Tuesday, March 31, 2009

Happy For My Friend

Memang aku dah lama tak mengarang mahupun menjengah ke laman blog aku. Begitulah gambaran betapa sibuknya aku sekarang di pejabat. Makin hari makin bertambah kerja aku dan tidak kurang juga beberapa perkara yang membuatkan aku meluat dengan keadaan sekeliling aku. Environment melayu memang begitu, susah betul nak ubah budaya orang melayu yang entah kenapa suka sangat tengok bangsa sendiri susah dan menderita. Aku sampai ke tahap benci pada orang melayu dan benci jadi melayu kerana sikap bangsa aku sendiri yang tak penat-penat nak berdengki dan menjatuhkan sesama sendiri. Apa la yang untung bila tengok bangsa sendiri susah dan jatuh? Lambat laun kalau negara ini di tadbir oleh bangsa lain, jangan salahkan orang lain, salahkan diri sendiri.

Aku tak la rasa pelik mahupun hairan dengan keadaan seperti ini kerana aku dah lali dengan sikap melayu bodoh yang suka mencari salah orang lain. Suka sangat jaga tepi kain orang. Suka sangat mendengki pada bangsa sendiri. Pantang lebih sikit, pasti ada yang tak puas hati dan kalau boleh suka tengok orang tu jatuh. Kalau tak pun mereka ni berusaha untuk menjatuhkan bangsa sendiri. Bagi mereka ianya satu kepuasan tahap maksima apabila melihat orang lain jatuh mahupun menderita. Aku tak la kata aku ni baik sangat tapi aku boleh katakan I'm not typical malay. Aku lebih senang buat hal sendiri tanpa pedulikan orang lain. Aku tak suka kacau orang sungguhpun orang lain dok sibuk kacau hidup aku.

Yang aku pelik ialah mereka ni macam tak letih-letih nak kacau hidup aku. Aku dah la tak suka nak ambil kisah pasal mereka ni semua, tapi mereka ni sebolehnya nak sibuk sangat pasal aku. Apahal? Banyak lagi kerja lain yang korang buat selain menyibuk hal aku. Kalau aku dah start kacau hidup korang, pasti aku takkan berenti selagi aku tak puas hati. Jangan cabar aku untuk buat sesuatu yang aku tak mahu buat. Aku bukan macam korang k. Cuma tinggal lagi kalau sudah sampai ketahap melampau, aku perlu bertindak. Mana boleh dok defend sahaja, aku perlu juga counter attack. Bagi korang sedar sikit siapa korang dan siapa aku.

Aku memang sudah jangka perbincangan antara aku dengan pembantu aku dulu hanya membuang masa sahaja. Dia hanya harap aku saja yang berubah ikut acuan dia, sedangkan dia sendiri tak mahu mengubah dirinya untuk sama-sama perbaiki hubungan. Come on la, bagus sangat ke dia tu nak banding-bandingkan aku dengan bekas bos dia? Kalau nak kira, inilah first time aku dapat pembantu yang paling teruk dalam sejarah pekerjaan aku. Inilah kali pertama aku dapat pembantu yang tidak matang walaupun sudah berusia. Bangang, sombong dan bodoh bagai nak mampus. Lepas tu perasaan dirinya bagus. Memang tidak dinafikan dia boleh rasa begitu semua kerana syarikat tu keluarga dia punya, jadi dia tak kisah sama ada nak respect aku mahupun tidak. Tak pelah, pada aku bukan aku nak salahkan parents dia ke apa, cuma biasalah, kalau kita salah orang akan lebih mengatakan parents tak beri didikan yang secukupnya pada anak mereka. Sorry to say la, memang parents dia tak didik anak dia betul-betul tentang adab. Ini memang tahap orang yang kurang ajar. Aku tak kisah orang tak suka pada aku, adat la, aku tak boleh expect semua orang suka pada aku, ada orang suka dan ada orang tak suka. Sedangkan Tun Dr. Mahathir yang banyak berjasa pada negara ni pun ada orang tak suka, sedangkan Dato' Siti Nurhaliza yang mengembangkan bakat nyanyiannya dengan tanpa kontrovesi pun ada orang tak suka, inikan pula aku. So aku memang tak mahu ambil pusing dengan apa yang terjadi pada aku.

Cuma kadang-kadang aku memang dah tak boleh menahan kesabaran aku. Memang aku berhak merasa tercabar dan aku rasa sudah tiba masanya untuk aku bertindak. Aku tak kisah kalau dia tak suka, tapi bila dia siap pengaruh orang lain supaya menjauhkan diri aku, itu sudah ke tahap melampau. Jangan ingat aku tak boleh bertindak. Aku memang dalam posisi mahu atau pun tidak, bukan boleh ataupun tak. So, jangan cabar kesabaran aku. Please la, aku tak mahu jadi macam korang k, tapi kalau korang nak sangat aku buat macam mana korang buat pada aku, korang akan dapat kow-kow punya. Definitly, kalau aku dah start kacau hidup korang, sure korang akan menderita punya. Itu janji aku. Kalau aku dah start, aku tak akan stop punya, percayalah. So, selagi aku belum mula, jangan cabar aku untuk memulakannya.

Kisahnya begini, aku sudah mula terasa bila mereka mengasingkan aku. Aku tak kisah sebenarnya, aku bukan tak biasa dok dalam pulau. Bila aku tak kisah dengan tindakan mereka, mereka dok mula kacau aku lagi. Suka ganggu hidup dan kerja aku. Komplen sana komplen sini. Aku diam lagi, tapi bila dah sampai ke tahap hasut orang yang baik dengan aku supaya menjauhkan diri daripada aku, memang aku rasa dah melampau sangat dah tu. Korang ni nak sangat ke rasa susah? Korang nak sangat ke menderita macam mana aku derita? Aku akan usaha bagi korang sakit sebagaimana aku sakit, malah lebih daripada tu. Aku punya konsep senang saja, kalau orang baik dengan aku, aku boleh baik dengan orang tu 10 kali ganda, malah kalau orang tu susah, aku akan bersama dia untuk tempohi saat-saat sukar dan getir. Tapi kalau orang tak suka kat aku, aku memang akan jauhkan diri aku dari mereka. Aku tak akan pergi dekat dengan orang tak suka pada aku. Aku biarkan sahaja, tapi bila dah sampai tahap ganggu hidup aku, itu dah kira sangat melampau k. Sudah pasti aku akan balas berkali ganda punya, percayalah. Bila-bila masa sahaja aku boleh bertindak. Jangan salahkan aku k sebab tahap sabar aku sudah sampai kemuncak. Memang aku akan ajar pada orang yang kurang ajar macam korang.

Aku memang dah mula bertindak hari ni tadi. Yang bestnya bila aku dah start bertindak, baru korang tahu kelam kabut. Ha ha ha. Siap bos aku panggil untuk jernihkan suasana. Sori, it's too late. Aku tak akan berenti dah, korang tunggu dan lihat sahajalah apa yang korang akan terima lepas ni. Percayalah, korang dah buat aku hilang sabar dan korang percayalah, aku tak akan rasa senang selagi aku tak tengok korang susah dan menderita macam aku. Tunggulah dan bersiap sedialah untuk alami satu zaman kegelapan hidup korang. Jangan salahkan aku k. Pepatah melayu ada menyebutkan, sarang tabuan jangan dijolok. Korang dah kacau hidup aku, aku akan kacau hidup korang. Aku dah letih untuk bertolak ansur dengan orang macam korang k.

Macam tak kena la pula cerita dengan tajuk aku ek? Sebenarnya aku mengarang artikel ni selepas balik dari jumpa kawan baik aku merangkap adik aku la. Dia adalah antara beberapa orang yang rapat dan baik dengan aku. Pada mulanya aku tiada plan nak jumpa kawan aku ni. Memang kekadang aku akan telefon la dia tanya khabar dan sebagainya. Kebetulan dia memang keluar malam ni, so aku pun ajak la jumpa. Dalam keadaan aku bengang dengan apa yang terjadi di pejabat, bila aku jumpa kawan aku ni dan dia memberitahu berita gembira dia, terus aku lupa akan masalah yang melanda aku. Aku memang tumpang rasa gembira kawan aku ni. Dialah antara orang yang masih mahu kawan dengan aku sungguhpun aku hadapi masalah besar sebelum ini. Oleh kerana dia sangat baik dengan aku, maka aku telah berjanji pada diri aku, siapa yang baik dengan aku, aku tak akan biarkan orang itu susah. Maksudnya kalau orang tersebut ada masalah, aku akan berusaha sedaya upaya menolong orang tersebut. Biarpun dikala itu aku ada masalah ke apa, aku akan pastikan masalah orang tu diselesaikan dengan segera. Itu cara aku hargai orang yang baik dengan aku. Itu sebab aku tak hairan kalau orang tak nak baik dengan aku kerana bukan aku yang rugi kalau orang tak nak baik dengan aku. Bagi orang yang betul-betul kenali aku, mereka sudah tentu tahu bagaimana nak treat aku. I have nothing to lose kalau orang tak mahu baik dengan aku.

Aku nak selit sedikit cerita kawan lama aku yang satu sekolah dengan aku. Memang sekarang ni dia pun aku dah write off. Siapa suruh jual mahal sangat dengan aku. Dah la dia yang cari aku dulu, pas tu nak jual mahal sangat dengan aku. Aku tak salahkan kalau nak jual mahal ke apa, tapi jangan la nak demanding sangat. Tengok pada tempat dan keadaan la. Aku sudah tidak punyai banyak masa untuk dibuang. Selama ni aku dah puas buang masa melayan karenah orang, in the end aku yang menderita, so aku dah tak mahu jadi macam dulu lagi. Memang aku agak terkilan masa aku keluar dengan dia baru-baru ni. Seperti baik tak payah jumpa, sebabnya nampak sangat dia rushing nak balik. Aku tak paksa dia jumpa aku, by rite dia yang set kan masa nak jumpa aritu, lepas tu kelam kabut nak balik. Kalau dah tahu ada urusan esok harinya, kenapa nak juga jumpa aku malam tu? Aku dah beri option tukar hari, tapi dia nak juga jumpa malam tu, so aku ikutkan sahajalah. Punya la bersemangat aku nak jumpa dia malam tu, tapi hasilnya amat menduka citakan. That it! It's enough. Aku tak mahu buang masa. Memang selang beberapa hari selepas malam tu dia ada sms aku, untuk kesekian kalinya aku tak respon pada sms orang pada aku. Kalau sebelum-sebelum ni aku memang akan balas, tapi kali ni aku sudah nekad untuk write off sahaja, sebabnya buang masa aku saja. Dah beberapa kali dia buat aku macam ni, bila aku layan baik dia jual mahal, so sorry la, if you are not interested, i'm also not interested. Lepas tu dia ada sms aku lagi, dan aku terus ignore dan aku rasa dia sudah cukup matang untuk faham apa maksud aku. So aku boleh katakan yang dia juga sudah tidak akan membazirkan credit dia untuk sms aku lagi dah lepas ni. Siapa suruh treat aku so so je. Kalau nak treat aku baik, treat aku bebaik. Kalau tak nak, tak payah dan jangan buang masa aku ok.

Cukuplah setakat ni buat kali ni aku meluahkan sesuatu dalam blog aku ni. Pada dasarnya aku sangat gembira untuk kawan aku kerana matlamatnya sudah hampir tercapai. I'm really happy for you my friend. Walaupun aku tengah dalam keadaan tak seronok, namun apabila dengar good news pasal dia, aku memang mampu tersenyum semula. Congratulation! Itu yang aku boleh katakan. Memang aku tahu bahawa aku bakal kehilangan kawan baik aku ni apabila matlamatnya tercapai, tapi aku tak kisah semua tu, yang penting dia bahagia. Maksudnya tugas aku sebagai advisor sudah selesai dan alhamdulillah segala usaha dia selama ni sudah mula menunjukkan hasil. Aku cuma menjadi pendengar setia sahaja dan penasihat. Selebihnya adalah usaha dia sendiri. Yang penting aku dapat merasai kegembiraan ni walaupun aku hanya menumpang kegembiraan orang lain. Barulah kena dengan tajuk, ha ha ha. Wasalam.

Thursday, March 19, 2009

Snippets

Aku sudah lama tak mengarang dalam laman web aku. Keadaan kerja yang semakin hari semakin bertambah telah membataskan aku untuk menghasilkan apa-apa karangan dalam blog aku ni. Bukan setakat itu, aku juga tidak punyai masa untuk melawat laman blog aku ni. Begitu sibuknya aku sekarang ini dan inilah hakikat yang harus aku hadapi. Kerja private memang memerlukan komitmen yang tinggi, dan ini yang aku pilih, jadi aku tak boleh nak komplen sangatlah.

Seperti biasa aku lebih senang menghasilkan karangan ketika dalam keadaan emosi yang tidak menentu. Tapi sekarang ni emosi aku ok, jadi pergerakkan pemikiran aku agak perlahan kerana kalau ada masalah barulah kepala aku akan ligat berfikir. Bila aku tengah tak ada masalah sangat jadi aku tak la dapat berfikiran secara kreatif dan inovatif, ayat-ayat karangan aku juga agak berterabur dan tidak dapat disusun dengan teratur. Jadi aku memang akan sukar menghasilkan sesuatu karangan dalam keadaan aku sangat tenang seperti sekarang ni.

Aku tenang ke sekarang? Rasanya macam tak saja. Tension juga lah sekarang ini dengan sikap orang pejabat yang hanya tahu menyalahkan orang sahaja, salah sendiri tak nampak. Letih juga la jadi scape goat dan jadi pencuci najis orang lain. Kekadang sampai aku rasakan aku tak perlu ada bos dan pembantu sebab bukan nak membantu bila masalah timbul. Kalau masalah tu memang berpunca daripada aku tu memanglah aku boleh terima tapi masalahnya aku pun ambil alih kerja orang lain yang tinggalkan dalam keadaan huru hara. Yang buat aku kecewa tu sebab aku dah maklumkan pada bos aku dari awal tentang masalah yang boleh melanda sekiranya tiada tindakan yang dibuat, namun apa yang aku utarakan tidak diendahkan. Bila masalah timbul, aku la yang balik dipersalahkan. Bila aku bagi cadangan tak nak ikut, ada saja alasan untuk menolak usul aku, bila dah timbul masalah, salahkan aku balik. Letih betul macam ni.

Hari tu aku dah buat perbincangan terbuka dari hati ke hati dengan pembantu aku. Memang aku pada mulanya tak rasakan perlu untuk buat perbicangan sedemikian kerana aku tak rasa hasilnya memberansangkan. Tapi aku terpaksalah buat perbincangan tersebut kerana aku perlu kerjasama yang lebih erat dengan pembantu aku. Memang aku tahu dia lebih lama di syarikat tersebut dan dia juga merupakan adik kepada owner, jadi tidak dinafikan kalau dia akan rasa ego dan tidak mahu menghormati aku. Pandai dia bagi alasan untuk tidak hormati aku, tapi kalau dah memang attitude yang tak reti nak hormat orang, memang akan banyak alasan yang boleh diberikan. Tak mengapalah, biarlah dia rasa comfort dengan cara dia, kalau dia berlagak sangat, suatu hari nanti dia akan tahulah langit tu tinggi atau rendah. Memang sekarang kamu boleh berlagak sebab kamu ada segalanya, tapi tidak mustahil kalau Allah tarik balik nikmat yang Dia beri. Kita tunggu dan lihat sahajalah.

Aku sebenarnya kurang berminat nak bercerita pasal rakan sepejabat aku sebab bukan ada apa-apa faedah pun aku cerita pasal diaorang dalam laman blog aku ni. Buang masa saja aku nak ceritakan pasal mereka yang perasan bagus. Biarlah mereka dengan sikap mereka yang suka membeza-bezakan dan membandingkan orang. Mereka sahaja yang bagus, lantak pi la, buang masa saja untuk aku pening-pening memikirkan pasal mereka ni. Apa yang penting aku tetap tahu aku tak buat salah, biarlah mereka nak kata aku salah ke apa, biarlah mereka nak pulaukan aku ke apa, aku tak hairanlah. Kalau korang tak suka kat aku, aku pun tak mahu dekat dengan korang k. Ingat aku hairan ke? Oh please.

Aku sekarang ni sangat simple, aku akan kawan dengan orang yang nak kawan dengan aku sahaja, kalau orang tak nak kawan dengan aku, pegi jalanlah. Kalau korang rasa bangga untuk mengasingkan aku, aku lagi rasa bangga mengasingkan diri daripada puak yang kolot dan kuno macam korang. Marah nampak? Ha ha ha, tak adalah. Seperti yang aku nyatakan dalam peranggan awal diatas, dikala ini aku sangat tenang dan aku jarang dapat hasilkan karangan yang terbaik dalam keadaan sangat tenang.

Biarlah aku cerita pasal pertemuan aku dengan rakan sekolah lama aku dahulu. Masa aku bertemu dia memang aku dah tak berapa cam muka dia. Tapi bentuk badan masih sama, tinggi lampai. Bukanlah sesuatu yang istimewa masa bertemu kawan lama aku ni cuma biasalah bila dah lama tak dalam keadaan begitu aku jadi agak teruja jugalah. Ialah, aku dah biasa berdua, bila kembali solo tu terasa jugalah untuk berdua semula. Tapi aku tak la terlalu excited seperti sebelum aku jumpa dia. Mungkin sebab dia ni bukan dalam kategori taste aku dan dia pun macam so so sahaja. Kalau dia tak beriya mahupun bersungguh, jangan haraplah aku nak bersungguh. Aku dah letih dengan kompromi yang aku amalkan. Asyik aku sahaja yang nak berkompromi, mana boleh macam tu. Sekarang ni aku hanya akan berkompromi dengan orang yang boleh berkompromi dengan aku sahaja.

Alkisahnya selepas perjumpaan hari tu, memanglah aku tunjukkan rasa keterujaan aku dengan kerap hubungi dia selepas tu. Tapi dia pun ala-ala nak jual mahal la dengan aku. Sori to say la, jual mahal, tak mau beli tak mau layan. Kalau dia tak nak contact aku, aku pun tak akan contact dia. Takkan nak harap aku sahaja yang contact dia kot? Aku tak kisah kalau tak dengar khabar dari dia pun sebab aku bukan ada masa nak fikirkan pasal orang lain. Aku hanya lebih senang fikirkan diri aku sahaja. Memang aku ada ajak dia keluar lagi, tapi dia memang agak sibuk dengan business sampingan dia, jadi aku tak kisah la, aku dah ajak, kalau dia nak, aku keluar la, kalau tak nak, aku tak kisah duduk rumah. Aku memang macam ni sekarang ni, kalau ada orang nak keluar dengan aku, aku keluarlah, kalau tak nak tak apalah. Malah kalau dah janji nak jumpa pun kalau tetiba nak cancel, aku tak kisah punya. Aku susah nak cancelkan appointment yang aku dah buat, tapi aku boleh allow orang cancelkan appointment ngan aku.

Tak mengapalah, aku hanya bergerak mengikut keadaan. Hidup ini terlalu singkat untuk melayan rasa sedih dan duka cita. Hayat ini entah sampai bila berakhir dan ia boleh berakhir pada bila-bila masa sahaja. Jadi sementara hayat masih ada, aku harus gunakan peluang ini untuk menggembirakan hati aku. Nak harap orang lain gembirakan hati kita? Usah haraplah. Itulah sebanya mengapa aku malas nak fikir masalah sangat sekarang ni. Pada aku hidup tak perlu memikirkan pasal masalah sangat. Banyak lagi perkara yang boleh difikirkan. Baik aku fikir macam mana nak tambahkan pendapatan dan menambahkan ibadah. Daripada asyik nak kenang salah orang mahupun menyalahkan diri sendiri, lebih baik aku fikirkan pada sesuatu yang boleh mendatangkan faedah. Fikirkan salah orang bukan boleh dapat beri jalan penyelesaian.

Pada aku sekarang ni aku lebih selesa dan tenang dalam keadaan aku sekarang. Apa saja aku nak buat aku buat tanpa memikirkan pasal orang lain. Aku nak buat apa saja itu aku punya pasal. Seronok juga sebenarnya hidup seorang ni walaupun kadang-kadang aku akan merasakan kesunyian, tapi bukan selalu aku rasa sunyi pun. Bila aku rasa sunyi, aku pergi la jalan-jalan kemana-mana walaupun sorang diri, tapi aku rasa sunyi tak lama. Kadang-kadang bila aku malas, aku tidur sahaja kat rumah, itu lebih baik.

Oklah, aku nak akhiri karangan mengarut aku ini kerana aku sudah ketandusan idea dan dalam keadaan mengantuk. Entah bila lagi aku akan dapat hasilkan karangan terkini pun aku tak pasti. Nampak gayanya hajat aku untuk mengasah bakat aku dalam bidang penulisan ni mungkin akan terkubur begitu sahajalah. Harapnya tidaklah. Mungkin ianya hanya berhenti untuk sementara waktu sahaja. InsyaAllah, kalau ada kelapangan aku akan mengarang semula.

Wednesday, March 4, 2009

Betulkah?

Alhamdulillah, Segala Puji Bagi Allah, Tuhan sekalian alam, aku menyambut kehadiran bulan Mac 2009 dengan sesuatu yang agak menggembirakan. Selama 2 bulan pertama aku struggle untuk menyiapkan tugasan aku, akhirnya siap juga laporan yang harus aku serahkan pada bos besar. Sungguhpun aku menangguhkan selama satu bulan tarikh sepatutnya aku menyerahkan laporan tersebut, aku tetap bersyukur akhirnya aku dapat juga menghantar laporan tersebut.

Memang agak perit la aku selama sebulan terakhir tu, boleh kata hampir setiap hari immediate boss aku bertanyakan pasal laporan tersebut. Berlaku juga beberapa perbalahan antara aku dengan bos aku, tapi itulah lumrah bekerja. Mana ada yang dapat nak sesuaikan dengan kepala masing-masing, yang penting kami sangat professional, kiranya berbalah dari segi kerja dan tidak melibatkan hubungan peribadi. Lepas berbalah kami masih boleh duduk makan bersama, keluar pergi kenduri bersama seperti tiada apa yang berlaku.

Aku sebenarnya memasuki awal bulan Mac ni dengan satu petanda negatif, iaitu si dia. Aku pun tak faham, apa yang dia fikirkan dan kenapa dia seperti mengasingkan diri daripada aku selepas kami keluar bersama tempoh hari. Kalau dulu dia mungkin boleh beri alasan bahawa malu dengan rakan sepejabat, tetapi masa kami keluar tempoh hari, tiada siapa yang tahu. Melainkan kalau dia sendiri yang beritahu atau kecoh pada orang lain. Memang benar telahan aku bahawa si dia menyampaikan perkhabaran tersebut pada orang lain. Memang tak boleh dipercayai langsung si dia ni. Selama ni aku berniat baik dan bersangka baik pada dia, namun sia-sia. Dia pun satu hal juga, ingat orang yang dia cerita tu boleh percaya ke? Kalaupun dia dah kenal orang tersebut lebih lama, tetapi orang itu bukanlah orang yang boleh dipercayai. Senang cerita dia dan orang tu tak boleh dipercayai.

Selepas aku mengetahui dia mempunyai sikap yang tak boleh dipercayai, maka seperti yang aku pernah jelaskan, kalau usaha aku seperti sia-sia, aku akan tekan stop terus. Memang kali ni aku dah nekad 100%, aku tak akan mahu ada apa-apa hubungan dia baik dari segi kerja mahupun peribadi. Memang aku tak akan tegur dia dah lepas ni. Sorry to say lah, aku bosan dengan sikap manusia yang tak boleh dipercayai ni. Kalaupun aku pernah sukai dia, tetapi ianya bukanlah satu jaminan untuk aku tidak menyukai dia. Seperti yang aku pernah terangkan sebelum ini, ada kala kita boleh sukakan seseorang dan tidak mustahil kita akan membenci orang yang kita suka, begitu juga sebaliknya. So sama seperti kisah pasangan aku, aku akan tutup buku terus dan tak mahu cerita pasal dia lagi dah. Full stop.

Alhamduillah lah berdasarkan pengalaman perit yang aku pernah hadapi dahulu, mengajar aku untuk menerima hakikat kepahitan dan keperitan kegagalan dalam usaha aku selama ni. Mujurlah aku dapat siapkan tugas aku, tu yang buat aku tak rasa sedih sangat. Lagipun aku memang dah set target aku, aku tak akan bersedih lagi kerana aku dah tak mahu layan pasal kisah sedih ini lagi. Aku nak hidup aku sentiasa gembira sungguhpun kadangkala aku akan hadapi episod sedih. Tak mengapalah, lupakan pasal si dia yang hanya menambah derita dalam hidup aku.

Tak lama selepas itu macam-macam perkara yang tidak disangka berlaku. Bermula dengan bertemu semula kawan lama semasa diuniversiti dahulu sehinggalah kepada satu panggilan telefon misteri dari seorang kawan lama semasa aku di bangku sekolah rendah lagi. Kalau kira aku dengan dia ni dah tak jumpa dalam 4-5 tahun lamanya dan memang tak pernah bertelefon selama ini. Secara tiba-tiba sahaja dia muncul kembali dalam hidup aku. Sangat mengejutkan. Macam mana dia dapat nombor telefon aku tu aku tak hairan sangat kerana dia ni rapat dengan sepupu aku yang paling rapat. Tapi masa aku bertanyakan sepupu aku pasal dia ni, sepupu aku menafikan bahawa dia memberikan nombor telefon aku, jadi aku tertanya jugalah dari mana dia dapat nombor telefon aku. Tapi aku belum berkesempatan untuk bertanyakan hal ni. Masa memula dia telefon tu, aku ingatkan kawan lama universiti aku yang telefon, rupanya bukan. Maka aku pun seperti tidak tahu nak kata apa. Aku pun layan sahajalah.

Kalau nak ikutkan sejarah, memang aku pernah ada hati pada dia ni, tapi memang dia tak layan aku, maka aku pun tak mahulah teruskan. Parents aku pun sebenarnya lebih gemar kalau aku bersama dia ni, dan aku dapat perkhabaran daripada ibu aku bahawa ibu dia ni juga seperti menaruh harapan agar aku dapat bersama anaknya. Tapi mungkin jodoh aku dengan orang lain sebelum ini, maka aku pun pasrah sahajalah. Apa yang menambahkan rasa pelik aku, pasti dia tahu aku sudah mendirikan rumah tangga, mesti dia juga ada terdengar cerita mengenai masalah rumah tangga yang aku hadapi, maka sebab itulah dia berani menghubungi aku sungguhpun sebelum ini dia langsung tidak pernah nak ambil tahu pasal aku pun. Tak mengapalah, mungkin secara tiba-tiba dia teringat kawan lama dia ni.

Sekarang ni aku memang agak keliru dan seperti tertanya-tanya, apakah yang akan terjadi selepas ini. Ialah, aku pernah tengok dan dengar cerita yang lebih kurang macam ni la, ada pasangan yang berkahwin merupakan kawan lama dari bangku sekolah selepas bertemu semula setelah bertahun tidak bertemu. Bukanlah berharap apa cuma dalam keadaan sekarang aku dah mula merasai impak kesunyian dalam hidup. Memang aku tak mahu fikir pasal pasangan lagi buat masa ini tetapi aku tidak dapat menafikan terkadang aku terasa kosong dan sunyi. Aku juga perlukan teman bicara.

Aku pun tak tahu apakah yang aku buat sebenarnya. Aku sengajalah menghubungi dia dari pejabat untuk berlakon, tetapi aku tidak mahu buang masa, maka aku jelaskanlah bahawa akulah yang telefon dia. Aku pun bertanyalah pada dia adakah dia akan pulang ke kampung hujung minggu ini memandangkan cuti panjang, dia mengatakan ya dan akan balik hari Jumaat malam. Entah bagaimana secara tiba-tiba terpacullah dari mulut aku yang agak cabul ni mengajak berjumpa dikampung nanti, tidak disangka dia mahu dan menyuruh aku menjemput dia dari rumah keluarga dia. Aku pun tidak kisah memandangkan aku juga kenali keluarga dia, cuma mungkin aku akan agak segan memandangkan keluarga dia tahu aku sudah berumah tangga, tetapi pada aku tak kisahlah kerana aku hendak jumpa kawan lama aku. Seperti nasihat kawan baik aku, aku perlu betulkan niat aku untuk bertemu dia nanti, jangan fikir yang bukan-bukan. Memang kalau aku ada masalah sebegini, aku bersyukur bahawa aku ada kawan rapat yang boleh berkongsi masalah dan memberikan pandangan dan nasihat.

Kalau ikutkan aku memang dalam keadaan yang sangat terkejut sekarang ini. Memang terkejut dan aku tertanya pada diri aku sendiri, betulkah ini? Betulkah? Aku kebingungan dan tiba-tiba rasa macam tak berapa kena. Rasa macam excited pun ada nak tunggu hujung minggu ni, rasa macam takut pun ada. Perasaan aku bercampur baur. Mungkin ini mainan perasan aku sahaja, aku tak boleh nak fikir lebih-lebih. Apa yang boleh buat aku fikir lebih ni kerana sekarang aku sangat free. Maksud aku kepala aku pun dah ringan dari beban kerja sebelum ini dan aku tak memikirkan pasal orang lain lagi. Jadi ruang fikiran aku sangat luas dan aku punyai banyak masa untuk fikir benda-benda yang karut marut ni. Tak mengapalah, kita tunggu dan lihat sahajalah apa yang akan terjadi selepas ini. Aku bergerak ikut keadaan. Kalau baik, baiklah dan kalau boleh janganlah tak baik. Itu sahaja. Sebelum aku akhiri artikel ini, aku ingin nyatakan bahawa dalam kepala aku masih dikelilingi dengan pertanyaan betulkah? Betulkah?