Tuesday, December 30, 2008

Haruskah Aku Bersedih?

Haruskah aku terus merayu padamu? Haruskah aku taburi janji beribu? Untuk menembusi tembok hati sanubarimu, ataupun aku hanya penanti? Inilah lirik permulaan lagu Dibadai Asmara nyanyian kumpulan Sera. Sudah pasti bagi generasi muda sekarang tidak mengetahui ataupun pernah mendengar lagu ini mahupun kumpulan tersebut. Lagu ini merupakan sebuah lagu yang agak popular ketika zaman aku muda belia dahulu. Adakah aku sudah cukup tua sekarang ini? Mungkin. Usia makin meningkat, maka aku harus terima hakikat bahawa aku sudah dimamah usia. Oleh yang demikian aku tidak boleh membiarkan diri aku untuk terus membuang masa.

Aku memang tidak nafikan sebenarnya kasih sayang aku pada pasangan aku sangat kuat. Bukan satu perkara yang mudah bagi aku untuk melupakan pasangan aku. Sungguhpun dengan apa yang pasangan aku dah buat pada aku, namun, jauh disudut hati aku, aku tidak berdaya untuk mengikis perasaan sayang aku terhadap insan yang telah menjadi pasangan hidup aku. Memang aku tidak berdaya untuk mencari pengganti yang setanding dengan pasangan aku. Aku teramat menyayangi pasangan aku sehingga aku boleh lupakan segala kesalahan yang telah dibuat pada aku. Kalaupun sebelum ini aku menyangka kehadiran orang baru iaitu si dia berjaya melenyapkan memori aku pada pasangan aku, ternyata telahan aku salah. Aku tidak berdaya menipu diri sendiri kerana sesungguhnya kasih sayang aku terhadap pasangan aku adalah sebenar-benar lahir dari hati aku. Aku membuat ikatan perkahwinan dengan pasangan aku kerana kasih sayang aku terhadapnya yang amat mendalam. Masakan aku mahu mengikat pertalian perkahwinan dengan seseorang yang tidak aku sayangi? Itulah yang menyebabkan aku teramat sedih dan kecewa apabila rumah tangga aku di landa badai sebegini.

Aku memang tidak boleh bertemu pasangan aku kerana setiap kali aku bertemu pasangan aku, pasti aku akan menjadi teramat lemah. Kami ada sesi perbicaraan semalam. Memang pasangan aku yang telah disoal sepanjang sesi semalam. Aku hanya mendengar setiap jawapan yang dikemukakan oleh pasangan aku daripada soalan yang dikemukakan oleh peguam. Aku sedih, teramat sedih. Bukan sedih kerana tuduhan yang dilemparkan oleh pasangan aku, tetapi aku sedih kerana rumah tangga aku berantakan. Apakah yang harus aku buat? Segala usaha aku selama ini tidak dihargai. Tapi aku tetap akan cuba usaha sedaya mungkin untuk selamatkan rumah tangga aku. Aku sayang sangat pada pasangan aku, sungguhpun pasangan aku sudah tiada hati pada aku.

Masa sesi bicara semalam, aku hanya mendiamkan diri dan membuat sedikit catitan. Ada sekali tu ketika pasangan aku menjawab soalan peguam membuat hati aku tersentuh sangat. Masa tu aku dapat kawal lagi air mata aku dari berguguran. Aku kuatkan semangat dan buat seperti tiada apa. Pada dasarnya apabila dah masuk mahkamah, ianya seperti satu battle, kiranya pasangan aku dengan aku sedang berperang atau dalam erti kata lain, pasangan aku adalah musuh aku. Aku tidak pernah anggap pasangan aku sebagai musuh aku. Sesungguhnya aku tetap menyayanginya. Tapi dalam kes ini, aku kena pertahankan diri aku. Aku tak boleh membiarkan diri aku menjadi mangsa kejahilan pasangan aku dan keluarganya. Memang agak pelik bagi satu keluarga yang bersungguh meruntuhkan sebuah masjid. Tetapi itulah hakikat yang perlu aku terima. Kalau orang dah tak suka, apa sahaja mereka akan buat.

Aku akan tetap mencuba pertahankan rumah tangga aku. Itulah matlamat aku. Aku tidak berniat menganiaya sesiapa pun. Memang dalam mahkamah semalam bukan rumah tangga aku sahaja yang bermasalah, banyak lagi kes yang hampir serupa dengan kes aku. Itulah yang menyebabkan aku bertambah pelik, mengapakah dewasa ini banyak sangat pasangan yang mahu berpisah setelah mengikat tali perkahwinan? Apakah perkahwinan ini satu mainan? Sedih, kecewa dan marah pun ada. Dah la nak kahwin sekarang ni banyak sangat karenahnya. Nak kena pergi kursus dan sebagainya, tetapi hasilnya tidak memberangsangkan. Sayang betul satu ikatan perkahwinan yang hancur ditengah jalan. Kenapa semua ni terjadi?

Aku pun tak tahulah dimana silapnya. Memanglah kalau nak sedapkan hati, aku boleh katakan sekarang ini sudah akhir zaman. Macam-macam perkara pelik yang berlaku. Ikatan perkahwinan seperti sudah tidak beerti lagi. Ada masalah sahaja, pisah. Tiada ikhtiar atau usaha lain yang dicari selain perpisahan. Apa seronokkah berpisah? Aku memang tidak sanggup berpisah dengan pasangan aku. Aku tetap panjatkan doa semoga pasangan aku berubah. Aku sanggup terima dia semula seadanya. 'Mana datang cahaya, bukanlah tajuk cerita, siapa pun kau ku sudi terima. Biarpun dosa semalam sebesar gunung menembus awan, yang penting hatiku dapat kau tawan'. Itulah lirik lagu Bengang nyanyian kumpulan Mantera. Memang lagu ini aku simpan dan akan aku tujukan pada pasangan aku. InsyaAllah, aku tetap akan sanggup terima pasangan aku semula. Aku akui, tiada siapa yang dapat gantikan pasangan aku untuk sementara waktu ni.

Petang semalam, selepas pulang kerumah, aku ingat nak tidur kerana keletihan. Memang aku tidak boleh sembunyikan kesedihan aku. Masa lunch pun aku tidak berapa selera nak makan. Masa nak tidur pun aku tak dapat nak tidur. Maka aku pun mendengar lagu Putus Terpaksa nyanyian Ziana Zain. Dan pada kala itulah aku memang sudah tidak berdaya membendung air mata aku dari berguguran. Kenapa aku harus bersedih? Haruskah aku terus bersedih? Aku memang sudah menjangka dan mengagak bahawa itulah yang akan terjadi setiap kali aku bersemuka dengan pasangan aku. Aku nak tegur pasangan aku, aku nak peluk cium pasangan aku, tetapi aku tak dapat buat semua itu. Sedih sangat apabila mengenangkan aku bakal kehilangan insan yang aku sayangi.

Apa yang aku tahu aku tetap akan sayangi pasangan aku untuk selamanya. Aku memang memaafkan segala kesalahan pasangan aku dan tidak terlintas untuk aku membenci mahupun berdendam dengannya. Dan sekiranya aku gagal menyelamatkan juga rumah tangga aku atau dengan erti kata lain aku terpaksa berpisah dengan pasangan aku, memang aku sudah tidak mahu memikirkan mengenai pengganti ataupun mencari pasangan lain. Aku akan tunggu juga pasangan aku kembali pada aku. Tiada siapa yang dapat gantikan tempat pasangan aku dalam hati aku. Pasangan akulah segalanya. Aku tetap sayangi pasangan aku hingga ke akhir hayat aku. Kalaupun aku ditakdirkan untuk mempunyai pasangan lain dimasa akan datang, aku dapat katakan bahawa hati, ingatan dan kasih sayang aku pada pasangan aku sekarang ini tidak akan luntur walau sedikit pun. Mungkin aku boleh sayangi orang lain tetapi memang tidak akan sama seperti mana aku sayangkan pasangan aku. Itu memang sudah pasti. Itulah sebabnya sehingga kini aku memang tidak berminat nak cari pengganti sungguhpun aku sudah ditinggalkan sendirian selama 6 bulan. Segalanya masih berkemungkinan dan tidak mustahil aku akan dapat bersama pasangan aku semula.

'Bisakah sirat kata menjadi penanda? Dapatkah kecewaku menjadi harapan?'. Sambungan lirik lagu Dibadai Asmara. Aku harap, memang harap sangat aku akan terus bersama pasangan aku hingga akhir hayat aku. InsyaAllah, niat aku baik dan aku bukan hendak menganiaya sesiapa. Pada aku, aku akan bertahan sedaya upaya aku. Selebihnya aku serahkan kepada Allah S.W.T. kerana sesungguhnya Allah lebih mengetahui. Pada pasangan aku, ketahuilah bahawa aku memang teramat menyayangi dikau.

Thursday, December 25, 2008

3rd Time Lucky or 3rd Time Flops?

Bila aku terkenangkan apa yang berlaku pada diri aku, bila aku memikirkan cara hidup aku selama ini, aku dapat simpulkan bahawa stlye atau cara aku sama sahaja tidak kira dimana sahaja aku pergi mahupun bekerja. Maksud aku sama itu ialah dari segi orang yang aku minati. Bukan semua tempat yang aku pergi kerja aku akan jatuh hati pada seseorang, cuma biasanya aku akan lebih mudah jatuh hati pada orang di pejabat sendiri berbanding orang luar. Mungkin kerana aku ni kalau dah suka kat seseorang tu, aku nak lihat dia sentiasa orang tu depan mata aku dan bila aku dah bekenan pada seseorang tu, aku pasti tak akan beri peluang pada diri aku untuk lihat atau fikirkan orang lain.

Adakah aku seorang yang setia? Rasanya tak kot, ha ha ha. Mungkin aku setia dan sabar menanti, tetapi setia pada yang seseorang tu aku tak pasti sangatlah. Tapi kalau ikutkan sejarah aku la, masa aku frust cinta dengan ex aku kat Universiti dulu, aku ambil masa tiga tahun sebelum membuka pintu hati untuk orang lain. Itu pun selepas dia berkahwin. Kalau tak, mungkin aku masih menunggu dia kot. Entahlah, segalanya ketentuan. Hati dan perasaan ni sangat sukar diterjemahkan dengan kata-kata, jadi aku tidak dapat merungkaikan simpulan kasih yang sering bersarang dalam diri aku. Itulah, aku memang malas nak berada dalam situasi begini lagi kerana sekarang ni hati aku sangat tenang dan tenteram. Aku tak mahulah serabutkan lagi kepala aku dalam masa terdekat ni.

Berbalik kepada tajuk aku di atas, 3rd time lucky atau 3rd time Flops, ianya berkaitan dengan si dia lah. Memanglah aku sudah jatuh hati pada dia sejak dari kali pertama aku terlihat dia. Love at the first sight? Bukan. Kalau love tu dua-dua suka sama suka. Ni aku je yang syok sendiri, so bukanlah cinta pandang pertama. Ni namanya angau pandang pertama, hahahahahhahaha. Aku suka gelakkan diri aku sendiri. Ha ha ha.. Bila aku baca semula, aku akan gelakkan diri aku sendiri. Tak apalah, ianya sekadar menghiburkan diri aku sendiri.

Aku dengan pasangan aku dulu pun bercinta satu office. Jadi kebanyakkannya aku akan mudah berminat pada rakan sepejabatlah kiranya. Banyak? Tak la, ni baru nak masuk kali ke 3. Itulah sebabnya aku buat judul di atas. Kalau previous two gagal, kali ni? Entahlah. Aku agak takut dan fobia jugalah. Tapi kalau aku terus dihantui dan dibayangi kisah silam, aku tak akan dapat perbaiki diri aku. Sekarang ni aku dah ada pengalaman beharga, jadi aku perlu gunakan pengalaman yang ada sebagai kayu pengukur tentang apa yang patut aku buat. Memang aku agak hati-hati kali ni. Aku tak la take action drastically sebagaimana yang lepas-lepas. Aku tidak approach dia sangat sebagaimana yang aku sepatutnya buat.

Aku memang dah agak perlahan dalam tindakan aku kerana pengalaman yang aku tempohi sebelum ini banyak mengajar aku untuk bersabar. Mungkin aku ni agak kelam kabut dan nak semuanya cepat sahaja, tetapi itulah risiko yang aku perlu hadapi sekiranya buat sesuatu dalam keadaan terburu-buru. Jadi aku tak mahu ulangi kesilapan sama lagi. Kalau sebelum ni aku dapat mewujudkan satu hubungan dalam tempoh masa yang singkat, lihatlah apa yang jadi, hasilnya tidak kekal lama, jadi aku perlu lebih berhati-hati dalam mengenali hati budi orang lain. Memanglah faktor usia memainkan peranan, namun kesabaran itu amat perlu. Jadi aku lebih banyak bersabar sekarang ni.

Semalam cuti, aku memang tiada aktiviti nak buat selain membasuh pakaian yang bertimbun tak berbasuh. Tapi aku sebenarnya dah setelkan membasuh petang sebelumnya. Mulanya memanglah nak ajak si dia hang out, memang aku ada cuba ajak, namun dia menolak, so aku tak kisahlah kerana keping pun nipis je, jadi aku tak kisahlah dia tak nak. Kalau dia nak pun payah jugalah sebab takut tak cukup bajet. Duit ada, tapi tak bolehlah nak belanja ikut suka hati je. Aku kena berjimat dari sekarang. Nak kena start saving semula. So kena kurangkanlah unnecessary punya belanja. Jadi semalam aku lepak sahaja kat rumah. Cuaca pun sangat menyamankan, mendung dari pagi menyebabkan aku lebih seronok untuk menarik selimut menutupi tubuh badan aku. Aku tak pergi sarapan sebab rasa sedap sangat tidur dan aku hanya turun makan sekitar jam 11 pagi, 2 dalam 1, brunch. Malas nak turun banyak kali coz aku nak rehat sahaja.

Balik dari makan aku sambung tidur, memandangkan perut sudah kenyang dan cuaca yang sangat menyamankan membuatkan aku sangat berat untuk tidak tidur, ha ha ha. Jadi aku pun tidurlah sungguhpun aku ada janji nak jumpa orang petang tu. Aku tidur dulu la. Bangun-bangun tetiba je aku rasa nak telefon si dia. Aku tak fikir panjang kali ni terus aku capai telefon dan telefon dia. Seperti sebelum ni aku switch pada loudspeaker, kalau dia jawab aku cakaplah, kalau tak jawab, aku tak telefon lagilah. Mujur dia jawab. So aku tanyalah basic thing. Ingat dia tengah kat luar coz masa aku ajak dia keluar petang sebelumnya, dia kata dia ada aktiviti, tapi masa aku telefon dia bagitau la dia tak jadi keluar, maka aku gelakkanlah dia, ha ha ha. Ala, dia ingat aku tak tahu ke sebenarnya dia nak elak dari aku ajak dia keluar, jadi dia bagi la alasan kononnya dia keluar. Tak apalah, aku pun bukan beriya nak ajak dia keluar pun, jadi aku tak la keciwa sangat pun, ha ha ha. Belum lagi masanya untuk aku luangkan masa aku dengan orang lain. Cukuplah sekadar aku dapat cakap dengan dia sesekali sekala sahaja. Kalau ikutkan aku memang dah malas nak fikir pasal dia dah. Bosanlah.

Jadi, bagaimana aku boleh tertelefon dia semalam? Entah. Kalau ikutkan malam sebelum tu aku dah niat malas nak fikir pasal si dia lagi dah. Bukan apa, aku letihlah dalam situasi uncertain ni. Rimas. Memanglah kekadang tu nak berteman, tapi kalau ada teman nanti pun lagi merimaskan kepala otak aku sahaja. Lebih baiklah macam sekarang ni, memang free sangat mind aku, nak buat apa pun ikut suka hati aku sahaja. Tak apalah, aku telefon dia semalam pun sekejap sahaja, dalam 5 minit macam tu. So aku dah telefon, aku pun cargas bangun untuk bersiap-siap pergi jumpa client. Cuti pun ada kerja ke? Mestilah, dalam keadaan sekarang ni, cuti memang sangat tidak penting bagi aku. Kalau kira aku nak ambil cuti untuk saksikan wedding cousin aku, tapi tak apalah, aku tak ada pun dorang nikah juga.

Sekarang ni aku rasa lebih baik aku pull off sahajalah. Memandangkan respon dia so so sahaja, jadi aku tak bolehlah nak teruskan langkah seterusnya. Aku tak mahu ambil risiko lagi, cukuplah dengan apa yang terjadi selama ni. Kalau ikut standard aku, aku ni risk averse bukan risk taker, tapi realitinya aku sebenarnya risk taker. Aku rasakan aku tak berani ambil risiko sebab itu aku tak suka gamble, tapi kebanyakkannya apa yang terjadi menunjukkan aku ni suka ambil risiko. Dan biasanya bila aku ambil risiko, aku akan gagal lah. Itulah yang harus aku bayar atas kebodohan aku sendiri yang against my will and principle. Padan muka dengan aku, ha ha ha. Lain kali jangan cakap lain buat lain. Cakap mesti kasi mahu serupa bikin ma. Hari tu kata dah tak nak telefon dia, tengok-tengok telefon lagi dia. Kan dia hari ni dah macam lain macam dengan aku. Padan muka aku sekali lagi. Ha ha ha. Lantak pi lah, aku dah tak kisah sebenarnya. Segala yang terjadi bukan seperti yang aku mahukan. Terima sahajalah.

Untuk mengelakkan aku mengulangi kesilapan sama dan menjadikan ni 3rd time flops, aku memang kena nekad untuk tidak fikirkan pasal si dia lagi. From the moment this article being written, I won't thinking of that fella anymore. Promise to myself. If the next article I do mention about that fella again, meaning to say that, I'm the kind of person 'cakap tak serupa bikin'. That's a challenge. Ok, I will. Will not say anything bout that fella anymore from now on. I don't want this thing become my 3rd straight flops. I want to enjoy my life. I want to concentrate with my job. I wanna begin with new life. Don't wanna to put myself on risk again. That's it. Bye-bye my beloved. I still believe that I will find another love after this, but not at this moment ok.

Good luck to me. Ha ha ha.

Tuesday, December 23, 2008

Penawar Rindu

Penawar rindu merupakan judul lagu nyanyian Datin Orkid Abdullah. Lagu klasik ini telah beberapa kali diberi nafas baru oleh beberapa penyanyi. Antara penyanyi yang turut menyanyikan lagu ini ialah Datin Rafeah Buang, Wann dan yang terbaru Dayang Nur Faizah. Namun aku lebih gemar mendengar nyanyian Datin Orkid, cuma sayangnya sehingga kini aku tidak berjaya mencari CD yang mengandungi lagu ini. Puas juga mencari dalam internet, namun usaha aku setakat ini tidak begitu memberansangkan. Tapi aku tetap puas hati aku dapat record lagu tu dalam MP4 aku. Walaupun kualiti bunyinya tidaklah bagus sangat, yang penting aku dapat dengar lagu tu berulang kali.

Memang kala ini, lagu penawar rindu sangat significant pada diri aku. Ialah, aku memendam rindu sendirian. Jadi layanlah lagu ni puas-puas bagi menghilangkan ketegangan. Tak la tense sangat, tapi kalau tak di kawal, boleh akibatkan aku makin parah. Ialah, aku tidak menduga juga bahawa ada kalanya aku akan merasakan kerinduan yang teramat sangat pada si dia. Baru aku dapat rasakan betul juga bidalan melayu iaitu kalau dah kena 'penyakit' ni, makan tak kenyang, tidur tak lena beb. Mandi basah la, mana leh mandi tak basah. Tapi memang recently tidur aku kurang lena. Sering aku terjaga waktu malam dan teringat pada dia. Walaupun aku tidur lambat, aku tetap akan terjaga. Sayangnya aku tidak gunakan peluang tersebut untuk buat qiamullail, solat tahajud dan sebagainya. Sepatutnya bila dah terjaga waktu malam tu, aku boleh perbanyakkan amalan aku. Ialah memandangkan aku tinggal sendirian sekarang, tiada siapa yang akan ganggu.

Penawar rindu ni kalau ditafsirkan dari satu sudut bermakna pengubat rindu atau pelepas rindulah. Tapi kalau disalah ertikan, penawar rindu juga boleh membawa maksud kepada membuatkan perasaan rindu jadi tawar. Maksudnya disini dah tak rindu lagi. Tapi walau apa juga tafsirannya, aku tetap rindu pada si dia. Ha ha ha..

Nak kata dah angau tahap cipanzi, rasanya dah menghampiri pada tahap tu, cuma tinggal lagi semuanya masih dalam keadaan terkawal. Aku memang tidak fahami atau mengetahui apa yang dia rasa, kalau aku ditempat dia pun, aku tidak tahu apa yang akan aku buat. Ialah, status aku masih lagi tergantung. Kalaupun aku belum berumah tangga, adakah dia akan tertarik pada aku? Status sebenarnya bukan satu alasan. Kalau kita sukakan seseorang tu, tak kisahlah siapa pun orang tersebut, pasti kita akan suka juga. Itu pada pandangan akulah, tetapi aku kena consider dari pelbagai sudut. Bab hati dan perasaan ni satu perkara yang sangat subjektif. Jadi ianya memang sukar untuk ditafsirkan.

Apa yang penting, aku tetap merasakan hidup aku seperti bermula semula. Aku sudah mampu senyum seikhlas hati, gelak tawa, bergaul dengan orang lain dan sebagainya. Aku bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana telah memberikan kekuatan untuk aku tempohi segala dugaan hidup ni. Sungguhpun apa yang aku alami dahulu satu perkara yang sangat perit, namun sesungguhnya Allah mengetahui bahawa aku layak untuk hadapi dugaan seperti itu. Alhamdulillah.

Sekarang ni aku akan cuba buat macam biasalah. Aku akan cuba beranikan diri untuk berbual macam biasa dengan si dia walaupun ada orang lain. Semalam si dia terpaksa jumpa client, masa tu dah dekat waktu balik, jadi aku tanyalah dia, terus balik ke? Dia jawab ya, lepas tu aku pun say 'bye' la. Dia pun say 'bye' dan beri aku satu senyuman. Aduh, senyuman tu bikin hati cair. Lepas tu apa lagi, bebudak pejabat yang nakal ni, dok perli aku la. Bukan perli secara direct, masa salah sorang dari mereka nak pulang, sengaja mereka say 'bye' each other. Aku buat tak tahu sahajalah. Aku anggap aku cuma perasan sahaja yang mereka sindir aku. Rasanya tak kot. Cuma aku sahaja yang fikir lebih-lebih. Ha ha ha, perasan.

Tak mengapalah, walau apa pun, aku akan buat apa yang patut. Bila aku rasa nak cakap dengan dia, aku akan cakap, bila aku nak cakap dengan orang lain, aku akan cakap, tapi bila aku nak diam, aku berdiam sahaja. Aku memang dah suka pada dia tetapi aku tak akan buat apa-apa buat masa ni. InsyaAllah, kalau ada rezeki, adalah, kalau tak ada, tak adalah. Segalanya ketentuan Illahi dan segalanya berkemungkinan. Kalau sudah ditakdirkan bersama, akan bersama juga akhirnya, cuma masa dan keadaan sahaja yang bakal tentukan. Jodoh, pertemuan, rezeki, tanah kubur, semuanya Allah sudah tentukan. Jadi berserah sahajalah pada Allah. InsyaAllah.

Monday, December 22, 2008

Komunikasi

Sebenarnya ramai yang ambil mudah tentang komunikasi. Bagaimana ingin mewujudkan satu komunikasi berkesan? Komunikasi merupakan hubungan dua hala dan bukan hanya satu hala. Komunikasi melibatkan bahasa mulut dan bahasa badan. Bukan senang untuk mendapat satu bentuk komunikasi yang berkesan ditambah pula sekiranya ketika dalam keadaan yang tertekan. Jadi biasanya komunikasi akan menjadi hambar dan mesej yang ingin disampaikan akan disalahertikan. Siapa yang salah? Setiap pihak bersalah sekiranya komunikasi itu menjadi hambar.

Kisahnya apabila sesuatu task, tugasan ataupun satu job diberikan. Sebagai seorang yang bertanggung jawab dalam tugasannya, perlulah memahami perkara yang disampaikan kepadanya. Disinilah komunikasi sangat penting dan sangat kritikal. Kita tidak boleh mengambil mudah. Bukan sekadar dengar arahan dari pihak atasan sahaja, perlu fahami betul-betul kehendak dan maksud yang disampaikan. Kalau tak faham, kenalah ringankan mulut bertanya, bukan sekadar buat membabi buta. Nanti buat penat-penat, salah, siapa yang rugi?

Perkara seperti ini biasa terjadi dalam setiap organisasi ataupun syarikat. Apabila mesej yang diterima tidak difahami dengan jelas, maka berlakulah kesilapan yang sepatutnya tidak berlaku. Itulah hakikat kalau bekerja tanpa kerja sama yang baik. Bila ada masalah timbul, masing-masing akan salahkan pihak lain. Tiada siapa yang rasa bertanggung jawab dengan tindakan yang telah di buat. Apabila komunikasi tidak berkesan, semuanya akan jadi huru hara.

Semalam aku terpaksa pulang lewat malam kerana membetulkan kerja yang silap. Silapnya dari aku jugalah kerana tidak mendapatkan maklumat penuh daripada orang lain. Aku cuma buat laporan berdasarkan info atau input yang telah diberikan pada aku. Salah aku juga kerana tidak bertanya sama ada segala maklumat itu cukup ataupun tidak. Buat kerja bagai nak rak, lastly salah. Memang agak tensionlah, tapi itu biasalah dalam dunia pekerjaan. Bukan senang untuk fahami segalanya dalam tempoh yang singkat. Aku tidak mahu jadikan alasan sebagai orang baru untuk menghalalkan aku buat salah. Salah tetap salah aku kerana aku tidak dapatkan maklumat yang cukup. Apabila maklumat tak cukup, sudah tentu laporan yang aku buat salah. Jadi akulah yang salah.

Bila dah jadi macam tu, bos aku marah, aku terima. Lepas tu rakan sekerja aku pun message aku, tanya kenapa aku tak tanya dia. Rakan sekerja aku pun terpaksalah datang malam-malam ke pejabat untuk buat laporan tersebut. Datang marah-marah. Aku tak suruh dia datang pun, tapi tak mengapalah, dia seorang yang bertanggung jawab dengan kerjanya, maka dia pun datanglah. Kalau dia bagi semua maklumat dengan tepat, tak payahlah dia susah-susah datang semula ke pejabat. Tapi aku juga yang disalahkan. Tak mengapalah, aku terima sahaja apa yang orang nak kata. Bukan dia sedar, komunikasi aku dengan dia pun tak berkesan, jadi bagaimana aku nak dapat produce the perfect report? Tapi aku tak salahkan sesiapa, kalau pusing-pusing pun akan kena batang hidung aku balik.

Sebelum ni, aku memang rely pada report dia, tapi aku tak belajar dari kesilapan aku. Masa meeting dengan big bos dulu, aku presentkan kerja dia, tapi banyak yang kurang tepat. Jadi semenjak itu, aku cuba buat semuanya sendirian. Sepatutnya aku kena lebih banyak bertanya pada dia, tapi silap akulah, hanya bergantug pada input yang dia bagi tanpa memikirkan sama ada input tu lengkap mahupun tidak. Jadi akulah yang harus dipertanggung jawabkan dalam hal ini.

Semalam aku tunggu dia buat kerja sampai pukul 11 lebih. Tapi aku tak tunggu dalam pejabat, aku tunggu diluar pejabat sungguhpun dalam keadaan panas. Tak mengapalah, aku rasa bertanggung jawab untuk menjaga keselamatan staff disini. Maka aku tunggulah sampai dia habis kerja. Seperti yang aku pernah nyatakan, sekiranya selepas office hour hanya ada dua orang sahaja, aku akan tunggu di luar. Ianya nak elakkan daripada berlakunya fitnah. Memanglah dia masamkan muka dengan aku. Sampai ke hari ni dia nak masam muka dengan aku, biarlah. Malas aku nak ambil port. Aku akan buat macam biasa dan macam tiada apa-apa. Sungguhpun aku pun patut marah, tetapi aku lebih senang ambil pendekatan beralah dan berdiam sahaja. Dia tak tahu lagi aku punya baran macam mana. Aku malas nak berangin lagi sekarang ni. Kalau aku buat kepala angin aku, pasti tiada siapa yang akan tahan nanti. Tak mengapalah, aku malas nak baran-baran, sabar sajelah.

Apa yang penting sekarang ni aku kena adaptasi environment kerja disini. Aku kena lebih pandai ambil hati orang lain. Tak mengapalah untuk aku beralah lagi. Beralah bukan beerti kalah. Aku memang tak suka nak panjang-panjangkan hal. Hal semalam sudah jadi sejarah, buat apa nak dikenang lagi. Hidup perlu diteruskan. Jadi tak perlulah nak marah-marah atau kenangkan segala yang pahit. Sendiri punya hati juga nanti ada sakit wo.

Oh ya, lupa pula aku nak cerita kisah si dia hari ni. Bukan lupa, tapi aku tak fokus untuk cerita pasal si dia. Sungguhpun hari ni kami sedondon, ha ha ha, pakai baju sama kaler beb. Ha ha ha. Tapi dia dark sikit, aku light sikit. Tak pelah, janji sama kaler. Malam tadi, sungguhpun aku lewat tidur, sekitar jam 1 pagi, aku terjaga dalam pukul 2.45 pagi. Masa tu memang aku teringat sangat pada si dia dan sebelum aku terjaga, aku termimpikan akan si dia. Dia datang lagi dalam mimpi aku. Aduh, dah makin teruk sakit aku ni. Tu pasal masa aku terjaga, aku teringat sangat pada si dia. Aku sambung tidur, dan dia muncul lagi lagi mimpi aku. Macam bersambung sahaja mimpi aku tu. Wah, memang dah teruk aku ni. Apa la, dia tak rasa apa-apa pun pada aku, aku je yang syok sendiri lebih-lebih. Tapi dia dapatkah message daripada aku? Maksud aku adakah dia dapat rasakan bahawa aku teringatkan dia sangat-sangat? Entahlah, mana aku tahu semua tu. Yang aku tahu cuma aku yang teringat pada si dia.

Aku hanya perlu banyak bersabar dan kawal perasaan dan emosi aku. InsyaAllah, kalau ada jodoh, tak kemana. Pasti dia akan datang dengan sendirinya. Buat masa sekarang ni, aku perlu lebih tumpukan pada kerja aku. Aku tidak katakan dia telah menyebabkan aku hilang fokus pada kerja aku. Sesekali tidak. Hadirnya dia dalam hidup aku seperti satu sinar baru dalam kehidupan aku. Cuma sinarnya masih terselindung. Cahayanya telah sampai, tetapi belum sepenuhnya. Sabarlah, ok, jangan terburu-buru. Banyak lagi masa. Tidak lari gunung di kejar.

Berbalik kepada komunikasi berkesan seperti yang aku ingin karangkan, aku perlu ambil pendekatan mengenali hati budi semua orang disini bukan hanya tertumpu pada si dia sahaja. Ialah, aku kurang bekerja sama dengan si dia. Aku lebih banyak berurusan dengan orang lain, jadi aku perlulah lebih beri perhatian terhadap komunikasi aku dengan staff yang berurusan dengan aku. Aku tak boleh harap mereka memulakan langkah. Aku yang perlu pandai memainkan peranan. Sebagai salah seorang ketua, aku perlu menjadi contoh yang baik pada staff lain. Jadi kalau aku gagal menunjukkan contoh teladan yang baik, masakan staff lain akan hormati dan seterusnya mengikut jejak langkah aku. Jadi konklusinya disini, akulah yang bersalah, bukan orang lain. Aku juga yang salah. Terimalah hakikat dan belajarlah untuk perbetulkan kesalahan bukan hanya sekadar mengakui kesilapan tanpa mengambil tindakan untuk berubah. Kurangkan ego ok. Bergaullah dengan orang lain sebagaimana aku harap orang lain untuk bergaul dengan aku.

Sunday, December 21, 2008

Telefon

Akhirnya aku telah berjaya mengenepikan rasa khuatir dan bimbang untuk membuat satu panggilan telefon kepada si dia. Ha ha ha. Aku pun tak tahu dari mana datangnya kuasa yang memberikan semangat dan keyakinan kepada aku untuk akhirnya menelefon si dia. Sungguhpun sudah lama aku menyimpan hasrat untuk menelefon dia, namun aku tidak terdaya untuk melakukannya pada waktu itu. Ketika itu terlalu banyak perkara yang aku fikirkan sehingga menghalang aku untuk menghubungi si dia. Aku cuma ada beberapa kali sahaja mengirim sms kepada si dia, tetapi biasanya kalau respon dia so so jer, aku pun tak lah teruja untuk meneruskan conversation thru sms lagi walaupun banyak lagi yang ingin aku bualkan.

Pada mulanya aku nak telefon dia sebelah malam. Waktu itu entah kenapa aku teringat sangat pada si dia. Dapat dengar suara dia sekejap pun jadilah kiranya. Namun aku tidak dapat meneruskan niat aku, langsung aku telefon kawan aku. Kawan akulah tempat aku berkongsi masalah dan minta pandangannya. Mujurlah kawan aku ni supportive juga dan beliau menyarankan aku telefon si dia keesokkan hari sahaja memandangkan waktu itu sudah menunjukkan jam 11 malam. Jadi adalah tidak manis untuk aku hubungi si dia waktu tersebut. Maka aku pun tangguhkanlah niat aku untuk seketika.

Pada keesokkan harinya aku pulang ke kampung. Sesampai di rumah, aku tidur dahulu kerana terlalu letih. Lama juga aku tidur masa tu. Bangun bangun perut rasa lapar, tapi dalam hati teringat nak telefon si dia. Aku pun capailah telefon dan main-main dengan telefon untuk mendapatkan semangat. Aku masih ragu-ragu juga untuk menelefon si dia. Aku pusing-pusing giliran nombor dalam list aku, lepas tu aku terhenti pada nama dia. Lama juga aku fikir untuk menekan punat telefon tu. Lastly, aku buat selamba dan terus telefon dia. Ha ha ha.

Masa tunggu si dia jawab telefon tu, aku switch pada loud speaker. Masa tu dalam kepala aku satu benda je, kalau dia jawab aku akan cakaplah, tapi kalau tak angkat phone, aku tak akan telefon lagi. Alhamdulillah dia jawab. Nervous juga aku pada mulanya. Ha ha ha. Macam orang baru nak belajar pasal cinta. Ha ha ha. Patutlah kawan aku kata macam nak gelakkan aku sahaja. Kawan aku kata aku going backwards. Rasanya memang betul. Bukan apa, aku rasa kalut sangat. Entah apa yang buat aku rasa kalut pun aku tak tahu, tapi bukan aku buat-buat, memang aku rasa kalut dan gelabah sangat. Apakah yang menyebabkan aku jadi begini? Tak tahu. Aku terfikir juga, kemana hilangnya segala keyakinan aku selama ni?

Masa memulakan perbualan telefon tu, aku tak tahu sebenarnya nak cakap apa sangat. Lagipun masa tu aku masih mamai lagi. Kebetulan sebelum aku tidur aku ada cuba telefon bos dia, tapi bos dia tak jawab, maka aku pun ada la idea atau ayat permulaan untuk aku bicarakan. Sebelum aku telefon, banyak sangat perkara yang nak aku sembangkan, tapi bila dah telefon, habis hilang semua perkara yang berlegar dalam kepala aku. Sebenarnya aku nak dengar suara dia sahaja. Kalau dapat say hi pun dah kira oklah. Tapi nanti aku rasa tak puas pula, ialah, itu kali pertama aku telefon dia, jadi aku nak la sembang lama sikit kalau boleh.

Alhamdulillah, responnya tidaklah mengecewakan. Maka aku pun bersembanglah sikit dengan dia pasal kerja dan pasal kisah-kisah dia semasa di universiti. Sungguh, aku dah lama tak gayut kat telefon selepas apa yang berlaku antara aku dan pasangan aku. Nak kata gayut lama sangat tak la, ada la dalam 30 minit. Terus terang aku katakan, aku rasa seronok sangat bila dapat dengar suara dia dan bila dia ketawa aku rasa, best la. Ha ha ha, angau. Ialah, aku dah lama tak rasa saat sebegini, jadi apabila aku berada semula dalam keadaan sebegini, memang teramat indah rasanya.

Aku tak tahulah apa yang dia rasa. Tapi buat masa ni, aku tidak mahu fikirkan sangat apa yang dia rasa. Bukan hanya pentingkan diri aku sahaja, cuma tinggal lagi aku nak rasakan dulu kegembiraan yang telah lama aku rindukan. Aku akui, memang aku seperti tidak pernah alami saat-saat seperti ini kerana aku rasakan aku dalam satu dunia atau kehidupan baru. Hidup lama aku telah lama hilang kerana aku tak mahu mengimbau segala kenangan lepas yang terlalu banyak kedukaannya. Jadi aku rasa macam reborn dan sebab itulah aku tidak merasakan aku ada pengalaman dalam bab-bab hati dan perasaan ni. Terasa macam baru pertama kali menaruh hati pada insan lain. Ha ha ha, ayat jiwang karat.

Tapi aku tak boleh nak hubungi dia selalu. Cukuplah sekali sekala. Dan rasanya itu sahajalah panggilan telefon secara peribadi daripada aku untuk dia. Lepas ni, tak tahu lagi. Memang aku ada nyatakan pada dia bahawa aku bukan nak telefon dia selalu, dan aku ada bagi tahu dia waktu aku telefon hari tu bahawa tujuan aku telefon tu nak dengar suara dia sahaja. Ha ha ha, bangangkan? Tak tahulah. Itulah sebab aku tak suka dalam keadaan sebegini. Melampau sangat aku punya angau.

Masa aku telefon tu, aku ingatkan dia keluar dating ke apa, tapi mujurlah dia tengah tonton filem hindustan kat rumahnya sahaja. Aku tanyalah, kenapa dia tak keluar cuti hujung minggu, dia jawab dia tak berapa suka keluar dan suka spend masa kat rumah sahaja. Aku saja sakat dia, sebab tak suka atau poket nipis? Dia jawab, yang tu pun salah satu sebab mengapa dia tak keluar. Lebih kurang sama macam aku punya cara. Aku pun kalau tengah pokai, tak de maknenya nak keluar. Lagi pun aku memang suka duduk rumah sahaja. Kalau ada cuti, lebih baik aku rehat di rumah sambil mengemas rumah.

Apa yang aku bualkan dengan si dia pun aku tak berapa ingat sebenarnya. Ada beberapa perkara sahaja yang aku ingat, yang lelain tu tak ingat sangat kerana seperti yang aku nyatakan tujuan aku telefon dia hanya untuk dengar suara dia sahaja, melepaskan rasa rindulah kononnya. Ha ha ha. Perut aku yang pada mulanya lapar tiba-tiba je jadi kenyang. Ha ha ha. Tapi tak lama lepas tu aku makanlah juga. Mana boleh kenyang dengan dengar suara orang sahaja. Bohonglah kalau boleh kenyang. Tak tahulah kalau dah angau tahap cipanzi, tapi makan tetap makan.

Aku tidak harapkan lebih-lebih sangat. Cukuplah sekadar aku dapat menikmati rasa seronok walaupun boleh dikatakan syok sendiri. Sampai bila aku boleh rasa seronok pun aku tak tahu. Biarlah segalanya berlaku ikut flow. Biarlah segalanya terjadi seperti yang telah tertulis di loh mahfuz. Segala yang terjadi dengan izinNya. Jadi masa aku telefon dia hari tu pun dengan izinNya. Alhamdulillah, aku panjatkan kesyukuran kehadrat Illahi kerana telah memberikan aku semangat baru dalam hidup aku. Memang aku tidak putus berdoa kepada Allah tentang si dia. Dan aku tetap meyakini bahawa Allah mendengar doa aku. Kalau ada rezeki antara aku dan dia, insyaAllah, dia akan datang juga. Kalau tiada pun, aku tetap redha. Untuk sementara waktu ini, si dia telah menghadirkan satu dimensi baru dalam hidup aku. Seperti dalam lagu "You Make Me Feel Brand New" nyanyian kumpulan Simply Red. Bukan semua bait lagu tu kena buat masa ni, adalah sebahagiannya. Tapi aku memang rasa seperti orang baru dalam dunia baru sekarang ni. Aku bersyukur pada Allah kerana hadirkan seorang insan yang dapat melupakan kedukaan hati aku sungguhpun dia tidak buat apa-apa pun. Hadirnya dia dalam hidup aku pun sudah cukup buat masa ini. Terima kasih Ya Allah, terima kasih kerana kurniakan aku dengan satu perasaan pada si dia. Semoga Engkau kurniakan perasaan yang sama pada si dia. InsyaAllah.

Thursday, December 18, 2008

Berdiam

Aku baru perasan sebenarnya semenjak kebelakangan ini aku memang lebih banyak berdiam daripada bercakap. Mulanya aku ingatkan aku hanya berdiam ketika di pejabat, rupanya di rumah juga aku tidak banyak bercakap. Kalau dulu aku selalu la berbual dengan mama aku tentang apa yang berlaku, tetapi sekarang ni aku lebih banyak berdiam. Begitu juga dengan adik beradik yang lain, biasanya kalau kami berkumpul ramai-ramai, banyaklah perkara yang kami bualkan kerana masing-masing sudah lama tak bertemu, namun mungkin kerana apa yang aku alami sebelum ini menyebabkan aku lebih senang berdiam.

Di tempat kerja, memang aku hanya akan bersuara apabila perlu sahaja. Kalau dalam mesyuarat pun, aku lebih banyak diamkan diri sahaja sungguhpun banyak perkara yang berlegar dalam kepala aku untuk aku utarakan. Cuma aku sudah malas untuk cakap banyak. Kalau aku cakap pun hanya sekali sahaja untuk sesuatu perkara tu. I wont talk about the same thing twice. Kalau aku dah cakap sekali, itu sahaja yang aku akan cakap. Kalau masih tiada tindakan yang dibuat, aku memang malas nak cakap lagi.

Begitu juga perihal aku dengan si dia. Pada aku, cukuplah sekali sahaja aku beritahu apa yang patut. Aku juga dah sarankan dia apa yang patut di buat. Kalau dia tak buat pun, aku tak akan ulangi apa yang aku pernah bagi tahu dia. Terpulanglah. Aku dah malas nak fikir sangat pasal orang lain. Aku tetap fokuskan pada kerja aku sahaja. Selebihnya terpulang pada diri masing-masing. Macam aku, aku memang tidak kisah kalau hidup dalam pulau. Maksud aku, aku boleh sahaja untuk tidak bergaul dengan orang lain sebagaimana yang aku pernah buat dahulu. Bukan masalah bagi aku untuk hidup sendirian. Pasangan aku pun tinggalkan aku sendirian, aku kenalah hadapi segalanya dengan hati yang tenang. Sekarang ni aku lebih senang pada pendekatan buat hal sendiri. Kalau orang nak kawan dengan aku, kawanlah, kalau tak mahu, tak apalah. Yang penting aku dah cuba untuk bergaul dengan orang lain sebelum ni, tapi kalau mereka tidak mahu bergaul dengan aku pun, bukan masalah pada aku. InsyaAllah aku masih boleh hidup.

Berdiam sebenarnya lebih baik daripada berkata tentang perkara yang sia-sia. Banyak bicara kepada perkara yang sia-sia menambahkan dosa sahaja. Lebih banyak bicara, lebih banyaklah peluang untuk melakukan kesalahan. Jadi cakap bila perlu sahaja. Kalau benda tak penting, tak perlulah. Memang bukan senang nak jaga hati banyak pihak. Kekadang tu ada orang yang boleh kita bergurau, ada juga yang tak boleh bergurau. Jadi yang penting aku kena jaga hati aku sendiri. Itulah sebab aku lebih senang berdiam. Kalau orang lain nak mengata pada aku pun, aku buat derk jer. Malas nak fikir. Sebabnya buat apa jua orang akan komplen, so lebih baik aku berdiam dan jaga hati aku serta periuk nasik aku sendiri. Aku kena biasakan diri aku dalam persekitaran sebegini. Memang dari dulu macam ni. Aku tak kacau orang pun orang suka nak kacau aku. Jadi apa yang aku boleh buat? Terima sajalah hakikat.

Aku memang dapat mengagak antara aku dengan dia akan jadi seperti sediakala. Maksudnya kami akan terus berdiam dan tak bertegur sapa sekiranya ada orang lain. Walaupun dah dua kali buat perbincangan, namun hasilnya serupa sahaja. Aku juga tidak expect dia akan berubah. Begitu juga dengan aku. Jadi asalkan sama-sama selesa dalam keadaan begini, jadi tak ada masalahlah. Aku memang seperti orang yang tak tahu pasal cinta whatsoever. Memang terasa sangat janggal kalau bersama si dia. Terasa kalut dan berdebar. Debaran tu masih terasa. Aku tak tahulah, orang kata bukan aku yang kata, biasanya kalau kita berdebar dengan seseorang tu, maksudnya kita memang ada perasaan pada orang tu. Aku tak ingatlah masa aku dengan pasangan aku dulu, tapi rasanya tak lah sesukar macam sekarang.

Aku tak tahu apa yang dia rasa dan apa yang aku boleh katakan dia pun seolah macam gelabah je bila berdepan dengan aku. Tapi aku tak agak dia suka, mungkin meluat tu ada la, ha ha ha. Tapi apa pasal dia nak meluat? Aku tak pernah approach dia pun, so kalau dia nak rasa tak selesa pun bukan dari side aku. Itu dia punya pasal la. Ha ha ha. Kalau ikutkan dia memang seorang yang ceria, tapi kenapa dengan aku ada batasan, itu aku tak tahulah. Malas aku nak cari jawapannya. Mungkin sebab aku ni salah seorang head kat sini, entahlah. Malas nak fikir apa yang orang fikir. Lebih baik aku fikir apa yang aku fikir. Dia pun tak pernah fikir apa yang aku fikir, jadi untuk apa aku nak fikir apa yang dia fikir?

Itulah sebabnya aku lebih senang untuk berdiam sahaja. Yang penting aku akan pastikan aku akan tegur dia bila perlu dan elak daripada tidak bertegur sapa selama tiga hari berturut-turut. Dalam Islam pun ada mengajar, kalau kita tidak bertegur sapa selama 3 hari berturut-turut beerti telah memutuskan silaturrahim. Tidak akan masuk syurga bagi orang yang memutuskan silaturrahim. Jadi aku kena pastikan aku do my part. Lepas tu terpulang pada dia. Dia pun orang Islam. Sedangkan dalam Al-Quran ada menjelaskan, ayat 13 surah Al-Hujraat, ada menjelaskan bahawa manusia ini dijadikan lelaki dan perempuan, berbeza kaum dan berpuak-puak bagi manusia untuk berkenalan antara satu sama lain. Sesungguhnya manusia ini semuanya sama sahaja dan yang membezakan hanyalah amal ibadahnya kepada Allah. Tidak Allah jadikan jin dan manusia selain untuk beribadah kepadaNya. Jadi sama-samalah kita renungkan apa yang telah dijelaskan dalam Al-Quran. Aku hanya akan tegur dia untuk jaga diri aku, kalau selepas ni dia tidak tegur juga aku, maka aku tidak akan tegur lagi dah. Aku dah buat apa yang patut. Tak kanlah aku saja yang kena sapa dia. Jadi selepas ni kalau dia tak nak tegur aku berbulan lamanya pun, aku tak akan kisah dah.

Sebenarnya manusia ni mengambil mudah dengan hukum yang Allah turunkan. Itulah manusia tidak takut untuk mengumpat dan mengata orang lain. Kalau nak diikutkan dosa mengumpat itu lebih bahaya daripada dosa berzina. Bukanlah aku setuju kepada penzinaan, tetapi kalau dosa kita dengan Allah, kita akan tetap diampunkan bila kita bertaubat. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan menerima taubat hambaNya, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Tetapi manusia tidak sedari, sesungguhnya dosa orang yang mengumpat hanya akan terhapus apabila diampunkan oleh orang yang diumpati. Allah tidak akan ampun dosa pengumpat dan pencela selagi orang yang mengumpat meminta ampun daripada orang yang diumpat. Ianya telah dijelaskan dalam surah Al-Humazah ayat 1, bermaksud begini "Celakalah bagi pengumpat dan pencela....". Jadi mengapa kita mahu biarkan diri kita untuk jadi celaka?

Itulah sebabnya aku lebih senang ambil pendekatan dengan berdiam diri sahaja. Memang selama ini aku mungkin tidak sedar, dengan sikap aku yang talkactive, mungkin menyinggung hati dan perasaan orang lain. Aku juga mungkin tidak terlepas daripada mengumpat orang lain. Biasalah, kalau kita menilai diri kita sendiri, sudah pasti kita akan katakan diri kita betul dan sempurna, tetapi kita kena juga mengambil pandangan dan pendapat orang lain. Aku akan terus berdiam diri dan akan cuba perbaiki amalan aku pada Allah. Sesungguhnya hidup didunia ni hanya sementara dan aku perlu sentiasa insafi apa yang aku lakukan. Ajal dan maut akan datang pada bila-bila masa tanpa cepat mahu pun lewat walau pun sesaat. Memang pada orang-orang yang terpilih, mereka akan mendapat petanda 100 hari, 40 hari, 3 hari dan sehari sebelum ajalnya tiba. Tetapi bagi orang-orang yang kurang imannya, masakan akan mendapat tahu tanda-tanda yang telah menunjukkan hayatnya sudah sampai ke penghujung? Jadi lebih baik segerakan bertaubat dan lebih baiklah berdiam daripada membicarakan perkara yang sia-sia. Wallahualam.

Wednesday, December 17, 2008

Memang Sibuk

Akhirnya aku dapat juga merasai erti satu pekerjaan setelah lama meninggalkan dunia swasta. Aku pernah menceburkan diri dalam bidang kerajaan, namun aku dapat katakan bahawa aku memang lebih seronok bekerja dalam sektor swasta sepenuhnya. Memang aku ada pengalaman kerja dengan swasta, kerjaan, separuh kerajaan dan juga perbadanan, tetapi apabila dinilai semula kepuasan aku bekerja, memang aku lebih rasa puas bekerja di sektor swasta. Kalau orang tua mahu lihat anak mereka kerja kerajaan dengan alasan kerja kerajaan lebih terjamin, namun, aku lebih puas hati kerja dalam sektor swasta. Kerja kerajaan sekarang pun sudah mewah berbanding dahulu, tetapi bukan RM yang aku kejar, tetapi kepuasan. Kali pertama aku kerja dalam kerajaan sepenuhnya aku cuba terapkan cara bekerja disektor swasta, namun, bila kerja rajin sangat pun orang bising. Memang aku pelik dengan environment melayu ni. Suka sangat ambil hal pasal orang lain.

Aku sempatlah bekerja dalam sektor kerajaan dalam 3 tahun lebih. Sepanjang kerja disektor kerajaan, aku terpaksalah mengubah mentaliti kerja aku. Dari seorang yang amat komited kepada kerja, aku berubah sedikit demi sedikit mengikut keaadan persekitaran. Memang pada mulanya aku agak menonjol kerana beri sahaja apa jua tugas, pasti aku akan laksanakan dengan sebaik mungkin. Tapi sayangnya, budaya melayu ni melemahkan semangat orang yang rajin bekerja. Pantang lihat orang lain lebih sikit, pasti akan ada puak yang berdengki. Aku tidak menolak kemungkinan apa yang terjadi pada aku ada unsur sabotaj dan satu bentuk konspirasi. Bukanlah aku nak kata aku ni bagus sangat, tapi kalau aku bekerja, memang aku akan beri komitmen yang tinggi terhadap tugas yang diberikan. Ditambah pula aku ni mudah dikenali orang ramai sehingga ke peringkat pengurusan tertinggi boleh kenali aku. Maka tidak mustahil ada kumpulan yang merancang satu konspirasi bagi menjatuhkan aku.

Sejarah telah menunjukkan, pahlawan tersohor Melaka, Hang Tuah yang gagah dan handal dalam dunia persilatan, kecundang juga akhirnya dengan satu konspirasi yang memfitnah beliau. Kerajaan Melaka yang cukup disegani suatu ketika dahulu, negeri pertama di Tanah Melayu yang mempunyai sistem kerajaan kesultanan Melayu, sehingga kini sudah tiada Sultan. Inilah kesan dan akibat daripada busuknya hati orang melayu. Minta maaflah, sudah memang sifat melayu yang suka menjatuhkan bangsa sendiri. Memang susah hendak lihat melayu maju. Bukan tiada melayu yang kaya dan berjaya, tetapi bilangannya sangat kecil jika dibandingkan dengan bangsa asing. Melayu akan merempat ditanah sendiri sekiranya budaya dengki khianat tidak dibendung.

Jadi tidak mustahil apa yang terjadi kepada aku merupakan satu konspirasi yang telah dirancang dengan teliti. Itulah kemahiran orang melayu, bagilah tugas untuk menjatuhkan orang lain, sudah pasti orang melayu tidak akan gagal dalam melaksanakannya. Berilah apa jua tugas, yang tak ada pun boleh jadi ada. Itulah kehebatan orang melayu. Memang aku percaya setiap yang terjadi ini merupakan Qada' dan Qadar dan aku tetap percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya. Tapi aku tak mahu fikir sangat atau menuduh sesiapa. Kalau betul diri aku dianiaya, insyaAllah, Allah akan beri balasan yang setimpal pada yang menganiaya aku. Tapi antara mereka dengan aku, aku tetap akan ampunkan dosa mereka. Aku tidak mahu bersangka buruk pada sesiapa, cuma kalau benar ada pakatan yang menjatuhkan aku, aku serahkan pada Allah S.W.T. sahaja untuk tentukan segalanya.

Syukur alhamdulillah setelah segala kesulitan yang aku alami, sekarang ini aku menuju ke peringkat pemulihan. Memang agak berat dugaan yang aku alami. Paling memedihkan apabila ianya turut mengakibatkan rumah tangga aku berantakan. Tetapi aku tidak boleh menoleh kebelakang lagi. Aku perlu tabahkan hati, kuatkan semangat untuk meneruskan kehidupan yang penuh pancaroba ini. Aku mengambil masa hampir 6 bulan untuk menghilangkan kedukaan hidup aku. Belum lagi dapat pulih sebenarnya. Ibarat luka yang masih berdarah, cuma sekarang ni darahnya sudah berhenti mengalir, cuma tinggal lagi, lukanya masih belum kering sepenuhnya. Aku tidak boleh terus biarkan luka aku melarat. Alhamdulillah aku dapat juga kawal luka aku ini. Kalau tidak, mungkin aku tidak dapat untuk bekerja seperti sekarang ini.

Sepanjang waktu aku mengawal kelukaan dan kedukaan, aku bekerja dengan syarikat swasta tetapi dibawah pengaruh kerajaan. Kiranya budaya kerja disana tidak banyak beza dengan kerja kerajaan. Biasalah, bila kerja kerajaan ni lebih banyak buang masa dari bekerja. Itu yang aku susah untuk alihkan perhatian aku daripada masalah yang menimpa aku. Terlalu banyak sangat masa yang aku boleh luangkan untuk memikirkan masalah aku sehingga aku memang langsung tidak dapat tumpukan perhatian aku pada kerja aku.Tapi tak mengapalah, memang dari awal aku kerja disana hati aku tak seronok, jadi sebab itulah aku bertukar tempat kerja. Alhamdulillah, dari mula aku menerima panggilan untuk temuduga aku telah rasakan keseronokan bekerja di syarikat ini, dan sehingga artikel ini dikarangkan, aku makin bertambah seronok dengan kerjaya baru aku. Memanglah mana-mana tempat pun ada cubaan dan dugaan, namun insyaAllah, kali ini aku akan cuba bertahan.

Banyak perkara yang aku pelajari hasil daripada pengalaman yang aku tempoh selama ini. Ianya sedikit sebanyak mengajar aku untuk menjadi lebih dewasa dan lebih matang. Ianya juga mengubah aku secara tidak langsung, daripada seorang yang senang bergembira, bertukar menjadi seorang yang agak pendiam. Memang sekarang ni aku lebih banyak berdiam dan tidak ceria seperti dahulu. Aku hanya bercakap bila perlu sahaja. Aku tak mahu tonjolkan sangat diri aku lagi. Cuma aku tidaklah sesangap seperti aku di tempat kerja lama. Masa tu memang keadaan aku sangat teruk sehinggakan aku langsung tidak pedulikan tentang diri aku. Tak cukup makan ke, tak cukup tidur ke, aku tak kisah sangat. Masa tu memang aku tak tahu apa yang aku nak buat. Rasanya semangat nak hidup pun dah tak ada. Aku siap beli insuran bagi menjamin agar segala hutang aku dapat diselesaikan dengan duit insuran aku. Aku dah siap wasiatkan harta benda aku pada adik beradik aku yang lain, incase aku meninggal dulu. Sampai ke tahap tu aku derita. Tapi siapa yang tahu atau peduli? Tiada siapa dan aku pun tak harap sesiapa peduli pasal aku kerana aku sendiri pun tak pedulikan diri aku.

Itu kisah lama. Dari hari pertama aku kerja di syarikat ini, aku telah karangkan satu artikel bertajuk Dunia Baru dalam web aku ni. Memang aku perlu untuk mengubah diri aku daripada seorang yang pasif kepada aktif semula. Dalam masa yang sama aku perlu lebih hati-hati agar tidak ulangi kesilapan sama. Selain daripada kerja aku yang membuatkan aku bersemangat, kehadiran si dia dalam hidup aku juga agak membantu aku untuk menyegerakan proses pemulihan aku. Aku bersyukur kepada Allah kerana hadirkan dia dalam hidup aku dan melupakan aku pada memori pahit aku. Terima kasih sayang, dikau ada dihadapan mataku. Walaupun dikau tiada perasaan terhadap aku, namun aku tetap rasakan kebahagiaan menyukai dirimu. Sekurang-kurangnya dikau telah berjaya menghilangkan kenangan pahit dalam hidup aku. Aku memang menyukaimu sayang dan aku ingin bersamamu, namun aku tidak akan letak harapan terlalu tinggi. Aku hanya mampu berdoa dan berserah sahaja. Seandai dikau akan jadi milikku selamanya, akulah manusia yang paling bahagia dalam dunia ini. Seandai ada jodoh antara kita, dikau akan datang jua kepada ku. InsyaAllah.

Angau ke aku? Ha ha ha.. Agak angau la, tetapi buat masa ni aku masih boleh kawal lagi perasaan aku. Seperti yang aku pernah jelaskan bahawa aku tak akan approach dia. Dia have my words ok. Dia tak perlu rasa khuatir ataupun risau. Apa yang penting aku tak mahu dia rasa kurang selesa. Memang masih ada gap antara aku dan dia sungguhpun aku telah bersemuka dengan dia dulu. Sehinggalah semalam, bos dia adakan lagi perbincangan antara aku dengan sidia. Memang kalau kiranya perbincangan itu adalah untuk memotivasikan dia. Sesambil tu kami berbincang semula tentang apa yang berlaku. Pada aku, aku tak mahu dia rasa tak selesa. Aku juga agak tak selesa dalam keadaan begini, namun apa boleh buat, segalanya masih tidak seperti yang diharapkan. Apa yang aku harapkan pun aku sendiri tak faham lagi, ha ha ha.... Ada kalanya aku memang harap nak bemesra dengan dia, tetapi memang aku akan jadi kekok bila bersama dia.

Masa aku berbincang lagi dengan dia bersaksikan bos dia, aku tidak ulangi apa yang aku pernah beritahu dia dulu, cuma aku nyatakan bahawa itulah pengakuan ikhlas aku tehadap dia dan sehingga kini aku masih lagi berpegang kepada kata-kata aku pada dia. Aku juga beri peluang kepada dia untuk luahkan apa yang dia tak puas hati pada aku, dia agak keberatan untuk beritahu apa-apa, namun aku yakinkan pada dia bahawa aku amalkan sikap keterbukaan. Aku beritahu dia, komunikasi amat penting, komunikasi melibatkan dua hala. Komunikasi yang gagal boleh meruntuhkan hubungan rumah tangga, inikan pula hubungan rakan sekerja. Jadi dia pun beritahulah bahawa dia kurang selesa dalam keadaan seperti sekarang ini kerana orang sekeliling suka mengusik dia. Jadi aku tanyalah dia, apa yang aku buat pada dia? Bercakap dengan dia pun jarang, apatah lagi berbual mesra dengan dia depan orang lain. Yang peliknya kenapa bebudak ni suka usik dia dengan aku. Maka aku jelaskan pada dia bahawa kami yang create environment tu. Tak boleh salahkan orang lain. Mestilah orang lain akan fikir lain sebab terlalu ketara hubungan antara aku dengan dia. Hubungan yang aku maksudkan bukanlah hubungan intim, tetapi hubungan yang tidak bertegur sapa antara satu sama lain.

Kalau dengan orang lain dia boleh bergurau, kalau dengan orang lain aku boleh bergurau, tetapi antara kami berdua, masing-masing seperti tidak pedulikan antara satu sama lain. Jadi aku sarankan pada dia untuk sama-sama cuba buat macam biasa. Maksudnya cubalah bertegur sapa walau depan orang lain. Tapi terpulanglah pada dia. Aku dah jelaskan pada dia, aku cuba narrow kan gap aku, tapi kalau dia nak ada gap juga, terpulanglah. Aku beritahu dia, kalau kita suka pada seseorang tu, auranya akan sampai pada orang yang kita suka, begitu juga kalau tak suka. Aku boleh rasa dia tak suka pada aku. Mungkin kot. Entah, aku tak boleh rely apa yang aku rasa. Seperti yang aku katakan sebelum ni, segalanya bergantung pada keadaan. Nak kata dia suka, tak juga, nak kata dia tak suka, entahlah, tapi sebenarnya memang tak ada apa-apa. Mujur dia tetap professional dari segi kerjanya. Jadi selagi ianya tidak mengganggu urusan kerja, selagi tu aku tak kisah. Antara aku dengan dia, seandai ada jodoh ada la. Memang bos dia ada jugak ngusik last-last tu, kalau korang nak bercinta pun tak salah katanya, dia hanya senyum sahaja dan aku tak dapat tafsirkan apakah maksud senyuman dia.

Aku tak nak lah angau sangat sekarang ni. Memang aku harap sangat dapat teman baru. Tetapi aku tak boleh terburu-buru lagi sekarang ni. Berilah ruang dan masa untuk aku pulihkan keadaan dan aku perlu pandai ambil hati dia. Aku yang suka dia, jadi aku perlu pandai tackle dia. Cuma buat masa sekarang ni, aku lebih senang untuk syok sendiri jer. Layan jer perasaan aku. Aku tak mintak dia balas perasaan aku buat masa ni. Cukuplah sekadar dia tidak marah pada aku. Kalau dia marah pun bukan boleh mengubah apa-apa pun perasaan aku pada dia. Itu yang lahir dari dalam diri aku, maka aku perlu jaga hati akulah. Asalkan aku tidak ganggu hidup dia mahupun sesiapa, aku tak perlu risau apa yang orang katakan. Aku yang berhak tentukan kehidupan aku. Bukan orang lain. Apa yang penting aku ingin hidup bahagia. Aku dah tak larat untuk berduka lagi. Biarlah aku sayangi orang lain, asalkan aku tidak sayangi orang yang tidak hargai kasih sayang aku. Memang dia bukan akan hargai pun pada dasarnya, tetapi dia tidak akan buat sebagaimana pasangan aku buat pada aku. Jadi, aku akan alihkan kasih sayang aku pada orang lain, kalau bukan si dia pun, insyaAllah pada orang yang akan menyayangi aku sebagaimana aku menyayangi orang tersebut.

Oleh kerana kesibukkan aku kerja sekarang ini, memang aku sudah tidak dapat buat rutin harian aku. Tetapi aku perlu juga sesekali menjengah dan mengarang sesuatu dalam blog aku ni. Sekurang-kurangnya aku akan dapat membaca hasil nukilan aku sendiri nanti. Itupun bila aku betul-betul free la. Kalau tak, tengoklah, bila aku rasa nak baca, aku akan bacalah. Alhamdulillah, aku sudah agak gembira sekarang ini. Aku sukakan kerja baru aku, aku sukakan office baru aku, aku sukakan dia. Ha ha ha, tak boleh tinggal langsung pasal si dia. Memang, dia dah berjaya mengisi kekosongan dalam hati aku. Dia dah bertahta dihati aku sekarang, cuma tinggal untuk ditabalkan sahaja. InsyaAllah, kalau ada rezeki, kalau ada jodoh, adalah. Aku tetap yakin segala yang terjadi ada hikmahnya.

Tuesday, December 16, 2008

Sibuk

Hari ini aku sangat sibuk dengan kerja aku. Dari masuk kerja sampai habis office hour, kerja tak putus-putus. Bermula dengan mesyuarat dengan head lagi seorang, seterusnya menyambung kerja yang sepatutnya dibuat. Selepas meeting pagi tadi, aku sambung meeting personal pula kat kantin dengan head sorang ni. Semalam beliau tak masuk office. Aku sepatutnya membincangkan sesuatu dengan beliau, tetapi aku terlupa. Asyik terfikir tentang duit masuk keluar sahaja. Ditambah pula si dia tak masuk office lagi, lagilah aku tak fokus. Aku dengan kawan aku lepak kat kantin sehingga si dia sampai. Dan bila si dia sampai, kami pun ajaklah dia join kami makan. Tapi si dia tak mahu makan, cuma minum air kosong sahaja.

Memang berbeza sungguh karektor dia kalau tak ada budak lain. Maksud aku dia boleh je sembang mesra dengan aku, dan aku pun tak rasa janggal sangat. Kalau petang kelmarin kami makan ramai-ramai kat kantin, si dia pun tak banyak bercakap dengan aku, begitu juga dengan aku. Aku pun sebenarnya lebih banyak berdiam sahaja. Diaorang yang lain sahaja yang sembang-sembang. Bila dengan bebudak tu semua, seperti ada satu halangan ataupun batasan yang menghalang kami daripada berbual. Entah kenapa aku pun tak tahu, si dia juga turut berdiam, begitu juga dengan aku. Aku memang kena balik lewat semalam kerana menunggu panggilan dari bos untuk meeting dengan big bos kat luar. Masa makan tu bos aku telefon dan beri tahu lokasi meeting tersebut. Masa tu la aku berpeluang bercakap dengan si dia bertanyakan jalan terdekat ke lokasi yang ditetapkan. Dia pun cadangkan jalan yang dia lalui untuk ke rumah dia. Maka aku pun bergegaslah ambil barang-barang yang patut dengan harapan untuk konvoi bersama si dia. Ha ha ha. Tapi sayangnya si dia dah gerak dulu. Mujurlah tak lama lepas tu aku pun memulakan perjalanan aku. Memang aku dapat kejar si dia kerana keadaan trafik yang agak perlahan. Tapi bukan aku nak kejar dia, aku mengajar masa untuk jumpa big bos, sepanjang perjalanan tak kurang dari 5 kali bos aku telefon tanya aku punya lokasi. Aku memang sampai agak lewat jugalah, tetapi mujurlah big bos aku tak marah.

Apa yang menyedihkan aku ialah report yang dibuat oleh salah seorang pembantu aku kurang tepat. Dapat la aku kena sound dengan big bos. Sungguhpun big bos tak marah teruk sangat, tetapi aku kecewalah kerana bawa kerja yang tidak berkualiti. Memang aku salah faham dengan apa yang big bos mahukan. Mujurlah bos aku dok back up aku. Bukan apa, bos aku pun kena hingap juga dengan big bos. Aku diam ajelah, nak buat macam mana. Tapi aku ambil segalanya dari sudut positif dan aku faham apa kehendak sebenar big bos aku. Boss always right. Itulah konsep yang aku amalkan. Memang pada mulanya aku menjawab, bukan untuk tunjuk pandai ke apa, cuma untuk jelaskan apa yang aku faham. Lepas big bos aku counter balik, aku diam je la, ambil nota, catit apa yang big bos nak, dan aku akan buat semula analisis tu sendiri.

Lepas meeting tu, aku sambung perbincangan dengan bos aku pula. Bos aku bukan marah aku ke apa, cuma beliau memberi penjelasan lebih lanjut mengenai apa yang big bos katakan pada aku. Jadi aku lebih faham dengan apa yang sepatutnya aku buat dan aku pun sudah sediakan dalam kepala aku perancangan kerja yang aku nak buat hari ini. Aku pulang lewat ke rumah semalam, sekitar jam 10 malam baru tiba. Mandi-mandi, solat Isyak dan terus tidur. Pagi pukul 6 dah bangun untuk kerja.

Disebabkan aku banyak kerja yang perlu diselesaikan, maka aku pun tak buat rutin harian aku mengarang sesuatu dalam blog aku ni. Aku kena siapkan sekurang-kurangnya 50% analisis hari ni. Kalau tak, payahlah aku nanti nak menjawab. Benda ni bukan boleh buat main kerana libatkan projek besar. Jadi aku perlu lebih teliti dan tekun dengan kerja aku. Baru first time aku nak buat projek ni, besar lak tu, melibatkan amaun berjuta ringgit. Goyang jugalah aku kerana kalau silap kira, rugi syarikat. Mujurlah kerja aku akan disemak dulu oleh bos aku, jadi aku tidaklah perlu risau sangat.

Berbalik kepada si dia, memang berbeza sekali karektor si dia dalam keadaan orang lain tiada. Rasanya nak je setiap masa orang lain tiada. Barulah aku akan rasa selesa untuk bersembang dengan dia dan aku dapat rasakan dia juga sama. Maksud aku kalau tanpa orang lain dia memang boleh saja sembang ngan aku. Macam hari tu, dia nak bluetooth kan sesuatu dalam laptop aku untuk aku transfer dalam server. Boleh je dia datang dekat dengan aku. Masa tu aku dan dia sahaja di pejabat ni. Aku beri tahulah kalau transfer ke laptop mungkin masalah, transfer dulu kat handphone aku then baru aku transfer dalam laptop. Dia ok je masa tu. Best sangat tau. Tapi bila ada orang lain, dia berubah seperti tak suka pada aku. Aku pun kadang-kadang tak faham kenapa dia perlu buat begitu? Dari pertemuan aku dengan dia dulu aku dah minta dia buat biasa sahaja sungguh pun ada orang lain dan sungguhpun dia tahu aku suka pada dia. Mungkin dia malu, tak tahulah. Tapi itulah, aku pun sebenarnya sama sahaja. Kalau ada orang lain, aku agak segan nak cakap dengan dia, tapi aku cuba buat biasa sahaja. Buat macam tak ada apa-apa. Itulah yang terbaik untuk sementara waktu ni.

Seperti yang pernah aku jelaskan sebelum ini, sekiranya ada rezeki, dia akan datang dengan sendiri. Tidak perlu terburu-buru sekarang ni. Aku perlu tumpukan kepada kerjaya aku dahulu dan memajukan diri setelah mengalami kegagalan dalam hidup sebelum ini. Aku perlu bangkit dan teruskan perjuangan hidup aku. Hanya aku sahaja yang boleh tentukan apa yang aku nak. Aku tak boleh harapkan orang lain bagi membina hidup aku semula. Memang aku tengah mengumpul semula semangat aku yang sudah hancur berkecai suatu masa dahulu. Memang aku perlukan masa, tetapi tidak boleh biarkan terlalu lama. Aku rasa agak tenang dalam keadaan sekarang. Tiada siapa yang harus aku fikirkan kecuali ahli keluarga aku sahaja. Jadi aku tidak perlu risau ataupun terlalu fikirkan perasaan orang lain. Selagi aku tidak ganggu hidup orang lain, selagi itu aku rasa aku patut hiburkan hati aku.

Aku memang rasa tenteram dan tenang apabila terkenang akan si dia. Alhamdulillah kehadiran dia dalam hidup aku telah mengubah yang gundah menjadi indah. Sungguhpun dia memang tiada apa-apa dengan aku, sekurang-kurangnya adanya dia dalam ingatan aku, dapat melupakan segala kedukaan dan kekecewaan aku selama ini. Tapi aku tetap dengan pendirian aku bahawa aku tak akan approach dia dan tidak mengharap apa-apa daripada dia. Aku akan layan dia seperti biasa. Kalau dia layan baik, ok la, kalau dia layan tak baik pun aku tak kisah, kalau dia tak layan langsung pun aku tak kisah. Itu hak dia. Cuma memang agak ketara perbezaan cara dia melayan aku. Semuanya bergantung kepada situasi atau keadaan. Kalau ada kawan-kawan dia, memang dia tak akan layan aku la, tapi kalau tiada orang lain dia boleh saja layan aku. Jadi aku akan ikut la rentak dan cara dia sebab aku yang suka dia, bukan dia yang suka pada aku. Adatlah tu. Bukan aku tak mahu ikut cara aku, cuma tinggal lagi, aku tak mahu dia rasa kurang selesa, itu je.

Kerana kesibukkan aku bekerja, aku terlepas satu hari untuk hasilkan sebuah artikel. Ketika aku mengarangkan artikel kali ini, ianya terhenti dan disambung pada hari yang berikutnya. Situasi begini hanya terjadi apabila aku benar-benar sibuk ke tahap maksimum sehinggakan aku tiada ruang atau masa untuk jengah perkara lain. Itupun aku masih belum selesaikan kerja aku lagi. Baru satu stage, ada banyak lagi stage sebelum semuanya selesai. Tapi aku memang puas hati setakat ini dengan kerja aku. Aku seronok dengan kehidupan baru aku dan yang penting aku dapat kumpulkan semangat untuk lupakan kenangan silam yang memedihkan. Tak mengapalah, episod duka hidup aku bakal berakhir tidak lama lagi. InsyaAllah, kalau tiada aral melintang, aku pasti akan dapat kembalikan semula hidup aku dan akan bertambah bahagia.

Untuk pengganti pasangan aku, biarlah buat masa ini aku terus bersendirian. Bukan tiada terlintas untuk cari pengganti, cuma aku hendak pastikan diri aku benar-benar bersedia sebelum memulakan satu hubungan baru. Sungguhpun kehadiran si dia sedikit sebanyak menyumbang kepada pemulihan semangat aku, namun aku belum dapat pastikan sama ada aku mahukan dia menjadi pasangan aku selepas ini. Aku hanya mampu berserah dan berdoa sahaja. Selebihnya terserah kepada Qada' dan Qadar aku. Seandai ditakdirkan aku akan bersama dia hingga ke akhir hayat, alhamdulillah, seandainya tidak pun, alhamdulillah. Apa-apa pun aku tetap panjatkan kesyukuran kehadrat Illahi kerana hadirkan dia dalam hidup aku dan mengurniakan satu perasaan terhadap dia. Aku tetap akan doakan agar si dia hidup bahagia dunia akhirat sungguh pun kalau si dia tidak bersama aku. Begitu juga dengan pasangan aku. Aku tetap mahu lihat orang yang aku sayang hidup bahagia. InsyaAllah.

Sunday, December 14, 2008

Buat Tak Tahu Je

Aku sudah dapat ilham ataupun buah fikiran. Setelah aku meneliti setiap apa yang sudah berlaku, aku boleh rasakan bahawa segala yang terjadi ada pasang surutnya. Hidup ini ada pasang surutnya, hidup ini ibarat putaran roda, ada kalanya kita di atas dan ada kalanya kita dibawah. Ada masa kita akan gembira dan ada masa kita akan bersedih. Lumrah kehidupan, tiada siapa yang akan sentiasa bahagia begitu juga derita.

Memang aku juga seperti manusia lain mengharapkan agar semua yang berlaku mengikut kehendak yang boleh memuaskan hati aku sahaja. Tetapi biasalah, mana boleh kita terlalu harapkan apa yang berlaku memuaskan hati kita sahaja. Kita ni hidup dengan orang ramai, bukan kita sahaja yang duduk seorang diri dalam dunia ini, jadi kita kena sering tabah hadapi dugaan hidup. Kehidupan tanpa dugaan/cabaran ialah kehidupan yang mati. Jadi kita akan sentiasa berdepan dengan pelbagai rintangan dan dugaan selagi hayat dikandung badan.

Aku terpanggil untuk mengarangkan sesuatu apabila aku merasakan aku benar-benar memerlukan sesuatu untuk meluahkan perasaan aku. Al-kisahnya aku memang ada merasa tidak puas hati dengan bebudak ni, namun aku tidaklah sampai mahu gugat hubungan kekeluargaan yang perlu diterapkan seperti yang diharapkan oleh big bos aku. Jadi nak tak nak, aku memang tiada opsyen lain selain beralah lagi. Memang kalau diikutkan aku sudah tidak larat untuk beralah lagi, tetapi aku perlu pandai sesuaikan diri dengan keadaan. Ada kala aku perlu beralah dan ada kala aku perlu bertegas. Apa yang berlaku sebelum ini memang aku sering beralah, itulah sebabnya aku terus di pijak. Maka aku perlu sentiasa peka dan sesuaikan diri dengan keadaan. Bukan mudah untuk puaskan hati semua pihak, itulah hakikat yang harus aku terima. Bagaimana aku hendak mengambil hati orang lain? Itu bergantung kepada kepandaian akulah. Kalau aku tak reti nak ambil hati orang, memang aku rugilah.

Aku harus sedari dengan kedudukan aku sekarang ini, pasti ramai yang ternanti-nanti untuk aku lakukan kesilapan dan kesalahan. Memang setiap orang tidak akan lari dari melakukan kesilapan, tetapi kalau boleh janganlah buat kesilapan bodoh. Orang akan tengok yang tak baik sahaja, yang baik? Sorry la, susah orang nak recognize atau hargai, yang penting nawaitu ataupun niat kita kena betul. Itulah yang bos aku sarankan pada aku. Memang aku nak bergaul mesra dengan orang lain, namun, aku masih lagi tidak dapat untuk menjadi aku yang dahulu. Kalau dulu aku boleh beramah mesra dengan orang ramai, namun kerana kisah sedih hidup aku, menyebabkan aku rasa lebih baik meminggirkan atau menjauhkan diri aku. Aku bukan nak jadi kera sumbang, tetapi aku tidak mahu harapkan simpati orang lain juga.

Bos aku ada mencadangkan aku supaya lebih mesra alam, ajak bebudak pejabat keluar makan dan sebagainya, tetapi aku jelaskan pada bos aku bahawa aku masih segan dan malu sebab status aku. Ialah, aku tahu aku tak boleh bersangka buruk atau terus berfikiran negatif, tetapi nanti kalau aku nak ajak bebudak ni hangout nanti ada la yang fikir yang bukan-bukan. Nanti ada yang ingat aku ni desperate atau sebagainya. Tetapi aku kena betulkan niat aku macam yang bos aku katakan dan juga sentiasa berfikiran positif. Aku tidak boleh teruskan diri aku dibelenggu dengan status aku. Kalau pasangan aku boleh bergembira keluar dengan ramai orang, mengapa aku harus hukum diri aku dengan tidak bercampur dengan orang? Takkan nak dok bergaul dengan haiwan? Tak la sampai ke tahap begitu, cuma aku lebih rasa selesa dengan menyendiri. Bila aku nak bergaul, aku akan bergaul, bila aku nak menyendiri aku akan menyendiri.

Aku akan ambil perhatian terhadap apa yang bos aku sampaikan pada aku. Betul kata bos aku, aku perlu pandai ambil hati orang lain kerana aku orang baru disini. Bukan aku tak mahu ambil hati, aku sudah cuba narrow kan gap aku tetapi mereka masih nak ada gap. Jadi apa lagi yang harus aku lakukan? Itulah bos aku katakan aku perlukan seni untuk mendekati dan bergaul dengan orang lain. Aku harus akui dan terima bahawa aku jugalah yang perlu beralah kerana pusing macam mana sekalipun aku juga yang akan dipersalahkan. Jadi, lebih baiklah aku ikut saranan bos aku, sekurang-kurangnya kalau ada masalah juga lepas ini, aku akan katakan bahawa aku sudah ikut apa nasihat dia, tapi tidak berhasil. Tak mengapalah, yang penting aku harus terus mencuba untuk memenangi hati banyak pihak. Aku kena pandai sesuaikan diri dengan keadaanlah. Nak tak nak, aku kena terima hakikat macam inilah kehidupan dalam syarikat melayu.

Al-kisahnya lunch tadi kalau kiranya aku nak lunch sendirian, namun aku tak bolehlah buat perangai macam ditempat lama. Memang sedikit pun aku tak kisah nak makan dimana dan kalau makan sensorang pun aku tak de hal punya. Lagipun kalau kiranya mereka yang lain pun seperti tak mahu aku follow, tapi aku perlu ambil pendekatan lain. Aku kena cuba bercampur gaul dengan mereka kerana mereka majoriti. Aku memang sedikit pun tak kisah kalau aku dipulaukan ke apa, kalau aku tak dipulau pun, aku boleh mengasingkan diri aku tanpa sebarang masalah. Bukan masalahlah bagi aku untuk semua itu. Tapi aku kenalah buat macam biasa sahaja. Keputusan aku untuk follow jugak mereka ini bukan kerana adanya si dia, tetapi aku perlu follow nasihat bos aku. Bukan untuk siapa, untuk diri aku juga. Jadi aku kenalah akur dan beralah lah.

Berbalik kepada kisah lunch, seperti biasalah kalau dulu kalau keluar sama pun aku akan duduk meja berasingan, tetapi hari ni aku join juga dorang. Tebalkan sahaja muka. Kena buat benda ni naturally. Aku tak suka buat sesuatu dalam keadaan terpaksa kerana tidak ikhlas dan ianya akan nampak too obvious. Memang pada mulanya aku duduk meja lain, tapi aku beralihlah tempat duduk makan semeja dengan rakan yang used to be adik beradik akulah. Itulah yang diharapkan oleh big bos aku, big bos harapkan agar kami menerapkan nilai-nilai kekeluargaan dalam syarikat ini. Jadi ianya perlu bermula daripada yang head-head ni. Kalau kami yang head-head ni tunjuk contoh yang tak baik, masakan orang bawah nak respect. Jadi aku kenalah tunjukkan contoh yang terbaik. Bukan senang nak gain respect dari orang, banyak dugaan dan halangan yang perlu aku tempoh, jadi aku kena buktikan pada mereka semua, aku ini memang layak untuk mendapat respect dari dorang.

Memang aku makan tak habis tadi kerana aku sudah makan masa pukul 10 pagi tadi. Pada mulanya aku tak mahu order makan, nak minum sahaja, namun, aku kenalah makan juga sebab aku dah follow dorang pegi makan. Nanti ada lagi isu yang boleh dorang bicarakan. Biasalah, pasti dorang akan fikir aku follow dorang sebab si dia. Tetapi betul, bukan sebab si dia. Kalau si dia tiada tadi pun aku akan pergi. Dan ketika di kedai makan pun aku cuba untuk tidak merenung atau melihat dia lagi. Bukan tak mahu, tetapi tak nak dia rasa rimas. Aku tahu dia sedari aku sentiasa memerhati akan si dia, jadi aku pun letih untuk pandang dia ke apa, maka aku pun hanya pandang sekali sekala sahaja. Seperti dalam artikel sebelum ini, aku nyatakan, yang penting dia ada, aku tidak akan rasa apa-apa. Sungguhpun kalau nak diikutkan, aku nak renung sahaja si dia, ialah, sebagai manusia biasa, sudah pasti kita akan suka lihat sesuatu yang kita suka dan yang paling penting sesuatu yang dapat melegakan hati kita. Namun aku tidak boleh pentingkan diri aku sendiri. Nanti kalau dia tak selesa, payah tau. Memang kalau aku tak tegur dia pun aku rasa janggal sangat. Tapi biarlah, aku akan cuba untuk adaptasi situasi ni perlahan-lahan. Aku tidak mahu nampak ketara sangat sungguhpun antara aku dengan dia sangat ketara. Aku tetap juga tegur dia macam biasa, tetapi perbualan aku terbatas dari segi kerja sahajalah. Kalau nak diikutkan dengan orang lain pun aku hanya cakap pasal kerja sahaja, tetapi kenapa dengan dia aku rasa kurang sangat perbualan aku? Nak kata dengan orang lain aku cakap lebih, tak juga. Kecuali bos aku dan juga head lagi sorang, dengan dorang banyaklah aku sembang. Tapi dengan bebudak lain ni, memang aku jarang bercakap melainkan pasal kerja. Mungkin sebab itu kot dorang pun tak selesa ngan aku agaknya?

Entahlah, kalau ikut penilaian diri aku sendiri, aku sudah pasti akan rasakan bahawa aku dah buat sehabis baik, tetapi aku perlu ambil pandangan orang lain. Itulah sebab aku merujuk beberapa perkara pada bos aku. Bukan untuk apa, untuk mendapat pandangan dan nasihat daripada bos aku sahaja. Bos aku seorang yang berpengalaman, jadi aku perlu belajar daripada bos aku. Aku terima teguran bos aku dengan hati yang terbuka dan aku perlu ambil perhatian terhadap apa yang dikatakan beliau. Aku tak boleh jadi degil. Aku kena sesuaikan diri dengan persekitaran sekiranya hendak kerja lama di syarikat ini. Kalau aku lompat kerja lagi, belum tentu selesai masalah. Tak mengapalah, aku pun baru sahaja di syarikat ini, takkan aku nak expect lebih-lebih dan aku harapkan mereka semua tak harapkan lebih-lebih dari aku. Berilah aku masa dan ruang untuk sesuaikan diri dengan persekitaran baru ini.

Bagaimana pula antara aku dengan si dia? Buat masa ini, cubalah untuk tidak mengganggu atau merenung dia sangat. Memanglah aku tak approach dia, tapi kalau aku asyik renung sahaja, sudah pasti dia akan lebih tidak selesa. Jadi kurang-kurangkanlah melihat dia ok. Bukannya kenyang tengok dia. Jadi aku perlu buat macam mana aku buat pada orang lain. Kalau orang lain aku tak renung, kenapa aku nak renung dia lebih-lebih? Ya, memang aku suka pada dia, namun janganlah sampai buat orang yang kita suka tak selesa dengan diri kita. Sungguhpun aku tak approach dia, namun kalau aku sendiri pun akan rasa tidak selesa apabila diri aku sering diperhati. Jadi, kalau aku tak suka orang buat pada aku, aku pun tak boleh buat pada orang lain. Biarlah masa yang tentukan. InsyaAllah, kalau ada rezeki, ianya akan datang sendiri.

Kalau nak diikutkan setakat ni layanan dia pada aku ok. Bukannya teruk sangat pun. Jadi jangan ruin kan keadaan ini. Kalau dia langsung sampai tak boleh nak cakap ngan aku, baru padan muka aku. Setakat ini memang aku tidak dengar dia komplen ke apa, tapi takkan nak tunggu sampai dia komplen kot? Kalau nak diikutkan pun dia nak komplen macam mana? Aku just lihat dia sahaja, bukan kacau pun. Itu kata aku, mungkin aku dah kacau dia secara psikologi, siapa tahu? Jadi aku kenalah tahan sikit perasaan aku tu. Memanglah kalau ikut psikologi kita suka diri menjadi perhatian, tetapi kalau sudah diperhatikan lebih-lebih sangat pun akan rasa tak selesa. Ha tau pun. Tau tak pe. Ialah, ialah, aku kena ubah lah, so, puas hati?

Tapi kan, aku kena cuba juga bergaul macam biasa dengan si dia. Kalau aku hanya cakap dengan pasal kerja sahaja pun akan nampak obvious juga, jadi aku kenalah perlahan-lahan dalam usaha aku untuk memenangi hati orang lain, bukan dia sahaja. Aku memang akan buat apa yang patutlah. Memang kalau kita nak orang jaga hati kita, kita kenalah jaga hati orang lain. Tak apalah, aku kena kekalkan pendekatan aku yang suka beralah. Beralah bukan beerti kalah. Tapi kena lihat pada keadaan dan situasi ok. Bab kerja memang kena tegas sikitlah sebab kerja aku libatkan duit. So kalau bab duit ni kena lebih berhati-hati. Besar impaknya kalau aku tak berhati-hati dengan duit ni.

Secara rangkumannya, aku kena buat seperti biasa dan buat tak tahu dengan apa yang orang sekeliling akan perkatakan. Dengan si dia juga aku akan lebih banyak buat tak tahu sahaja selepas ini. Aku tak mahu dia membenci aku. Kalaupun dia tiada perasaan suka pada aku, namun aku tak mahu dia benci pada aku. Itu sahaja. Jadi bagi mengelakkan dia rasa tak selesa dan seterusnya menerbitkan rasa benci pada aku, jadi aku kenalah jangan renung atau lihat dia lebih-lebih k. Tahan sikit beb, bukan tak boleh. Boleh, boleh blah, ha ha ha....

Asalkan Dia Ada?

Aku tak tahu apakah yang sepatutnya aku lakukan sekarang. Semuanya seperti tidak kena. Apa sahaja yang aku buat semuanya tak betul. Buat ini salah, buat itu salah. Ikut cara sendiri salah, ikut cara orang pun salah. Jadi apa yang betul? Entahlah. Segala yang baik datang daripada Allah dan segala yang buruk itu datang dari diri aku sendiri.

Apa-apa pun aku tetap memanjatkan kesyukuran kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat aku meneruskan lagi kehidupan ini. Entah bila ajal akan datang menjemput aku, tiada siapa yang dapat ketahui. Bila-bila sahaja ajal akan datang menjemput kerana kematian itu sudah pasti. Setiap yang hidup pasti akan mati. Kematian itu tidak akan datang cepat atau lambat walaupun sesaat. Apabila sudah tiba masanya, tiada siapa yang dapat menghalanginya. Kita perlulah untuk senantiasa mengingati mati dan perlu sediakan diri dengan kematian.

Aku bukanlah ingin bincangkan mengenai kematian. Apa yang ingin aku karangkan kali ini ialah mengenai aku. Aku memanjatkan kesyukuran kehadrat Illahi kerana telah kurniakan aku dengan suatu perasaan terhadap orang lain. Seperti yang aku pernah jelaskan sebelum-sebelum ini, memang aku tidak menjangka bahawa aku akan menaruh hati pada orang lain selain pasangan aku. Namun siapalah aku untuk mengawal sagalanya? Sedangkan kita bernafas juga dengan izin Allah, inikan pula perkara-perkara lain. Tiada siapa yang tahu Qada' dan Qadar yang ditentukan oleh Allah kepadanya. Memang perjalan atau jalan hidup kita telah ditulis sebelum kita dilahirkan didunia. Segalanya telah tertulis di luh mahfuz. Jadi segala yang terjadi sebenarnya telah ditentukan sebelum kita lahir didunia lagi.

Aku masih juga keliru dengan apa yang aku mahukan. Ada kalanya aku rasa suka sangat pada dia, ada kalanya rasa biasa sahaja, ada kalanya teringat sangat pada dia, tidak kurang juga terasa kerinduan yang teramat sangat, dan ada juga kalanya aku rasakan macam tiada apa-apa termasuk jugalah rasa macam sudah tawar hati. Itu yang aku malas sebenarnya untuk ada perasaan pada orang lain kerana aku memang agak lemah kalau aku sudah ada hati pada orang lain ni. Kadang-kadang aku cuma perlu lihat dia sahaja, itu sahaja sudah memadai. Tidak kiralah apa jua perasaan atau pandangan dia terhadap aku, asalkan dia ada di hadapan mata atau berdekatan dengan aku, segalanya terkawal. Tapi aku tak mahu dia terus rasa kurang selesa kalau aku sering melihat dia, jadi ada masanya aku terpaksa untuk tidak melihat ataupun menegur dia.

Memang aku boleh katakan bahawa terdapat sesuatu yang menghalang untuk aku dan dia jadi kawan biasa. Aku telah cuba buat macam biasa, layan macam kawan-kawan lain, namun, memang tidak berjaya kerana setiap kali aku nak bercakap dengan dia macam biasa, tidak dapat dilakukan dengan baik. Pasti aku agak gementar dan gemuruh. Entahlah kenapa susah sangat untuk aku kawal perasaan aku apabila berhadapan dengan si dia. Mungkin kerana aku terlalu obses ataupun masih lagi trauma dengan apa yang terjadi dalam hidup aku. Aku masih kurang yakin dengan diri aku. Bagaimana aku untuk hadapi masalah ini?

Dua malam lepas, aku telah bermimpi bertemu si dia. Memang mimpi itu sangat indah kerana dalam mimpi tersebut si dia melayan aku baik sangat. Mimpi tersebut nampak macam real sangat sehinggakan aku tidak rasakan aku dalam alam mimpi. Tapi sayang, ianya hanya dalam mimpi, tetapi realitinya memang sangat berbeza. Aku rasakan memang aku dah angau ke tahap maksimum. Bukan sebab apa, aku memang macam tak kisah dengan apa yang berlaku, sama ada dia layan aku baik, layan tak baik, buat tak tahu, tetapi hati aku tidak berubah, aku tetap teringat pada dia. Memang sah aku dah jatuh hati pada si dia. Itulah sebabnya aku memang tidak kisah atau rasa tidak menentu asalkan si dia ada di hadapan mata. Masalah yang sering terjadi ialah apabila dia tiada. Mulalah aku rasakan macam-macam. Aku tak menentu je jadinya.

Aku memang dah tak larat untuk hadapi semua ni, ditambah dalam masa terdekat ni. Kisah aku dengan pasangan aku masih belum ada kata putus lagi, jadi aku perlu selesaikan masalah aku satu persatu. Aku tidak dapat pastikan apa yang dia rasa sekarang ni. Kalau aku ditempat dia pun aku tak tahu apa yang aku akan buat. Memang setakat ini dia buat biasa sahaja, baguslah, cuma mungkin juga ada kalanya dia rasa tak selesa. Memanglah tak selesa apabila asyik direnung sahaja. Aku notice lately memang dia kerap menjeling melihat sama ada aku lihat dia atau tidak. Memang ketara kerana aku sering lihat dia dan sesekali si dia akan menjeling. Aku tidak dapat tafsirkan jelingannya bermaksud apa. Kalau ikut standard aku, memang aku agak konservatif dan prudent, jadi aku akan fikir negatiflah. Jadi maksudnya aku rasakan dia tak sukalah. Memang tidak elok berfikiran negatif, tetapi aku perlu realistik, aku kena berpandukan apa reaksi dia. Jadi setakat ini apa yang aku boleh fikirkan memang sesuatu yang negatif sahajalah.

Memang sukar memahami orang lain ni. Ialah, seperti diri aku juga, bukan senang orang memahami diri aku. Adatlah, memang orang sentiasa akan fikir yang tak baik sahaja walaupun kita berniat baik. Salahkah aku suka pada dia? Salahkah aku menaruh hati pada si dia? Setakat ini aku tidak pernah approach dia lebih-lebih. Aku tak pernah suruh ataupun harapkan dia suka pada aku. Aku hanya melayan perasaan aku sendirian. Aku tak mahu serabutkan kepala aku lagi. Aku perlu beri tumpuan dan komitmen pada kerja aku sekarang. Sekarang ini sudah dekat akhir tahun, jadi aku perlu segera menyiapkan laporan tahunan dan juga membuat belanjawan untuk tahun 2009. Saat sekarang sangat kritikal dan memang dah jadi macam kebiasaan sahaja, bila tiba tengah banyak perkara yang perlu aku fikirkan, terlalu banyaklah hal yang aku kena fikir. Bila time aku tengah free mind aku, memang tak ada apa yang aku perlu fikirkan. Inilah ujian untuk minda aku. Ada kalanya aku perlu memerah otak untuk berfikir dan ada kalanya aku biarkan otak aku rehat sahaja. Tetapi sepanjang aku hidup, memang kepala aku ni asyik suka berfikir. Kiranya otak aku akan sentiasa bergerak 24-7 la. Memang itulah yang sepatutnya. Mana boleh tak berfikir. Dalam tidur pun otak aku aktif berfikir, itulah pasal aku boleh jumpa si dia dalam mimpi aku.

Seperti biasalah, kalau aku dalam keadaan tak menentu aku lebih kerap berdoa pada Allah. Bukanlah maksudnya aku kurang berdoa bila aku tiada masalah, tetapi bila dalam keadaan yang tak menentu seperti sekarang ini, aku lebih senang mendekatkan diri aku pada Allah dan sentiasa memanjatkan doa kepadaNya. Aku juga merasakan aku berbicara ataupun berbual dengan Allah. Aku memang amat meyakini bahawa Allah mendengar luahan hati aku. Memang aku boleh tipu orang lain, namun aku tidak mampu menyembunyikan sesuatu atau menipu Allah. Aku juga tidak mampu menipu diri aku sendiri ditambah pula kalau perkara-perkara yang melibatkan perasaan ini. Aku memang akui aku suka pada si dia. Itulah fact nya, tetapi aku tidak berharap atau menaruh harapan yang tinggi. Aku cuma sedari dan perlu akui aku suka pada si dia. Sebab itulah aku memang tidak kisah apa juga respon dia pada aku.

Memang aku perlu banyak bersabar kerana bukan mudah untuk memenangi hati orang lain. Sungguhpun si dia telah mengetahui niat hati aku dan juga mengetahui status aku, namun aku tidak tahu apa sebenar yang dia rasa. Berilah masa untuk dia fikirkan mana yang terbaik untuk dirinya dan juga diri aku. Kalau dia merasakan dia boleh ada hubungan istimewa dengan aku, dia akan datang juga suatu hari nanti, tetapi kalau dia memang tiada sebarang perasaan pada aku, aku perlu hormati dan akur dengan keputusan dia. Itu hak dia. Hak aku cuma untuk suka pada dia, tetapi aku tiada hak untuk suruh dia suka pada aku whatsoever. Cukuplah sekadar dia boleh bercakap biasa dengan aku walaupun hanya sekali sekala berbanding kalau dia langsung tak mahu layan atau bercakap dengan aku sebagaimana yang pasangan aku buat pada aku. Tak mengapalah, aku tak mahu salahkan sesiapa. Apa yang mampu aku buat sekarang ialah berserah sahaja pada Allah. Tiada apa yang aku terdaya untuk lakukan sekarang ini.

Buat sementara waktu ini aku perlulah buat seperti biasa dan datang kerja dengan niat yang betul. Memang aku niat datang kerja untuk bekerja dan bukan kerana si dia. Kalau tak masakan aku datang kerja awal setiap hari. Lainlah kalau si dia pun datang awal. Dia memang selalu datang dekat-dekat office hour. Aku faham kerana dia juga berulang jauh dari rumahnya ke pejabat. Jadi memang dia akan datang lewatlah hari-hari. Asalkan dia selamat datang dan pergi jadilah. Kalau dia tiada di pejabat memanglah aku rasa kurang sikit, namun aku tidak boleh biarkan sehingga ianya menjejaskan tugasan aku. Aku perlu buktikan pada diri aku sendiri bahawa aku layak duduk di posisi aku sekarang ini dan dalam masa beberapa tahun lagi aku akan mahir dengan selok belok perniagaan syarikat aku ni. Itulah harapan bos aku sekarang ini dan beliau telah menyatakan bahawa beliau mahu aku menjadi pembantu beliau suatu hari nanti. Aku akan ambil peluang ini dan aku perlu belajar dengan lebih tekun dan fahami secara terperinci segalanya. InsyaAllah, aku boleh buat. Aku yakin aku boleh.

Oleh yang demikian, aku perlulah untuk mengasingkan perkara yang harus aku fikirkan sekarang ini. Aku perlu dahulukan perkara-perkara yang lebih penting berbanding perkara-perkara yang tidak penting. Seperti masalah peribadi aku, bukan tak penting, tetapi aku boleh tangguhkan dahulu kerana ianya bukan perlu diselesaikan dengan cepat. Aku perlu fokus pada kerja aku bagi mencapai matlamat aku. Memang aku tidak bercadang untuk mencari kerja tempat lain lagi, aku akan cuba hadapi segala rintangan dan dugaan di tempat kerja sekarang ini. Mana-mana tempat kerja pun pasti ada masalah, jadi aku perlulah hadapi segala rintangan dan dugaan ini dengan hati yang terbuka. Kisah aku dan si dia, biarlah masa yang tentukan. Seperti yang aku jelaskan dalam perenggan di atas, sekiranya dia ada perasaan yang sama dengan aku, pasti ianya akan datang sendiri. Tak perlu kelam kabut kerana setiap orang perlukan masa. Aku juga perlu beri ruang untuk hati dan otak aku berehat. Untuk sementara waktu ini, asalkan dia ada, ada didepan mata aku, ianya sudah memadai.

Mengapa Sukar Mencari Orang Yang Boleh Dipercayai?

Aku rasa hairan dan pelik mengapa susah sangat untuk bertemu dengan orang yang boleh dipercayai dewasa ini? Adakah memang sudah lumrah kehidupan tiada orang yang boleh dipercayai? Kalau tidak masakan ada pepatah Inggeris yang berbunyi “Don’t Trust Anybody”. Entahlah, sepanjang aku hidup di dunia ini hanya kedua orang tua aku sahaja yang aku boleh percaya. Orang lain termasuk adik beradik pun sukar untuk dipercayai.

Mengapakah kita sebagai manusia cenderung untuk melakukan penipuan? Apakah untungnya berbohong? Adakah tiada nilai bagi sebuah kejujuran? Jawapannya, memang kejujuran tiada nilai. Ini kerana jika kita berlaku jujur, tiada orang pun yang suka pada kita kerana telah terbiasa dengan kepura-puraan. Dunia memang penuh dengan kepura-puraan. Itulah sebabnya orang yang berjaya adalah orang yang tidak berlaku jujur atau dengan kata lain orang yang pandai menipu akan lebih mudah berjaya berbanding dengan orang yang jujur. Adakah dunia memang mengiktiraf penipu? Ya, itulah hakikat yang perlu diterima. Itulah sebabnya kita akan ada hari pembalasan atau pengadilan dialam akhirat nanti. Didunia manusia boleh lepas dengan segala tipu daya, tetapi diakhirat nanti, tiada siapa yang akan terlepas. Buat baik walau sebesar zarah akan dihitung dan buat jahat walau sebesar zarah juga akan dihitung. Bergantung kepada amalan kita, kalau banyak pahala, kesyurgalah kita tetapi kalau banyak dosa, ke nerakalah. Itulah janji Allah dan sebagai orang Islam kita wajib mempercayai salah satu daripada rukun Iman iaitu percaya pada hari kiamat.

Mengapa manusia cenderung melakukan dosa sungguhpun dikhabarkan dengan balasan neraka? Apakah kita nampak dengan mata kasar dosa atau pahala? Tidak, memang dosa, pahala, syurga, neraka tidak kita nampak dengan mata kasar, itulah sebabnya kita tidak rasa takut untuk lakukan dosa sambil abaikan pahala. Manusia telah dilekakan dengan kemewahan, kesenangan dunia yang hanya sementara ini. Bukan tidak diajar tentang dosa, pahala. Mana-mana agama pun mengajar penganutnya mengenai dosa dan pahala. Tetapi manusia lebih cenderung untuk melakukan dosa kerana nikmat sementara yang akan diperolehi dengan cepat. Memang orang boleh lihat, manusia yang berkereta besar, berumah besar, tidak taat dengan suruhan Allah, sedangkan orang yang rajin melakukan ibadah ke masjid hanya menaiki basikal ataupun menunggang motorsikal dan mendiami rumah yang sederhana sahaja. Jadi kehidupan yang bagaimana yang sering menjadi pilihan manusia? Pastinya manusia lebih gemar untuk menikmati kesenangan dan kemewahan dunia sungguh pun mereka sedari ianya hanya sementara waktu sahaja. Hidup hanya sekali, mestilah nak rasa mewah. Itulah silapnya manusia yang telah ditipu oleh hasutan syaitan kerana lebih mengejar dunia daripada kehidupan abadi di akhirat kelak.

Sesungguhnya manusia ini terbahagi kepada empat golongan. Golongan pertama, manusia yang bahagia hidup di dunia dan di akhirat. Golongan kedua, manusia yang bahagia di dunia tetapi tidak bahagia di akhirat. Golongan ketiga, manusia yang tidak bahagia di dunia tetapi bahagia di akhirat. Dan golongan terakhir ialah manusia yang tidak bahagia didunia mahupun akhirat. Pasti ramai yang tidak mahu duduk dalam golongan keempat dan masing-masing akan cuba menempatkan diri dalam golongan pertama. Tetapi percaya atau tidak, golongan kedua, ketiga dan keempat lebih ramai daripada golongan yang pertama. Bukan mudah untuk kecapi kebahgiaan di dunia dan akhirat. Memang ada manusia yang tergolong dalam golongan pertama, tetapi ianya bukan dapat dicapai dalam sekelip mata. Memang lumrah manusia yang tidak sabar, mahukan sesuatu kejayaan dan kenikmatan itu dengan cepat. Tidak sanggup berkorban mahupun menahan kesabaran. Masing-masing cuba mengejar kemewahan dunia sambil harapkan kebahagiaan dan kemewahan itu kekal hingga akhirat. Apa yang dikhuatirkan, demi mengejar segalanya tanpa melakukan usaha yang berlandaskan syariat, manusia akan termasuk dalam golongan keempat. Dunia tak dapat, akhirat pun tak dapat. Di dunia derita, di akhirat masuk neraka, nauzubillah.

Tetapi dalam dunia dewasa ini, ramai yang memilih untuk bahagia didunia iaitu golongan yang kedua. Memang tawaran kesenangan dan kemewahan dunia ini terlalu berat dan sukar untuk ditolak kerana ianya memang realiti dihadapan mata. Kebahagiaan di akhirat siapa yang dapat gambarkan dengan jelas sungguhpun kehidupan akhiratlah yang kekal abadi. Kerana kita tidak nampak dengan mata kasar apa itu dosa apa itu pahala dan tidak nampak bagaimankah syurga dan neraka. Memang sebagai umat Islam, segalanya telah dijelaskan dalam Al-Quran, bagaimanakah bentuknya neraka bagaimanakah syurga, tetapi siapakah yang dapat fahami betul-betul apa yang telah dijelaskan dalam Al-Quran? Kemewahan dunia terbentang luas dihadapan mata, adakah manusia yang sanggup menolak kemewahan seperti itu demi mencapai kebahagiaan di akhirat nanti? Memang ada segelintir manusia yang sanggup untuk korbankan dunia demi akhirat, tetapi untuk mencapai tahap keimanan seperti itu, memang sangat sukar dan perlu hadapi pelbagai dugaan dalam kehidupan. Tiada siapa yang mahu hidup susah, jadi sudah pasti setiap manusia akan lebih cenderung memilih kearah kebahagiaan dunia meskipun mereka tahu akan perbuatan mereka yang akan rugikan diri di akhirat kelak. Seperti yang dijelaskan di perenggan di atas, di mana golongan yang melakukan kefasiqkan hidup mewah tetapi golongan yang menjaga ibadah mereka hidup sederhana dan tidak kurang juga yang hidup susah.

Dunia ini syurga bagi orang kafir dan golongan fasiq. Sesungguhnya Allah Maha Penyayang, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Allah memang menyediakan dunia untuk kemewahan golongan kafir kerana diakhirat nanti mereka tidak boleh menyalahkan Allah. Dunia ini sebenarnya jambatan untuk ke akhirat. Di dunia inilah tempat untuk kita membuat amal makruf dan menghindari kemungkaran. Masing-masing telah dididik dari kecil mengenai agama, maka terpulanglah kepada diri masing-masing jalan mana yang mereka mahu pilih. Setiap orang telah dikurniakan dengan akal fikiran, maka pandai-pandailah kita untuk menentukan hala tuju hidup kita. Nak bahagia dunia atau akhirat? Tepuk dada tanya iman.

Berbalik kepada cerita kejujuran ataupun mencari orang yang dipercayai. Didalam artikel yang pernah aku karangkan sebelum ini yang bertajuk kejujuran, memang itulah realiti yang harus diterima bagi orang yang mahu berlaku jujur. Sungguhpun dia sanggup berlaku jujur dengan mengakui kesilapan dan kesalahannya, namun hukuman yang diterima memang sangat tidak berpatutan. Itulah sebabnya manusia cenderung untuk menipu demi menyelamatkan diri mereka didunia ini. Kalau dilihat dalam kes dimahkamah, orang yang bersalah, sanggup upah peguam bagi membela kesalahan yang dibuat untuk meringankan atau melepaskan diri daripada dihukum di atas segala kesalahan yang telah di buat. Memang banyak kes dimana orang yang bersalah terlepas daripada hukuman kerana mereka berjaya menipu dan menyembunyikan kesalahan mereka. Tetapi mereka ini lupa bahawa sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Memang manusia boleh ditipu, tetapi Allah tidak. Kita mungkin terlepas hukuman di dunia, namun jangan mimpilah untuk ada peguam yang boleh membela kita di mahkamah akhirat nanti.

Manusia sebenarnya mengambil mudah atau memandang ringan dengan apa yang dituturkan. Mereka tidak kisah untuk gunakan nikmat yang Allah berikan untuk digunakan pada jalan yang salah. Allah kurniakan kita lidah untuk berbicara, namun mengapakah kita menggunakan nikmat itu untuk menipu, menyakiti hati orang, mengumpat, memfitnah, mengadu domba dan sebagainya? Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda, “Tidak sempurna iman seseorang itu selagi tidak lurus hatinya dan tidak lurus hatinya selagi lidahnya tidak lurus”. Memang kita sering leka untuk mengawal organ yang tidak bertulang ini. Kerana lidah sahaja boleh menghumban kita ke neraka. Itulah sebabnya kita lebih baik berdiam daripada bercakap perkara yang sia-sia. Apalah salahnya kita gunakan lidah untuk berzikir dan berselawat memuji kebesaran Allah? Kita tidak digalak untuk banyak bercakap kerana banyak bercakap, membuka ruang untuk melakukan kesilapan dan kesalahan. Banyak bicara banyaklah salahnya. Kita memang tidak sedar apa yang kita perkatakan. Adakalanya apa yang kita katakan boleh menyinggung hati orang lain, oleh yang demikian kita perlu lebih berhati-hati memilih perkataan yang ingin kita utarakan bagi mengelak menyakiti hati orang sekeliling kita.

Ada sesetengah pendapat mengatakan bahawa orang yang menipu itu sebenarnya menipu dirinya sendiri. Memang benar kerana beliau menyangkakan beliau telah berjaya menipu orang lain sedangkan beliau tidak tahu bahawa orang yang ditipu itu tahu yang beliau berdusta. Macam aku, memang sifat aku mudah percayakan orang dan aku tidak kisah kalau orang nak tipu aku. Setakat mana dia boleh tipu? Orang tu boleh hidup senang untuk selamanya ke dengan menipu? Sepandai-pandai tupai melompat, jatuh ketanah juga akhirnya. Jadi janganlah biasakan diri dengan penipuan ini. Percayalah, kesenangan dan kemewahan yang diperolehi dengan cara menipu tidak akan kekal lama dan bersifat sementara sahaja. Kenyangkanlah diri dengan segala penipuan kerana penipuan itu akan kembali kepada kita. Pada aku senang sahaja, sekali aku ditipu, memang selamanya aku tak akan percaya orang itu kecuali sekiranya orang tersebut mahu akui kesalahannya dan meminta maaf. Kalau tidak, terpulanglah, teruskanlah hidup dengan segala penipuan, kita lihat siapa yang akan lebih berjaya, orang jujur atau penipu.

Apa yang boleh dirangkumkan disini memang terlalu sukar untuk mencari orang yang boleh dipercayai. Orang-orang jujur sudah pupus kerana ditelan dengan budaya dunia yang penuh kepura-puraan ini. Memang dunia ini bukanlah untuk orang yang jujur. Dunia ini syurga orang kafir dan orang fasiq. Orang baik, orang jujur akan selalu ditindas oleh golongan penipu kerana golongan penipu inilah majoriti sedangkan golongan yang jujur ini hanya minoriti. Pepatah cina ada menyatakan “Kuda baik ditunggang orang, Orang baik ditindas orang”, sama-samalah kita renungkan.

Thursday, December 11, 2008

Suatu Masa

Bagaimanakan ku mula, dan apakah kata-kata yang indah untuk diabadikan? Permulaan lirik lagu nyanyian M.Nasir, Suatu Masa. Seperti biasalah lagu-lagu merupakan antara teman aku tak kira masa sama ada waktu gembira, sedih, angau dan sebagainya. Aku memang gemar mendengar pelbagai bentuk muzik. Kalau ditanya apakah jenis muzik yang aku suka, aku boleh katakan semua jenis muzik boleh aku layan. Termasuklah klasikal ataupun blues ataupun country. Biasanya jenis lagu yang aku perdengarkan bergantung kepada mood aku. Kalau mood aku tengah biasa, aku suka dengar lagu yang agak tenang seperti lagu klasik ataupun lagu-lagu yang easy listening. Kalau aku tengah tak menentu, biasanya lagu-lagu yang aku dengarkan bercampur-campur, rock, heavy metal dan sebagainya. Kalau sekiranya aku tengah sedih, aku biasanya akan tukar-tukar jenis lagu, sekejap lagu slow sekejap lagu rancak. Kalau ikut psikologi pun sekiranya kita sedang hadapi tekanan, antara cara yang boleh digunakan untuk melegakan ketegangan ialah dengan mendengar muzik. Ianya dikenali sebagai terapi muzik. Kita kena selang selikan lagu rancak dan lagu perlahan. Tidak lama selepas itu kita akan lebih tenang. Setakat ini hasilnya memang menjadi. Tak tahulah pada orang lain, tetapi pada aku, terapi muzik dapat membantu aku. Kalau dah teruk sangat, aku akan mengaji. Itu sudah confirm dapat tenangkan jiwa.

Semalam cuti umum jadi aku gunakan masa yang ada untuk membawa orang tua aku berjalan. Mama aku teringin nak ke Bukit Tinggi, jadi aku pun bawalah dia ke Bukit Tinggi. Memang dah lama mama aku berhajat untuk kesana, jadi aku bawalah mama aku kesana. Sungguhpun tak lama berada di sana, namun, sekurang-kurangnya hajat mama aku tercapai. Dalam perjalanan aku ke Bukit Tinggi, tiba-tiba bos aku telefon, aku ingatkan apa hal la, kalau dia suruh aku datang kerja, sudah pasti aku kena patah balik untuk ke pejabat, tetapi mujurlah dia nak tanya pasal nombor telefon kawan aku yang minta kerja tempoh hari, jadi aku pun berikanlah nombor telefon kawan aku pada bos aku. Alhamdulillah, kawan aku dapat kerja dengan pendapatan yang dia harapkan.

Aku kadang-kadang rasa tak tahu apa yang aku rasa. Semalam aku amat rindukan pada si dia. Entah kenapa, aku teringat pada dia sangat-sangat. Adakah dia teringat pada aku? Mungkin tidak. Masakan dia mahu teringat pada aku kerana dia tidak rasa apa-apa pada aku sungguhpun dia sudah ketahui bahawa aku suka pada dia. Setiap kali aku rasa nak saja telefon ataupun sms dia, tetapi seperti ada sesuatu yang menghalang aku daripada berbuat demikian. Terpaksalah aku tahan sahaja hajat aku dan terus merindui dia sendirian.

Hari sebelum cuti yang lepas, aku pulang lewat kerana ada kerja yang perlu dilakukan dengan segera sebelum cuti. Waktu tu juga si dia masih ada dipejabat kerana dia juga perlu siapkan kerjanya. Tetapi bukan kami berdua sahaja yang ada dipejabat masa tu, ada seorang lagi staff, jadi aku tidaklah rasa risau kerana tidak akan difitnah jika hanya berdua sahaja. Kalau terpaksa berdua, aku akan keluar dari pejabat dahulu, sehingga dia selesai buat kerja baru aku akan masuk pejabat semula untuk sambung kerja. Bukan dengan dia sahaja, sebelum ini pun pernah terjadi aku tinggal berdua sahaja di pejabat dengan staff lain, jadi aku keluar minum dahulu sehingga staff terbabit siap kerja baru aku sambung kerja. Jadi masa hari itu kami pulang bersama la, maksud aku waktunyalah, sekitar jam 8 malam. Aku bye-bye la dia, dan dia senyum sahaja, aduh cair hati aku dengan senyuman si dia. Sepanjang perjalanan aku tersenyum sahaja.

Tapi semalam yang paling seronok pada aku apabila mendapat perkhabaran bahawa kawan aku telah dapat kerja dengan bos aku. Seronok sangat kawan aku ketika beliau menghubungi aku. Alhamdulillah. Itu rezeki kawan akulah dan aku hanya introducer sahaja dan tidak lebih daripada itu. Selebihnya memang terletak kepada bahu kawan aku tu. Syukurlah beliau akan mula kerja minggu hadapan.

Walau apa pun semalam kepala aku memang penuh teringatkan si dia, teringat sangat-sangat. Aku hanya mampu serahkan diri aku pada Allah dan dikala itulah aku mendengar lagu suatu masa. Memang sangat sesuai lagu tu untuk aku sekarang. Tapi mungkin ini khayalan sahaja. Tak mengapalah, itulah cara aku menenangkan jiwa aku.

Pagi ni si dia masuk lambat, jadi aku pun tertunggulah akan si dia. Tapi yang peliknya bila tengok si dia, aku tak rasa apa-apa. Pelik betul la, memang memeningkan kepala aku buat masa ni. Bila tak nampak rasa rindu sangat, tapi bila dah nampak tak rasa apa-apa pulak, angau ke langau ni? Entahlah, ha ha ha, aku kadang-kadang tersenyum sendiri dengan diri aku. Ialah macam desparate houswife pun ada. Ha ha ha. Aku memang perlukan teman sekarang ni, tu saja yang aku tahu. Tapi siapakah yang sudi menemani aku? Memang aku tak pandang orang lain selain dia, namun aku perlu realistik kerana tak mungkin dia perlukan aku. Itu sahajalah. Tak apalah, selagi kepala aku boleh tenang, selagi itu aku perlu buat biasa sahaja. InsyaAllah, aku boleh atasi segala masalah ni dengan tenang kerana aku perlu kawal perasaan aku. Jangan ulangi kesilapan lalu sudahlah. InsyaAllah, aku boleh atasinya. Aku harus yakin dengan diri aku sendiri.