apakah rakyat buta atau pekak? Apakah Pak Lah tidak rasa ianya sudah tidak relevan?

Undurlah Pak Lah sebagai seorang yang gentlement. Sebagai seorang bekas PTD, janganlah malukan skim perkhidmatan PTD yang merupakan skim perkhidmatan yang terunggul (kononnya) di Malaysia. Ini kerana Pak Lah masih lagi ahli PPTD. So undurlah Pak Lah, bawalah keluarga pergi pusing satu dunia dengan kekayaan yang dah dimiliki. Lupakanlah hal negara dan biarlah orang lain yang teraju. Umur makin berkurangan, nanti takut tak sempat nak kecapi kehidupan peribadi. Pi honeymoon lagi baik la...

Sekarang ini pun pentadbiran kerajaan dah banyak berpolitik. Umum sedia maklum sebelum-sebelum ini pun politik dalam kaktitangan kerajaan memang sudah wujud, namun sekarang ini keadaan sudah lebih meruncing. Pegawai-pegawai kerajaan sekarang sudah ramai yang telah menyalah guna kuasa. Tengoklah apa sudah terjadi dengan KBS sebelum ini? Banyak berlaku penyelewengan. Hal ini didedahkan sendiri oleh Ketua Audit Negara. Bukan setakat di KBS, malah dilain-lain kementerian dan agensi pusat juga terdapat sebilangan pegawai kerajaan yang telah menyalah guna kuasa.

Pak Lah kena sedar dari lamunan dan jangan tidur lagi. Tahun lepas, sekumpulan pemuda telah menghadiahkan bantal kepada Pak Lah. Adakah Pak Lah masih tidak sedar?

Sokongan padu buat Tun dan ibarat kata Dato' Seri Anwar, 'lawan tetap lawan'. Harap nanti kalau Pak Lah tak undur, parlimen akan isu 'vote of confidence' bagi menggulingkan Pak Lah.