Sunday, November 30, 2008

Runsing

Aku kadang-kadang rasa tak menentu, kepala berdengung dan sebagainya. Entah kenapa hari ini hati aku rasa tak sedap sangat dan biasanya kalau aku merasakan begini, pasti ada sesuatu yang akan berlaku dalam masa dua tiga hari ini. Biasanya yang terjadi itu adalah sesuatu yang tidak baik. Dari dulu aku sering mendapat sense atau petunjuk awal tentang sesuatu yang kurang baik yang bakal terjadi pada aku. Cuma aku tidak tahu apa bentuk dugaan atau musibah yang akan berlaku menyebabkan aku tidak tahu bagaimana ingin membuat persediaan sekiranya sesuatu perkara terjadi.

Hari ini aku mungkin disebabkan tidak cukup tidur menyebabkan aku tiada mood. Bukan tiada mood untuk bekerja, tetapi memang sangat tiada mood untuk segalanya termasuklah perihal yang melibatkan si dia. Entahlah, mungkin juga disebabkan layanan dia so so sahaja, tetapi sebelum ini pun dia begitu jua. Tiada sesuatu pun yang istimewa layanan dia terhadap aku selama ni, cuma aku saja yang perasan lebih-lebih.

Tatkala artikel ini dikarangkan, aku seperti rasa sesuatu yang tidak kena. Adakah ianya berkaitan dengan kebakaran rumah bawah aku malam tadi? Mungkin juga. Aku masih sangsi dan hairan bagaimana kebakaran tersebut boleh berlaku? Adakah disebabkan oleh litar pintas? Mustahil kerana rumah tersebut tidak berpenghuni dan rasanya tiada bekalan elektrik. Kalau budak dadah tu mungkin boleh jadi juga kerana keadaan rumah yang dipenuhi sampah dan juga tiada siapa yang hiraukan keadaan rumah tersebut. Kiranya line clear la.

Aku memang ada rasa musyikil juga sebenarnya. Bukanlah nak buat tuduhan melulu tetapi segalanya berkemungkinan. Aku mungkin tak sedar bahawa ramai musuh yang melihat dan memerhati aku. Risau jugalah sebab aku tinggal sensorang. Zaman sekarang ni sangat merbahaya. Bunuh orang seperti bunuh nyamuk jer. Memanglah setiap yang hidup pasti akan mati, tetapi tak tahulah bagaimana keadaan kita akan mati nanti.

Nak kata aku takut sangat tu tak la, nak kata berani sangat pun tak juga, cuma aku perlu lebih berhati-hatilah. Orang sekarang tiada hati perut dan zalim. Buat baik macam mana sekalipun bukan satu jaminan orang akan balas atau kenang jasa kita. Apa yang orang sekarang selalu lakukan ialah buat apa yang dorang suka asalkan hati mereka puas.

Berbalik kepada ketidaktentuan hati aku ini. Ada sesetengah pendapat menyatakan kalau kita sering berada dalam keadaan runsing atau hati tak tenang, adalah disebabkan kita ini terlalu banyak dosa. Aku tidak nafikan, mungkin dosa aku masih banyak lagi yang belum aku taubat, tetapi as far as what i'm concerned, aku dah bertaubat dan sedang mencuba perbaiki diri aku. Tapi apabila aku dalam keadaan begini, aku memang boleh katakan ianya sebagai satu petanda tentang suatu perkara akan terjadi pada diri aku, dan aku rasa tak mustahil ianya ada kaitan dengan pasangan aku. Aku kenalah bersedia dengan segala kemungkinan kerana dia berkemampuan untuk buat sesuatu pada aku dan setakat ini memang banyak yang telah terbukti.

Tapi bila aku rasa tak menentu macam sekarang ini, memang aku tak tahu nak buat apa. Tension jugak lah kerana dalam keadaan macam sekarang ni, biasanya temper aku pun susah nak kawal. Memang kalau la ada orang yang sengaja nak carik pasal dengan aku, memang kena sangatlah dengan masanya. Pasti aku akan cepat melenting sekarang ni.

Tapi aku dah tak boleh nak baran-baran sekarang ni. Usia aku dah meningkat, sepatutnya aku perlu lebih bertolak ansur dan kawal amarah aku. Sikap amarah itu adalah sikap syaitan, memang syaitan suka kalau kita marah-marah, jadi aku perlu banyak bersabar. Mungkin juga disebabkan aku tidak cukup tidur yang menyebabkan aku jadi berdengung ni. Jadi aku kenalah bertenang dan cuba elakkan daripada mempunyai masalah dengan orang lain. Aku pun dah biasa menyepikan diri, jadi janganlah pulak kali ni nak cari pasal dengan sesapa terutama rakan sekerja.

Apa yang buat aku bertambah runsing ialah aku seperti tak dapat nak rasa gembira walaupun aku dapat berbicara dengan si dia. Biasanya aku akan rasa gembira, tapi hari ini aku tak rasa apa-apa selain hati aku penuh dengan segala kekusutan. Fikiran aku pun apa lagi, bertambahlah buntunya. Kenapa ya aku jadi begini bila tiap kali hati aku runsing? Aku tak mahu sampai menjejaskan prestasi kerja aku. Aku dah tak sanggup bertukar tempat kerja. Apa yang patut aku buat ialah, aku perlu balik sharp hari ini, dan kena beli makanan siap-siap. Lepas tu cepat-cepatlah tidur. Mungkin juga disebabkan aku tidak cukup rehat dan ianya boleh menyumbang kepada ketidaktentuan fikiran aku sekarang ni. Memang aku dah mula rasa akan kesannya sekarang ni. Argh... tensionnya aku.

Aku cuba juga untuk ceriakan diri aku, namun seperti biasalah, kalau dalam tarak ok, luar pasti susah mau ok punye. Dah jadi macam orang bengong jer sekarang ni. Aku perlukan ketenagan sekarang nie. Menghasilkan artikel kali ini pun memang tidak dapat membantu sedikit pun merenggangkan ketegangan dalam kepala aku. Jadi aku perlu berehat sebenarnya. InsyaAllah kalau dah rehat cukup, kepala boleh tenang la, aku agak la.

Aku sebenarnya harapkan si dia dapat release kan tense aku, tapi kalau dia layan aku baik sekarang pun, memang tak mengubah apa-apa. Aku sendiri tak tahu apa yang aku nak buat. Memang aku dalam keadaan uncertain dan tak firm langsung. Entahlah, kalau ada orang nak buat aniaya pada aku lepas ni, aku kena lebih bersedialah. Macam-macam boleh jadi sekarang ini.

Aku terhenti seketika ketika menghasilkan karangan aku kali ini. Entah apa yang mendorong aku untuk mengadakan perbincangan dengan si dia. Memanglah ada kaitan dengan kerja, tetapi aku seperti biasalah akan menggunakan peluang untuk berbicara dengan si dia untuk mengenali dirinya lebih dekat lagi. Bukanlah ambil kesempatan, tapi aku perlu jelaskan beberapa perkara dan mendapat penjelasan daripada si dia mengapa antara kami seperti ada suatu jarak atau halangan yang memisahkan untuk kami berbual seperti biasa. Bukanlah nak jadi gentle ke apa, yang penting aku pun nak keluar dari kekusutan yang melanda kepala aku. Memanglah pada dia tiada apa-apa. Tapi dia akui jugalah macam ada sesuatu sahaja dan yang penting dia tahu bahawa aku ada hati pada dia. Tapi aku dah bagi gambaran kepada dia tentang status aku dan juga apa yang aku rasa. Aku beritahu dia, sungguhpun aku ada hati pada dia, tetapi aku tidak mengharap dia balas apa jua perasaan aku terhadapnya. Memang terlalu awal dan terlalu cepat untuk bicarakan hal ini, namun aku tak mahulah perkara ini berlanjutan tergantung. Biar masing-masing tahu. Yang penting dia perlu tahu aku ada hati pada dia dan walaupun dia boleh tahu, biarlah aku berterus terang pada dia. Aku tak mahu berharap sangat. Cuma aku rasakan aku agak tenang bila lihat dia, itu sahaja dan aku telah beri jaminan pada dia bahawa aku tidak akan approach dia dan dia tak perlu risau. Apa yang boleh aku lakukan sekarang berserah dan berharap serta berdoa kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Pada mulanya ingat nak balik sharp, namun oleh sebab meeting aku berlanjutan sampai pukul 5.30, jadi aku terpaksalah lanjutkan waktu aku bekerja. Ini kerana kalau aku balik sekarang sudah pasti tempoh jem dan pasti akan kelam kabut untuk solat maghrib. Lebih baiklah aku solat maghrib dahulu sebelum balik. At least aku tidak akan terburu-buru. Terasa lega jugalah lepas dapat bercakap secara terus dengan si dia. Akhirnya. Walaupun kalau nak diikutkan banyak lagi yang ingin aku bualkan, namun aku tak mahulah lebih-lebih. Sabar. Biarkan ianya berlaku mengikut flow. InsyaAllah kalau ada rezeki adalah, kalau tiada, berserah sahajalah pada yang Esa.

Masa Yang Teramat Perlahan

Semalam aku merasakan bahawa hari berjalan terlalu perlahan. Memang sepatutnya hari cuti sebegitu aku gunakan untuk beristirehat setelah seminggu bekerja. Namun entah kenapa aku seperti rasakan tidak seronok duduk dirumah walaupun sebelum ini pantang ada cuti, aku memang suka habiskan masa dirumah, berehat atau mengemas rumah.

Pagi aku bangun seperti biasalah, tetapi aku tidak segera bersarapan kerana tidak lapar sangat. Aku pun tunggulah sampai pukul 11 pagi baru bersiap pergi ke kedai makan untuk menjamu selera, sarapan campur lunch. Bukan sebab nak jimat sangat, cuma tinggal lagi aku malas nak turun selalu. Memang terasa hari semalam sangat membosankan.

Sudahlah hari sebelumnya aku tiada aktiviti. Lepas kerja sajalah berjalan-jalan ke kompleks membeli belah, memang bosan berjalan sensorang tanpa teman. Dari petang sampai ke malam, aku pergi ke empat kompleks membeli belah yang berbeza. Tak tahu apa yang nak dibeli sebenarnya. Akhirnya malam selepas dinner, aku pergi ke giant dan perabis RM145 beli barang-barang yang diperlukan plus barang-barang yang aku tak perlukan. Almaklumlah, aku dah lama tak berbelanja, sesampai di giant, memang aku pergi cari barang yang aku nak beli dulu, lepas tu apa lagi, berjalan disetiap barisan barangan, asal ada sahaja barang yang aku nak, aku ambil walaupun ianya bukanlah perlu sangat.

Berbalik kepada hari semalam, memang aku terasa sangat kebosanan yang teramat sangat. Mungkin kerana aku mula merasakan sesuatu apabila tidak melihat atau mendengar khabar berita si dia. Nak saja aku telefon atau sms dia, namun aku akan rasa aku akan sangat kecewa seandai responnya tidak seperti yang aku harapkan. Oleh kerana aku tidak sanggup kecewa, maka aku pun batalkan hasrat untuk hubungi dia. Lagipun aku tak naklah nampak ketara sangat menyukai dia. Bukanlah nak cover line, tapi aku tak mahu jejaskan maruah si dia. Tau-tau sajelah mulut manusia, mana boleh ditutup. Aku tak mahu sebab aku suka pada dia, dia jadi bahan fitnah orang lain. Jadi biarlah aku diamkan dulu.

Sukar untuk aku gambarkan bagaimana perasaan aku terhadap si dia. Mungkin aku terlalu obses dan adakalanya aku rasa kurang berkeyakinan. Kisah antara aku dan pasangan aku juga masih belum selesai, aku pun masih rasa kurang berkeyakinan pada diri aku, masih adakah insan yang mahu menyayangi aku? Mungkin ada dan mungkin bukan si dia, tetapi jauh di sudut hati aku, aku nak dia. Tapi dia nak ke kat aku? Entahlah, orang putih kata, belum try belum tahu. Aku belum cukup yakin untuk mencuba. Biarlah ianya berlalu seperti angin lalu.

Masa yang berjalan semalam memang aku rasakan teramat lama sangat, bukan sebab apa kerana aku tidak sabar untuk menunggu hari ini kerana aku boleh melihat dia. Bukan bertemu tetapi melihat dia dari jauhpun sudah memadai. Memang kadang-kadang aku rasa macam desperate sahaja, tetapi apakan daya aku? Aku tidak meminta untuk jadi begini, aku memang harapkan agar hubungan aku dengan pasangan aku dapat diselamatkan, namun aku perlu terima hakikat bahawa dia memang sudah tak mahu bersama aku lagi. Kita boleh menyayangi seseorang, tetapi kita tidak boleh harapkan orang yang kita sayangi itu menyayangi kita. Hidup perlu diteruskan selagi hayat dikandung badan. Aku juga ingin hidup bahagia.

Semenjak aku bertemu si dia, memang hati aku sudah tertawan (ayat jiwang karat), ha ha ha. Sekali lagi aku nyatakan, bukan ini yang kupinta, tetapi apakan daya aku sebagai manusia biasa yang punyai hati dan perasaan. Apa yang buat aku bertambah jiwang ialah kerana apa yang aku lihat dia, aku dapat lupakan pasangan aku. Kalau sebelum ini, hati aku tidak akan terusik pun dengan kehadiran insan lain kerana aku menyayangi pasangan aku, namun semenjak kehadiran dia, aku terasa seperti ingin membuka satu lembaran baru dalam hidup aku.

Adakah aku telah angau? Mungkin juga. Entah kenapa aku terlalu teringatkan dia sangat-sangat. Boleh dikatakan setiap detik aku akan menyebut nama dia. Setiap kali tengok tv aku pasti akan ternampak dia sahaja. Memang sah sudah angau tahap cipanzi. Apa lagi yang mampu aku buat selain memanjatkan doa kepada Allah? Hanya pada Allah sahaja aku boleh mengadu kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Aku rasa sangat tenang bila berdoa pada Allah dan selalunya aku rasakan tangan aku ringan sangat apabila menadah meminta kepadaNya. Ada juga aku merasakan seolah Allah senyum melihat aku memohon padaNya. Kalau tidak silap aku, aku pernah terdengar satu kisah ni, kisah ni lebih kurang beginilah. Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang, memang sukakan hambaNya yang bermohon kepadaNya. Ketika kita memohon pada Allah, Allah berfirman, hambaKu memohon padaKu. Memang Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Kita tidak boleh menipu atau menyembunyikan sesuatupun daripadaNya. Oleh yang demikian, aku memang amat meyakini bahawa Allah mengetahui betapa aku menyukai si dia dan kerana itulah aku bermohon pertolonganNya. Sesungguhnya perasaan ini juga kurniaan Allah, maka aku sebagai hamba perlu sentiasa bersyukur dan terima apa sahaja pemberian Allah kepadaku.

Harapan aku, biarlah aku dapat bina semula hidup aku yang sudah musnah sebelum ini. Memang aku tidak akan salahkan pasangan aku kerana dia juga inginkan kebahagiaan dalam hidupnya. Aku malas nak bicarakan pasal pasangan aku, apa yang penting aku perlukan sesuatu yang baru dalam hidup ini. Hanya kepada Allah sahaja tempat aku mengadu dan meminta pertolongan.

Semalam memang aku pada mulanya rancang nak pergi shopping kat kl, namun bila mengenangkan budjet ciput, maka aku batalkan hasrat akulah. Aku tak tahu nak buat apa, jadi aku tidur la bila mata rasa nak tidur. Aku turut mengemas rumah, mop lantai, cuci tandas, sental toilet bowl dan macam-macam lagilah bagi mensibukkan diri aku. Petangnya aku hantar kereta pegi cuci kerana hujan dua tiga hari lepas meninggalkan kesan kotoran pada kereta aku. Jadi aku hantarlah kereta untuk dicuci tidak jauh dari rumah aku. Malam yang aku nantikan sangat lambat rasanya kerana aku hendak menonton perlawanan bola antara Man U vs Man City. Mujurlah Man U menang. Aku lanjutkan menonton perlawanan seterusnya antara Chelsea dan Arsenal. Biasanya aku tak akan tonton perlawanan lain selain match Man U. Betul kata orang, setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Aku rasa susah sangat mata aku nak lelap walaupun match dah habis. Memang puas hatilah Man U menang ditambah Chelsea kalah. Aku cuba lelapkan mata, tetapi tidak boleh. Lepas tu aku terdengarlah bunyi benda yang pelik-pelik. Aku buat tak tahu je sebab malas nak layan, bukan nak kata berani sangat, takut pun tak la. Lepas tu aku terbau sesuatu yang hangit, dah makin berdebar rasa hati aku. Aku masih buat tak tahu sahaja sebab dah pukul 2 pagi ketika itu, aku perlu tidur kerana pukul 6 dah nak bangun pergi kerja. Lepas tu aku mendengar ada orang menjerit-jerit dari bawah 'api!api!' aku pun jengoklah dari tingkap, aku tengok rumah bawah aku sedang terbakar. Rumah tu tiada penghuni dan dipenuhi sampah sarap yang dibuang oleh orang yang tiada sivik dan tidak bertanggungjawab. Aku pun bergegaslah turun, lihat keadaan dari bawah. Kemudian aku naik semula kerumah, ingat nak tidur sahaja. Sesampai dirumah, aku lihat asap penuh dirumah aku. MasyaAllah, nasib baik aku cepat keluar, kalau tidak sudah pasti aku lemas. Aku pun apa lagi, terus capai handphone dan beg duit dan lari selamatkan nyawa. Huhuhu, aku tak boleh bayangkan kalau time tu aku dah terlena. Sudah tentu aku terlena terus dan dah tak ada peluang bertemu dia lagi.

Selepas semuanya selesai, aku pun naik semula kerumah yang masih berasap lagi. Akupun bukalah segala tingkap yang ada bagi melepaskan asap keluar dari rumah. Habis kotor rumah aku dan lantai yang aku mop, toilet bowl yang aku dah kilatkan berdebu teruk. Aku tak terus tidur, aku mop balik lantai rumah dan sental balik toilet bowl aku. Tapi biasalah, bila dah buat kerja tengah-tengah malam, mata pun dah tak larat, memang kurang bersihlah, cuma tak lah sekotor sebelum aku cuci semula. Apa yang melegakan aku, mujur aku sempat beredar dari rumah, kalau tidak memang dah arwah dah aku. Memang kalau ikutkan, biasanya bila berlaku kebakaran, ramai yang mati bukan sebab terbakar, tetapi sebab lemas terhidu asap kotor. Aku pun tidurlah sekitar jam 4.30 pagi dan pukul 6 aku dah bangun semula untuk pergi kerja. Dan aku sudah mula terasa keletihan di awal pagi ini kerana tak cukup tidur.

Alhamdulillah, aku masih bernyawa dan masih dapat melihat si dia di pejabat. Walaupun aku belum lagi bertegur sapa dengan dia, tetapi cukuplah sekadar aku dapat melepaskan rasa rindu untuk melihat dia. Dalam perjalanan pergi kerja tadi, aku terfikir juga, mungkin ada unsur sabotaj yang mengakibatkan kebakaran rumah bawah aku tu. Segalanya berkemungkinan. Bukan sebab apa, rumah tu tak berpenghuni, mungkin ada orang sengaja bakar rumah tersebut agar asapnya boleh melemaskan aku. Kalau bakar rumah aku memang nampak obvious la, tapi aku malas nak fikir yang bukan-bukan, yang penting aku masih bernyawa dan yang tersangat penting sekali, aku dapat lihat si dia hari ini. Aku cuma tak dapat bayangkan betapa aku akan jadi sangap hujung minggu depan kerana cuti 3 hari. Maknanya 3 hari aku tak akan berpeluang tengok dia. Sehari pun dah huru hara, bayangkanlah kalau 3 hari, aduh tak sanggup rasanya. Angau..

Friday, November 28, 2008

Macam-macam

Hari ini akhirnya, aku sedondon dengan si dia, ha ha ha. Kami sama-sama pakai baju kaler hitam. Sampai bos aku perli, aik baju sama? Aku pun dengan selambalah jawab, yup, kitaorang memang dah janji malam tadi nak pakai baju sama. Kebetulan masa tu bos aku ajak pergi breakfast bersama-sama. Sungguhpun aku dah breakfast, aku memang tidak akan menolak pelawaan bos aku, ditambah pula sidia pun akan ada sama, jadi apa lagi, aku pun pergi la dengan bersemangat.

Di restoran tu sengaja aku pelawa dia duk sebelah aku, tak sangkalah pula dia mahu. Jadi makin seronoklah aku. Dapat juga aku duduk sebelah dia dan bersembang dengan dia macam biasa. Ditambah pula kami punya baju sama kaler, memang nampak best sangatlah, ha ha ha, perasan. Dia tak rasa apa-apa pun, aku je yang lebih-lebih.

Tidak lama selepas itu, rakan-rakan sepejabat pun datanglah join kami breakfast. Mungkin ada dikalangan mereka yang dok mengata aku dan si dia, tapi aku tak perasan sangatlah. Cuma aku rasa memang nampak obvious sebab muka aku nampak sangat ceria. Ha ha ha, aku gumbira. Walau dia tak rasa apa-apa, aku tetap rasa seronok. Bukan sebab apa, seperti yang aku pernah beri tahu, aku memang ada perasaan pada si dia, namun bukan beerti aku nak approach dia. Cuma tinggal lagi aku akan rasa seronoklah bila dapat luangkan masa bersama orang yang aku suka. Sungguhpun tidak dapat bersama berdua sahaja, asalkan dapat bersama walau dikelilingi orang lain, aku tetap hargai dan ingati moment tersebut. Desperate? Tak la, aku cuma rindu untuk merasai kegembiraan tersebut.

Aku tahu, dia memang tak ada apa-apa feel pada aku, itu hak dia. Aku pun bukan nak sangat ada feeling pada orang lain sekerang ini, namun apakan daya, kalau perasaan itu hadir dalam diri aku. Aku memang masih boleh kawal perasaan aku. Itu sudah pasti. Apa yang penting, aku kena buat macam biasa sahaja. Dia tak suka kat aku, aku tak boleh paksa.

Memang perasaan ini sesuatu yang sangat subjektif dan sangat sukar dijangka. Ada kalanya pada mula kita tak suka pada seseorang tetapi tidak lama kemudian kita boleh sukakan orang yang kita tak suka dulu. Begitulah sebaliknya. Adakalanya kita boleh sukakan seseorang itu sangat-sangat pada suatu masa, tetapi kadang-kadang perasaan itu boleh berubah kepada tak suka. Tapi macam aku, bila aku dah sukakan seseorang, sangat sukar untuk aku tak sukakan orang tersebut. Aku masih teringatkan ex aku dan aku masih sayangkan pasangan aku. Walaupun dalam kedua-dua situasi aku yang ditinggalkan, tetapi aku tetap ingat dan suka serta sayang pada mereka. Apa yang penting, aku tidak pernah membenci atau rasa tak suka pada mereka, sungguhpun mereka telah bertindak kejam pada aku, terutama pasangan akulah.

Kalau dalam artikel yang sebelum ini aku akhiri dengan senyuman :-), tapi kali ini aku mungkin tak mampu tersenyum sangat. Sungguhpun aku rasa gembira, akhirnya apa yang aku hajatkan tercapai, tetapi, masih terlalu awal untuk aku menguntum senyuman. Bukan sebab apa, aku cuba minta emel dia, tapi dia tak kasi. Tak apalah, aku jenis kalau mintak, kalau orang tak kasi, aku tak kisahlah. Tak ada rasa apa-apa. Yang penting aku sudah cuba. Orang tak bagi, aku tak boleh kata apa, tak kan nak paksa. Lagipun bukan jenis aku nak paksa-paksa orang, dan aku boleh simpulkan bahawa dia cuba untuk mengelak daripada ada close relationship dengan aku. Apa yang dia cuba buat ialah sangat professional iaitu dia cuma had kan hubungan kami sebagai rakan sepejabat sahaja dan tidak lebih daripada itu. Sungguhpun dia tidak menyatakan, tetapi berdasarkan pengalaman aku, aku boleh rasakan begitu. Baguslah, at least dia tidak bertindak bodoh dengan melibatkan hal peribadi dengan kerja.

Aku memang rasa bosan hari ini kerana aku tiada aktiviti yang hendak dilakukan selepas waktu kerja. Harapan aku agar dapatlah kami keluar ramai-ramai selepas waktu pejabat ditambah tengah berduit sekarang ini. Namun, aku tidak bolehlah pentingkan diri aku sendiri kerana setiap orang sudah ada plan masing-masing, maka aku belum ada sesuatu plan untuk petang ini, sama ada pergi window shopping ataupun terus balik ke rumah layan home theater.

Malam ni tak ada bola, jadi memang aku akan rasa bosanlah kalau aku duduk rumah sahaja. Nak balik kampung, rasa letihlah pulak sebab next week dah nak balik. Nak pegi jalan-jalan, kalau sensorang, sangaplah pulak. Nak cari teman, orang yang tau status aku, takut nak keluar dengan aku, jadi aku belum ada keputusan yang perlu aku buat. Mungkin terus balik kot untuk kemas-kemas rumah. Dah lama aku tak kemas rumah. Dah bersepah-sepah. Tinggal sorang pun rumah berterabur. Jadi untuk keselesaan, aku kenalah kemas rumah. Lagipun, itulah tempat istirehat aku. Dah la aku balik lewat malam, aku perlukan suatu suasana yang tenang bila pulang kerumah. Esok sudah tentu aku tak akan kemana-mana punya, tidur sahaja kat rumah.

Aku kena siapkan kerja aku dan kena hantar laporan by tuesday. So aku mungkin tidak berkesempatan membuat sebarang coretan sehingga selasa ini. So aku akhiri kali ini dengan note yang biasa seperti biasa sahaja. Memang saat yang terindah hanya sementara... :-/

Senyuman Penawar Kedukaan

Betul kata pepatah, senyum penawar duka. Kajian sains juga ada menunjukkan bukti bahawa senyuman boleh menghilangkan ketegangan dalam diri. Senyum juga merupakan satu sedekah. Orang yang selalu senyum akan nampak muda dan memang dalam kajian sains jelas menunjukkan, jika kita senyum, ia merupakan salah satu cara untuk awet muda. Ini kerana apabila kita senyum, kita hanya menggunakan sedikit sahaja otot dimuka sedangkan sekiranya kita sering bermurung atau berkerut muka, banyak otot yang diperlukan untuk menarik muka kita jadi masam, oleh yang demikian kita akan lebih mudah nampak tua walau sebelum tiba waktunya.

Tetapi, bagaimana kita boleh tersenyum sekiranya kita sedang hadapi masalah? Ditambah pula kalau masalah yang dihadapi sangat besar dan menyentuh hati? Aku teringat lagi bekas bos aku pernah tegur aku, dia minta aku jadi ceria dan senyum selalu. Aku seperti biasa la akan respon cepat, tapi aku tahu ketika itu aku senyum senyum kelat. Terpaksalah aku jadi hipokrit untuk seketika kerana hormati permintaan bos aku, namun memang biasanya apa yang kita lakukan tanpa keikhlasan hati, memang tidak kekal lama dan memang ketara sangat nampak lakonannya. Jadi aku pun teruslah juga bermurung, cuma tidaklah seteruk sebelum ditegur bos.

Apabila aku memikirkan semula, kenapalah bos aku beriya nak aku menjadi ceria sedangkan aku tak pernah kacau orang lain. Tindakan aku bersendirian adalah kerana aku tidak mahu orang lain ambil tahu kisah sedih aku. Aku memang tak suka raih simpati orang. Itulah keegoan aku. Masalah tu aku yang punya, jadi aku akan tanggung sendiri. Kalau orang lain ada masalah dan mahu mendengar pendapat aku ke apa, aku boleh menjadi pendengar setia, tetapi aku seperti malas hendak mencari pendengar setia kepada masalah aku. Tidak aku nafikan, ada kalanya aku berkongsi masalah dengan kawan rapat aku, tapi jarang-jarang sekali.

Berbalik kepada kisah senyum tadi, memang aku tahu dari dulu lagi aku memang tak suka senyum. Patutlah orang kata aku ni muka sombong, macam bagus dan sebagainya, tapi apabila orang kenal aku betul-betul, baru dorang tahu aku ni tidak seperti yang dorang sangkakan. Memang first impression tu penting, tetapi kita tak boleh judge orang dari first impression sahaja. Don't judge the book by its cover. Jadi kalau nak judge orang, kita kena pastikan yang kita kenali orang tu sebenar-benarnya. Jangan suka dengar pendapat orang lain pasal orang lain, kita kena nilai orang tersebut setelah kita mengenali dia.

Waktu aku mengarang artikel kali ini, mood aku sebenarnya tengah sangat ok. Aku memang tengah tersenyum panjang. Nak tahu kenapa? Ha ha ha, aku telah berjaya mengatasi masalah komunikasi aku dengan si dia. Memang aku kena make the first move, barulah boleh jalan. Tak sangkalah pula dengan move yang aku buat mendatangkan hasil yang agak ok. Lepas aku buat move tu, dia pun berani juga la tegur aku. Ha ha ha, tegur biasa pun aku dah syok, sah sudah angau macam langau. Aku tak kisah, yang penting aku nak rasa gembira, itu sahaja. Walau orang lain nak kata aku desperate, aku tak kisah sangat, sebabnya aku dah lama tak rasa segembira ini. Walaupun saat yang terindah hanya sementara. Tapi sekiranya ada saat atau moment aku yang happy bersama si dia, pasti aku akan tersenyum panjang dan gembira sangat dan seterusnya membuatkan mood aku bertambah.

Sebenarnya aku pun tiada idea sangat untuk karangan aku kali ini, cuma tinggal lagi aku hendak menyatakan kegembiraan aku sekarang ini. Memanglah aku akan rasa gembira bila setiap kali aku dapat berbicara bersama si dia. Memang waktu aku berbicara dengan dia muka aku cover line to the maximum, serius, tapi dalam hati aku tersenyum panjang. Walaupun aku dah buat damage pada permulaan, tetapi damage tu masih boleh dibaiki. InsyaAllah aku akan cuba repair damage yang aku dah buat, slowly. Kali ni tak boleh terburu-buru.

Sekarang ini aku hanya mampu berserah dan berdoa kepada Allah sahaja. Untuk kesekian kalinya, aku berdoa kepada Allah dengan menyatakan bahawa aku benar-benar menyukai si dia. Memang aku yakin Allah Maha Mengetahui dan hanya kepada Allah sahajalah yang aku boleh minta pertolongan. Aku bukan terdesak, cuma apabila aku lihat dia, memang secara semula jadinya aku boleh melupakan pasangan aku dan masalah aku. Memang rasa tenang sangat melihat dia. Perasaan ini juga pun kurniaan Allah. Jadi hanya pada Allah sahajalah tempat aku bercerita dan memohon pertolongan. Memang aku sudah letakkan target, seandainya kali ini aku bertemu jodoh baru, aku perlukan masa yang lama untuk kenali hati budi masing-masing sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga. Memang terlalu awal untuk aku memasang impian sebegini, tetapi tiada salah untuk aku menetapkan matlamat aku. Umur semakin meningkat. Aku juga ingin hidup bahagia dan mempunyai cahaya mata dan keluarga. Harap-harapnya kali ini aku boleh menjadi pasangan hidup yang terbaik untuk pasangan aku, begitu jugalah dengan dia. Apa yang aku boleh lakukan sekarang ialah berdoa dan berserah sahaja.

Yang paling penting aku perlu lebih nampak berkeyakinan dan senyum selalu. Sekurang-kurangnya aura kegembiraan akan meresap kedalam pejabat ini dan semoga ianya sampai pada si dia. Yang best tadi ketika aku hendak ke surau, aku terserempak dengan dia, memang aku terperanjat dan melatahlah, aku lihat dia senyum sahaja, adoi, cair hati aku lihat senyuman dia. Pasti termimpi lagilah aku malam ni. Dan aku akhiri artikel kali ini dengan senyuman....... :-)

Thursday, November 27, 2008

Ntah Apa-apa Ntah

Semenjak kebelakangan ini aku rasakan macam letih sangat-sangat. Tak tahulah kenapa tahap ketahanan aku agak berkurangan sekarang ni. Balik rumah je terus tergolek nak tertidur. Ada sekali tu aku tak sempat mandi pun, mulanya nak baring-baring je, tapi terus terlena sampai ke subuh, maka teruslah mandi dan siap-siap pergi kerja.

Aku kurang pastilah dengan apa yang terjadi sekarang ini. Bos aku semacam menjauhkan diri dari aku semenjak kes tempoh hari. Adakah dia pun pandang serong pada aku? Rasanya macam ya sahaja. Tapi terlalu awal untuk aku buat judgment kerana bos aku pun sibuk dengan tugas dia. Tak mengapalah, aku perlu teruskan bekerja seperti biasa sahaja buat sementara waktu ni.

Malam tadi hujan sepanjang malam, memang sangat lenalah aku tidur. Alhamdulillah, semenjak kebelakangan ini tidur aku kembali seperti biasa dan tidak terganggu lagi. Kalau sebelum ini aku sukar untuk tidur, namun sekarang ni dah boleh tidur selena yang mungkin. Tapi tak boleh terlebih tidur nanti badan jadi lesu.

Kisahnya malam tadi, aku pun tak menyangka bahawa aku akhirnya termimpi nampakkan si dia, ha ha ha. Mulanya aku tak perasan sangat pasal mimpi tu kerana ianya seolah seperti realiti bukan fantasi. Aku cuma sedarinya ketika aku bersarapan pagi tadi. Masa aku menikmati sarapan aku, aku tetiba teringat yang aku bermimpi berjumpa si dia. Ha ha ha, mimpinya seperti realiti kerana suasana dalam mimpi itu ketika aku dipejabat. Masa tu aku nampak si dia memakai baju warna coklat, rasanya aku pun pakai baju warna tu sedangkan aku tak ada baju warna coklat. Apa yang menampakkan ianya seperti bukan mimpi ialah, keadaan dalam mimpi tersebut sama seperti keadaan biasa yang berlaku setiap hari iaitu kami langsung tidak bertegur sapa. Jadi aku memang tak rasakan ianya seperti mimpi.

Apabila aku menyedari bahawa aku bermimpi ketemu dia untuk pertama kalinya, baru aku tersenyum, akhirnya, muncul juga dikau dalam mimpi ku, ha ha ha. Angau sudah angau. Bukanlah, aku macam tak ambil kisah sebenarnya. Apa yang penting aku lebih selesa untuk bersendirian sahaja sekarang ini. Lagipun aku tahu dia bukan suka kat aku. Buktinya, aku tanya dia pasal movement bos dia pun dia jawab tanpa tengok aku pun. Tak pelah, nak wat macam mana kalau orang tak sukakan? Kalau pasangan aku pun boleh tak suka kat aku walau aku sayangi dia sepenuh hati, inikan pula orang yang baru aku kenali dalam hidup aku.

Aku rasakan memang aku tidak akan ada ruang atau peluang untuk berbicara dengan dia seperti biasa kerana mungkin aku dah buat early damage di awal aku kenali dia. Ibarat aku bawa kereta, terus masuk gear lima kemudian terus tarik hand break, maunye tak jahanam kereta tu, begitulah juga dengan apa yang terjadi antara aku dengan dia sekarang. Bukan salah dia, salah aku jugalah. Memang aku jugalah yang sering dipersalahkan.

Semalam memang aku stay back nak tunggu bos aku balik. Sebelum itu subordinate aku ada menyatakan ingin memberi sesuatu pada bos aku, so aku pun katalah pada dia, just tinggalkan whatever things untuk pass kat bos, lepas tu ada la suara-suara langau yang berbunyi, ei baiknya bos awak, sanggup tunggu untuk settlekan kerja awak, lepas tu subordinate aku pun menambah la, memang la bos i best, bukan macam bos you (si dia) asyik balik awal jer, si dia pun berbunyi la pulak, bertuah dapat bos macam bos you, eee... geli lak aku rasa dalam situasi sebegitu. Aku tak la rasa seronok sangat pun sebab aku tahu dia bukannya suka pada aku pun.

Dalam perjalanan pulang, aku berfikirlah, sepanjang aku bekerja, rasanya inilah kali pertama aku dapat subordinate yang muda dari aku. Sebelum-sebelum ini subordinate aku tua-tua dari aku, tapi itu bukanlah masalah kerana aku tetap hormati dorang sebagai orang yang lebih tua dari aku, dan aku harapkan dorang pun hormat aku sebagai superior aku. Aku tak suka sangat nak digelar bos bos ni. Pada aku, aku lebih senang work as a team. I'm not a bossy type, that's why aku lebih suka gelar diri aku ni superior dan orang bawah aku sebagai subordinate. Nampak proper la sikit pada aku, tapi pada orang lain, entahlah.

Memang kalau sebelum-sebelum ini, aku akan cuba berkhidmat dengan sebaik mungkin dan aku biasanya jadikan diri aku macam sponge, bukan sponge bob square pants, tapi span biasa. Maksudnya disini, aku akan cuba serap tekanan dan tidak akan biarkan ianya terlepas pada big boss mahupun terlepas pada subordinate aku. Itulah yang aku cuba buat selama ini dan aku rasa aku suka buat demikian. Terpulanglah orang lain untuk menilai aku macam mana, namun aku tetap aku dan aku takkan pedulikan dengan apa orang nak kata. Apa saje yang aku buat, ada saja yang nak komplen, bosanlah aku.

Itulah lumrah kehidupan. Seperti yang pernah diceritakan oleh Luqman Al-Hakim, kisah mengenai seorang bapa dan anak yang bersama keldai. Kisahnya lebih kurang beginilah, pada zaman dahulu kala, ada sepasang anak beranak berjalan dengan seekor keldai dari suatu kawasan ke suatu kawasan yang lain. Dalam perjalanan itu, mereka berhenti di beberapa tempat. Pada perhentian pertama, katakanlah kampung A, masa itu mereka tidak menunggang keldai tersebut, maka penduduk kampung itupun mengatalah, apalah bodoh punya manusia, ada keldai pun tak mahu ditunggang. Maka dalam perjalanan seterusnya mereka berdua pun menungganglah keldai tersebut, sampai diperhentian kedua, kampung B. Setiba dikampung B, mereka terdengarlah pula orang-orang kampung B mengata, apalah kejam punya manusia, sampai dua orang tunggang keldai, kenapa tidak biarkan salah seorang sahaja yang menunggang keldai tersebut? Maka dalam perjalanan seterusnya, si bapa yang telah menunggang keldai dan si anak pula berjalan sampai keperhentian ketiga, kampung C, setibanya dikampung C, penduduk kampung tersebut pun mengata, apalah kejamnya si bapa, menyeksa anak berjalan kaki sedangkan dia senang lenang menunggang keldai. Mereka meneruskan perjalan selepas itu dengan kali ini si bapa pula yang berjalan kaki dan si anak pula yang menunggang keldai tersebut, sampailah ke perhentian seterusnya, kampung D. Setibanya di kampung D, penduduk kampung tersebut pula mengata, zalimnya si anak, muda-muda masih kuat gagah menunggang keldai sambil membiarkan sibapa yang sudah tua berjalan kaki. Maka mereka telah mengambil keputusan meninggalkan sahaja keldai tersebut di suatu kawasan lain.

Moral pada cerita yang diceritakan oleh Luqman Al-Hakim ini adalah, setiap apa yang kita buat, mesti akan ada orang yang mengata. Apa yang penting, kita buat apa yang patut kita buat dan tak perlu bergantung atau berpandukan kepada apa yang orang kata. Setiap tindakan kita pasti akan mengundang rasa tidak puas hati pada orang lain dan sangat sukar untuk puaskan hati ramai pihak. Kalau kita hendak buat sesuatu, kita perlulah pentingkan kepada kehendak kita asalkan perkara yang kita lakukan tidak melanggar syarak. Dan apa yang paling penting sekali, kalau kita lakukan sesuatu itu tanpa mengganggu orang lain, kita tidak perlu hiraukan sangat dengan apa yang orang nak kata. Seperti yang aku pernah nyatakan, bukan dorang yang bagi kita makan nasik dan selagi kita tidak mintak duit orang tu untuk kita beli nasik, selagi itu kita ada hak untuk tidak menghiraukan pandangan negatif orang lain. Kita mungkin hanya boleh mendengar pendapat dan pandangan orang lain, tetapi keputusan terakhir, kita yang tentukan. Bukan orang lain yang berhak tentukan kehidupan kita, ok. Kita sudah dikurniakan akal fikiran untuk tentukan mana yang baik dan buruk untuk kita. Dalam hal ini kita kena puaskan atau dahulukan diri kita. Orang lain bukan pernah nak fikirkan tentang diri kita, jadi selagi apa yang kita buat itu tidak menjejaskan orang lain, maka kitalah yang berhak tentukan apa yang hendak kita buat.

Secara rangkumannya, boleh dikatakan, sikap manusia ini suka sangat melihat atau menuding jari menyalahkan orang lain sedangkan mereka tidak menyedari bahawa mereka juga ada kesilapan. Tiada manusia yang sempurna, yang ada cuma manusia yang perasan mereka ini sempurna dan perasan bagus. Inilah jenis manusia yang boleh merosakkan sesebuah komuniti, tetapi apakan daya, bilangan yang mempunyai sikap sangat ramai dan memang membentuk satu komuniti sebenarnya. Aku sahaja yang terus dalam keadaan minoriti kerana aku memang tidak suka ambil tahu pasal orang mahupun bother pasal orang lain. Kalau ada jiran aku yang meninggal pun, pasti aku tidak tahu punya kerana aku lebih senang bersendiri tanpa memikirkan pasal orang lain. Konklusinya disini, do whatever you want and wish to do, and don't bother about others!. You have your own right and you have to defend your right. Be firm and certain. Jangan jadi lalang.

Wednesday, November 26, 2008

Duniaku

Setelah menyaksikan pelbagai rencah dan kerenah manusia sepanjang aku hidup di dunia ini, aku lebih senang mengatakan aku lebih selesa berada dalam dunia kehidupan aku sendiri. Pun begitu, aku yang memang dari dulu tak suka nak ganggu hidup orang lain, mahupun ambil kisah pasal orang lain, kena terima hakikat bahawa aku tidak boleh lari daripada menarik perhatian orang lain untuk ganggu hidup aku. Terkadang aku terasa pelik, kenapa orang nak kacau hidup aku? Apakah kerana aku tak suka ambil kisah pasal orang, orang lain dengan semudah itu sahaja nak ganggu hidup aku? Entahlah, itulah ragam kehidupan dunia.

Apakan daya aku, aku hidup dalam dunia ni dengan orang lain, bukan aku duduk seorang. Kalau nak duk sorang, duk la dalam hutan, itupun belum tentu hidup aku tak diganggu. Lainlah pulak bentuk gangguan yang aku harus hadapi. Jadi apa yang boleh aku lakukan sekarang ialah teruskan kehidupan selagi hayat dikandung badan. Dunia yang penuh kepura-puraan ini hanyalah sementara. Entah bagaimana bentuk kehidupan di alam barzakh nanti, tiada siapa yang dapat menceritakan dengan jelas. Belum ada lagi orang yang sudah ke alam barzakh kembali ke kehidupan dunia untuk menceritakan bentuk kehidupan disana. Apa yang dijelaskan dalam Al-Quran tidak dapat dihayati dengan betul kerana tidak dialami dengan nyata. Apa yang penting ialah sebagai orang Islam, kita perlu percayakan akan alam akhirat. Entah bilakah ianya akan berlaku, tiada siapa yang dapat beritahu. Ajal maut, jodoh pertemuan, tanah kubur, rezeki tiada siapa yang dapat tahu kecuali Allah S.W.T.

Sebelum ini aku suka bergaul dengan orang ramai. Aku suka berkawan, suka keluar berhibur dengan kawan-kawan, tetapi apabila tiba satu peringkat, mungkin kerana faktor usia yang semakin meningkat, aku sudah mula memperlahankan atau berubah sedikit demi sedikit. Aku lebih selesa untuk habiskan masa aku dirumah walaupun seorang diri. Aku rasakan aku lebih tenang luangkan masa dengan terperap dirumah sahaja. Aku nak tergolek terlentang ke, nak tidur ke nak apa ke, tiada siapa yang boleh ganggu. Memang itulah yang sepatutnya aku buat kalau aku tak mahu diganggu ataupun mengganggu orang lain. Nak buat macam mana? Aku perlu buat aku rasa selesa, nak harapkan orang lain nak selesakan aku, mungkin tidak. Mungkin sebab aku ni jenis yang high taste whatsoever, tapi kalau orang yang kenali aku betul-betul, sebenarnya aku ni tak banyak ragam. Memang aku suka lontarkan pendapat aku, tetapi kalau orang lain nak argue lebih-lebih, aku lebih senang untuk beralah. Memang sukar mencari manusia yang suka mengalah. Bukanlah nak kata aku baik sangat, tapi aku tak suka sangat nak berbalah.

Sekarang ini aku lebih senang menyendiri. Kalau ada orang nak kawan dengan aku, aku layan jer. Kalau orang tak nak kawan dengan aku, aku tak paksa. Begitu juga kalau aku sukakakn seseorang, itu hak aku, itu perasaan aku. Kalau aku sukakan seseorang pun, aku bukan nak approach dia, aku cuma suka je, kalau dia tak suka pun, bukan hak aku nak tentukan atau suruh dia suka kat aku. Pasangan aku pun boleh tak suka kat aku, jadi apatah lagi kalau orang lain.

Kalau ditempat kerja lama, aku dikelilingi dengan family man, lain pula disini. Kat sini ada yang masih bujang dan juga yang baru berkahwin. Jadi tiada yang sama status dengan aku. Aku ni kira status tergantung tanpa tali. Kalau ditempat kerja lama, aku lebih banyak habiskan masa aku bersendiri, lunch sensorang, kat sini, aku kalau tak ikut bos pegi lunch, aku ikutlah rombongan cik kiah. Ha ha ha. Bukan apa, aku boleh je nak buat macam dulu, tak bergaul dengan orang, nanti orang kata aku kera sumbanglah pulak. Memang aku dah berazam untuk mulakan sesuatu yang baru ditempat kerja baru ni, walaupun aku taklah sesenyap dahulu, tapi aku juga tak sebising seperti zaman bahagia aku dahulu. Tetapi apa yang peliknya, kemana sahaja aku pergi, pastilah aku ini senang menjadi tumpuan orang ramai. Pasti ramai yang kenali aku, sungguhpun aku tak kenal dorang. Bila ramai yang kenal ni, seperti biasalah, ramai kawan ramailah lawan. Yang paling best tu, ada orang yang aku tak kenal pun boleh ceritakan sesuatu yang buruk pasal aku. Dah la aku tak kenal dia dan dia pun tak kenal aku, sesuka hati mak bapak dia je nak komen pasal aku. Itu yang best jadi aku ni, ramai yang ambil kisah.

Walau apapun, kehidupan perlu diteruskan. Dunia ini hanya sementara, dan tiada gunanya untuk aku bersedih kerana dunia. Memang tiada manusia yang hendak hidup susah, semuanya nak rasa gembira dan bahagia. Begitu jugalah dengan aku, aku juga nak rasakan kebahagiaan hidup didunia ini walaupun kehidupan akhiratlah yang kekal abadi. Rasulullah S.A.W. pernah bersabda, 'Kejarlah dunia seolah kamu akan hidup selamanya dan Tuntutlah akhirat seolah kamu akan meninggal dunia esok hari'. Kalau kita fahami betul-betul maksud hadis Rasulullah S.A.W. ini, bolehlah diibaratkan seperti kita perlu seimbangkan dunia dan akhirat. Dunia ini ialah jambatan ke akhirat. Kita tidak boleh hanya menumpukan akhirat sahaja sambil mengabaikan dunia begitu juga sebaliknya. Kalau kita terlalu tumpukan akhirat, sudah pasti kita akan lebih banyak luangkan masa dimasjid-masjid atau dirumah dengan melakukan pelbagai solat sunat dan juga membaca Al-Quran (Quran untuk dibaca dan diamalkan, bukan untuk perhiasan atau untuk dipegang atau dijunjung ketika mengangkat sumpah). Kalau kita terlalu cintakan dunia pula, kita pasti akan lebih leka sambil ketepikan hukum hakam halal haram, jadi kita perlulah seimbangkan dunia dan akhirat.

Aku tak kata aku ni baik sangat, memang aku juga manusia biasa. Manusia yang tidak boleh lari dari lakukan kesilapan. Apa yang penting, kalau kita buat silap, segeralah bertaubat. Sesungguhnya Allah menerima taubat hambaNya, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Kalau manusia ni lain sikit, suka sangat menjatuhkan hukum pada orang lain walaupun orang yang bersalah telah menginsafi kesalahan mereka dan mahu berubah. Nak buat macam mana? Manusia, terkadang manusia ni yang lebih-lebih nak jatuhkan hukum pada orang lain, macamlah mereka itu sempurna dan tak pernah buat salah. Disinilah yang aku jelaskan tadi bahawa sangat sukar untuk mencari manusia yang suka beralah. Memang kalau ada orang yang buat salah pada aku dan minta maaf, aku boleh maafkan dan lupakan segala kesalahan mereka. Apa yang buat aku takkan lupakan kesalahan orang lain itu ialah apabila mereka terlalu berat untuk memohon maaf walaupun sudah terbukti mereka buat salah. Tetapi aku pun tak nak kenang sangat salah orang lain pada aku. Aku tetap maafkan mereka semua kerana itulah janji aku pada Allah.

Aku memang selesa dengan dunia aku sekarang ini. Apa yang aku nak buat, terpulang pada aku, asalkan aku tak kacau atau ganggu hidup orang lain. Sungguhpun aku ada hati pada si dia, aku tak approach dia, aku layan sendiri sahaja perasaan aku. Aku tak mahu buat dia rasa tak selesa sungguhpun aku dapat rasakan dia sudah tak selesa. Lantak pi la, aku bukan buat apa-apa pada dia. Kalau dia nak rasa tak selesa, itu terpulanglah. Pada aku, kalau dia nak kawan macam biasa dengan aku, aku layan jer, kalau dia tak mahu pun aku tak kisah. Aku dalam dunia aku dan tiada siapa yang boleh ganggu aku. Tapi kalau ada yang ganggu aku lebih-lebih, aku tak akan duduk diam lagi, aku akan balas balik. Itu jer. Kalau selama ini aku biarkan orang tindas aku, kali ini aku sudah tidak boleh biarkan diri aku ditindas. Dalam islam juga telah jelas menerangkan, mempertahankan hak itu wajib, jadi kalau sehingga hak aku diganggu, aku wajib pertahankan.

Memang ada antara kawan-kawan aku yang kata aku big loser, who cares? Korang nak komen aku ke, nak kata aku ke, korang kena tengok diri korang dulu la beb. Korang ke yang bagi aku makan nasik? Ada ke aku minta duit korang untuk beli nasik? So kalau tak de, it's better you keep your mouth shut! Tapi aku memang tak ambil pusing pun dengan apa yang orang nak kata. Lantak pi la, bukan mulut aku yang busuk. Pada aku setiap manusia ni sama je, masing-masing ada kelemahan dan kelebihan masing-masing. Sesungguhnya Allah tidak melihat manusia dari segi rupa, pangkat, darjat, harta dan sebagainya, yang dinilai ialah ketaqwaan kita dan ibadah kita pada Allah. Manusia ini memang tiada nilai kerana Allah jadikan manusia ini dari sejenis air yang bercampur. Nabi Adam A.S. dijadikan dari tanah dan manusia yang lahir sekarang ini ialah dari gabungan air mani lelaki dan perempuan. Jadi kenapa kita perlu rasa bongkak dan sombong sesama manusia? Kaya macam mana sekalipun, pangkat besar macam mana sekalipun, bila mati nanti, diselimuti dengan kain kapan dan diletak dalam 6 kaki bawah tanah juga. Tak ada orang yang disaluti dengan kain kapan kain songket atau kain yang mahal-mahal. Kalau orang kafir lain, tetapi kalau orang islam, kain putih tu la yang akan selimuti kita. Kaya macam mana pun, kita tak akan dapat bawa segala harta tu ke liang lahat.

Harus kita ingat, Qarun yang kaya raya dahulu, sehingga dikhabarkan bilangan unta yang membawa anak kunci untuk harta-hartanya pun menggunakan beribu ekor unta, dan pengakhirannya dengan kuasa Allah, segala hartanya dengan dia sekali ditelan bumi begitu sahaja. Firaun yang tidak pernah sakit sehingga menganggap dirinya tuhan, ditelan ombak laut merah. Jadi mengapa harus kita rasa berlagak sombong dan bongkak dengan apa yang kita ada sekarang? Kalau kita rasakan kita ni banyak duit, masih ada lagi orang yang duitnya lagi banyak dari kita dan kalau kita rasakan paras rupa kita cantik, ada lagi orang yang lebih cantik daripada kita. Yang penting, kita janganlah berasa sombong. Kerana sesungguhnya Nabi S.A.W. pernah bersabda, 'Tidak akan masuk syurga orang yang mempunyai perasaan sombong walau sebesar zarah'. Jadi janganlah kita sombong dan bongkak, kita kena sedar, semua manusia adalah sama sahaja.

Apa yang ingin aku rangkumkan ialah, setiap manusia ni sama je, tak perlulah nak sombong menyombong antara satu sama lain. Kalau hari ini kita sombong dengan seseorang, tidak mustahil suatu hari nanti kita akan perlukan bantuan daripada orang yang kita sombongi tu. Jadi tak perlu la rasa macam bagus sangat, itu je. Semua orang sama je. Aku seperti biasa, aku akan terus dalam dunia aku kerana aku tidak mahu ganggu hidup orang lain. Bukan beerti aku sombong, seperti yang aku jelaskan, kalau orang nak tegur aku, aku layan, kalau orang nak kawan ngan aku, aku layan, kalau orang nak suka kat aku, aku layan, tapi kalau orang tak nak tegur aku, aku pun takkan tegur, kalau orang tak nak kawan dengan aku, aku tak paksa dia kawan dengan aku, kalau orang tak nak suka kat aku, jangan salahkan aku kalau aku suka kat dia, ha ha ha. Kalau dia tak suka, nak buat apa lagi, gigit jarilah, ha ha ha...

Biarlah Dia Bahagia

Terkadang apabila hati aku tengah betul-betul tenang dan boleh berfikir secara rasional dan waras, aku rasakan aku perlu terima akan hakikat bahawa mahligai yang aku bina tidak mungkin akan kekal selamanya. Bukan kerana aku sudah berputus asa, tetapi segala usaha aku selama ini tidak mendatangkan apa-apa hasil seperti mana yang aku harapkan, maka aku perlulah buat suatu keputusan yang memang pada dasarnya amat perit untuk ku telan.

Seseorang perlu bekorban dan aku rasa akulah yang terpaksa bekorban sekarang ini. Untuk apa aku terus menagih dan mengharap pada yang sudah tidak sudi? Kalaupun sayang aku pada dia melebihi segala yang ada di dunia ini, namun hatinya sudah 'kosong' atau sudah tiada apa-apa perasaan pada aku lagi, tiada guna untuk aku terus membuang masa. Aku pun tidak boleh terus menyeksa dia, dan aku akur bahawa aku perlu buat pengorbanan yang paling besar dalam hidup aku - melepaskan dia. Memang sesuatu yang sangat tidak aku inginkan. Itulah sebabnya mengapa aku sanggup beralah dan merendahkan diri demi pertahankan hubungan bersama insan yang aku sayangi.. Aku tahu, memang aku pernah lakukan kesilapan, tetapi hukuman yang aku terima teramat berat rasanya. Sedangkan ketika putus cinta dulupun aku ambil masa 3 tahun untuk pulih sepenuhnya, itupun setelah ex aku berkahwin. Kalau sekiranya dia belum berkahwin, mungkin aku masih sanggup menunggu dia. Tapi semuanya jodoh yang Allah tentukan. Aku tidak pernah terduga untuk bertemu jodoh dengan pasangan aku sekarang ini dan aku tidak menjangka bahawa jodoh aku mungkin tidak berpanjangan. Kalau inilah yang terbaik, aku kena akur juga dan entah berapa lama masa yang akan aku ambil untuk pulihkan diri aku semula.

Aku memang terpaksa akui bahawa aku tidak mahu terima hakikat untuk berpisah dengan orang yang aku sayangi. Tetapi, aku tidak boleh terus menerus untuk pentingkan diri aku sendiri. Mungkin sebab itulah, dia dan keluarganya melabel aku sebagai seorang yang ego. Kakaknya tempoh hari menjerkah pada aku menyatakan bahawa adiknya sudah tak mahu dekat aku, tak malu ke? Amboi, cantiknya bahasa. Dulu masa dia nak, bukan main lagi, tak sempat-sempat, bila dah tak mahu, nak buang begitu sahaja. Itulah antara sebab mengapa aku tidak dapat nak lepaskan dia dengan cara yang baik. Masakan tidak, kalau minta cara baik, baiklah yang dia dapat, ini nak guna cara kotor dan tak baik, masakan aku boleh berkompromi dengan orang yang tidak tahu mengenal erti kompromi. Asyik aku sahaja yang harus beralah, mana boleh, tak adillah kalau begitu.

Aku perlu berfikir lebih panjang dan matang memandangkan sekiranya aku menangguh perkara ini, ianya akan lebih teruk dan aku juga tidak boleh buka buku baru. Kalau aku sudah ada pengganti yang betul-betul, mungkinlah aku tak hairan kot, tapi dalam keadaan sekarang ini, eloklah aku selesaikan dahulu dengan pasangan aku sebelum mencari pengganti. Memang pasangan aku sudah tak mahu bersama aku, itulah sebab dia tak rasa bersalah memburuk-burukkan aku pada orang lain. Jadi, jika aku tak mahu dia terus bergelumang dengan dosa, aku perlu lepaskan dia dengan cara yang baik. Dalam Islam juga jelas menyatakan dan mengajar kita, kalau hendak berpisah, berpisahlah dengan cara yang baik. Kalau sekiranya hubungan itu memang sudah tidak dapat diselamatkan, dan perlu kepada perpisahan, maka terpaksalah aku terima hakikat itu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam.

Aku tak mahu perpisahan ini mendatangkan kesan permusuhan antara dua keluarga. Kalau boleh, biarlah berpisah dengan cara yang paling baik dan tidak menimbulkan perasaan dendam antara satu sama lain. Mungkin aku juga banyak salah kerana biarkan perkara ini berlanjutan dan ianya mungkin sudah tidak dapat diselamatkan lagi. Tetapi kenapa aku harus terus menerus menyalahkan diri aku? Tidak, aku tidak perlu salahkan diri aku mahupun sesiapa. Segalanya ketentuan. Aku bukanlah salahkan takdir, tetapi inilah Qada' dan Qadar yang telah disuratkan untuk aku. Mungkin aku bukan yang terbaik untuk pasangan aku, maka Allah jauhkan aku dari dia. Jadi aku harus terima hakikat itu dan haruslah aku lepaskan dia dengan baik. Walau aku sayangkan dia, tetapi aku tidak boleh pentingkan diri aku sendiri.

Aku memang telah maafkan segala kesalahan dia dan aku memang tidak akan berdendam dengan dia walau sedikit pun. Aku tetap doakan dia bahagia. Aku memang nak sangat tengok dia bahagia kerana dia deserve untuk hidup bahagia. Jadi kalau dia tidak bahagia bersama aku, mengapa harus aku seksa dia lagi? Kesian dia tau. Aku memang kejam.

Apa yang aku harapkan, janganlah dia ganggu aku sehingga menjejaskan periuk nasik aku. Aku yakin dia akan lebih bahagia selepas ini. Doa aku akan sering mengiringi dia. Aku akan tetap doakan agar dia bahagia. Walaupun dia sudah tidak percaya pada aku, tetapi suatu hari nanti, dia akan tahu betapa aku tetap menyayangi dia.

Tuesday, November 25, 2008

Panas! Panas! Panas!

Nampak gayanya memang typical melayu ni suka sangat bergosip dan bercerita pasal orang lain. Entahlah, kenapalah aku hidup dalam masyarakat yang suka sangat jaga tepi kain orang. Aku sendiri tak suka nak ambil pusing atau ambil kisah pada orang lain. Aku tak suka kacau orang, tapi kenapa orang suka sangat kacau hidup aku ya?

Aku sudah agak, memang bebudak pejabat ni dah macam sense sesuatu pasal perasaan aku pada si dia. Tapi aku wat bodoh jelah. Biarlah apa yang orang nak kata, nak buat macam mana, mulut manusia, mana boleh ditutup.

Kisahnya begini, kami keluar lunch beramai-ramai seperti biasalah. Kebetulanlah pulak hari ini ada seorang office mate aku pakai baju yang sama kaler ngan aku. Aku tak kisah sangat pun hal tu, kalau nak dikirakan, aku lebih suka si dia sedondon dengan aku, tapi setakat ini kitaorang selalu sangat kontra. Kalau aku pakai putih, dia pakai hitam, kalau aku pakai merah dia pakai hijau. Kontra la tu merah dengan hijau, kalau traffic light merah berhenti, hijau jalan. Yang aku boleh katakan, sepanjang aku kerja sini, aku perhatikan pakaian dia banyak yang kaler hijau, kaler kegemaran aku tu. Ada sekali tu aku selamba jer tanye dia, adakah dia suka hijau, tapi dia kata tak.

Ok, berbalik pasal kisah kitaorang lunch tadi. Masa duk dimeja tu kebetulan salah seorang daripada budak office aku bersuara, eh korang ni dah janji ker nak pakai baju yang sama? Pas tu budak opis aku dengan selamba menjawab, yup memang kita orang dah janji malam tadi... ooops tercakap kuat lak si dia terdengar. Aku macam terkejut jugak lah dengan statement budak tu. Aik, dorang ni macam tau jer aku ada feel kat si dia. Pas tu si dia dengan selamba menjawab, macam la i care about it. Aku pun buat bodoh je la bila dia jawab begitu. Memanglah kalau diikutkan, terasa la seperti useless je bila diperlekeh begitu, tapi sekarang ni aku tak layan sangat bab feeling ni. Kalau aku kecewa sekalipun, aku tak kisah kerana aku lebih memikirkan bagaimana harus aku selamatkan rumah tangga aku.

Seperti dalam coretan yang sebelum ni, aku pernah nyatakan, aku memang tidak mahu fikirkan pasal si dia kerana aku ternampak pasangan aku dalam mimpi aku setelah aku lakukan solat istikharah. Ni bukan seperti aku pull off the gas, tapi dah tarik hand break terus. Memang aku tak boleh nafikan, aku masih berkira-kira untuk memiliki si dia, tapi aku malas tekankan sangat. Masa makan tadi sengaja je aku order makan yang sama dengan dia, konon-kononnya secara kebetulan la. Masa makanan tu sampai, budak opis aku yang sama kaler baju dengan aku kuarkan statement 'ai makan benda yang sama?' Aku seperti biasala, buat bodoh tahap cipan.

Lepas makan kami bergegas ke pejabat, sekali lagi aku dikejutkan apabila ketika hampir dipejabat, bebudak tu cakap 'yei yei', macam perli aku jer. Ialah, tadi masa aku keluar pagi tadi bila aku balik opis nampak keta si dia, aku cakap 'yei yei'. Tak mengapalah, lantak pi koranglah nak kata apa. Apa yang penting aku kena hiburkan hati aku sendiri. Seperti yang aku katakan sebelum ini, aku lebih senang syok sendiri sekarang. Memang nampak macam desperate housewife jer, tapi siapa peduli?

Aku tertanya juga, adakah ada dikalangan bebudak office ni yang menjenguk dan membaca blog aku ni? Kalau ya, kantoi la, ha ha ha. Tak apalah, setiap orang ada hak masing-masing terhadap kehidupan peribadi masing-masing. Asalkan jangan terabai kerja sudahlah. Kerja kena dilakukan dengan penuh dedikasi dan ikhlas supaya rezeki yang diperolehi itu halal dan berkat.

Tak apalah, seandai ada rakan-rakan sepejabat yang baca blog aku ni, harap-harapnya janganlah jadikan kutukan. Kalian tidak kenal aku sebenarnya. Selama ini aku dah puas hidup dalam derita, salahkah bagi aku untuk mulakan sesuatu yang baru? Aku juga inginkan kebahagiaan dalam kehidupan. Selama ni aku ikut sahaja kehendak orang lain. Demi puaskan hati orang lain, aku bekorban segalanya sehingga aku terkorban. Ibarat lilin yang membakar diri bagi menerangi orang lain. Sekarang aku sudah tidak boleh lagi hidup ditakuk lama, seperti yang pasangan aku sindir aku sebelum ini, dia katakan aku masih duduk ditakuk lama.

Jadi kehidupan perlu diteruskan. Aku kenalah tabah hadapi segala dugaan hidup yang mendatang ini. Inilah lumrah kehidupan. Kalau aku terpaksa berdepan dengan orang-orang yang suka mengata aku ke apa ke, aku kenalah hadapinya. Sepatutnya aku boleh hadapi perkara ini kerana ianya memang selalu aku tempoh. Jadi, segala pengalaman lampau boleh dijadikan panduan. Jangan mudah percayakan orang, aku kena lebih hati-hati. Sebelum-sebelum ini aku senang sangat mudah percayakan orang, akibatnya aku mudah diperdaya. Belajarlah dari kesilapan dahulu.

Apa yang buat aku makin panas sebenarnya aku tak terasa aircond dipejabat nie. Rasanya dorang dah on aircond, tapi aku tak terasa langsung anginnya. Panas, panas, panas. Anti-climax punya ending, ha ha ha...

Masih Buntu

Sudah macam jadi habit la pulak aku menghasilkan artikel dalam blog aku ini setiap hari. Seperti macam menulis diari sahaja. Mungkin orang anggap aku tiada kerja, bukan, aku memang banyak kerja sekarang ini, ditambah pula dah dekat hujung tahun ni, jadi kenalah siapkan laporan tahunan.

Bermula dengan aktiviti karaoke malam tadi. Siut betul, yang janji nak datang 8 orang, siap booking bilik untuk 8 orang, tapi yang datang cuma 3 orang termasuk aku. Tapi masih kena bayar untuk 8 orang. Letih campur seronok jugalah dapat melalak malam tadi setelah sekian lama tak berkaraoke. Rasanya ada dekat 3 bulan tak karok. Last hari tu sebelum puasa. Cuma bila bilangan yang ada malam tadi tak ramai, maka kurang meriahlah. Memanglah puas dapat nyanyi sakan. Pulak tu semua pakat ambil lagu yang jerit-jerit bagai tak ingat punya, tapi entah macam mana boleh lak nyanyi semua lagu tu dengan baik sekali, ha ha ha, masuk bakul angkat sendiri.

Semalam aku pulang dari kerja awal, tepat jam 5.30 pulanglah. Ialah, kalau bukan sebab nak pergi karaoke pun aku malas nak stay back coz si dia tiada. Aku memang tertanya, kenapa dia half day semalam, rupa-rupanya dia nak hantar parents dia pergi haji. Itu pun aku dengar dari perbualan rakan sepejabat, aku nak tanya, seganlah pulak rasanya. Jadi aku pun buat macam tak peduli sahajalah.

Pagi ni, dia tak masuk pejabat lagi. Aduh, tension jugalah rasanya, tapi aku malas nak fikirkan sangat pasal dia sebab nanti terganggu pula kerja aku. Jadi aku pun buatlah macam tak ada apa-apa walaupun dalam hati aku, hanya Allah sahaja yang tahu.

Dalam perjalanan pulang kerumah semalam, aku banyak berfikir. Bukan fikir pasal si dia, tetapi pasal pasangan aku. Aku tertanya, kenapalah dia sanggup buat aku sampai ketahap macam ini sekali. Apakah dosa aku sampai dia seperti hendak musnahkan hidup aku sepenuhnya. Walaupun pasangan aku tidak berniat sedemikian, tetapi tindakan dia seperti menjurus ke arah itu. Mana kan tidak, sikit-sikit buat repot polis, dia ingat repot polis ni memain ke? Buat busuk nama aku je. Dah la setiap repot tu satu Malaysia boleh baca. Apalah yang dia nak sebenarnya? Tak habis-habis tuduh aku ancam hidup dia. Apa selama dia tinggalkan aku, ada aku ganggu hidup dia ke? Ditambah pula masa dimahkamah tempoh hari, aku sudah buat sumpah laknat, bersaksi Allah bahawa aku tidak mengancam hidup dia. Aku bersaksikan Allah, kenapa tiada siapa yang percaya? Lagipun atas sebab apa aku nak ancam orang yang aku sayang? Kalau dia tak salah, kenapa perlu dia rasa takut dan larikan diri? Ini tidak, dah la dia yang dah tak mahu dekat aku, dah tak mahu selamatkan rumah tangga, masih nak salahkan aku juga.

Sekarang ni aku rasa agak tertekan jugalah. Ialah, bila dia buat repot polis, nama aku jadi busuk. Bos aku pun dah pandang serong pada aku. Entahlah, mungkin aku yang terasa sendiri ke apa, tapi semenjak insiden tempoh hari, aku rasakan lain macam sangat. Aku rasakan seperti orang sekeliling aku macam pandang slek je pada aku. Entahlah, aku dah jadi fobia dan trauma. Mungkin itu yang pasangan aku nak terjadi pada aku.

Ketika aku menghasilkan artikel kali ini, terberhenti seketika kerana ada urusan diluar dengan subordinate aku, tak apalah, memang aku rasa tak seronok dekat pejabat memandangkan sumber inspirasi aku tiada. Sekembalinya aku dari luar, ketika di parkir, aku lihat kereta dia sudah ada. Secara sepontan aku pun cakap 'yei yei'. Pastu subordinate aku tanya, apa yang 'yei yei'? Aku pun cover line la, tapi rasanya dia macam boleh agak yang aku memaksudkan sesuatu. Tak apalah, yang penting aku sudah kembali bersemangat. He he he.

Macam ada sesuatu sahaja antara aku dan dia. Perasanlah namanya tu. Dia memang tak rasa apa-apa pada aku, tapi aku yang rasa seronok dapat lihat dia. Sekurang-kurangnya aku dapat lupakan masalah aku seketika bila dia ada dihadapan mata aku. Aku bukanlah berniat nak jadikan dia sebagai batu loncatan whatsoever, cuma memang aku dapat merasakan ada perasaan pada dia. Cuma tinggal lagi aku macam takut dan kurang yakin untuk menjalin sesuatu hubungan dengan orang lain. Bukan masalah kalau dia tak mahu, apa yang aku takut, seandai dia mahu atau ada perasaan pada aku, tetiba pulak masa tu pasangan aku nak balik pada aku dan dia sedia berubah dan mengekalkan rumah tangga kami (itulah yang aku harapkan), mesti masa tu aku akan payah untuk buat keputusan. Tak pasal-pasal aku terpaksa kecewakan dia pulak. Tapi bagus juga kalau dia tiada perasaan pada aku, buat masa sekarang ini aku lebih selesa untuk syok sendiri. Lagi best, tak payah fikir perasaan orang lain, layan jer perasaan sendiri.

Walau bagaimanapun, aku perlu selesaikan dahulu masalah rumah tangga aku. Aku tak boleh buat langkah lain dulu. Nanti tak pasal-pasal bertambah beban dalam kepala aku. Yang penting sekarang ini, aku kena majukan diri aku dan buktikan kepada orang yang pandang rendah pada aku selama ini bahawa mereka tersilap. Hanya aku yang boleh bantu diri sendiri dengan izin Allah. Dekatkanlah diri pada Allah dan mintalah bantuan daripadaNya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Memang benar kata-kata nasihat, ada kalanya benda yang kita sangkakan baik itu tidak baik buat kita. Mungkin aku akan dapat pengganti yang lebih baik. Memanglah aku sayangkan pasangan aku sangat-sangat, tapi apa guna sayangi orang yang tak sayang pada aku? Betul juga kata subordinate aku, sayangilah orang yang sayang pada kita. Mungkin sekarang aku masih belum mampu lupakan atau hilangkan perasaan sayang terhadap pasangan aku, tapi kalau aku tidak mencuba atau mencari orang lain, mana mungkin aku akan ketemu orang yang akan hargai kasih sayang aku. Pasti ada orang yang akan terima aku suatu hari nanti, aku kena yakin pada diri sendiri. InsyaAllah, kalau kita berniat baik, kita akan dapat kebaikan.

Seiring dengan doa seperti di bawah ini:
"Ya Allah Tuhan Yang Maha Bijaksana, berikanlah daku kekuatan dalam menghadapi kehidupan ini. Dunia ini dan segala isinya tidaklah bermakna tanpa redhaMu. Ya Allah Tuhan Yang Maha Mengetahui, ampunkanlah daku sekiranya pernah ku menduakanMu. Sesungguhnya daku insan yang lemah lagi hina, tidak berniat daku mengingkariMu, apatah lagi untuk mensyirikkanMu. Ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani, daku bersyukur kepadaMu kerana Kau telah memberikan daku seditik sinar kehidupan tatkala bayang kegelapan semakin mengelilingiku. Ya Allah Yang Maha Berkuasa, sesungguhnya daku sedar bahawa setiap apa yang daku sangkakan baik itu mungkin tidak baik dipandanganMu. Engkaulah pencipta ku dan hanya Kau lah yang memahami apa yang terbaik untuk ku. Esok lusa mungkin ku akan kembali kepada Mu, terimalah daku Ya Allah, sesungguhnya cukuplah Engkau bagiku. Lailahaillallah..."

Semoga Allah kabulkan setiap doaku. Amin.

Monday, November 24, 2008

Fikiran Celaru

Sudah aku katakan, memang setiap kali aku bertemu pasangan aku, sudah pasti aku akan tertewas dengan perasaan aku. Kenapalah dalam kepala aku ini sering teringatkan dia? Terasa sebagai satu seksaan yang amat pedih. Terseksa jiwa dan raga aku apabila aku teringatkan dia. Selama ini aku sudah hampir pulih sepenuhnya, namun apabila dia hadir dihadapan mata aku, terus aku jadi tidak menentu semula.

Memang selama ini aku cuba alihkan perhatian aku pada orang lain. Memang aku telah cuba berkawan dengan orang lain. Memang aku telah cuba meminati orang lain, namun aku masih tidak dapat lupakan pasangan aku. Aku tak faham kenapa aku masih lagi tidak dapat terima hakikat bahawa perkahwinan aku menuju ke arah kehancuran? Apa yang aku hendak pertahankan? Entahlah. Walau apa pun, pada tika blog ini ditulis, fikiran aku sangat buntu dan celaru.

Terkadang aku sendiri terasa teramat keliru dengan perasaan aku. Ada kalanya aku rasakan aku boleh suka pada orang lain. Ada kalanya aku macam hendak sukakan si dia, tetapi setiap kali aku cuba pesongkan ingatan aku, aku tetap akan teringat pada pasangan aku. Mungkin juga dikala blog ini terhasil, disebabkan si dia cuti separuh hari hari ni. Sudahlah sepagi ni dia keluar, aku pun keluar juga. Aku balik semasa lunch hour dan dia pun pulang ke pejabat tidak lama selepas aku pulang. Terasa macam datang balik semangat aku. Tapi tak lama lepas tu, aku lihat dia beredar. Aku tak tahu pulak dia half day hari ni sehingga pihak hr tulis kat white board menyatakan dia half day. Adoi tension nye aku. Dah la dia satu-satunya orang yang mungkin boleh buat aku lupakan seketika pasangan aku. Sekarang dia pun tiada, maka terus jadi macam orang tak ada mood je la aku sepetang ni. Ada yang balik sharp hari ni.

Memang fikiran aku akan mudah celaru bila teringatkan pasangan aku. Aku tak benci dia walau sedikit pun. Aku sayang sangat dia dan kadang-kadang aku rasa kejam sangat diri aku terhadap dia. Dia memang seorang yang baik. Dialah segalanya buat aku, namun aku seperti tidak layak untuk bersama dia. Memang dia deserve untuk hidup bahagia dan mungkin dia tak akan bahagia kalau terus bersama aku. Kenapalah aku harus menjadi begitu kejam menyeksa dia? Dia cuma nak ambil pakaian dia sahaja hari tu, kenapa la aku kejam sangat tak izinkan dia ambil pakaian dia? Kesian dia tau. Apalah punya kaum aku ni? Terkadang aku rasakan aku ni lebih zalim dan kejam. Adakah aku tak pandai menjaga hati orang yang aku sayang? Patutlah dia sering katakan aku hanya pandai berkata sahaja.

Tapi haruskah aku terus menyalahkan diri aku sahaja? Selama ini aku sering salahkan diri aku dan akibatnya aku terus menerus dipersalahkan dan ditindas. Tapi apa yang aku buat sebenarnya adalah kerana aku sayangkan pasangan aku. Mungkin dia tak tahu betapa aku sayangkan dia. Tidak mengapalah.

Aku pun tak tahulah nak buat macam mana sekarang ni, memang fikiran aku sangat bercelaru sekarang ni. Elok-elok fikiran aku sudah tenang hari tu, dah kembali celaru balik. Patutnya aku tak bagi pasangan aku datang malam tu. Aku bukan nak marah-marah dia atau lepas geram ke apa, aku memang rindu pada dia. Memang terasa nak peluk dia, tapi apakan daya aku? Memanglah tindakan dia tu sangat keterlaluan, tapi aku tak sepatutnya layan dia sebegitu. Terasa bersalah sangat bila tengok air matanya berguguran. Tapi bila mengenangkan adik-beradiknya yang sombong tu, terus aku tak jadi nak berlembut dengan dia lagi. Alangkah bagus kalau pihak keluarga dia tak campur tangan. Ini dorang pulak yang lebih sudu dari kuah. Tak apalah, nanti balasan yang setimpal akan menanti mereka.

Walau apa pun, aku tetap tiada semangat untuk kerja petang ni. Fikiran aku sangat celaru disebabkan oleh ingatan aku pada pasangan aku dan juga ditambah pula si dia tiada didepan mata aku. Tatkala aku memerlukan orang lain untuk memesongkan ingatan aku, dia tiada pula. Jadi memang bertambah tension lah aku.

Tidak mengapalah, esok aku akan cover balik kerja aku bebaik. Hari ini aku akan balik sharp kerana malam ni nak pergi karaoke dengan bebudak office lama. Lepas tu pukul 4 pagi nak tengok match man u. Tak apalah, bukan selalu berhibur. Dah lama tak pergi melalak. Sekurang-kurangnya boleh release tension aku yang sedang sangat tension nie. Ha ha ha.

Corat Coret

Pagi ini aku telah belajar sesuatu daripada apa yang terjadi semasa aku bersarapan. Memanglah kalau hendak difikirkan ianya mungkin secara kebetulan dan tiada apa yang besar sangat hendak dibicarakan, tetapi sekiranya setiap apa yang berlaku itu kita fikirkan dari pelbagai sudut, sudah pasti kita boleh belajar dari setiap perkara yang terjadi.

Kisahnya begini, kebetulan aku memakai baju warna putih hari ini. Seperti biasa menu sarapan aku roti banjir dengan teh tarik. Menu yang menyumbang banyak kalori dalam badan dan kalau diamalkan boleh menyebabkan aku mengidap sakit jantung pada usia yang muda. Nak buat macam mana, dah itu saje menu yang boleh buka selera aku. Sedang aku menikmati juadah tersebut, tiba-tiba tepercik la kuah kari ke baju aku yang putih itu. Terus buat mood aku nak sarapan hilang, sungguhpun terdapat hanya 4 titik kecil di baju aku, memandangkan baju aku yang putih itu, ianya nampak sangat ketara. Memang betullah, walaupun ruangan atau kawasan putih itu lebih besar, namun apa yang akan menjadi tumpuan orang ialah 4 titik tompokan kecil kari diatas baju putih tersebut. Mujurlah aku memang ada baju spare kat pejabat ni, kalau tidak, terpaksalah aku memakai baju tersebut sampai habis waktu kerja. Aku dah cuba cuci tompokan kecil tersebut, tetapi tompokan tersebut tak mahu hilang.

Apa yang ingin aku kaitkan disini ialah tentang tingkah laku manusia. Ibarat pepatah melayu, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Kalau selama ini aku sering tertanya, kenapalah orang sering kenang keburukkan aku sahaja walhal aku banyak juga buat baik pada orang lain sebelum ini. Sama macam kisah aku dengan pasangan aku, punyalah banyak perkara baik yang aku buat pada dia, tapi apabila aku buat salah, hanya itu sahaja yang dia kenang. Memang aku tidak salahkan pasangan aku 100% dalam hal ini, cuma tinggal lagi aku rasakan adalah tidak patut hanya kenangkan salah orang lain yang telah banyak berjasa atau berbudi pada kita.

Apabila aku melihat terdapat tompokan kecil kari pada baju aku, baru aku sedari dan faham, walau kita buat baik sebanyak mana sekalipun, kalau kita terbuat salah sama ada disengajakan atau tidak, ianya tetap nampak juga. Maksudnya disini, kalau kita ni orang yang baik, janganlah sesekali buat jahat atau buat perkara yang tidak elok. Aku taklah katakan aku ni baik sangat, tetapi mungkin kerana aku jarang buat salah maka apabila aku buat salah, memang akan ketara nampak kesalahannya. Berbeza dengan orang yang sering buat salah, ibarat kain hitam, dia buat jahat macam mana sekalipun, sangat sukar untuk kantoi. Seperti orang yang sudah biasa menipu, dia akan berlagak selamba sahaja dengan segala penipuan dia sebab dia sudah biasa menipu. Kalau tompokan kari terkena pada kain hitam, mungkin tidak berapa ketara sangat berbanding dengan tompokan dibaju putih.

Dalam agama juga ada menjelaskan perlu membezakan antara hak dan bathil. Memang sikap manusialah, suka mencari dan mengenang salah orang daripada mengenang jasa baik orang lain. Itulah manusia. Sepatutnya sebagai seorang islam, kita kena sering berpandukan ajaran Al-Quran. Didalam satu surah ada menjelaskan, barangsiapa membuat kebajikan walau sebesar zarah, ianya akan dinilai, dan barangsiapa yang membuat salah walau sebesar zarah, ianya akan dinilai juga. Sesungguhnya Allah Maha Adil. Manusia tidak akan dapat berlaku adil seadil-adilnya. Fitrah manusia yang dicampur elemen emosi, dengki, khianat dan sebagainya, itulah sebab manusia tidak akan dapat berlaku adil.

Moralnya disini, kalau kita hendak jadi baik, perlulah terus jadi baik dan janganlah jadi jahat atau buat jahat. Kalau kita dah buat salah, segeralah bertaubat. Seperti kotoran pada baju tersebut, boleh dicuci, bukannya ia kekal disitu, yang penting kita berusaha untuk mencucinya. Kalau sekiranya kita hanya membiarkan kotoran tersebut, maka amat susahlah ianya akan dihilangkan. Allah Maha Pengampun dan sentiasa menerima taubat hamba-hambaNya.

Sebenarnya aku memang ingin coretkan sesuatu pada blog ini pagi ini. Bukan kisah baju aku yang terkena percikan kari, tetapi tentang pasangan aku. Aku sebolehnya ingin elak dari bertemu dia. Bukan apa, kalau aku bertemu dia, kasih sayang aku terhadapnya bertambah dalam. Walau buruk mana sekalipun layanan dia pada aku, namun aku tidak mampu untuk membenci dia mahupun melupakan dia. Aku terasa sedih sangat dengan apa yang terjadi pada malam sabtu yang lepas. Memang sudah lama aku tidak mengalirkan air mata aku kerana dia, tetapi malam tadi aku tidak dapat membendung air mata aku dari mengalir. Terkadang aku terasa diri aku sangat kejam buat dia begitu. Aku memang tak boleh tengok kalau dia menangis, sedih sangat. Memanglah dia tak pernah tahu apa perasaan aku pada dia, tapi aku sebenarnya memang tak mahu dia terseksa. Itulah sebabnya aku tidak mahu ganggu hidup dia selama ini. Aku gembira bila lihat dia ceria dan gembira, tetapi kalau dia sedih, aku bertambah sedih. Aku tak sanggup lihat orang yang aku sayang sangat bersedih. Kesian dia, tetapi pernah ke dia kesian pada aku? Itulah masalahnya. Kenapalah dia tak boleh buat seperti mana yang aku buat?

Aku tetap berdoa agar jodoh aku dengan dia dapat diselamatkan dan berpanjangan. Walau sudah tempohi pelbagai dugaan seperti ini, aku akan sentiasa bersedia dan terbuka untuk terima dia kembali. Aku sayangkan dia, dan aku memang tak sanggup kehilangan dia. Walaupun aku mungkin ada hati pada orang lain, tetapi aku boleh katakan tiada siapa yang boleh gantikan tempat pasangan aku dihati aku. Aku tetap sayangkan dia walaupun dia sudah tidak sayangkan aku mahupun sudah tidak mahu hidup bersama aku. Aku tahu, pasangan aku tahu yang aku sayangkan dia sangat-sangat, itulah sebab dia sanggup buat perkara-perkara yang mungkin membuat aku benci pada dia. Tidak, walau buruk mana layanan dia terhadap aku, aku tetap sayangkan dia dan masih berharap agar dia kembali pada aku. Dia memang sudah jadi sebahagian daripada hidup aku, dia lebih penting dari hidup aku, aku lebih rela pergi dahulu daripada kehilangan dia. Memanglah orang boleh katakan macam aku kena mandrem atau buatan pasangan aku, namun aku tak mahu percaya pada semua itu kerana aku memang sayangkan pasangan aku. Tiada sebab untuk dia guna-gunakan aku. Yang aku tahu, aku tetap sayangkan dia.

Apa yang aku mampu buat sekarang ialah berserah pada Allah S.W.T. Pada siapa lagi harus aku berserah kerana hanya Allah sahaja yang mengetahui segala yang berlaku didunia ini. Itulah pasal masa aku dapat mimpi lihat wajah pasangan aku setelah aku melakukan solat istikharah, aku terus tutup hati aku pada orang lain. Bukanlah aku tak mahu membuka buku baru atau menyukai orang lain, masalahnya setiap kali kalau aku berkenan pada seseorang, ingatan aku terus pada pasangan aku. Memang aku sedari, aku amat sukar untuk lupakan pasangan aku. Walaupun aku hanya dapat bersama dia untuk satu tempoh yang singkat, namun kasih sayang aku padanya sukar untuk dijelaskan dengan kata-kata.

Aku masih berharap agar rumah tangga aku kekal selamanya. Aku sudah berusaha, aku sudah berdoa, dan sekarang ini tinggal tawakal sahaja. Walau apapun, segalanya aku serahkan pada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Sunday, November 23, 2008

Suka @ Suka-suka @ Minat @ Cinta?

Setiap orang yang lahir didunia ini dikurniakan perasaan. Perasaan ini sesuatu yang sangat subjektif dan sangat sukar untuk difahami oleh orang lain. Ada yang boleh layan perasaan dan ada yang tak suka layan perasaan. Setiap orang punyai pandangan dan persepsi yang berbeza mengenai perasaan ini.

Perasaan ini dibahagi kepada beberapa jenis, suka, tak suka, minat, benci, sedih, kecewa, gembira dan sebagainya. Ada perasaan yang hanya untuk diri kita dan tidak kurang juga perasaan terhadap orang lain terutama perasaan pada yang berlainan jantina. Kalau perasaan terhadap sesama jantina itu bukan tidak boleh, tetapi perlulah batas agar tidak melanggar tabiie manusia.

Ada sesetengah orang percaya pada cinta pandang pertama dan tidak kurang pada yang tidak percaya pada perkara tersebut. Seperti yang telah dinyatakan tadi, setiap orang punyai persepsi berbeza mengenai perasaan ini. Ada kalanya kita boleh sukakan seseorang itu dalam sekelip mata walaupun baru pertama kali berjumpa dan biasanya perasaan seperti itu mungkin tidak kekal lama. Biasanya perasaan suka terhadap seseorang yang baru pertama kali kita ketemu itu ialah kerana mungkin paras rupanya ataupun susuk tubuh badannya yang menepati ciri-ciri orang yang kita idamkan. Biasalah, pasti kita akan suka pada sesuatu yang cantik dipandangan mata kita. Setiap insan yang ada didunia ini semuanya cantik. Tiada siapa yang tak cantik kerana semuanya ciptaan Allah S.W.T. Jadi siapalah kita untuk mempertikaikan ciptaan Allah? Kita perlu yakin bahawa setiap insan adalah cantik dan kita akan minat pada orang yang cantik dimata kita. Inilah keindahan dan kebesaran kuasa Allah S.W.T., segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Allah telah ciptakan manusia itu berbeza-beza, kalau semua sama, pasti susah kerana katakan semua orang punyai minat yang sama, tak pasal-pasal la pulak akan berebut dan bergaduh nanti. Minat dan kecenderungan seseorang terhadap orang lain berbeza.

Aku harus akui kadang-kadang aku keliru dengan perasaan aku. Ada kalanya aku rasa macam aku suka kan orang itu, dan ada kalanya macam tidak. Ada kalanya aku rasa macam tak ada apa-apa. Tapi aku suka sangat tengok dia. Tak tahulah kenapa, aku rasa aku macam suka, tapi aku macam malas je nak layan perasaan aku. Ialah, bila kenangkan masalah aku dengan pasangan aku, membuatkan aku jadi takut dan macam tak percaya pada perasaan aku lagi. Manakan tidak, ibarat sekelip mata sahaja berubah. Kalau dulu dia suka pada aku, tiba-tiba je jadi tak suka. Itu tidak jadi hal sangat, yang jadi hal tu dia nak buat aku sebagai musuh dia pulak. Tension jugak la aku dan membuat aku seperti tidak percaya perasaan aku lagi.

Aku tidak boleh terus dibelenggu dengan masalah aku dengan pasangan aku lagi kalau aku hendak kecapi hidup yang bahagia. Memang boleh diibaratkan rumah tangga aku sudah tidak dapat diselamatkan. Apa boleh buat, aku yang beriya nak selamatkan, pasangan aku memang dah tak nak. Selagi aku tak lepaskan dia, selagi itu dia akan menyusahkan aku sehingga aku lepaskan dia. Aku memanglah agak sedih dan rasa kecewa, tambahan pula cara dia nak berpisah itu dengan cara yang boleh mewujudkan permusuhan kedua-dua keluarga. Aku boleh terima hakikat jodoh kami tak panjang, tetapi kalau boleh biarlah berpisah cara baik. Macamlah besar sangat salah aku sampai tak boleh nak bincang cara bebaik. Nak ikut kehendak dia saja, silap oranglah beb, aku memang tak suka dipaksa. Engkau yang dah tak suka pada aku, kenapa engkau nak salahkan aku dalam hal ini? Cakap macam keling, memanglah tau dia ada keturunan tu.

Berbalik pada kisah suka, suka-suka, minat @ cinta. Suka, kita mungkin akan suka pada seseorang sepenuh hati sampai setiap gerak geri dia akan kita ingati. Bila birthday dia, dia duk mana, pukul berapa dia datang dan balik office, jalan mana yang dia ikut, rumah dia, nombor kad pengenalan dia pun kita boleh ingat. Itu kalau suka. Kalau suka-suka, perasaan itu mungkin hanya seketika sahaja ataupun tatkala kita melihat dia sahaja dan kita tidak akan atur langkah untuk kenali dia dengan lebih dekat lagi, maksudnya disini, kalau kita lihat dia kita suka, tapi kalau kita tak lihat dia kita tak rasa apa-apa, mahupun teringat pada dia. Minat pula tidak jauh dari suka, cuma tinggal lagi minat ini kita pendamkan dalam hati sahaja. Kita tidak akan beri tahu orang lain tentang perasaan kita, hanya kita sahaja yang tahu. Minat ni biasanya permulaan pada sukalah. Tapi dia mungkin akan ada dua kemungkinan sama ada terus bertukar jadi suka ataupun tak suka, bergantung pada respon orang yang kita minat tu. Kalau orang yang kita minat tu ada respon, kemungkinan besar akan bertukar jadi suka, tetapi kalau tiada respon, perasaan tu mungkin akan terpendam begitu sahaja dan mungkin akan berpindah kelain orang. Biasanya minat ini tak kekal lama. Cinta pula ialah 'mother of all' perasaan suka. Cinta ialah gabungan dua hati atau dua pihak yang saling suka menyukai dan sayang menyayangi. Biasanya cinta ini sukar dicapai dalam jangka masa yang pendek. Ini kerana cinta ini perlukan pengorbanan. Apabila perasaan cinta ini timbul, kita sudah tidak kira siapa pasangan kita itu. Buruk baiknya kita akan terima dan buruk baik kita dia akan terima. Itulah namanya cinta.

Ramai orang tersalah tafsir mengenai cinta ini. Ia bukanlah sesuatu yang semudah itu untuk dilafazkan. Baru kenal 2-3 bulan dah mengaku bercinta. Memanglah saat-saat mula bercouple tu, suatu tempoh yang boleh dikatakan sangat indahlah. Sehinggakan setiap perkara yang kita buat, kita nak sangat orang yang kita cinta tu ada bersama. Dan waktu tu sebenarnya masing-masing cover line, sorokkan keburukkan masing-masing, tunjuk perkara-perkara yang baik-baik sahaja. Masa tu kentut pun wangi. Ialah masing-masing nak memikat hati, walau sedih gaduh ke apa, boleh saja tolak ansur ataupun beralah. Merajuk tu biasalah dan masing-masing akan cuba memujuk, bagi pasangan yang nak memujuk la. Macam aku, sorry to say la, pasangan aku tak pernah pujuk aku pun. Asyik aku yang pujuk dia. Itu pasal la dia naik kepala. Tak apalah, aku tak nak cerita pasal dia. Bukan semuanya tak baik. Dia memang ada baiknya. Aku ingat lagi, dia sanggup drive sorang-sorang ambik aku kat kampung masa aku tengah demam. Lepas kahwin, masa aku demam, dia memang layan aku baik sangat. Aku tak akan lupakan segala kenangan itu, cuma tinggal lagi aku tak mahu ingat pasal dia memandangkan dia dah tak nak kat aku.

Sebenarnya apa yang aku nak coretkan ialah tentang kekeliruan aku terhadap perasaan aku terhadap budak tu. Aku tak tau la nak gambarkan macam mana, rasa macam suka pun ada. Memang aku suka tengok dia sebab dia memang punyai paras rupa yang menepati ciri-ciri yang aku suka. Hitam manis, memang typical yang aku sukalah. Tapi, perasaan aku itu terhalang oleh kerana beberapa sebab, antaranya status aku dan juga perasaan aku terhadap pasangan aku. Walaupun sudah ketahap melampau pasangan aku buat pada aku, aku tidak nafikan, aku masih boleh terima dia semula seandai dia mahu kembali pada aku. Walaupun aku boleh katakan aku mungkin menarauh harapan palsu, tetapi segalanya berkemungkinan. Aku sebenarnya takut untuk jatuh hati pada budak tu. Ialah, kalau aku dah suka, aku harapkan dia suka pada aku, tapi mana boleh aku harap begitu. Memanglah aku boleh cover line wat macam tak ada apa-apa. Memang dalam office ni, dengan dia sahaja yang aku kurang bercakap. Kalau pergi makan bersama pun, dalam kereta, aku lebih banyak berdiam. Bukan aku tak suka pada dia, tapi aku jadi tak menentu. Aku tak tahu apa benda yang aku nak bercakap dengan dia walaupun aku nak sangat bercakap dengan dia. Kalau pergi makan pun aku akan duduk asing, bukan apa, dapatlah peluang untuk aku untuk usha dia dari jauh. Sama seperti dalam office, sesekali sahaja aku dok usha-usha dia, tak pastilah sama ada ada orang perasan atau tak. Yang penting bila aku rasa aku nak tengok dia, aku usha la.

Dulu aku jadi penasihat pada kawan aku yang sedang angau. Memang aku nasihat dia supaya hargai perasaan dia. Tak perlu hiraukan perasaan orang lain pada dia, maksud aku, kalau dia sukakan orang tu, layan perasaan tu tak kiralah sama ada orang itu ada perasaan pada dia mahupun tidak. Aku berani bagi nasihat sebegitu sebab orang yang dia suka pun kawan aku jugak. Lagipun aku suka sangat kalau dorang tu jadi couple sebab macam padan sangat dorang berdua. Aku doakan agar hajat kawan aku untuk bersama orang yang dia suka itu tercapailah. Aku faham sangat perasaan itu. Dan dia jugalah kawan aku tempat aku merujuk masa aku mula-mula merasakan aku jatuh hati pada seseorang. Betul juga nasihat kawan aku, biarlah aku selesaikan dahulu masalah aku dengan pasangan aku dahulu, barulah buka lembaran baru.

Sekarang ini aku masih lagi keliru sebenarnya. Kalau aku tak rasa apa-apa pada dia, kenapa aku susah sangat nak berbicara dengan dia seperti mana aku berbicara dengan orang lain. Sama juga dengan dia, dengan aku sahaja yang dia tak berapa mesra sedangkan dengan orang lain dia ok jer. Aku bukan nak perasan dia suka kat aku, mungkin dia tidak selesa apabila mengetahui aku ada perasaan pada dia. Sungguhpun aku tidak pernah luahkan atau tunjukkan, tapi dia sure boleh sense sesuatu punya. Harapan aku, janganlah budak-budak office ni tau walaupun bos aku tau. Tu la pasal sekarang ini aku lebih senang berdiam diri sahaja dari berbicara dengan orang lain. Tak naklah nampak obvious sangat. Sampai pembantu aku katakan aku ni garang, wal hal aku ni biasa jer. Memanglah kadang-kadang tu cara aku bertanya agak harsh pada orang lain,tapi aku kenalah jaga status aku. Bukanlah nak jadi bossy sangat, cuma professional. Ada kala boleh gelak tawa, tapi bab kerja serius beb.

Berbalik pada budak tu, aku memang tidak dapat menolak hakikat yang hati aku sudah terpaut pada dia, sungguhpun dia masih belum dapat tandingi pasangan aku, namun aku sudah rasakan yang aku suka pada dia. Cuma sekarang ini aku tidak sanggup untuk kecewa lagi, jadi aku gantunglah harapan aku. Lagipun aku berpandu kepada petunjuk dalam mimpi setelah buat solat istikharah dahulu. Apabila aku nampak pasangan aku, jadi aku tak bolehlah nak fikir pasal budak tu lagi, sungguhpun aku terasa ingin mengenali dia. Tapi nak ke dia pada aku, itulah point yang paling penting. Kalau dia nak kat aku, tak ada masalah lah. Yang jadi masalah, kalau aku je yang nak kat dia. Tu yang aku tak mau tu. Tapi kalau dia tak nak pun, aku tak boleh paksa. Pasangan aku yang dulu nak kat aku pun boleh tinggalkan aku bila hati dia berubah, inikan orang yang memang tak nak pada aku, ha ha ha.

Sekarang ni, aku hanya boleh luahkan perasaan aku dalam blog ini sahaja. Inilah cara aku untuk lepaskan rasa keliru ataupun apa jua perasaan aku. Sungguhpun ianya tidaklah membantu sangat, tetapi sekurang-kurangnya hati aku boleh jadi lega bila luahkan sesuatu dalam blog ini. Ini kira macam menulis diari la, cuma tinggal lagi aku bukan suka tulis diari. Aku suka luahkan dalam blog ini sahaja. Masa mula-mula aku ditinggalkan pasangan aku, setiap hari aku buat coretan dan aku save dalam hard disk sahaja. Malas aku nak publish dalam blog ni, sebab ianya sangat menyedihkan.

Apa yang boleh aku lakukan sekarang ialah dekatkan diri aku pada Allah S.W.T. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, dan aku perlu sentiasa berdoa dan minta pertolongan Allah. Seandai jodoh aku dengan pasangan aku kekal, Alhamdulillah, seandai aku bertemu jodoh dengan budak tu, Alhamdulillah, seandai aku bertemu jodoh dengan orang lain, Alhmdulillah, segalanya kuasa Allah. Walau dengan siapa aku akan bersama nanti, aku yakin itulah yang terbaik untuk aku dan itulah anugerah Allah pada aku. Perasaan aku terhadap budak itupun kurniaan Allah. Hargailah perasaan dan jangan perasan sudahlah.

Egois

Salah satu sikap yang tidak elok yang harus dielakkan oleh manusia ialah sikap ego. Terkadang ego ini perlu, tetapi kenalah pada tempatnya. Ego ini lahir dari sikap sombong seseorang yang hanya mementingkan dirinya sahaja. Walaupun dia yang salah, dia tidak mahu sedarinya, malah disalahkan orang lain.

Aku hendak menulis mengenai sikap ini kerana aku sering dilabel sebagai seorang yang ego. Aku tidak nafikan, mungkin terkadang aku ini terlalu ego, tetapi ego aku tidak lama dan aku lebih suka amalkan sikap bertolak ansur. Tetapi kalau orang dah tak reti nak bertolak ansur dengan aku, asyik kata yang aku ni ego jer, memang kesabaran aku ada batasnya. Kalau selama ini aku rasakan aku boleh selesaikan masalah dengan cara yang baik bila aku beralah, namun apabila aku sering ditindas dan dipijak setelah beralah, itu sudah lebih.

Kisahnya begini, pada hari sabtu yang lepas, setelah aku pulang ke rumah, sekitar jam 5 petang la, tiba-tiba pasangan aku telefon menyatakan dia hendak datang ke rumah untuk mengambil pakaian dia. Aku cuma cakap datang la, tapi belum tentu aku akan bagi dia masuk kerumah. Sekitar jam 8 malam dia sampai kerumah aku dengan kakak dia yang sedang berbadan dua. Berlakulah satu drama dimana aku memang tidak benarkan dia masuk kerumah aku. Punyalah marah kakak dia kat aku, maki hamun aku, kata aku macam-macam, ego, dayus dan sebagainya. Yang kelakarnya siap suruh aku pergi mengadap orang tua dia mintak maaf. Apa pasal lak aku kena mintak maaf sedangkan yang tinggalkan aku adik dia. Bukan aku yang halau pasangan aku dari rumah. Dia yang keluar ikut keluarganya, kononnya hendak dipujuk. Ingatkan hendak pujuk supaya berbaik, rupanya pujuk suruh berpisah. Kata aku macam-macam, curanglah, abis adik dia tu baik sangat la, tak curang ke kalau dia sendiri dah kantoi dengan aku? Kalau aku, aku sanggup mengaku salah aku, dia, mati dikerat pun tak akan mengaku punyalah walau dah terkantoi. Itulah sebabnya dia datang dengan idea kononnya aku mengancam hidup dia. Ha ha ha, mengancam? Orang yang diancam berani datang rumah orang yang mengancam? Tak ke pelik?

Yang ditambah kelakar lagi tu, siap buat repot polis dulu sebelum datang. Dah la kakaknya bertegas nak masuk rumah siap ugut nak pecahkan pintu. Ha ha ha, kuat sangat la engkau nak pecah rumah aku? Rumah tu aku yang sewa, jadi aku ada hak untuk pertahankan rumah aku dan diri akulah. Maka oleh sebab dia tak puas hati, dia telefon lah polis. Aku pun ambil tindakan yang sama, telefon polis suruh datang rumah aku. Selang beberapa minit kemudian, datanglah polis. Aku perhatikan gelagat mereka dari atas sahaja. Siap ada escort, budak office aku dulu yang pernah minat kat pasangan aku ni dulu. Datanglah, seberapa ramai sekalipun, hakikatnya dia tak boleh paksa aku bagi dia masuk rumah. Maka polis pun sampailah dihadapan pintu rumah aku. Aku memang tidak berganjak dengan keputusan aku. Pasangan aku dengan eksyennya berkata, 'ha ni dah bawak polis ni', eee... takutnya aku, hahaha, polis tu muncul depan aku, terus aku bagi salinan repot yang pernah aku buat dulu. Polis tu tanya, encik boleh bagi dia masuk tak? Aku dengan bersahaja menjawab, 'tak'. Lepas tu polis tu tanya, encik boleh pergi balai tak? Aku jawab 'ya'. Teruslah aku bergegas siap-siap ke balai.

Sesampai dibalai, aku bertemu dengan seorang koperal yang bertugas. Pasangan aku belum sampai lagi masa itu. Kemudian aku pun ditemuramahlah oleh pegawai polis berkenaan. Maka aku terangkanlah apa yang patut. Ketika aku ditemuramah, ketua balai tersebut menghubungi koperal terbabit dan kemudian OCS tu berbuallah dengan aku. Maka aku jelaskanlah apa yang patut. Dan alhamdulillah, pegawai polis berkenaan faham situasi aku dan menyerahkan kepada aku sama ada ingin membenarkan pasangan aku masuk kerumah ataupun tidak. Aku tetap dengan keputusan aku untuk tidak membenarkan dia masuk. Tunggulah keputusan mahkamah syariah nanti. Selepas sesi temuramah itu berlansung, koperal itu pun memanggillah pula pasangan aku untuk ditemuramah. Entah apa yang dia auta, aku tak nak ambil tahu, yang penting polis telah jalankan tugas mereka dengan baik. Tidak seperti seorang polis yang berpakaian preman masa kat rumah aku hari tu, boleh lak dia nak gertak aku kata dia boleh tahan aku. Rumah aku yang hendak diserang, aku pulak yang hendak ditangkap. Aku bukan curi barang-barang pasangan aku tu. Dia yang bawak semua masuk rumah aku, lepas itu dia lari, siapa suruh? Dah jenuh aku pujuk, dia masih berkeras, so, jangan haraplah aku hendak beralah lagi.

Dibalai tu hari tu dah jadi macam rumah dorang pulak. Datang adik beradik dia bagi 'support' la kononnya, aku sensorang jer, relax jer. Terdengarlah dorang dok kutuk-kutuk aku, aku wat bodo jer. Lantak pi koranglah nak kutuk-kutuk aku, bukan mulut aku yang busuk. Aku memang nak selamatkan rumah tangga aku, tapi dorang yang beriya nak hancurkan. Tengoklah siapa yang akan berjaya. Jangan sampai korang kacau periuk nasik aku sudah lah. Tetapi dari segi apa yang pasangan aku buat sekarang ini memang niatnya hendak hancurkan masa depan kerjaya aku ni. Memang sangat melampau. Kenapa setelah 5 bulan blah, baru ni kelam kabut nak ambil barang-barang dia? Bukankah mahkamah syariah dah penah tolak usul dia sebelum ini. Ini jenis nak ikut cakap dia je, cakap orang lain tak nak pakai. Apa dia dan keluarganya tu sempurna ke? Pelik betul, ada jugak setandan pisang yang semua busuk. Tapi aku malas hendak mengata pasangan aku dan keluarganya. Biarlah dengan tindakan mereka itu. Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar dan benar.

Aku tahu, mereka memang rasa sakit hati bertambah sakit lagi hati kerana tidak berjaya masuk kerumah aku. Aku percaya, puak-puak seperti ini tidak akan duduk diam punya, mesti mereka akan rancang sesuatu agar hajat mereka tercapai. Mentang-mentanglah aku duduk sorang-sorang kat sini. Tapi dorang tak boleh lupa, aku juga punya keluarga dan kawan-kawan. Cuma aku belum lagi mahu bertindak. Biarlah mereka membodohkan diri mereka, aku tak mahu ikut jejak mereka. Tapi sekiranya sampai terganggu periuk nasik aku kali ini, memang aku sudah tak akan berdiam lagi dah. Jangan melampau sangatlah. Aku tak kacau ngko orang, janganlah kacau aku. Kalau dulu aku pujuk dia, dia suh tunggu mahkamah tentukan, ni apasal lak tak sabar-sabar nak tunggu mahkamah tentukan?

Mujurlah sekarang ini aku sudah kuat semangat. Kalau sebelum ini aku memang agak weak la, tapi aku sudah nekad untuk pertahankan diri aku. Mana boleh biarkan diri aku terus dipijak. Aku kena bangkit dan teruskan hidup aku. Ada orang kacau, aku kena pertahankan diri aku. Walaupun aku berseorangan, aku akan tabah hadapi dugaan kerana aku tetap yakin, Allah bersama orang-orang yang benar.

Thursday, November 20, 2008

Saat Yang Terindah Hanya Sementara

Ha ha ha, seperti yang telah aku katakan dan jangkakan saat terindah yang aku rasa sebelum ini hanya sementara. Walau bagaimanapun, aku akan tetap kenang sebagai saat yang paling indah dalam hidup aku selepas episod duka yang aku lalui selama ini. Memanglah sepanjang hayat aku, ada beberapa kali saat indah yang menjelma dalam hidup aku, namun kenangan bersama dia tempoh hari merupakan saat terindah aku yang terbaru.

Seperti yang aku nyatakan sebelum ini, perkara seperti itu tidak boleh berlaku selalu kerana ianya akan menjadi perkara yang biasa sahaja selepas itu. Kisahnya, semalam pun aku terpaksa membuat report untuk same project, cuma yang ini tambahan kepada projek yang terdahulu. Bos aku pun sengaja je nak kasi ruang bagi aku untuk lebih banyak luangkan masa bersama si dia. Memanglah aku rasa teruja, tapi perasaan tu tak sama seperti hari sebelumnya. Bezanya kali ini hanya aku berdua sahaja yang buat report tu. Dalam bilik mesyuarat hanya kami berdua tetapi di office masih ada ramai lagi orang lain walaupun masa tu jam sudah menunjukkan pukul 7.30 malam. Tidak seperti hari sebelumnya dimana rakan-rakan sepejabat balik awal sekitar jam 6 petang dan kami siap report dalam pukul 10 malam. Semalam kami siap awal sekitar jam 8 malam, jadi tak lama sangatlah aku bersama dia. Dan pada aku saat itu tidaklah seindah yang diharapkan. Namun aku memang tidaklah rasa keciwa ataupun gembira.

Dalam perjalanan pulang, jalan jem teruk, aku tak lah tension sangat, bukak radio kuat-kuat dan menyanyi. Sepanjang perjalanan itu aku banyak berfikir dan aku rasakan untuk sementara waktu ini biarlah aku menyendiri seperti sekarang ini. Rasa lapang sangat kepala sebenarnya. Nak keluar kemana-mana tidak rasa terikat. Nak pergi kerja pukul berapa, nak balik pukul berapa, nak pergi outstation, aku tak ada banyak halangan. Jadi apa yang lebih penting aku kena hiburkan hati aku sendiri, tak boleh harapkan lagi orang lain untuk gembirakan aku.

Ada kalanya aku terasa macam marah sangat dengan orang-orang sekeliling dan pihak-pihak yang berkaitan. Seperti peguam aku, aku tau la yang aku tak bayar dia sesen pun sebab dia sudah dibayar gaji oleh kerajaan. Itulah gunanya kerajaan wujudkan Biro Bantuan Guaman untuk membantu orang-orang yang tak mahu membazir duit bayar peguam luar. Bila dia dah dapat gaji tetap, jadi kerjanya pun lebih kurang je la. Typical government servant. Dah la aku yang telefon dia, dia lak yang nak cakap lebih-lebih. Aku telefon, aku nak bercakap, bukan nak dengar dia cakap, lainlah kalau dia yang telefon. Kalau ikut panas hati aku, nak je aku maki dia, tapi aku fikir jangka panjang punya akibat. Kalau ikutkan nak je aku upah peguam luar, tapi aku malas nak membazir memandangkan kemudahan ada disediakan. Takkanlah aku kerja teruk-teruk, dapat duit nak kayakan orang lain. Kos buka fail kat peguam je dah makan ribu ringgit. Belum lagi campur kos-kos lain. Tak mahu aku membazir, sesungguhnya membazir itu amalan syaitan.

Semalam lunch aku kuar dengan dua tiga orang budak office, tapi tanpa si dia. Kita orang makan kfc. Bila dah on the way balik rumah, baru aku terkenang, kenapalah aku tak tapaukan kfc untuk si dia. Semalam masa meeting, mother dia telefon, dia bagi tahu dia tak makan lagi. Kesian la pulak. Tapi siapa suruh dia tak nak ikut kami lunch? Orang dah bagi time rehat, banyak kerja macam mana pun berhenti la sekejap untuk isi perut. Kerja bagai nak rak untuk isi perut. Berbalik pasal tapau menapau tadi, terfikir jugak aku kenapalah aku tak tapaukan dia kfc ek? Tapi kalau aku tapaukan dia sorang je nanti obvious sangat, so nak tapau untuk orang lain sekali, al tak payah pun tak apalah. Sekali lagi, aku malas nak membazir lagi. Dulu aku dah habis puluhan ribu ringgit untuk puaskan hati pasangan aku, tapi apa yang aku dapat? Aku tak suruh dia balas, tapi janganlah buat taik kat aku. Tak apalah, malas aku nak fikirkan pasal dia, lagi bertambah terbakar hati aku.

'Sesungguhnya saat yang terindah hanyalah sementara', bait lagu erra fazira. Memang terkadang apa yang terkandung dalam lagu ataupun cerita drama mahupun filem berlaku dalam realiti. Paling ketara sekali ialah cerita-cerita lakonan P.Ramlee. Memang banyak maksud yang tersirat dan memang banyak yang berlaku di alam nyata dan terjadi dalam hidup aku. Coincident? Kalau satu dua tu mungkin lah, tapi macam banyak saje cerita-cerita P.Ramlee yang terjadi dalam kehidupan aku, antaranya cerita Tiga Abdul dan Ibu Mertuaku. Bukanlah terjadi exactly seperti dalam filem tersebut, tetapi sebahagian daripadanyalah yang terjadi. Tapi tidak mengapalah, aku kena berfikiran positif dan percaya bahawa setiap apa yang berlaku dalam dunia ini ada hikmahnya. Mungkin sekarang ini aku rasakan seperti dunia ini tidak adil bagi aku. Memanglah dunia ini tidak adil, itulah sebabnya kita akan ada hari pembalasan di akhirat nanti. Di sana nanti segala amal dan keburukkan kita akan dihitung tanpa ditinggalkan walau satupun. Bergantung kepada amalan dan dosa kita, kalau timbangan amalan kita melebihi dosa, maka kita selamatlah, tetapi kalau sebaliknya, sendiri mau ingatlah.

Sekarang ini mungkin nasib tidak menyebelahi aku bilamana aku sahaja yang nampak bersalah. Seolah aku ni tiada yang betul langsung, namun aku kena kuatkan semangat aku. Inilah cabaran dalam hidup. Aku kena tempoh dan hadapinya dengan tenang dan sabar. InsyaAllah, kesabaran aku akan terbalas. Allah bersama orang-orang yang sabar dan benar. Apa yang penting aku rasakan sekarang ini kehidupan aku lebih tenang dan insyaAllah akan lebih bahagia. Selepas kesukaran (halangan) ada kesenangan, itulah sebahagian daripada terjemahan ayat dari surah apa ek, tak ingatla nama surahnya, tapi surah yang sering aku amalkan. Apa yang penting, untuk selamat hidup dunia akhirat, berpeganglah pada Al-Quran dan hadis, insyaAllah, Allah akan tolong hambaNya yang sering meminta pertolongan daripadaNya.