Tuesday, December 30, 2008

Haruskah Aku Bersedih?

Haruskah aku terus merayu padamu? Haruskah aku taburi janji beribu? Untuk menembusi tembok hati sanubarimu, ataupun aku hanya penanti? Inilah lirik permulaan lagu Dibadai Asmara nyanyian kumpulan Sera. Sudah pasti bagi generasi muda sekarang tidak mengetahui ataupun pernah mendengar lagu ini mahupun kumpulan tersebut. Lagu ini merupakan sebuah lagu yang agak popular ketika zaman aku muda belia dahulu. Adakah aku sudah cukup tua sekarang ini? Mungkin. Usia makin meningkat, maka aku harus terima hakikat bahawa aku sudah dimamah usia. Oleh yang demikian aku tidak boleh membiarkan diri aku untuk terus membuang masa.

Aku memang tidak nafikan sebenarnya kasih sayang aku pada pasangan aku sangat kuat. Bukan satu perkara yang mudah bagi aku untuk melupakan pasangan aku. Sungguhpun dengan apa yang pasangan aku dah buat pada aku, namun, jauh disudut hati aku, aku tidak berdaya untuk mengikis perasaan sayang aku terhadap insan yang telah menjadi pasangan hidup aku. Memang aku tidak berdaya untuk mencari pengganti yang setanding dengan pasangan aku. Aku teramat menyayangi pasangan aku sehingga aku boleh lupakan segala kesalahan yang telah dibuat pada aku. Kalaupun sebelum ini aku menyangka kehadiran orang baru iaitu si dia berjaya melenyapkan memori aku pada pasangan aku, ternyata telahan aku salah. Aku tidak berdaya menipu diri sendiri kerana sesungguhnya kasih sayang aku terhadap pasangan aku adalah sebenar-benar lahir dari hati aku. Aku membuat ikatan perkahwinan dengan pasangan aku kerana kasih sayang aku terhadapnya yang amat mendalam. Masakan aku mahu mengikat pertalian perkahwinan dengan seseorang yang tidak aku sayangi? Itulah yang menyebabkan aku teramat sedih dan kecewa apabila rumah tangga aku di landa badai sebegini.

Aku memang tidak boleh bertemu pasangan aku kerana setiap kali aku bertemu pasangan aku, pasti aku akan menjadi teramat lemah. Kami ada sesi perbicaraan semalam. Memang pasangan aku yang telah disoal sepanjang sesi semalam. Aku hanya mendengar setiap jawapan yang dikemukakan oleh pasangan aku daripada soalan yang dikemukakan oleh peguam. Aku sedih, teramat sedih. Bukan sedih kerana tuduhan yang dilemparkan oleh pasangan aku, tetapi aku sedih kerana rumah tangga aku berantakan. Apakah yang harus aku buat? Segala usaha aku selama ini tidak dihargai. Tapi aku tetap akan cuba usaha sedaya mungkin untuk selamatkan rumah tangga aku. Aku sayang sangat pada pasangan aku, sungguhpun pasangan aku sudah tiada hati pada aku.

Masa sesi bicara semalam, aku hanya mendiamkan diri dan membuat sedikit catitan. Ada sekali tu ketika pasangan aku menjawab soalan peguam membuat hati aku tersentuh sangat. Masa tu aku dapat kawal lagi air mata aku dari berguguran. Aku kuatkan semangat dan buat seperti tiada apa. Pada dasarnya apabila dah masuk mahkamah, ianya seperti satu battle, kiranya pasangan aku dengan aku sedang berperang atau dalam erti kata lain, pasangan aku adalah musuh aku. Aku tidak pernah anggap pasangan aku sebagai musuh aku. Sesungguhnya aku tetap menyayanginya. Tapi dalam kes ini, aku kena pertahankan diri aku. Aku tak boleh membiarkan diri aku menjadi mangsa kejahilan pasangan aku dan keluarganya. Memang agak pelik bagi satu keluarga yang bersungguh meruntuhkan sebuah masjid. Tetapi itulah hakikat yang perlu aku terima. Kalau orang dah tak suka, apa sahaja mereka akan buat.

Aku akan tetap mencuba pertahankan rumah tangga aku. Itulah matlamat aku. Aku tidak berniat menganiaya sesiapa pun. Memang dalam mahkamah semalam bukan rumah tangga aku sahaja yang bermasalah, banyak lagi kes yang hampir serupa dengan kes aku. Itulah yang menyebabkan aku bertambah pelik, mengapakah dewasa ini banyak sangat pasangan yang mahu berpisah setelah mengikat tali perkahwinan? Apakah perkahwinan ini satu mainan? Sedih, kecewa dan marah pun ada. Dah la nak kahwin sekarang ni banyak sangat karenahnya. Nak kena pergi kursus dan sebagainya, tetapi hasilnya tidak memberangsangkan. Sayang betul satu ikatan perkahwinan yang hancur ditengah jalan. Kenapa semua ni terjadi?

Aku pun tak tahulah dimana silapnya. Memanglah kalau nak sedapkan hati, aku boleh katakan sekarang ini sudah akhir zaman. Macam-macam perkara pelik yang berlaku. Ikatan perkahwinan seperti sudah tidak beerti lagi. Ada masalah sahaja, pisah. Tiada ikhtiar atau usaha lain yang dicari selain perpisahan. Apa seronokkah berpisah? Aku memang tidak sanggup berpisah dengan pasangan aku. Aku tetap panjatkan doa semoga pasangan aku berubah. Aku sanggup terima dia semula seadanya. 'Mana datang cahaya, bukanlah tajuk cerita, siapa pun kau ku sudi terima. Biarpun dosa semalam sebesar gunung menembus awan, yang penting hatiku dapat kau tawan'. Itulah lirik lagu Bengang nyanyian kumpulan Mantera. Memang lagu ini aku simpan dan akan aku tujukan pada pasangan aku. InsyaAllah, aku tetap akan sanggup terima pasangan aku semula. Aku akui, tiada siapa yang dapat gantikan pasangan aku untuk sementara waktu ni.

Petang semalam, selepas pulang kerumah, aku ingat nak tidur kerana keletihan. Memang aku tidak boleh sembunyikan kesedihan aku. Masa lunch pun aku tidak berapa selera nak makan. Masa nak tidur pun aku tak dapat nak tidur. Maka aku pun mendengar lagu Putus Terpaksa nyanyian Ziana Zain. Dan pada kala itulah aku memang sudah tidak berdaya membendung air mata aku dari berguguran. Kenapa aku harus bersedih? Haruskah aku terus bersedih? Aku memang sudah menjangka dan mengagak bahawa itulah yang akan terjadi setiap kali aku bersemuka dengan pasangan aku. Aku nak tegur pasangan aku, aku nak peluk cium pasangan aku, tetapi aku tak dapat buat semua itu. Sedih sangat apabila mengenangkan aku bakal kehilangan insan yang aku sayangi.

Apa yang aku tahu aku tetap akan sayangi pasangan aku untuk selamanya. Aku memang memaafkan segala kesalahan pasangan aku dan tidak terlintas untuk aku membenci mahupun berdendam dengannya. Dan sekiranya aku gagal menyelamatkan juga rumah tangga aku atau dengan erti kata lain aku terpaksa berpisah dengan pasangan aku, memang aku sudah tidak mahu memikirkan mengenai pengganti ataupun mencari pasangan lain. Aku akan tunggu juga pasangan aku kembali pada aku. Tiada siapa yang dapat gantikan tempat pasangan aku dalam hati aku. Pasangan akulah segalanya. Aku tetap sayangi pasangan aku hingga ke akhir hayat aku. Kalaupun aku ditakdirkan untuk mempunyai pasangan lain dimasa akan datang, aku dapat katakan bahawa hati, ingatan dan kasih sayang aku pada pasangan aku sekarang ini tidak akan luntur walau sedikit pun. Mungkin aku boleh sayangi orang lain tetapi memang tidak akan sama seperti mana aku sayangkan pasangan aku. Itu memang sudah pasti. Itulah sebabnya sehingga kini aku memang tidak berminat nak cari pengganti sungguhpun aku sudah ditinggalkan sendirian selama 6 bulan. Segalanya masih berkemungkinan dan tidak mustahil aku akan dapat bersama pasangan aku semula.

'Bisakah sirat kata menjadi penanda? Dapatkah kecewaku menjadi harapan?'. Sambungan lirik lagu Dibadai Asmara. Aku harap, memang harap sangat aku akan terus bersama pasangan aku hingga akhir hayat aku. InsyaAllah, niat aku baik dan aku bukan hendak menganiaya sesiapa. Pada aku, aku akan bertahan sedaya upaya aku. Selebihnya aku serahkan kepada Allah S.W.T. kerana sesungguhnya Allah lebih mengetahui. Pada pasangan aku, ketahuilah bahawa aku memang teramat menyayangi dikau.

Thursday, December 25, 2008

3rd Time Lucky or 3rd Time Flops?

Bila aku terkenangkan apa yang berlaku pada diri aku, bila aku memikirkan cara hidup aku selama ini, aku dapat simpulkan bahawa stlye atau cara aku sama sahaja tidak kira dimana sahaja aku pergi mahupun bekerja. Maksud aku sama itu ialah dari segi orang yang aku minati. Bukan semua tempat yang aku pergi kerja aku akan jatuh hati pada seseorang, cuma biasanya aku akan lebih mudah jatuh hati pada orang di pejabat sendiri berbanding orang luar. Mungkin kerana aku ni kalau dah suka kat seseorang tu, aku nak lihat dia sentiasa orang tu depan mata aku dan bila aku dah bekenan pada seseorang tu, aku pasti tak akan beri peluang pada diri aku untuk lihat atau fikirkan orang lain.

Adakah aku seorang yang setia? Rasanya tak kot, ha ha ha. Mungkin aku setia dan sabar menanti, tetapi setia pada yang seseorang tu aku tak pasti sangatlah. Tapi kalau ikutkan sejarah aku la, masa aku frust cinta dengan ex aku kat Universiti dulu, aku ambil masa tiga tahun sebelum membuka pintu hati untuk orang lain. Itu pun selepas dia berkahwin. Kalau tak, mungkin aku masih menunggu dia kot. Entahlah, segalanya ketentuan. Hati dan perasaan ni sangat sukar diterjemahkan dengan kata-kata, jadi aku tidak dapat merungkaikan simpulan kasih yang sering bersarang dalam diri aku. Itulah, aku memang malas nak berada dalam situasi begini lagi kerana sekarang ni hati aku sangat tenang dan tenteram. Aku tak mahulah serabutkan lagi kepala aku dalam masa terdekat ni.

Berbalik kepada tajuk aku di atas, 3rd time lucky atau 3rd time Flops, ianya berkaitan dengan si dia lah. Memanglah aku sudah jatuh hati pada dia sejak dari kali pertama aku terlihat dia. Love at the first sight? Bukan. Kalau love tu dua-dua suka sama suka. Ni aku je yang syok sendiri, so bukanlah cinta pandang pertama. Ni namanya angau pandang pertama, hahahahahhahaha. Aku suka gelakkan diri aku sendiri. Ha ha ha.. Bila aku baca semula, aku akan gelakkan diri aku sendiri. Tak apalah, ianya sekadar menghiburkan diri aku sendiri.

Aku dengan pasangan aku dulu pun bercinta satu office. Jadi kebanyakkannya aku akan mudah berminat pada rakan sepejabatlah kiranya. Banyak? Tak la, ni baru nak masuk kali ke 3. Itulah sebabnya aku buat judul di atas. Kalau previous two gagal, kali ni? Entahlah. Aku agak takut dan fobia jugalah. Tapi kalau aku terus dihantui dan dibayangi kisah silam, aku tak akan dapat perbaiki diri aku. Sekarang ni aku dah ada pengalaman beharga, jadi aku perlu gunakan pengalaman yang ada sebagai kayu pengukur tentang apa yang patut aku buat. Memang aku agak hati-hati kali ni. Aku tak la take action drastically sebagaimana yang lepas-lepas. Aku tidak approach dia sangat sebagaimana yang aku sepatutnya buat.

Aku memang dah agak perlahan dalam tindakan aku kerana pengalaman yang aku tempohi sebelum ini banyak mengajar aku untuk bersabar. Mungkin aku ni agak kelam kabut dan nak semuanya cepat sahaja, tetapi itulah risiko yang aku perlu hadapi sekiranya buat sesuatu dalam keadaan terburu-buru. Jadi aku tak mahu ulangi kesilapan sama lagi. Kalau sebelum ni aku dapat mewujudkan satu hubungan dalam tempoh masa yang singkat, lihatlah apa yang jadi, hasilnya tidak kekal lama, jadi aku perlu lebih berhati-hati dalam mengenali hati budi orang lain. Memanglah faktor usia memainkan peranan, namun kesabaran itu amat perlu. Jadi aku lebih banyak bersabar sekarang ni.

Semalam cuti, aku memang tiada aktiviti nak buat selain membasuh pakaian yang bertimbun tak berbasuh. Tapi aku sebenarnya dah setelkan membasuh petang sebelumnya. Mulanya memanglah nak ajak si dia hang out, memang aku ada cuba ajak, namun dia menolak, so aku tak kisahlah kerana keping pun nipis je, jadi aku tak kisahlah dia tak nak. Kalau dia nak pun payah jugalah sebab takut tak cukup bajet. Duit ada, tapi tak bolehlah nak belanja ikut suka hati je. Aku kena berjimat dari sekarang. Nak kena start saving semula. So kena kurangkanlah unnecessary punya belanja. Jadi semalam aku lepak sahaja kat rumah. Cuaca pun sangat menyamankan, mendung dari pagi menyebabkan aku lebih seronok untuk menarik selimut menutupi tubuh badan aku. Aku tak pergi sarapan sebab rasa sedap sangat tidur dan aku hanya turun makan sekitar jam 11 pagi, 2 dalam 1, brunch. Malas nak turun banyak kali coz aku nak rehat sahaja.

Balik dari makan aku sambung tidur, memandangkan perut sudah kenyang dan cuaca yang sangat menyamankan membuatkan aku sangat berat untuk tidak tidur, ha ha ha. Jadi aku pun tidurlah sungguhpun aku ada janji nak jumpa orang petang tu. Aku tidur dulu la. Bangun-bangun tetiba je aku rasa nak telefon si dia. Aku tak fikir panjang kali ni terus aku capai telefon dan telefon dia. Seperti sebelum ni aku switch pada loudspeaker, kalau dia jawab aku cakaplah, kalau tak jawab, aku tak telefon lagilah. Mujur dia jawab. So aku tanyalah basic thing. Ingat dia tengah kat luar coz masa aku ajak dia keluar petang sebelumnya, dia kata dia ada aktiviti, tapi masa aku telefon dia bagitau la dia tak jadi keluar, maka aku gelakkanlah dia, ha ha ha. Ala, dia ingat aku tak tahu ke sebenarnya dia nak elak dari aku ajak dia keluar, jadi dia bagi la alasan kononnya dia keluar. Tak apalah, aku pun bukan beriya nak ajak dia keluar pun, jadi aku tak la keciwa sangat pun, ha ha ha. Belum lagi masanya untuk aku luangkan masa aku dengan orang lain. Cukuplah sekadar aku dapat cakap dengan dia sesekali sekala sahaja. Kalau ikutkan aku memang dah malas nak fikir pasal dia dah. Bosanlah.

Jadi, bagaimana aku boleh tertelefon dia semalam? Entah. Kalau ikutkan malam sebelum tu aku dah niat malas nak fikir pasal si dia lagi dah. Bukan apa, aku letihlah dalam situasi uncertain ni. Rimas. Memanglah kekadang tu nak berteman, tapi kalau ada teman nanti pun lagi merimaskan kepala otak aku sahaja. Lebih baiklah macam sekarang ni, memang free sangat mind aku, nak buat apa pun ikut suka hati aku sahaja. Tak apalah, aku telefon dia semalam pun sekejap sahaja, dalam 5 minit macam tu. So aku dah telefon, aku pun cargas bangun untuk bersiap-siap pergi jumpa client. Cuti pun ada kerja ke? Mestilah, dalam keadaan sekarang ni, cuti memang sangat tidak penting bagi aku. Kalau kira aku nak ambil cuti untuk saksikan wedding cousin aku, tapi tak apalah, aku tak ada pun dorang nikah juga.

Sekarang ni aku rasa lebih baik aku pull off sahajalah. Memandangkan respon dia so so sahaja, jadi aku tak bolehlah nak teruskan langkah seterusnya. Aku tak mahu ambil risiko lagi, cukuplah dengan apa yang terjadi selama ni. Kalau ikut standard aku, aku ni risk averse bukan risk taker, tapi realitinya aku sebenarnya risk taker. Aku rasakan aku tak berani ambil risiko sebab itu aku tak suka gamble, tapi kebanyakkannya apa yang terjadi menunjukkan aku ni suka ambil risiko. Dan biasanya bila aku ambil risiko, aku akan gagal lah. Itulah yang harus aku bayar atas kebodohan aku sendiri yang against my will and principle. Padan muka dengan aku, ha ha ha. Lain kali jangan cakap lain buat lain. Cakap mesti kasi mahu serupa bikin ma. Hari tu kata dah tak nak telefon dia, tengok-tengok telefon lagi dia. Kan dia hari ni dah macam lain macam dengan aku. Padan muka aku sekali lagi. Ha ha ha. Lantak pi lah, aku dah tak kisah sebenarnya. Segala yang terjadi bukan seperti yang aku mahukan. Terima sahajalah.

Untuk mengelakkan aku mengulangi kesilapan sama dan menjadikan ni 3rd time flops, aku memang kena nekad untuk tidak fikirkan pasal si dia lagi. From the moment this article being written, I won't thinking of that fella anymore. Promise to myself. If the next article I do mention about that fella again, meaning to say that, I'm the kind of person 'cakap tak serupa bikin'. That's a challenge. Ok, I will. Will not say anything bout that fella anymore from now on. I don't want this thing become my 3rd straight flops. I want to enjoy my life. I want to concentrate with my job. I wanna begin with new life. Don't wanna to put myself on risk again. That's it. Bye-bye my beloved. I still believe that I will find another love after this, but not at this moment ok.

Good luck to me. Ha ha ha.

Tuesday, December 23, 2008

Penawar Rindu

Penawar rindu merupakan judul lagu nyanyian Datin Orkid Abdullah. Lagu klasik ini telah beberapa kali diberi nafas baru oleh beberapa penyanyi. Antara penyanyi yang turut menyanyikan lagu ini ialah Datin Rafeah Buang, Wann dan yang terbaru Dayang Nur Faizah. Namun aku lebih gemar mendengar nyanyian Datin Orkid, cuma sayangnya sehingga kini aku tidak berjaya mencari CD yang mengandungi lagu ini. Puas juga mencari dalam internet, namun usaha aku setakat ini tidak begitu memberansangkan. Tapi aku tetap puas hati aku dapat record lagu tu dalam MP4 aku. Walaupun kualiti bunyinya tidaklah bagus sangat, yang penting aku dapat dengar lagu tu berulang kali.

Memang kala ini, lagu penawar rindu sangat significant pada diri aku. Ialah, aku memendam rindu sendirian. Jadi layanlah lagu ni puas-puas bagi menghilangkan ketegangan. Tak la tense sangat, tapi kalau tak di kawal, boleh akibatkan aku makin parah. Ialah, aku tidak menduga juga bahawa ada kalanya aku akan merasakan kerinduan yang teramat sangat pada si dia. Baru aku dapat rasakan betul juga bidalan melayu iaitu kalau dah kena 'penyakit' ni, makan tak kenyang, tidur tak lena beb. Mandi basah la, mana leh mandi tak basah. Tapi memang recently tidur aku kurang lena. Sering aku terjaga waktu malam dan teringat pada dia. Walaupun aku tidur lambat, aku tetap akan terjaga. Sayangnya aku tidak gunakan peluang tersebut untuk buat qiamullail, solat tahajud dan sebagainya. Sepatutnya bila dah terjaga waktu malam tu, aku boleh perbanyakkan amalan aku. Ialah memandangkan aku tinggal sendirian sekarang, tiada siapa yang akan ganggu.

Penawar rindu ni kalau ditafsirkan dari satu sudut bermakna pengubat rindu atau pelepas rindulah. Tapi kalau disalah ertikan, penawar rindu juga boleh membawa maksud kepada membuatkan perasaan rindu jadi tawar. Maksudnya disini dah tak rindu lagi. Tapi walau apa juga tafsirannya, aku tetap rindu pada si dia. Ha ha ha..

Nak kata dah angau tahap cipanzi, rasanya dah menghampiri pada tahap tu, cuma tinggal lagi semuanya masih dalam keadaan terkawal. Aku memang tidak fahami atau mengetahui apa yang dia rasa, kalau aku ditempat dia pun, aku tidak tahu apa yang akan aku buat. Ialah, status aku masih lagi tergantung. Kalaupun aku belum berumah tangga, adakah dia akan tertarik pada aku? Status sebenarnya bukan satu alasan. Kalau kita sukakan seseorang tu, tak kisahlah siapa pun orang tersebut, pasti kita akan suka juga. Itu pada pandangan akulah, tetapi aku kena consider dari pelbagai sudut. Bab hati dan perasaan ni satu perkara yang sangat subjektif. Jadi ianya memang sukar untuk ditafsirkan.

Apa yang penting, aku tetap merasakan hidup aku seperti bermula semula. Aku sudah mampu senyum seikhlas hati, gelak tawa, bergaul dengan orang lain dan sebagainya. Aku bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana telah memberikan kekuatan untuk aku tempohi segala dugaan hidup ni. Sungguhpun apa yang aku alami dahulu satu perkara yang sangat perit, namun sesungguhnya Allah mengetahui bahawa aku layak untuk hadapi dugaan seperti itu. Alhamdulillah.

Sekarang ni aku akan cuba buat macam biasalah. Aku akan cuba beranikan diri untuk berbual macam biasa dengan si dia walaupun ada orang lain. Semalam si dia terpaksa jumpa client, masa tu dah dekat waktu balik, jadi aku tanyalah dia, terus balik ke? Dia jawab ya, lepas tu aku pun say 'bye' la. Dia pun say 'bye' dan beri aku satu senyuman. Aduh, senyuman tu bikin hati cair. Lepas tu apa lagi, bebudak pejabat yang nakal ni, dok perli aku la. Bukan perli secara direct, masa salah sorang dari mereka nak pulang, sengaja mereka say 'bye' each other. Aku buat tak tahu sahajalah. Aku anggap aku cuma perasan sahaja yang mereka sindir aku. Rasanya tak kot. Cuma aku sahaja yang fikir lebih-lebih. Ha ha ha, perasan.

Tak mengapalah, walau apa pun, aku akan buat apa yang patut. Bila aku rasa nak cakap dengan dia, aku akan cakap, bila aku nak cakap dengan orang lain, aku akan cakap, tapi bila aku nak diam, aku berdiam sahaja. Aku memang dah suka pada dia tetapi aku tak akan buat apa-apa buat masa ni. InsyaAllah, kalau ada rezeki, adalah, kalau tak ada, tak adalah. Segalanya ketentuan Illahi dan segalanya berkemungkinan. Kalau sudah ditakdirkan bersama, akan bersama juga akhirnya, cuma masa dan keadaan sahaja yang bakal tentukan. Jodoh, pertemuan, rezeki, tanah kubur, semuanya Allah sudah tentukan. Jadi berserah sahajalah pada Allah. InsyaAllah.

Monday, December 22, 2008

Komunikasi

Sebenarnya ramai yang ambil mudah tentang komunikasi. Bagaimana ingin mewujudkan satu komunikasi berkesan? Komunikasi merupakan hubungan dua hala dan bukan hanya satu hala. Komunikasi melibatkan bahasa mulut dan bahasa badan. Bukan senang untuk mendapat satu bentuk komunikasi yang berkesan ditambah pula sekiranya ketika dalam keadaan yang tertekan. Jadi biasanya komunikasi akan menjadi hambar dan mesej yang ingin disampaikan akan disalahertikan. Siapa yang salah? Setiap pihak bersalah sekiranya komunikasi itu menjadi hambar.

Kisahnya apabila sesuatu task, tugasan ataupun satu job diberikan. Sebagai seorang yang bertanggung jawab dalam tugasannya, perlulah memahami perkara yang disampaikan kepadanya. Disinilah komunikasi sangat penting dan sangat kritikal. Kita tidak boleh mengambil mudah. Bukan sekadar dengar arahan dari pihak atasan sahaja, perlu fahami betul-betul kehendak dan maksud yang disampaikan. Kalau tak faham, kenalah ringankan mulut bertanya, bukan sekadar buat membabi buta. Nanti buat penat-penat, salah, siapa yang rugi?

Perkara seperti ini biasa terjadi dalam setiap organisasi ataupun syarikat. Apabila mesej yang diterima tidak difahami dengan jelas, maka berlakulah kesilapan yang sepatutnya tidak berlaku. Itulah hakikat kalau bekerja tanpa kerja sama yang baik. Bila ada masalah timbul, masing-masing akan salahkan pihak lain. Tiada siapa yang rasa bertanggung jawab dengan tindakan yang telah di buat. Apabila komunikasi tidak berkesan, semuanya akan jadi huru hara.

Semalam aku terpaksa pulang lewat malam kerana membetulkan kerja yang silap. Silapnya dari aku jugalah kerana tidak mendapatkan maklumat penuh daripada orang lain. Aku cuma buat laporan berdasarkan info atau input yang telah diberikan pada aku. Salah aku juga kerana tidak bertanya sama ada segala maklumat itu cukup ataupun tidak. Buat kerja bagai nak rak, lastly salah. Memang agak tensionlah, tapi itu biasalah dalam dunia pekerjaan. Bukan senang untuk fahami segalanya dalam tempoh yang singkat. Aku tidak mahu jadikan alasan sebagai orang baru untuk menghalalkan aku buat salah. Salah tetap salah aku kerana aku tidak dapatkan maklumat yang cukup. Apabila maklumat tak cukup, sudah tentu laporan yang aku buat salah. Jadi akulah yang salah.

Bila dah jadi macam tu, bos aku marah, aku terima. Lepas tu rakan sekerja aku pun message aku, tanya kenapa aku tak tanya dia. Rakan sekerja aku pun terpaksalah datang malam-malam ke pejabat untuk buat laporan tersebut. Datang marah-marah. Aku tak suruh dia datang pun, tapi tak mengapalah, dia seorang yang bertanggung jawab dengan kerjanya, maka dia pun datanglah. Kalau dia bagi semua maklumat dengan tepat, tak payahlah dia susah-susah datang semula ke pejabat. Tapi aku juga yang disalahkan. Tak mengapalah, aku terima sahaja apa yang orang nak kata. Bukan dia sedar, komunikasi aku dengan dia pun tak berkesan, jadi bagaimana aku nak dapat produce the perfect report? Tapi aku tak salahkan sesiapa, kalau pusing-pusing pun akan kena batang hidung aku balik.

Sebelum ni, aku memang rely pada report dia, tapi aku tak belajar dari kesilapan aku. Masa meeting dengan big bos dulu, aku presentkan kerja dia, tapi banyak yang kurang tepat. Jadi semenjak itu, aku cuba buat semuanya sendirian. Sepatutnya aku kena lebih banyak bertanya pada dia, tapi silap akulah, hanya bergantug pada input yang dia bagi tanpa memikirkan sama ada input tu lengkap mahupun tidak. Jadi akulah yang harus dipertanggung jawabkan dalam hal ini.

Semalam aku tunggu dia buat kerja sampai pukul 11 lebih. Tapi aku tak tunggu dalam pejabat, aku tunggu diluar pejabat sungguhpun dalam keadaan panas. Tak mengapalah, aku rasa bertanggung jawab untuk menjaga keselamatan staff disini. Maka aku tunggulah sampai dia habis kerja. Seperti yang aku pernah nyatakan, sekiranya selepas office hour hanya ada dua orang sahaja, aku akan tunggu di luar. Ianya nak elakkan daripada berlakunya fitnah. Memanglah dia masamkan muka dengan aku. Sampai ke hari ni dia nak masam muka dengan aku, biarlah. Malas aku nak ambil port. Aku akan buat macam biasa dan macam tiada apa-apa. Sungguhpun aku pun patut marah, tetapi aku lebih senang ambil pendekatan beralah dan berdiam sahaja. Dia tak tahu lagi aku punya baran macam mana. Aku malas nak berangin lagi sekarang ni. Kalau aku buat kepala angin aku, pasti tiada siapa yang akan tahan nanti. Tak mengapalah, aku malas nak baran-baran, sabar sajelah.

Apa yang penting sekarang ni aku kena adaptasi environment kerja disini. Aku kena lebih pandai ambil hati orang lain. Tak mengapalah untuk aku beralah lagi. Beralah bukan beerti kalah. Aku memang tak suka nak panjang-panjangkan hal. Hal semalam sudah jadi sejarah, buat apa nak dikenang lagi. Hidup perlu diteruskan. Jadi tak perlulah nak marah-marah atau kenangkan segala yang pahit. Sendiri punya hati juga nanti ada sakit wo.

Oh ya, lupa pula aku nak cerita kisah si dia hari ni. Bukan lupa, tapi aku tak fokus untuk cerita pasal si dia. Sungguhpun hari ni kami sedondon, ha ha ha, pakai baju sama kaler beb. Ha ha ha. Tapi dia dark sikit, aku light sikit. Tak pelah, janji sama kaler. Malam tadi, sungguhpun aku lewat tidur, sekitar jam 1 pagi, aku terjaga dalam pukul 2.45 pagi. Masa tu memang aku teringat sangat pada si dia dan sebelum aku terjaga, aku termimpikan akan si dia. Dia datang lagi dalam mimpi aku. Aduh, dah makin teruk sakit aku ni. Tu pasal masa aku terjaga, aku teringat sangat pada si dia. Aku sambung tidur, dan dia muncul lagi lagi mimpi aku. Macam bersambung sahaja mimpi aku tu. Wah, memang dah teruk aku ni. Apa la, dia tak rasa apa-apa pun pada aku, aku je yang syok sendiri lebih-lebih. Tapi dia dapatkah message daripada aku? Maksud aku adakah dia dapat rasakan bahawa aku teringatkan dia sangat-sangat? Entahlah, mana aku tahu semua tu. Yang aku tahu cuma aku yang teringat pada si dia.

Aku hanya perlu banyak bersabar dan kawal perasaan dan emosi aku. InsyaAllah, kalau ada jodoh, tak kemana. Pasti dia akan datang dengan sendirinya. Buat masa sekarang ni, aku perlu lebih tumpukan pada kerja aku. Aku tidak katakan dia telah menyebabkan aku hilang fokus pada kerja aku. Sesekali tidak. Hadirnya dia dalam hidup aku seperti satu sinar baru dalam kehidupan aku. Cuma sinarnya masih terselindung. Cahayanya telah sampai, tetapi belum sepenuhnya. Sabarlah, ok, jangan terburu-buru. Banyak lagi masa. Tidak lari gunung di kejar.

Berbalik kepada komunikasi berkesan seperti yang aku ingin karangkan, aku perlu ambil pendekatan mengenali hati budi semua orang disini bukan hanya tertumpu pada si dia sahaja. Ialah, aku kurang bekerja sama dengan si dia. Aku lebih banyak berurusan dengan orang lain, jadi aku perlulah lebih beri perhatian terhadap komunikasi aku dengan staff yang berurusan dengan aku. Aku tak boleh harap mereka memulakan langkah. Aku yang perlu pandai memainkan peranan. Sebagai salah seorang ketua, aku perlu menjadi contoh yang baik pada staff lain. Jadi kalau aku gagal menunjukkan contoh teladan yang baik, masakan staff lain akan hormati dan seterusnya mengikut jejak langkah aku. Jadi konklusinya disini, akulah yang bersalah, bukan orang lain. Aku juga yang salah. Terimalah hakikat dan belajarlah untuk perbetulkan kesalahan bukan hanya sekadar mengakui kesilapan tanpa mengambil tindakan untuk berubah. Kurangkan ego ok. Bergaullah dengan orang lain sebagaimana aku harap orang lain untuk bergaul dengan aku.

Sunday, December 21, 2008

Telefon

Akhirnya aku telah berjaya mengenepikan rasa khuatir dan bimbang untuk membuat satu panggilan telefon kepada si dia. Ha ha ha. Aku pun tak tahu dari mana datangnya kuasa yang memberikan semangat dan keyakinan kepada aku untuk akhirnya menelefon si dia. Sungguhpun sudah lama aku menyimpan hasrat untuk menelefon dia, namun aku tidak terdaya untuk melakukannya pada waktu itu. Ketika itu terlalu banyak perkara yang aku fikirkan sehingga menghalang aku untuk menghubungi si dia. Aku cuma ada beberapa kali sahaja mengirim sms kepada si dia, tetapi biasanya kalau respon dia so so jer, aku pun tak lah teruja untuk meneruskan conversation thru sms lagi walaupun banyak lagi yang ingin aku bualkan.

Pada mulanya aku nak telefon dia sebelah malam. Waktu itu entah kenapa aku teringat sangat pada si dia. Dapat dengar suara dia sekejap pun jadilah kiranya. Namun aku tidak dapat meneruskan niat aku, langsung aku telefon kawan aku. Kawan akulah tempat aku berkongsi masalah dan minta pandangannya. Mujurlah kawan aku ni supportive juga dan beliau menyarankan aku telefon si dia keesokkan hari sahaja memandangkan waktu itu sudah menunjukkan jam 11 malam. Jadi adalah tidak manis untuk aku hubungi si dia waktu tersebut. Maka aku pun tangguhkanlah niat aku untuk seketika.

Pada keesokkan harinya aku pulang ke kampung. Sesampai di rumah, aku tidur dahulu kerana terlalu letih. Lama juga aku tidur masa tu. Bangun bangun perut rasa lapar, tapi dalam hati teringat nak telefon si dia. Aku pun capailah telefon dan main-main dengan telefon untuk mendapatkan semangat. Aku masih ragu-ragu juga untuk menelefon si dia. Aku pusing-pusing giliran nombor dalam list aku, lepas tu aku terhenti pada nama dia. Lama juga aku fikir untuk menekan punat telefon tu. Lastly, aku buat selamba dan terus telefon dia. Ha ha ha.

Masa tunggu si dia jawab telefon tu, aku switch pada loud speaker. Masa tu dalam kepala aku satu benda je, kalau dia jawab aku akan cakaplah, tapi kalau tak angkat phone, aku tak akan telefon lagi. Alhamdulillah dia jawab. Nervous juga aku pada mulanya. Ha ha ha. Macam orang baru nak belajar pasal cinta. Ha ha ha. Patutlah kawan aku kata macam nak gelakkan aku sahaja. Kawan aku kata aku going backwards. Rasanya memang betul. Bukan apa, aku rasa kalut sangat. Entah apa yang buat aku rasa kalut pun aku tak tahu, tapi bukan aku buat-buat, memang aku rasa kalut dan gelabah sangat. Apakah yang menyebabkan aku jadi begini? Tak tahu. Aku terfikir juga, kemana hilangnya segala keyakinan aku selama ni?

Masa memulakan perbualan telefon tu, aku tak tahu sebenarnya nak cakap apa sangat. Lagipun masa tu aku masih mamai lagi. Kebetulan sebelum aku tidur aku ada cuba telefon bos dia, tapi bos dia tak jawab, maka aku pun ada la idea atau ayat permulaan untuk aku bicarakan. Sebelum aku telefon, banyak sangat perkara yang nak aku sembangkan, tapi bila dah telefon, habis hilang semua perkara yang berlegar dalam kepala aku. Sebenarnya aku nak dengar suara dia sahaja. Kalau dapat say hi pun dah kira oklah. Tapi nanti aku rasa tak puas pula, ialah, itu kali pertama aku telefon dia, jadi aku nak la sembang lama sikit kalau boleh.

Alhamdulillah, responnya tidaklah mengecewakan. Maka aku pun bersembanglah sikit dengan dia pasal kerja dan pasal kisah-kisah dia semasa di universiti. Sungguh, aku dah lama tak gayut kat telefon selepas apa yang berlaku antara aku dan pasangan aku. Nak kata gayut lama sangat tak la, ada la dalam 30 minit. Terus terang aku katakan, aku rasa seronok sangat bila dapat dengar suara dia dan bila dia ketawa aku rasa, best la. Ha ha ha, angau. Ialah, aku dah lama tak rasa saat sebegini, jadi apabila aku berada semula dalam keadaan sebegini, memang teramat indah rasanya.

Aku tak tahulah apa yang dia rasa. Tapi buat masa ni, aku tidak mahu fikirkan sangat apa yang dia rasa. Bukan hanya pentingkan diri aku sahaja, cuma tinggal lagi aku nak rasakan dulu kegembiraan yang telah lama aku rindukan. Aku akui, memang aku seperti tidak pernah alami saat-saat seperti ini kerana aku rasakan aku dalam satu dunia atau kehidupan baru. Hidup lama aku telah lama hilang kerana aku tak mahu mengimbau segala kenangan lepas yang terlalu banyak kedukaannya. Jadi aku rasa macam reborn dan sebab itulah aku tidak merasakan aku ada pengalaman dalam bab-bab hati dan perasaan ni. Terasa macam baru pertama kali menaruh hati pada insan lain. Ha ha ha, ayat jiwang karat.

Tapi aku tak boleh nak hubungi dia selalu. Cukuplah sekali sekala. Dan rasanya itu sahajalah panggilan telefon secara peribadi daripada aku untuk dia. Lepas ni, tak tahu lagi. Memang aku ada nyatakan pada dia bahawa aku bukan nak telefon dia selalu, dan aku ada bagi tahu dia waktu aku telefon hari tu bahawa tujuan aku telefon tu nak dengar suara dia sahaja. Ha ha ha, bangangkan? Tak tahulah. Itulah sebab aku tak suka dalam keadaan sebegini. Melampau sangat aku punya angau.

Masa aku telefon tu, aku ingatkan dia keluar dating ke apa, tapi mujurlah dia tengah tonton filem hindustan kat rumahnya sahaja. Aku tanyalah, kenapa dia tak keluar cuti hujung minggu, dia jawab dia tak berapa suka keluar dan suka spend masa kat rumah sahaja. Aku saja sakat dia, sebab tak suka atau poket nipis? Dia jawab, yang tu pun salah satu sebab mengapa dia tak keluar. Lebih kurang sama macam aku punya cara. Aku pun kalau tengah pokai, tak de maknenya nak keluar. Lagi pun aku memang suka duduk rumah sahaja. Kalau ada cuti, lebih baik aku rehat di rumah sambil mengemas rumah.

Apa yang aku bualkan dengan si dia pun aku tak berapa ingat sebenarnya. Ada beberapa perkara sahaja yang aku ingat, yang lelain tu tak ingat sangat kerana seperti yang aku nyatakan tujuan aku telefon dia hanya untuk dengar suara dia sahaja, melepaskan rasa rindulah kononnya. Ha ha ha. Perut aku yang pada mulanya lapar tiba-tiba je jadi kenyang. Ha ha ha. Tapi tak lama lepas tu aku makanlah juga. Mana boleh kenyang dengan dengar suara orang sahaja. Bohonglah kalau boleh kenyang. Tak tahulah kalau dah angau tahap cipanzi, tapi makan tetap makan.

Aku tidak harapkan lebih-lebih sangat. Cukuplah sekadar aku dapat menikmati rasa seronok walaupun boleh dikatakan syok sendiri. Sampai bila aku boleh rasa seronok pun aku tak tahu. Biarlah segalanya berlaku ikut flow. Biarlah segalanya terjadi seperti yang telah tertulis di loh mahfuz. Segala yang terjadi dengan izinNya. Jadi masa aku telefon dia hari tu pun dengan izinNya. Alhamdulillah, aku panjatkan kesyukuran kehadrat Illahi kerana telah memberikan aku semangat baru dalam hidup aku. Memang aku tidak putus berdoa kepada Allah tentang si dia. Dan aku tetap meyakini bahawa Allah mendengar doa aku. Kalau ada rezeki antara aku dan dia, insyaAllah, dia akan datang juga. Kalau tiada pun, aku tetap redha. Untuk sementara waktu ini, si dia telah menghadirkan satu dimensi baru dalam hidup aku. Seperti dalam lagu "You Make Me Feel Brand New" nyanyian kumpulan Simply Red. Bukan semua bait lagu tu kena buat masa ni, adalah sebahagiannya. Tapi aku memang rasa seperti orang baru dalam dunia baru sekarang ni. Aku bersyukur pada Allah kerana hadirkan seorang insan yang dapat melupakan kedukaan hati aku sungguhpun dia tidak buat apa-apa pun. Hadirnya dia dalam hidup aku pun sudah cukup buat masa ini. Terima kasih Ya Allah, terima kasih kerana kurniakan aku dengan satu perasaan pada si dia. Semoga Engkau kurniakan perasaan yang sama pada si dia. InsyaAllah.

Thursday, December 18, 2008

Berdiam

Aku baru perasan sebenarnya semenjak kebelakangan ini aku memang lebih banyak berdiam daripada bercakap. Mulanya aku ingatkan aku hanya berdiam ketika di pejabat, rupanya di rumah juga aku tidak banyak bercakap. Kalau dulu aku selalu la berbual dengan mama aku tentang apa yang berlaku, tetapi sekarang ni aku lebih banyak berdiam. Begitu juga dengan adik beradik yang lain, biasanya kalau kami berkumpul ramai-ramai, banyaklah perkara yang kami bualkan kerana masing-masing sudah lama tak bertemu, namun mungkin kerana apa yang aku alami sebelum ini menyebabkan aku lebih senang berdiam.

Di tempat kerja, memang aku hanya akan bersuara apabila perlu sahaja. Kalau dalam mesyuarat pun, aku lebih banyak diamkan diri sahaja sungguhpun banyak perkara yang berlegar dalam kepala aku untuk aku utarakan. Cuma aku sudah malas untuk cakap banyak. Kalau aku cakap pun hanya sekali sahaja untuk sesuatu perkara tu. I wont talk about the same thing twice. Kalau aku dah cakap sekali, itu sahaja yang aku akan cakap. Kalau masih tiada tindakan yang dibuat, aku memang malas nak cakap lagi.

Begitu juga perihal aku dengan si dia. Pada aku, cukuplah sekali sahaja aku beritahu apa yang patut. Aku juga dah sarankan dia apa yang patut di buat. Kalau dia tak buat pun, aku tak akan ulangi apa yang aku pernah bagi tahu dia. Terpulanglah. Aku dah malas nak fikir sangat pasal orang lain. Aku tetap fokuskan pada kerja aku sahaja. Selebihnya terpulang pada diri masing-masing. Macam aku, aku memang tidak kisah kalau hidup dalam pulau. Maksud aku, aku boleh sahaja untuk tidak bergaul dengan orang lain sebagaimana yang aku pernah buat dahulu. Bukan masalah bagi aku untuk hidup sendirian. Pasangan aku pun tinggalkan aku sendirian, aku kenalah hadapi segalanya dengan hati yang tenang. Sekarang ni aku lebih senang pada pendekatan buat hal sendiri. Kalau orang nak kawan dengan aku, kawanlah, kalau tak mahu, tak apalah. Yang penting aku dah cuba untuk bergaul dengan orang lain sebelum ni, tapi kalau mereka tidak mahu bergaul dengan aku pun, bukan masalah pada aku. InsyaAllah aku masih boleh hidup.

Berdiam sebenarnya lebih baik daripada berkata tentang perkara yang sia-sia. Banyak bicara kepada perkara yang sia-sia menambahkan dosa sahaja. Lebih banyak bicara, lebih banyaklah peluang untuk melakukan kesalahan. Jadi cakap bila perlu sahaja. Kalau benda tak penting, tak perlulah. Memang bukan senang nak jaga hati banyak pihak. Kekadang tu ada orang yang boleh kita bergurau, ada juga yang tak boleh bergurau. Jadi yang penting aku kena jaga hati aku sendiri. Itulah sebab aku lebih senang berdiam. Kalau orang lain nak mengata pada aku pun, aku buat derk jer. Malas nak fikir. Sebabnya buat apa jua orang akan komplen, so lebih baik aku berdiam dan jaga hati aku serta periuk nasik aku sendiri. Aku kena biasakan diri aku dalam persekitaran sebegini. Memang dari dulu macam ni. Aku tak kacau orang pun orang suka nak kacau aku. Jadi apa yang aku boleh buat? Terima sajalah hakikat.

Aku memang dapat mengagak antara aku dengan dia akan jadi seperti sediakala. Maksudnya kami akan terus berdiam dan tak bertegur sapa sekiranya ada orang lain. Walaupun dah dua kali buat perbincangan, namun hasilnya serupa sahaja. Aku juga tidak expect dia akan berubah. Begitu juga dengan aku. Jadi asalkan sama-sama selesa dalam keadaan begini, jadi tak ada masalahlah. Aku memang seperti orang yang tak tahu pasal cinta whatsoever. Memang terasa sangat janggal kalau bersama si dia. Terasa kalut dan berdebar. Debaran tu masih terasa. Aku tak tahulah, orang kata bukan aku yang kata, biasanya kalau kita berdebar dengan seseorang tu, maksudnya kita memang ada perasaan pada orang tu. Aku tak ingatlah masa aku dengan pasangan aku dulu, tapi rasanya tak lah sesukar macam sekarang.

Aku tak tahu apa yang dia rasa dan apa yang aku boleh katakan dia pun seolah macam gelabah je bila berdepan dengan aku. Tapi aku tak agak dia suka, mungkin meluat tu ada la, ha ha ha. Tapi apa pasal dia nak meluat? Aku tak pernah approach dia pun, so kalau dia nak rasa tak selesa pun bukan dari side aku. Itu dia punya pasal la. Ha ha ha. Kalau ikutkan dia memang seorang yang ceria, tapi kenapa dengan aku ada batasan, itu aku tak tahulah. Malas aku nak cari jawapannya. Mungkin sebab aku ni salah seorang head kat sini, entahlah. Malas nak fikir apa yang orang fikir. Lebih baik aku fikir apa yang aku fikir. Dia pun tak pernah fikir apa yang aku fikir, jadi untuk apa aku nak fikir apa yang dia fikir?

Itulah sebabnya aku lebih senang untuk berdiam sahaja. Yang penting aku akan pastikan aku akan tegur dia bila perlu dan elak daripada tidak bertegur sapa selama tiga hari berturut-turut. Dalam Islam pun ada mengajar, kalau kita tidak bertegur sapa selama 3 hari berturut-turut beerti telah memutuskan silaturrahim. Tidak akan masuk syurga bagi orang yang memutuskan silaturrahim. Jadi aku kena pastikan aku do my part. Lepas tu terpulang pada dia. Dia pun orang Islam. Sedangkan dalam Al-Quran ada menjelaskan, ayat 13 surah Al-Hujraat, ada menjelaskan bahawa manusia ini dijadikan lelaki dan perempuan, berbeza kaum dan berpuak-puak bagi manusia untuk berkenalan antara satu sama lain. Sesungguhnya manusia ini semuanya sama sahaja dan yang membezakan hanyalah amal ibadahnya kepada Allah. Tidak Allah jadikan jin dan manusia selain untuk beribadah kepadaNya. Jadi sama-samalah kita renungkan apa yang telah dijelaskan dalam Al-Quran. Aku hanya akan tegur dia untuk jaga diri aku, kalau selepas ni dia tidak tegur juga aku, maka aku tidak akan tegur lagi dah. Aku dah buat apa yang patut. Tak kanlah aku saja yang kena sapa dia. Jadi selepas ni kalau dia tak nak tegur aku berbulan lamanya pun, aku tak akan kisah dah.

Sebenarnya manusia ni mengambil mudah dengan hukum yang Allah turunkan. Itulah manusia tidak takut untuk mengumpat dan mengata orang lain. Kalau nak diikutkan dosa mengumpat itu lebih bahaya daripada dosa berzina. Bukanlah aku setuju kepada penzinaan, tetapi kalau dosa kita dengan Allah, kita akan tetap diampunkan bila kita bertaubat. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan menerima taubat hambaNya, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Tetapi manusia tidak sedari, sesungguhnya dosa orang yang mengumpat hanya akan terhapus apabila diampunkan oleh orang yang diumpati. Allah tidak akan ampun dosa pengumpat dan pencela selagi orang yang mengumpat meminta ampun daripada orang yang diumpat. Ianya telah dijelaskan dalam surah Al-Humazah ayat 1, bermaksud begini "Celakalah bagi pengumpat dan pencela....". Jadi mengapa kita mahu biarkan diri kita untuk jadi celaka?

Itulah sebabnya aku lebih senang ambil pendekatan dengan berdiam diri sahaja. Memang selama ini aku mungkin tidak sedar, dengan sikap aku yang talkactive, mungkin menyinggung hati dan perasaan orang lain. Aku juga mungkin tidak terlepas daripada mengumpat orang lain. Biasalah, kalau kita menilai diri kita sendiri, sudah pasti kita akan katakan diri kita betul dan sempurna, tetapi kita kena juga mengambil pandangan dan pendapat orang lain. Aku akan terus berdiam diri dan akan cuba perbaiki amalan aku pada Allah. Sesungguhnya hidup didunia ni hanya sementara dan aku perlu sentiasa insafi apa yang aku lakukan. Ajal dan maut akan datang pada bila-bila masa tanpa cepat mahu pun lewat walau pun sesaat. Memang pada orang-orang yang terpilih, mereka akan mendapat petanda 100 hari, 40 hari, 3 hari dan sehari sebelum ajalnya tiba. Tetapi bagi orang-orang yang kurang imannya, masakan akan mendapat tahu tanda-tanda yang telah menunjukkan hayatnya sudah sampai ke penghujung? Jadi lebih baik segerakan bertaubat dan lebih baiklah berdiam daripada membicarakan perkara yang sia-sia. Wallahualam.

Wednesday, December 17, 2008

Memang Sibuk

Akhirnya aku dapat juga merasai erti satu pekerjaan setelah lama meninggalkan dunia swasta. Aku pernah menceburkan diri dalam bidang kerajaan, namun aku dapat katakan bahawa aku memang lebih seronok bekerja dalam sektor swasta sepenuhnya. Memang aku ada pengalaman kerja dengan swasta, kerjaan, separuh kerajaan dan juga perbadanan, tetapi apabila dinilai semula kepuasan aku bekerja, memang aku lebih rasa puas bekerja di sektor swasta. Kalau orang tua mahu lihat anak mereka kerja kerajaan dengan alasan kerja kerajaan lebih terjamin, namun, aku lebih puas hati kerja dalam sektor swasta. Kerja kerajaan sekarang pun sudah mewah berbanding dahulu, tetapi bukan RM yang aku kejar, tetapi kepuasan. Kali pertama aku kerja dalam kerajaan sepenuhnya aku cuba terapkan cara bekerja disektor swasta, namun, bila kerja rajin sangat pun orang bising. Memang aku pelik dengan environment melayu ni. Suka sangat ambil hal pasal orang lain.

Aku sempatlah bekerja dalam sektor kerajaan dalam 3 tahun lebih. Sepanjang kerja disektor kerajaan, aku terpaksalah mengubah mentaliti kerja aku. Dari seorang yang amat komited kepada kerja, aku berubah sedikit demi sedikit mengikut keaadan persekitaran. Memang pada mulanya aku agak menonjol kerana beri sahaja apa jua tugas, pasti aku akan laksanakan dengan sebaik mungkin. Tapi sayangnya, budaya melayu ni melemahkan semangat orang yang rajin bekerja. Pantang lihat orang lain lebih sikit, pasti akan ada puak yang berdengki. Aku tidak menolak kemungkinan apa yang terjadi pada aku ada unsur sabotaj dan satu bentuk konspirasi. Bukanlah aku nak kata aku ni bagus sangat, tapi kalau aku bekerja, memang aku akan beri komitmen yang tinggi terhadap tugas yang diberikan. Ditambah pula aku ni mudah dikenali orang ramai sehingga ke peringkat pengurusan tertinggi boleh kenali aku. Maka tidak mustahil ada kumpulan yang merancang satu konspirasi bagi menjatuhkan aku.

Sejarah telah menunjukkan, pahlawan tersohor Melaka, Hang Tuah yang gagah dan handal dalam dunia persilatan, kecundang juga akhirnya dengan satu konspirasi yang memfitnah beliau. Kerajaan Melaka yang cukup disegani suatu ketika dahulu, negeri pertama di Tanah Melayu yang mempunyai sistem kerajaan kesultanan Melayu, sehingga kini sudah tiada Sultan. Inilah kesan dan akibat daripada busuknya hati orang melayu. Minta maaflah, sudah memang sifat melayu yang suka menjatuhkan bangsa sendiri. Memang susah hendak lihat melayu maju. Bukan tiada melayu yang kaya dan berjaya, tetapi bilangannya sangat kecil jika dibandingkan dengan bangsa asing. Melayu akan merempat ditanah sendiri sekiranya budaya dengki khianat tidak dibendung.

Jadi tidak mustahil apa yang terjadi kepada aku merupakan satu konspirasi yang telah dirancang dengan teliti. Itulah kemahiran orang melayu, bagilah tugas untuk menjatuhkan orang lain, sudah pasti orang melayu tidak akan gagal dalam melaksanakannya. Berilah apa jua tugas, yang tak ada pun boleh jadi ada. Itulah kehebatan orang melayu. Memang aku percaya setiap yang terjadi ini merupakan Qada' dan Qadar dan aku tetap percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya. Tapi aku tak mahu fikir sangat atau menuduh sesiapa. Kalau betul diri aku dianiaya, insyaAllah, Allah akan beri balasan yang setimpal pada yang menganiaya aku. Tapi antara mereka dengan aku, aku tetap akan ampunkan dosa mereka. Aku tidak mahu bersangka buruk pada sesiapa, cuma kalau benar ada pakatan yang menjatuhkan aku, aku serahkan pada Allah S.W.T. sahaja untuk tentukan segalanya.

Syukur alhamdulillah setelah segala kesulitan yang aku alami, sekarang ini aku menuju ke peringkat pemulihan. Memang agak berat dugaan yang aku alami. Paling memedihkan apabila ianya turut mengakibatkan rumah tangga aku berantakan. Tetapi aku tidak boleh menoleh kebelakang lagi. Aku perlu tabahkan hati, kuatkan semangat untuk meneruskan kehidupan yang penuh pancaroba ini. Aku mengambil masa hampir 6 bulan untuk menghilangkan kedukaan hidup aku. Belum lagi dapat pulih sebenarnya. Ibarat luka yang masih berdarah, cuma sekarang ni darahnya sudah berhenti mengalir, cuma tinggal lagi, lukanya masih belum kering sepenuhnya. Aku tidak boleh terus biarkan luka aku melarat. Alhamdulillah aku dapat juga kawal luka aku ini. Kalau tidak, mungkin aku tidak dapat untuk bekerja seperti sekarang ini.

Sepanjang waktu aku mengawal kelukaan dan kedukaan, aku bekerja dengan syarikat swasta tetapi dibawah pengaruh kerajaan. Kiranya budaya kerja disana tidak banyak beza dengan kerja kerajaan. Biasalah, bila kerja kerajaan ni lebih banyak buang masa dari bekerja. Itu yang aku susah untuk alihkan perhatian aku daripada masalah yang menimpa aku. Terlalu banyak sangat masa yang aku boleh luangkan untuk memikirkan masalah aku sehingga aku memang langsung tidak dapat tumpukan perhatian aku pada kerja aku.Tapi tak mengapalah, memang dari awal aku kerja disana hati aku tak seronok, jadi sebab itulah aku bertukar tempat kerja. Alhamdulillah, dari mula aku menerima panggilan untuk temuduga aku telah rasakan keseronokan bekerja di syarikat ini, dan sehingga artikel ini dikarangkan, aku makin bertambah seronok dengan kerjaya baru aku. Memanglah mana-mana tempat pun ada cubaan dan dugaan, namun insyaAllah, kali ini aku akan cuba bertahan.

Banyak perkara yang aku pelajari hasil daripada pengalaman yang aku tempoh selama ini. Ianya sedikit sebanyak mengajar aku untuk menjadi lebih dewasa dan lebih matang. Ianya juga mengubah aku secara tidak langsung, daripada seorang yang senang bergembira, bertukar menjadi seorang yang agak pendiam. Memang sekarang ni aku lebih banyak berdiam dan tidak ceria seperti dahulu. Aku hanya bercakap bila perlu sahaja. Aku tak mahu tonjolkan sangat diri aku lagi. Cuma aku tidaklah sesangap seperti aku di tempat kerja lama. Masa tu memang keadaan aku sangat teruk sehinggakan aku langsung tidak pedulikan tentang diri aku. Tak cukup makan ke, tak cukup tidur ke, aku tak kisah sangat. Masa tu memang aku tak tahu apa yang aku nak buat. Rasanya semangat nak hidup pun dah tak ada. Aku siap beli insuran bagi menjamin agar segala hutang aku dapat diselesaikan dengan duit insuran aku. Aku dah siap wasiatkan harta benda aku pada adik beradik aku yang lain, incase aku meninggal dulu. Sampai ke tahap tu aku derita. Tapi siapa yang tahu atau peduli? Tiada siapa dan aku pun tak harap sesiapa peduli pasal aku kerana aku sendiri pun tak pedulikan diri aku.

Itu kisah lama. Dari hari pertama aku kerja di syarikat ini, aku telah karangkan satu artikel bertajuk Dunia Baru dalam web aku ni. Memang aku perlu untuk mengubah diri aku daripada seorang yang pasif kepada aktif semula. Dalam masa yang sama aku perlu lebih hati-hati agar tidak ulangi kesilapan sama. Selain daripada kerja aku yang membuatkan aku bersemangat, kehadiran si dia dalam hidup aku juga agak membantu aku untuk menyegerakan proses pemulihan aku. Aku bersyukur kepada Allah kerana hadirkan dia dalam hidup aku dan melupakan aku pada memori pahit aku. Terima kasih sayang, dikau ada dihadapan mataku. Walaupun dikau tiada perasaan terhadap aku, namun aku tetap rasakan kebahagiaan menyukai dirimu. Sekurang-kurangnya dikau telah berjaya menghilangkan kenangan pahit dalam hidup aku. Aku memang menyukaimu sayang dan aku ingin bersamamu, namun aku tidak akan letak harapan terlalu tinggi. Aku hanya mampu berdoa dan berserah sahaja. Seandai dikau akan jadi milikku selamanya, akulah manusia yang paling bahagia dalam dunia ini. Seandai ada jodoh antara kita, dikau akan datang jua kepada ku. InsyaAllah.

Angau ke aku? Ha ha ha.. Agak angau la, tetapi buat masa ni aku masih boleh kawal lagi perasaan aku. Seperti yang aku pernah jelaskan bahawa aku tak akan approach dia. Dia have my words ok. Dia tak perlu rasa khuatir ataupun risau. Apa yang penting aku tak mahu dia rasa kurang selesa. Memang masih ada gap antara aku dan dia sungguhpun aku telah bersemuka dengan dia dulu. Sehinggalah semalam, bos dia adakan lagi perbincangan antara aku dengan sidia. Memang kalau kiranya perbincangan itu adalah untuk memotivasikan dia. Sesambil tu kami berbincang semula tentang apa yang berlaku. Pada aku, aku tak mahu dia rasa tak selesa. Aku juga agak tak selesa dalam keadaan begini, namun apa boleh buat, segalanya masih tidak seperti yang diharapkan. Apa yang aku harapkan pun aku sendiri tak faham lagi, ha ha ha.... Ada kalanya aku memang harap nak bemesra dengan dia, tetapi memang aku akan jadi kekok bila bersama dia.

Masa aku berbincang lagi dengan dia bersaksikan bos dia, aku tidak ulangi apa yang aku pernah beritahu dia dulu, cuma aku nyatakan bahawa itulah pengakuan ikhlas aku tehadap dia dan sehingga kini aku masih lagi berpegang kepada kata-kata aku pada dia. Aku juga beri peluang kepada dia untuk luahkan apa yang dia tak puas hati pada aku, dia agak keberatan untuk beritahu apa-apa, namun aku yakinkan pada dia bahawa aku amalkan sikap keterbukaan. Aku beritahu dia, komunikasi amat penting, komunikasi melibatkan dua hala. Komunikasi yang gagal boleh meruntuhkan hubungan rumah tangga, inikan pula hubungan rakan sekerja. Jadi dia pun beritahulah bahawa dia kurang selesa dalam keadaan seperti sekarang ini kerana orang sekeliling suka mengusik dia. Jadi aku tanyalah dia, apa yang aku buat pada dia? Bercakap dengan dia pun jarang, apatah lagi berbual mesra dengan dia depan orang lain. Yang peliknya kenapa bebudak ni suka usik dia dengan aku. Maka aku jelaskan pada dia bahawa kami yang create environment tu. Tak boleh salahkan orang lain. Mestilah orang lain akan fikir lain sebab terlalu ketara hubungan antara aku dengan dia. Hubungan yang aku maksudkan bukanlah hubungan intim, tetapi hubungan yang tidak bertegur sapa antara satu sama lain.

Kalau dengan orang lain dia boleh bergurau, kalau dengan orang lain aku boleh bergurau, tetapi antara kami berdua, masing-masing seperti tidak pedulikan antara satu sama lain. Jadi aku sarankan pada dia untuk sama-sama cuba buat macam biasa. Maksudnya cubalah bertegur sapa walau depan orang lain. Tapi terpulanglah pada dia. Aku dah jelaskan pada dia, aku cuba narrow kan gap aku, tapi kalau dia nak ada gap juga, terpulanglah. Aku beritahu dia, kalau kita suka pada seseorang tu, auranya akan sampai pada orang yang kita suka, begitu juga kalau tak suka. Aku boleh rasa dia tak suka pada aku. Mungkin kot. Entah, aku tak boleh rely apa yang aku rasa. Seperti yang aku katakan sebelum ni, segalanya bergantung pada keadaan. Nak kata dia suka, tak juga, nak kata dia tak suka, entahlah, tapi sebenarnya memang tak ada apa-apa. Mujur dia tetap professional dari segi kerjanya. Jadi selagi ianya tidak mengganggu urusan kerja, selagi tu aku tak kisah. Antara aku dengan dia, seandai ada jodoh ada la. Memang bos dia ada jugak ngusik last-last tu, kalau korang nak bercinta pun tak salah katanya, dia hanya senyum sahaja dan aku tak dapat tafsirkan apakah maksud senyuman dia.

Aku tak nak lah angau sangat sekarang ni. Memang aku harap sangat dapat teman baru. Tetapi aku tak boleh terburu-buru lagi sekarang ni. Berilah ruang dan masa untuk aku pulihkan keadaan dan aku perlu pandai ambil hati dia. Aku yang suka dia, jadi aku perlu pandai tackle dia. Cuma buat masa sekarang ni, aku lebih senang untuk syok sendiri jer. Layan jer perasaan aku. Aku tak mintak dia balas perasaan aku buat masa ni. Cukuplah sekadar dia tidak marah pada aku. Kalau dia marah pun bukan boleh mengubah apa-apa pun perasaan aku pada dia. Itu yang lahir dari dalam diri aku, maka aku perlu jaga hati akulah. Asalkan aku tidak ganggu hidup dia mahupun sesiapa, aku tak perlu risau apa yang orang katakan. Aku yang berhak tentukan kehidupan aku. Bukan orang lain. Apa yang penting aku ingin hidup bahagia. Aku dah tak larat untuk berduka lagi. Biarlah aku sayangi orang lain, asalkan aku tidak sayangi orang yang tidak hargai kasih sayang aku. Memang dia bukan akan hargai pun pada dasarnya, tetapi dia tidak akan buat sebagaimana pasangan aku buat pada aku. Jadi, aku akan alihkan kasih sayang aku pada orang lain, kalau bukan si dia pun, insyaAllah pada orang yang akan menyayangi aku sebagaimana aku menyayangi orang tersebut.

Oleh kerana kesibukkan aku kerja sekarang ini, memang aku sudah tidak dapat buat rutin harian aku. Tetapi aku perlu juga sesekali menjengah dan mengarang sesuatu dalam blog aku ni. Sekurang-kurangnya aku akan dapat membaca hasil nukilan aku sendiri nanti. Itupun bila aku betul-betul free la. Kalau tak, tengoklah, bila aku rasa nak baca, aku akan bacalah. Alhamdulillah, aku sudah agak gembira sekarang ini. Aku sukakan kerja baru aku, aku sukakan office baru aku, aku sukakan dia. Ha ha ha, tak boleh tinggal langsung pasal si dia. Memang, dia dah berjaya mengisi kekosongan dalam hati aku. Dia dah bertahta dihati aku sekarang, cuma tinggal untuk ditabalkan sahaja. InsyaAllah, kalau ada rezeki, kalau ada jodoh, adalah. Aku tetap yakin segala yang terjadi ada hikmahnya.