Thursday, March 19, 2009

Snippets

Aku sudah lama tak mengarang dalam laman web aku. Keadaan kerja yang semakin hari semakin bertambah telah membataskan aku untuk menghasilkan apa-apa karangan dalam blog aku ni. Bukan setakat itu, aku juga tidak punyai masa untuk melawat laman blog aku ni. Begitu sibuknya aku sekarang ini dan inilah hakikat yang harus aku hadapi. Kerja private memang memerlukan komitmen yang tinggi, dan ini yang aku pilih, jadi aku tak boleh nak komplen sangatlah.

Seperti biasa aku lebih senang menghasilkan karangan ketika dalam keadaan emosi yang tidak menentu. Tapi sekarang ni emosi aku ok, jadi pergerakkan pemikiran aku agak perlahan kerana kalau ada masalah barulah kepala aku akan ligat berfikir. Bila aku tengah tak ada masalah sangat jadi aku tak la dapat berfikiran secara kreatif dan inovatif, ayat-ayat karangan aku juga agak berterabur dan tidak dapat disusun dengan teratur. Jadi aku memang akan sukar menghasilkan sesuatu karangan dalam keadaan aku sangat tenang seperti sekarang ni.

Aku tenang ke sekarang? Rasanya macam tak saja. Tension juga lah sekarang ini dengan sikap orang pejabat yang hanya tahu menyalahkan orang sahaja, salah sendiri tak nampak. Letih juga la jadi scape goat dan jadi pencuci najis orang lain. Kekadang sampai aku rasakan aku tak perlu ada bos dan pembantu sebab bukan nak membantu bila masalah timbul. Kalau masalah tu memang berpunca daripada aku tu memanglah aku boleh terima tapi masalahnya aku pun ambil alih kerja orang lain yang tinggalkan dalam keadaan huru hara. Yang buat aku kecewa tu sebab aku dah maklumkan pada bos aku dari awal tentang masalah yang boleh melanda sekiranya tiada tindakan yang dibuat, namun apa yang aku utarakan tidak diendahkan. Bila masalah timbul, aku la yang balik dipersalahkan. Bila aku bagi cadangan tak nak ikut, ada saja alasan untuk menolak usul aku, bila dah timbul masalah, salahkan aku balik. Letih betul macam ni.

Hari tu aku dah buat perbincangan terbuka dari hati ke hati dengan pembantu aku. Memang aku pada mulanya tak rasakan perlu untuk buat perbicangan sedemikian kerana aku tak rasa hasilnya memberansangkan. Tapi aku terpaksalah buat perbincangan tersebut kerana aku perlu kerjasama yang lebih erat dengan pembantu aku. Memang aku tahu dia lebih lama di syarikat tersebut dan dia juga merupakan adik kepada owner, jadi tidak dinafikan kalau dia akan rasa ego dan tidak mahu menghormati aku. Pandai dia bagi alasan untuk tidak hormati aku, tapi kalau dah memang attitude yang tak reti nak hormat orang, memang akan banyak alasan yang boleh diberikan. Tak mengapalah, biarlah dia rasa comfort dengan cara dia, kalau dia berlagak sangat, suatu hari nanti dia akan tahulah langit tu tinggi atau rendah. Memang sekarang kamu boleh berlagak sebab kamu ada segalanya, tapi tidak mustahil kalau Allah tarik balik nikmat yang Dia beri. Kita tunggu dan lihat sahajalah.

Aku sebenarnya kurang berminat nak bercerita pasal rakan sepejabat aku sebab bukan ada apa-apa faedah pun aku cerita pasal diaorang dalam laman blog aku ni. Buang masa saja aku nak ceritakan pasal mereka yang perasan bagus. Biarlah mereka dengan sikap mereka yang suka membeza-bezakan dan membandingkan orang. Mereka sahaja yang bagus, lantak pi la, buang masa saja untuk aku pening-pening memikirkan pasal mereka ni. Apa yang penting aku tetap tahu aku tak buat salah, biarlah mereka nak kata aku salah ke apa, biarlah mereka nak pulaukan aku ke apa, aku tak hairanlah. Kalau korang tak suka kat aku, aku pun tak mahu dekat dengan korang k. Ingat aku hairan ke? Oh please.

Aku sekarang ni sangat simple, aku akan kawan dengan orang yang nak kawan dengan aku sahaja, kalau orang tak nak kawan dengan aku, pegi jalanlah. Kalau korang rasa bangga untuk mengasingkan aku, aku lagi rasa bangga mengasingkan diri daripada puak yang kolot dan kuno macam korang. Marah nampak? Ha ha ha, tak adalah. Seperti yang aku nyatakan dalam peranggan awal diatas, dikala ini aku sangat tenang dan aku jarang dapat hasilkan karangan yang terbaik dalam keadaan sangat tenang.

Biarlah aku cerita pasal pertemuan aku dengan rakan sekolah lama aku dahulu. Masa aku bertemu dia memang aku dah tak berapa cam muka dia. Tapi bentuk badan masih sama, tinggi lampai. Bukanlah sesuatu yang istimewa masa bertemu kawan lama aku ni cuma biasalah bila dah lama tak dalam keadaan begitu aku jadi agak teruja jugalah. Ialah, aku dah biasa berdua, bila kembali solo tu terasa jugalah untuk berdua semula. Tapi aku tak la terlalu excited seperti sebelum aku jumpa dia. Mungkin sebab dia ni bukan dalam kategori taste aku dan dia pun macam so so sahaja. Kalau dia tak beriya mahupun bersungguh, jangan haraplah aku nak bersungguh. Aku dah letih dengan kompromi yang aku amalkan. Asyik aku sahaja yang nak berkompromi, mana boleh macam tu. Sekarang ni aku hanya akan berkompromi dengan orang yang boleh berkompromi dengan aku sahaja.

Alkisahnya selepas perjumpaan hari tu, memanglah aku tunjukkan rasa keterujaan aku dengan kerap hubungi dia selepas tu. Tapi dia pun ala-ala nak jual mahal la dengan aku. Sori to say la, jual mahal, tak mau beli tak mau layan. Kalau dia tak nak contact aku, aku pun tak akan contact dia. Takkan nak harap aku sahaja yang contact dia kot? Aku tak kisah kalau tak dengar khabar dari dia pun sebab aku bukan ada masa nak fikirkan pasal orang lain. Aku hanya lebih senang fikirkan diri aku sahaja. Memang aku ada ajak dia keluar lagi, tapi dia memang agak sibuk dengan business sampingan dia, jadi aku tak kisah la, aku dah ajak, kalau dia nak, aku keluar la, kalau tak nak, aku tak kisah duduk rumah. Aku memang macam ni sekarang ni, kalau ada orang nak keluar dengan aku, aku keluarlah, kalau tak nak tak apalah. Malah kalau dah janji nak jumpa pun kalau tetiba nak cancel, aku tak kisah punya. Aku susah nak cancelkan appointment yang aku dah buat, tapi aku boleh allow orang cancelkan appointment ngan aku.

Tak mengapalah, aku hanya bergerak mengikut keadaan. Hidup ini terlalu singkat untuk melayan rasa sedih dan duka cita. Hayat ini entah sampai bila berakhir dan ia boleh berakhir pada bila-bila masa sahaja. Jadi sementara hayat masih ada, aku harus gunakan peluang ini untuk menggembirakan hati aku. Nak harap orang lain gembirakan hati kita? Usah haraplah. Itulah sebanya mengapa aku malas nak fikir masalah sangat sekarang ni. Pada aku hidup tak perlu memikirkan pasal masalah sangat. Banyak lagi perkara yang boleh difikirkan. Baik aku fikir macam mana nak tambahkan pendapatan dan menambahkan ibadah. Daripada asyik nak kenang salah orang mahupun menyalahkan diri sendiri, lebih baik aku fikirkan pada sesuatu yang boleh mendatangkan faedah. Fikirkan salah orang bukan boleh dapat beri jalan penyelesaian.

Pada aku sekarang ni aku lebih selesa dan tenang dalam keadaan aku sekarang. Apa saja aku nak buat aku buat tanpa memikirkan pasal orang lain. Aku nak buat apa saja itu aku punya pasal. Seronok juga sebenarnya hidup seorang ni walaupun kadang-kadang aku akan merasakan kesunyian, tapi bukan selalu aku rasa sunyi pun. Bila aku rasa sunyi, aku pergi la jalan-jalan kemana-mana walaupun sorang diri, tapi aku rasa sunyi tak lama. Kadang-kadang bila aku malas, aku tidur sahaja kat rumah, itu lebih baik.

Oklah, aku nak akhiri karangan mengarut aku ini kerana aku sudah ketandusan idea dan dalam keadaan mengantuk. Entah bila lagi aku akan dapat hasilkan karangan terkini pun aku tak pasti. Nampak gayanya hajat aku untuk mengasah bakat aku dalam bidang penulisan ni mungkin akan terkubur begitu sahajalah. Harapnya tidaklah. Mungkin ianya hanya berhenti untuk sementara waktu sahaja. InsyaAllah, kalau ada kelapangan aku akan mengarang semula.

No comments: