Tuesday, December 9, 2008

Pengorbanan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Pembuka bicara untuk kali ini dimulakan dengan terjemahan Bismillahirahmannirrahim. Adalah digalakkan bagi setiap muslim untuk memulakan sesuatu perkara yang baik itu dengan Bismillah. Janganlah nak buat jahat pun mulakan dengan Bismillah. Sepatutnya sebagai seorang yang sudah mumaiz, yang sudah boleh membezakan antara baik dan buruk, mengelakkan daripada melakukan kemungkaran. Sesungguhnya Islam menghindar penganutnya melakukan kemungkaran dimuka bumi ini. Namun mengapa masih ramai umat Islam yang banyak melakukan kemungkaran? Ini mungkin disebabkan kejahilan diri sendiri yang tidak mengetahui atau sengaja melanggar hukum berserta tidak dapat melawan tuntutan nafsu dan hasutan syaitan. Apa yang penting mahu puaskan hati. Pepatah melayu menyatakan, ikut rasa binasa, ikut hati mati, jadi kita perlulah sentiasa gunakan akal fikiran yang dikurniakan dengan sewajarnya agar mengelakkan diri daripada melanggar hukum Allah.

Didalam satu terjemahan Al-Quran, (sesungguhnya solat itu menghalang daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar). Oleh yang demikian, bagi memastikan kita untuk mengelakkan melakukan perbuatan keji dan mungkar, kita perlulah menjaga solat kita dan perbaiki amalan kita kepada Allah S.W.T. Sentiasalah berserah diri pada Allah dan minta perlindunganNya daripada fitnah manusia, jin dan syaitan. Sesungguhnya syaitan itu bertujuan untuk merosakkan anak Adam kerana itulah janjinya kepada Allah bagi membalas dendam terhadap hukuman yang diterima kerana tidak mahu sujud kepada Nabi Adam A.S. Sesungguhnya syaitan itu tidak akan berhenti dan rasa letih bagi merosakkan akidah anak cucu Adam. Syaitan tidak pernah bercuti daripada tugasannya. Matlamatnya ialah meramaikan penghuni neraka untuk bersamanya. Setiap muslim telah diajar mengenai syurga, neraka ini semenjak dari kecil lagi, namun mengapa kita masih leka?

Bersesuaian dengan mood raya Qurban ini, ingin aku bicarakan mengenai pengorbanan. Apakah yang kita faham mengenai pengorbanan? Kalau dalam bahasa inggeris disebut sebagai sacrifice, tetapi apakah maksud yang tersirat disebalik perkataan itu? Ada pendapat yang menyatakan setiap sesuatu itu perlukan pengorbanan. Tetapi adakah kita benar-benar sanggup melakukan pengorbanan? Sesuai dengan fitrah manusia yang mengandungi elemen tamak, amat sukar untuk kita lakukan sesuatu pengorbanan demi mencapai sesuatu matlamat. Ada yang mahukan segalanya dalam dunia ini tanpa mahu berkorban walau sedikit pun. Tetapi percaya atau tidak, pengorbanan paling besar yang kita perlu lakukan ialah menundukkan hawa nafsu kita sendiri. Memang ramai yang gagal ataupun tewas dengan tuntutan nafsu kerana kita hanya memikirkan untuk mendapatkan sesuatu dalam masa yang singkat tanpa mahu melakukan pengorbanan. Ramai yang mahukan kejayaan dalam sekelip mata sahaja. Itulah yang sering terjadi pada setiap manusia semenjak dari dahulu lagi. Mengapa kita tidak mahu belajar dari sejarah?

Banyak bentuk pengorbanan yang boleh dilakukan sebenarnya sekiranya kita benar-benar fahami Islam dan tunduk kepada Allah S.W.T. Seperti yang dikisahkan mengenai pengorbanan Nabi Ibrahim A.S. dan anaknya Nabi Ismail A.S. Pada waktu itu Nabi Ibrahim telah mendapat mimpi bahawa Baginda terpaksa menyembelih putera Baginda Nabi Ismail A.S. Nabi Ibrahim menunggu masa yang lama bagi menyambut kelahiran puteranya dan sesudah anak Baginda besar, Baginda telah diuji dengan ujian yang sebegitu. Maka Nabi Ibrahim pun telah menceritakan mengenai mimpinya kepada putera Baginda dan kerana kuatnya iman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, Baginda berdua bersetuju untuk melaksanakan maksud mimpi tersebut. Pada ketika Nabi Ibrahim meletakkan pisau dileher Nabi Ismail dengan tujuan melakukan sembelihan, dengan kuasa Allah, Allah menukarkan Nabi Ismail dengan seekor biri-biri. Sesungguhnya kedua Nabi tersebut telah melaksanakan maksud mimpi tersebut dan bermula daripada detik tersebutlah Qurban berupa haiwan peliharaan seperti lembu, kambing mahupun biri-biri dilakukan setiap kali menyambut kedatangan Aidiladha. Betapa tingginya kemuliaan dan keimanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail A.S. Adakah kita sebagai manusia sanggup berkorban sehingga ke tahap tersebut. Tidak. Memang kita sebagai manusia biasa tidak mencapai tahap keimanan setinggi Nabi Ibrahim kerana sesungguhnya Nabi adalah maksum. Sebagai manusia biasa kita hanya perlu bekorban melawan hawa nafsu, namun itupun kita gagal melaksanakan dengan baik.

Dikala aku mengarangkan artikel kali ini, hati aku dalam keadaan yang baik. Syukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya dapat aku hati yang tenang bagi membolehkan aku berfikir dengan lebih wajar dan dapat menumpukan kerja dengan sepenuh hati. Apa yang ingin aku ceritakan ialah berkaitan dengan kawan-kawan aku. Semalam aku dapat khabar gembira daripada dua orang kawan aku. Alhamdulillah, hajat aku untuk menolong kawan aku mendapatkan kerja, insyaAllah tercapai. Tiada lain yang aku harapkan melainkan beliau mendapat pekerjaan terbabit. Aku cuma introducer sahaja, selebihnya terletak kepada kemahiran kawan aku dan juga rezekinyalah. Setakat semalam, sign nya ok dan harapnya beliau dapatlah pekerjaan bagi menjamin masa depannya. Dalam perjalanan pulang, aku menerima satu lagi perkhabaran gembira apabila kawan aku yang lagi seorang memberitahu bahawa beliau sedang gembira sekarang ini. Alhamdulillah. Aku tumpang gembira dengan kegembiraan kawan-kawan aku walaupun dikala keadaan aku masih tidak menentu.

Itu semua bukan masalah bagi aku kerana memang aku boleh lupakan masalah aku apabila dapat mendengar khabar gembira kawan-kawan, ditambah pula kalau kawan-kawan aku mahu berkongsi masalah mereka bersama aku. Antara cara untuk aku lupakan masalah aku ialah dengan memberi bantuan kepada kawan-kawan aku. InsyaAllah, kalau ada orang datang meminta bantuan daripada aku, aku akan cuba tolong sebaik yang mungkin. Tiada apa yang aku harapkan melainkan melihat hajat kawan-kawan aku tercapai. Bagi aku, aku tidak harapkan sebarang balasan, tapi jangan membuat aniaya terhadap diri aku sudahlah.

Semalam keadaan dipejabat sangat seronok dimana ramai yang bercuti, jadi tinggal 5 orang sahajalah yang bekerja semalam dan yang penting si dia ada. Memang agak peliklah, kalau ada orang-orang lain, perbualan aku dengan si dia agak terbatas. Jadi apabila tak ramai yang ada, maka kami dapatlah berbual lebih banyak. Dia pun lebih selesa dalam keadaan begitu aku rasa kerana memang nampak ketara perubahan antara ada orang lain dengan bila tak ramai orang di pejabat. Mungkin dia juga agak malu untuk berbual dengan aku kerana takut jadi bualan mulut orang. Jadi aku pun tak kisahlah. Yang penting kami sama-sama professional dalam kerja dan tak akan kaitan peribadi dengan kerja. Aku memang tidak harap lebih-lebih dengan dia. Cukuplah sekadar kawan biasa buat masa ini kerana aku tidak mahu lakukan kesilapan lagi. Biarlah aku selesaikan dahulu masalah aku dengan pasangan aku dahulu sebelum membuka langkah baru. Panjang umur, banyak lagi masa untuk aku kenali hati budi orang lain sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan mahligai rumah tangga. Aku tak sanggup alami kegagalan dalam rumah tangga lagi selepas ini seandai ada jodoh dengan orang lain. Apa yang penting sekarang ini, aku perlu act seperti biasa dengan si dia, dan biarkan masa yang menentukan. Memanglah tidak lekang doa aku terhadap si dia, namun apabila aku sudah serahkan segalanya kepada Allah, maka aku harus sentiasa bertawakal kepadaNya. Yang buat aku bertambah seronok, si dia dah tukar wallpaper kat pc dia. Masa dia pamer gambar dia dan couple dia, aku tak la rasa apa sangat, tapi bila dia dah tukar, he he he, seronok la rasanya.

Hari ini tidak seperti semalam kerana ramai yang sudah masuk pejabat. Tidak mengapalah, asalkan aku masih boleh bertegur sapa dengan si dia seperti biasa sudah memadai. Apa yang menariknya hari ini warna pakaian kami sama, warna kegemaran aku, hijau. Ha ha ha, best, aku saja yang rasa seronok, dia seperti biasa sahaja, ha ha ha. Yang penting pagi ini aku dihadiahkan dengan sekuntum senyuman. Ha ha ha, angau. Taklah, senyum itu satu sedekah dan kita sesama Islam perlu memberi salam antara satu sama lain dan sentiasa senyum. Jangan terbitkan sikap sombong kerana Rasulullah S.A.W. pernah bersabda, tidak akan masuk ke syurga seseorang itu sekiranya memiliki sikap sombong walau sebesar zarah. Jadi untuk apa kita harus tanam rasa sombong antara satu sama lain? Siapakah kita? Hebat sangatkah kita? Kita ini hanya hamba Allah sahaja. Setiap orang sama sahaja. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing, jadi tak perlulah nak rasa bagus sangat. Kita kena selalu ingat, kaya atau tinggi pangkat kita sekalipun, akhirnya kita akan duk 6 kaki bawah tanah juga. Apa yang kita akan bawa? Pangkat? Harta? Takdenya, kita hanya dapat bawa amalan kita sahaja, itupun kalau kita rajin beramal, kalau tak, siap sedialah dengan soalan-soalan dari Malaikat Mungkar dan Nangkir. Didunia kita mungkin boleh lepas dengan segala tipu daya, tetapi di akhirat, wallahualam.

Sebagai rangkumannya, sebagai umat Islam, janganlah kita hanya pegang nama Islam itu disebabkan kita dilahirkan dari keluarga Islam. Kita perlu lebih menghayati ajaran agama Islam yang telah disampaikan oleh Rasulullah S.A.W. Memang kita tidak bertemu dengan Baginda S.A.W., tetapi Baginda telah tinggalkan kita dengan dua perkara iaitu Al-Quran dan Hadis. Dalam sabda Baginda, barangsiapa yang berpegang kepada dua perkara itu, insyaAllah tidak akan tersesat selamanya. Sama-samalah kita ambil iktibar dan pengajaran yang telah dijelaskan dalam Al-Quran dan Hadis. Sesungguhnya Al-Quran dan Hadis adalah sumber yang paling relevan dan tidak berubah mengikut zaman. Hanya bagi orang-orang yang merasakan mereka lebih pandai sanggup mengubah fatwa kononnya bagi menyesuaikan dengan peredaran masa dan zaman. Inilah golongan yang tunduk kepada hawa nafsu dan tidak sanggup berkorban. Memang ada yang sanggup berhabis duit untuk mengorbankan lembu mahupun kambing, tetapi berapa ramaikah yang sanggup bekorban bagi melawan hawa nafsu mereka?

Monday, December 8, 2008

Salam Aidiladha

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Syukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapatlah aku menyambung lagi kehidupan ini dengan kurniaan usia yang entah bila akan berakhir. Tiada siapa yang mengetahui bilakah ajal akan menjemput kita, oleh yang demikian kita sering diingatkan supaya bersedia bagi menghadapi sakaratulmaut kerana kematian itu adalah pasti. Setiap yang hidup pasti akan mati, jadi tiada siapa yang akan dapat lari daripada kematian. Hanya masa sahaja yang akan menentukan bilakah ajal akan datang menjemput kita.

Umat Islam seluruh dunia baru menyambut kehadiran Hari Raya Qurban ataupun Aidiladha. Alhamdulillah kerana kita masih berpeluang menyambut kehadiran Aidiladha tahun ini, tahun hadapan belum tahu lagi. Semoga masa yang kita ada ini digunakan bagi meningkatkan ketakwaan dan ibadah kita kepada Allah S.W.T. Tidak Allah jadikan manusia dan jin melainkan untuk beribadah kepadaNya, maka kita kena sering ingati bahawa tujuan Allah menjadikan kita ialah untuk mengabdikan diri dan sentiasa beribadah kepadaNya. Janganlah kita mudah lupa pada perkara asas ini.

Kehadiran Aidiladha tahun ini dikejutkan dengan tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Kurang 5 hari dari ulang tahun ke-15 tragedi Highland Tower, negara dikejutkan dengan kejadian yang setakat ini meragut 4 nyawa dan memusnahkan banyak rumah disekitar kawasan Bukit Antarabangsa. Ironinya kejadian terbaru ini tidak jauh daripada Highland Tower. Adakah kita tidak belajar dari tragedi sebelum ini?

Kawasan Bukit Antarabangsa merupakan kawasan golongan elit dan hanya orang yang betul-betul 'berduit' mampu untuk memiliki hartanah dikawasan tersebut. Kawasan tersebut memang sangat nyaman untuk didiami kerana disekitar kawasan bukit dan menawarkan panorama serta pemandangan yang menarik. Namun, adakah manusia tidak memikirkan risiko yang bakal dialami mendiami kawasan bukit? Kalau dahulu pepatah melayu ada menyebutkan 'kalau takut dilanda ombak, jangan berumah ditepi pantai'. Mungkin pepatah baru boleh dibicarakan 'kalau takut tanah runtuh, jangan berumah dilereng bukit'. Ini bukan satu gurauan atau sindiran, tetapi sampai bilakah manusia boleh sedar sedangkan sejarah telah membuktikan risiko mendiami kawasan berbukit.

Siapakah yang harus dipersalahkan? Pemaju? Menteri Besar? Pihak Berkuasa Tempatan? Perdana Menteri? Bangla Jual Karpet? Apabila berlaku kejadian seperti ini, masing-masing menuding jari menyalahkan pelbagai pihak yang dirasakan bertanggungjawab. Tetapi pernah atau tidak kita terfikir, mengapa Allah menurunkan bencana seperti ini? Tiada siapa yang mahu memikirkan sebenarnya setiap kejadian itu ada kaitan dengan kekufuran kita sendiri. Sesungguhnya Allah tidak akan menurunkan bala bencana disesebuah kawasan itu tanpa sebab. Adakah antara kita yang memikirkan mengapakah kejadian seperti ini berlaku? Pasti ramai yang hanya bergantung kepada kajian serta selidikan ahli kaji bumi dan sebagainya. Pernah atau tidak perkara ini dirujuk kepada ulama atau imam? Setakat ini tiada.

Aku tertarik kepada satu pemanggil dalam siaran Selamat Pagi Malaysia yang disiarkan pagi Sabtu yang lepas, pemanggil tersebut ada menyentuh mengenai agama, sesuatu yang berkaitan dengan tingkah laku manusia yang mungkin menyebabkan bala seperti tersebut terjadi, namun sayangnya pengacara terbabit seperti tidak berminat dengan pendapat pemanggil terbabit, memutuskan talian dikala pemanggil tersebut sedang rancak mengutarakan pendapatnya dan tidak memberi sebarang ulasan. Betapa jahilnya manusia seperti tersebut yang terus meminggirkan kuasa Allah. MasyaAllah. Bukanlah aku ni alim sangat, tetapi mengapa kita ni tidak mahu sedar setiap kejadian itu pasti bersebab. Wallahualam.

Apa yang ingin aku coretkan disini bukanlah untuk membincangkan perihal tersebut, cuma sebagai kesedaran untuk diri aku bahawa setiap apa yang berlaku adalah dengan izinNya dan pasti bersebab. Sejarah telah menunjukkan betapa kekuasaan Allah memusnahkan kaum yang kufur kepada nikmatNya sebelum ini. Lihatlah apa yang terjadi kepada Qarun dimana beliau dan hartanya telah ditelan bumi kerana kufur dengan nikmat yang Allah berikan. Begitu juga yang pernah berlaku pada umat-umat terdahulu yang engkar dengan suruhan Allah, habis ditelan bumi. Adakah kita mahu sampai jadi begitu baru mahu sedar?

Apa yang berlaku dewasa ini terlalu teruk dan sangat menyedihkan. Hukum yang Allah telah tetapkan diubah kononnya bagi menyesuaikan dengan peredaran masa. Apakah mereka ini merasakan Al-Quran tidak relevan pada masa sekarang ini? Itulah sebabnya mengapa bala yang menimpa semakin menjadi-jadi, tetapi tiada siapa yang mahu sedar. Para ulama dan mufti juga tidak berani bersuara dan beri pendapat berdasarkan nas-nas dan hukum kerana khuatir akan dipecat mahupun dipenjarakan. Apakah manusia ini lebih besar sehingga boleh mengubah hukum yang Allah tentukan?

Aku bukanlah orang yang layak untuk bicarakan bab agama ini kerana sesungguhnya aku juga bukanlah baik sangat. Banyak lagi ilmu agama yang aku perlu pelajari sebelum aku digelar layak bagi membincangkan isu agama ini. Apa yang mampu aku lakukan sekarang ini ialah perbanyakkan ibadah aku kepada Allah dan berharap agar segala amalan aku diterimaNya, insyaAllah. Selebihnya aku serahkan pada Yang Maha Kuasa, apa lagi yang mampu aku buat? Aku juga takut melakukan kesilapan dan dosa kerana sesungguhnya balasan yang bakal aku terima nanti amat perit, jadi aku memang serahkan diri aku kepada Allah dan aku berlindung dengan Allah daripada fitnah manusia, jin dan syaitan.

Setelah sekian lama tidak pulang kekampung, perjalanan aku kekampung tempoh hari terasa sangat jauh. Kalau sebelum ini setiap minggu aku mampu pulang kekampung, tetapi semenjak kerja ditempat baru ni, aku jarang balik kampung. Kalau tidak disebabkan untuk menyambut Aidiladha, mungkin aku tidak pulang, tetapi tidak pernah lagi aku beraya sendirian walaupun hari raya Qurban. Maka perjalanan aku terasa amat jauh jugalah kerana sudah lama tidak pulang. Sedangkan jalan itulah yang aku lalui sebelum-sebelum ini. Alhamdulillah aku selamat tiba dikampung walaupun sepanjang perjalanan hujan renyai-renyai.

Kalau sebelum aku pulang aku menjangkakan aku akan jadi sangap sangat kerana cuti lama dan tidak melihat si dia, ternyata telahan aku silap. Aku tidaklah jadi sesangap yang aku jangkakan kerana aku tidak teringat pun pada si dia. Kalau sebelum ini aku plan nak call ataupun sms masa pagi raya, tapi aku tak buat pun. Bukan sebab apa, aku dah malas nak buang masa dan buang duit buat masa ini. Tunggulah sehingga betul-betul kalau ada orang yang mahu bersama aku lagi. Tapi aku tidak sanggup lakukan kesilapan yang sama lagi. Kalau dahulu aku boleh dikudakan, diperkotak katikkan oleh pasangan aku sendiri, kali ini aku tidak akan biarkan diri aku diperlakukan sebegitu lagi. Aku perlu lebih berhati-hati selepas ini untuk mencari pasangan hidup. Bukan senang hendak mencari orang yang baik sekarang ini. Ramai yang pandai berpura-pura. Kalau sebelum kahwin bukan main baik sangat, satu keluarga sembahyang berjemaah, i'm very impress, tetapi lepas kahwin, segalanya berubah. Tak mengapalah, malas aku nak komen apa-apa, sebab itu antara mereka dengan Allah. Aku hanya perlu jaga ibadah aku sahaja.

Secara rangkumannya, kita perlulah hayati kehadiran Aidiladha dengan penuh rasa syukur dan insafi diri sendiri. Perbanyakkanlah bertasbih dan bertahmid memuji kehadrat Illahi. Gunakanlah peluang yang ada untuk perbanyakkan ibadah kita kepada Allah. Esok lusa mungkin kita akan kembali kepadaNya, maka janganlah mensia-siakan masa yang ada untuk lakukan perkara yang tidak berfaedah. Kehidupan perlu diteruskan selagi hayat dikandung badan dan kita perlu tempohi dugaan dan cabaran dalam kehidupan ini. Sungguhpun hari ini aku dapat berbicara dengan si dia, namun aku rasakan biasa sahaja dan tiada apa-apa yang istimewa pun. Ha ha ha, sempat juga nak selitkan kisah si dia. Salam Aidiladha buat semua.

Thursday, December 4, 2008

Segalanya Berkemungkinan

Hari ini aku tidak tahu apa sebenarnya topik utama yang hendak dicoretkan. Terlalu banyak perkara yang berlegar dalam kepala otak aku sehingga aku tidak dapat memfokuskan apakah tajuk yang harus aku coretkan. Apa yang berlaku semalam juga banyak sangat perkara-perkara yang berbeza. Inilah kehidupan, ada kalanya apa yang kita tidak jangkakan akan terjadi. Tapi kita perlu sedari, tiada siapa yang boleh meramal apa yang akan terjadi di masa akan datang, kita hanya mampu berusaha, tetapi yang menentukan hanya Allah S.W.T. Segalanya masih berkemungkinan.

Rutin harian semalam tidaklah banyak yang istimewa. Aku pun masih dalam keadaan yang tak menentu dan agak buntu. Perasaan aku ada kalanya ok dan ada kalanya tidak. Bos aku tiada jadi aku sumbatkan telinga aku dengan mp3, dengar lagu lebih baik daripada mendengar umpatan orang sekeliling, lagipun tidak mungkin ada orang nak cari aku, jadi aku pun buat kerja sambil ditemani lagu-lagu koleksi kegemaran aku. Memanglah dipejabat ini ada dipasang radio, namun aku lebih prefer dengar lagu dari koleksi aku sendiri. Lagi best, aku boleh ulangi lagu yang aku suka berkali-kali tanpa gangguan. Ha ha ha.

Semalam aku pulang awal kerumah, bukan kerana aku tiada kerja, namun aku macam tiada mood untuk stayback. Lagipun bukan sahaja kerana si dia tiada dipejabat, kalau dia ada pun tidak dapat menghalang aku untuk balik awal kerana aku seperti tawar hati pada dia. Bukan kecewa, tetapi malas nak fikir sangat pasal orang lain selagi kisah rumah tangga aku tidak diselesaikan lagi. Lagipun aku sudah ada rancangan sendiri iaitu bertemu rakan lama aku yang pernah menolong aku di kala aku sangat susah. Kawan aku itulah satu-satunya kawan yang tolong aku masa aku amat memerlukan orang menolong aku. Ialah, pada ketika itu aku menghadapi masalah untuk mendapatakan pekerjaan. Mujurlah kawan aku bekerja disyarikat keluarganya dan dengan mudah kawan aku ambil aku bekerja bersamanya. Memanglah kawan aku juga terhutang budi dengan aku masa kami sama-sama diuniversiti dahulu, namun aku bukanlah nak menjadikan itu sebagai mengambil peluang terhadap kawan aku. Aku memang tolong kawan aku dahulu tanpa harapkan apa-apa balasan. Dan dikala aku meminta tolong pada kawan aku, bukan hanya padanya seorang, ramai juga kawan-kawan yang aku hubungi, namun hanya kawan aku itu sahaja yang mahu tolong aku dikala aku hadapi masalah. Kawan aku juga tahu masalah yang melanda aku, tetapi beliau seorang yang sangat baik kerana beliau meyakini bahawa setiap orang boleh berubah dan deserve another chance to improve their own life.

Petang semalam salah seorang kawan lama aku ketika dibangku sekolah menghubungi aku. Walaupun kami ni bukanlah disatu sekolah yang sama, tapi kami hadiri kelas tusyen di pusat tusyen yang sama. Masa zaman sekolah dahulu memang kami agak rapatlah. Dia pun banyak tolong aku. Aku masih ingat lagi, masa SPM, aku memang langsung tak faham mata pelajaran Prinsip Akaun. Dari tingkatan 4 sampai 5, kalau peperiksaan, aku tak pernah lulus. Yang lebih menarik tu ketika tingkatan 5, masa peperiksaan pertengahan tahun, aku cuma dapat 15 markah dan waktu percubaan, aku dapat 10 markah sahaja. Ha ha ha, sengalkan. Aku tersenyum sendiri bila terkenangkan saat itu semula sungguh pun sudah belasan tahun berlalu. Itulah sebab aku pergi tusyen, dan masa tulah aku kenal dengan kawan aku itu. Masa peperiksaan SPM hendak bermula aku masih bermasalah untuk memahami subjek Prinsip Akaun, dan masa tu aku ambil tindakan nekad ajak kawan aku itu datang kerumah malam sebelum peperiksaan itu berlangsung. Mujurlah paper tu waktu petang, aku masih ingat lagi, hari peperiksaan itu pada hari Rabu. Petang Selasa tu, aku pergi kerumah pakcik kawan aku tu, dan minta kebenaran untuk membawa anak buahnya kerumah aku dengan alasan ulangkaji bersama. Alhamdulillah pakciknya membenarkan. Malam tersebut, aku buka past year question, dan aku minta dia ajar aku macam mana nak jawab soalan. Dia pun ajarlah aku apa yang aku patut buat dan jawab. Jadi dipendekkan cerita, masa peperiksaan berjalan aku pun ikutlah apa yang kawan aku ajarkan, Alhamdulillah ketika keputusan diumumkan, subjek pertama yang aku tengok ialah Prinsip Akauan.

Aku dapat C6, credit tu. Ha ha ha, punyalah payah aku nak faham subjek tu dalam masa 2 tahun, tapi dengan kawan aku tu dalam masa beberapa jam sahaja aku boleh faham. Sehingga cikgu aku pun terkejut dengan keputusan aku. Memang dia tidak menyangka aku akan beroleh keputusan sebegitu. Dia memang bajet aku kantoi punya, ha ha ha, kalau aku tak buat last minute punye action masa tu, confirm la aku kantoi, tapi Alhamdulillah, aku lulus dengan cemerlang kalau ikutkan standard akulah. Sehinggakan aku menjadi contoh kepada pelajar junior aku untuk beberapa tahun. Bukan cikgu tu seorang sahaja yang tak sangka dengan keputusan aku, ada seorang lagi cikgu aku memang agak tidak percaya dengan keputusan aku. Cikgu ni guru kelas aku dan dia ajar aku subjek BM. Kali ni bukan terkejut kerana keputusan aku baik, tetapi keputusan aku agak mengecewakan. Memang cikgu aku sasar aku dapat A1 berdasarkan prestasi aku masa sekolah, tapi sayang aku cuma dapat C4 sahaja. Aku juga amat sedih, tapi memang aku sudah mengagak aku tidak akan dapat A1, cuma tak la teruk sampai C4, paling kurang pun C3, barulah aku boleh dapat pangkat 1, namun, aku cuma dapat pangkat 2 sahaja. Cikgu aku suruh buat semakan semula paper BM aku, tapi aku malas. Bukan sebab apa, masa zaman tu kertas 2 BM suruh buat ringkasan. Aku bab ringkasan memang tak arif, kalau rumusan, bagi je, confirm takde masalah. Tapi aku tetap bersyukur dengan keputusan aku kerana masa zaman sekolah dulu, aku ni bukanlah rajin belajar, patut pun dapat keputusan macam tu, ha ha ha.

Oh ya, berbalik kepada cerita kawan lama zaman aku sekolah dahulu, kalau tak silap aku last dia hubungi aku sekitar dalam bulan 7 begitulah, masa tu aku dalam perjalanan ke mahkamah, jadi tidak banyak yang aku berbual bersama kawan aku. Semalam dia sempatlah bertanya kes aku, dan aku pun beritahulah, kes masih belum selesai. Dia cuma beritahu bahawa dia sudah dapat kerja tetap dengan kerajaan. Memang sebelum ini dia ada minta tips dan pandangan daripada aku, maka aku pun bagilah apa-apa tips yang aku tahu, tapi dia dapat kerja tu kerana usaha dia dan bukan kerana akulah. Sungguhpun dikala itu aku ada masalah dengan personel dalam kerajaan, namun tidak sesekali aku akan memburukkan agensi kerajaan terbabit. Aku tetap professional. Alhamdulillah, setelah sekian lama mencuba, akhirnya kawan aku tu berjaya juga mendapat jawatan tetap dengan kerajaan, tahniah buat kawan aku tu.

Selepas kawan aku telefon, aku tiba-tiba rasa tidak sedap hati. Memang lama aku sembang dengan kawan aku tu, lebih kurang 20 minit lebih la, memang ada beberapa perkara yang kawan aku sampaikan pada aku membuatkan aku rasa kurang senang. Bukan aku katakan kawan aku tu terkasar bahasa ke apa, tapi adalah beberapa perkara yang disampaikan pada aku yang tidak sedap untuk didengar, terus aku down a bit. Dah la ketika tu si dia memang tiada di pejabat, namun kalau dia ada sekalipun memang tak boleh buat apa selain mengusutkan kepala otak aku sahaja. Aku rasa geram dan sedih pun ada, tapi nak buat macam mana, aku kena terimalah hakikat bahawa inilah dunia yang aku perlu hadapi.

Maka aku pun ambillah keputusan balik awal semalam supaya aku dapat berjumpa kawan aku yang lagi seorang ni. Disamping itu aku juga memang ingin pergi mencari dvd, jadi memang kalau tidak berjumpa kawan aku pun, aku akan keluarlah. Sementelah kawan aku nak jumpa aku, maka aku buat dua kerja dalam satu masa. Aku pun sampailah ditempat yang dijanjikan awal dan menggunakan masa yang ada untuk carilah dvd yang aku nak. Dapatlah aku beli. Tidak lama kemudian kawan aku tu pun sampai. Dah lama aku tak jumpa kawan aku tu, dah makin debab pulak aku tengok kawan aku tu, entahlah. Biasanya kalau jumpa mesti kawan aku yang belanja aku makan, aku pun ajaklah kawan aku makan dahulu. Masa makan tu baru aku dapat tahu bahawa kawan aku sedang hadapi masalah. Aku mesti tolong kawan aku tu, itu sudah pasti. Sebab dikala aku susah, kawan aku nilah yang sudi tolong aku, jadi sekarang tibalah masa aku untuk tolong kawan aku. Kalau dahulu aku minta kerja dengan kawan aku, kali ini kawan aku minta aku dapatkan kerja untuk dirinya disyarikat aku bekerja. Syarikat keluarga kawan aku sedang hadapi masalah besar, maka kawan aku pun sekarang ni boleh dikategorikan sebagai jobless lah. Sudah 5 bulan kawan aku tidak dapat gaji, kesian kawan aku, nasib baiklah pasangan kawan aku itu bekerja, kalau tidak, memang payahlah dia. Dipendekkan cerita, aku teruslah hubungi bos aku dan insyaAllah bos aku sedang pertimbangkan kerana sebelum ini bos aku pernah tanya aku, ada tak orang yang nak kerja dari kalangan kawan-kawan aku? Masa tu aku tidak tahu kawan aku ni ada masalah, maka aku cakaplah nanti aku cari. Mujurlah post tu masih kosong, jadi aku akan cuba rekomenkan kawan aku tu pada bos aku. Kalaulah syarikat ni aku yang punya, sudah pasti aku akan ambil kawan aku tu bekerja dengan aku, tapi apa nak buat, aku pun kerja dengan orang. Macam mana pun aku memang berazam untuk tolong kawan aku yang ni sebaik mungkin. Aku tidak akan duduk diam selagi kawan aku tidak dapat kerja lain.

Jadi malam tadi punya makan under my bill la, takkan la aku nak pow kawan aku lagi, ha ha ha, lagipun selama ni kawan aku tak pernah berkira. Sepanjang aku kerja dengan kawan aku ni, kalau setiap kali makan, pasti kawan aku yang bayar, jadi dikala kawan aku hadapi masalah, aku wajib tolong kawan aku ni. Aku pun pulang kerumah sekitar jam 11 malam. Sidai-sidai pakaian yang telah aku cuci dan melipat pakaian sementara melayan dvd yang baru aku beli. Lepas tu aku tetiba la pula teringat akan si dia. Argh, malasnya aku nak ingat pada orang lagi, letih la, asyik aku sahaja nak teringat kat orang, orang bukan ingat pada aku pun. Sesekali aku tersebut nama dia, ha ha ha, angau, malas nak layan.

Oh ya, berbalik pada kisah semalam ketika dipejabat, masa aku banyak yang free dan aku pun melayarilah laman blog aku sendiri. Antara sebab mengapa aku menghasilkan artikel dalam blog ni ialah untuk dijadikan bahan bacaan aku dikala aku bosan. Aku bacalah beberapa artikel nukilan aku sendiri. Seandailah aku ni bukan aku, bila aku baca semula nukilan-nukilan aku, memang aku boleh rangkumkan penulis ni masih dalam keadaan tidak menentu. Tiada hala tuju. Sekejap macam tak suka pada pasangannya sekajap sayang. Sekejap tak mahu ingat pada orang baru, sekejap ingat sangat-sangat. Memang nampak tiada konsistensi. Betul tak my friend? (if you are reading my blog this time). Tapi ada disesetengah artikel tu memang menyentuh hati aku jugalah, mengalir jugalah air mata aku dikala aku membacanya. Pastinya ia berkaitan pasangan akulah. Dalam perjumpaan dengan kawan aku malam tadi pun, kawan aku juga sama seperti orang lain, menyarankan aku untuk tidak memikirkan atau mengharap lagi untuk bersama pasangan aku lagi dengan apa yang sudah terjadi sekarang ini. Memang betul, kadang-kadang aku rasa adalah tidak berbaloi, tetapi segalanya berkemungkinan. Memang tiada yang mustahil dan tidak mustahil pasangan aku boleh kembali kepangkuan aku (berangan kot?) entahlah.

Bila dalam keadaan buntu dan tak menentu ni, fikiran aku amat bercelaru. Adakalanya aku teringat pada pasangan aku, adakalanya aku rasa rindukan si dia. Yang mana satu ni? Walhal kedua-duanya tiada apa-apa perasaan pada aku, ha ha ha. Senyum sendiri la aku. Apa lagi yang mampu aku buat? Boleh, aku masih boleh kawal perasaan aku. Seperti yang kawan pejabat aku beritahu aku, segalanya berkemungkinan. Kawan pejabat aku yang ni tahu bahawa aku suka pada si dia, namun aku sudah jelaskan, aku tidak mahu rasa lebih-lebih kerana status aku. Lagipun aku tak mahu ulangi kesilapan yang sama, tapi kawan pejabat aku tetap meyakinkan aku bahawa segalanya berkemungkinan. Apa yang aku boleh buat sekarang ialah bersabar dan berdoa serta berserah pada Allah. Memanglah pagi ni si dia bersarapan dengan couple dia, tapi aku tak rasa apa pun, aku buat selamba sahaja. Kat pejabat, aku sumbatkan telinga aku dengan earphone, pasang lagu kuat-kuat supaya aku tidak mendengar apa-apa kata orang lain. Sedikit sebanyak dapat jugalah aku tumpukan pada tugas aku dan sebagaimana kebiasaannya, dikala aku sedang concentrate dengan kerja aku, aku akan berada dalam dunia aku sendiri dan tidak mahu gangguan lain. Jadi itulah sebabnya aku sumbatkan telinga aku.

Bila aku review semula artikel-artikel aku sebelum ni, memang ada beberapa artikel yang hampir sama. Mungkin sebab aku telah membuat sasaran akan hasilkan banyak karangan dalam satu bulan bagi mengasah semula skill penulisan aku. Tapi aku harus akui kualiti dan kuantiti tidak berjalan seiringan. Kualiti kurang bila kuantiti banyak dan kualiti yang baik apabila kuantiti kurang. Sebagai contoh dalam penghasilan kerja, adakalanya kita nak buat banyak kerja dalam satu masa tetapi hasilnya kurang memberangsangkan. Satu lagi contoh, bandingkan kereta proton dengan rolls royce, memang sangat berbeza, bukan nak kondem kereta buatan Malaysia, tapi itulah realitinya. Kereta proton boleh dihasilkan beribu-ribu unit dalam masa beberapa jam, sedangkan kereta rolls royce perlukan masa berbulan untuk menghasilkan satu unit kereta atau model. Itulah pasal harganya mahal sebab hand made dan dengan penghasilan yang sangat teliti. Begitu juga dengan penghasilan artikel yang aku buat pada blog ni. Banyak pun belum tentu ada kualiti. Tapi ianya bukan untuk apa, sekadar teman aku sahaja. Makin banyak penulisan yang aku hasilkan, makin banyaklah yang akan aku baca. Ada kalanya aku pun dah lupa apa yang aku karangkan, jadi dengan cara begini dapatlah aku mengimbau kembali kenangan-kenangan yang pernah aku lalui.

Secara rangkumannya, apa yang ingin aku simpulkan kali ini bersesuaian dengan tajuk yang aku buat iaitu segalanya berkemungkinan. Pagi tadi aku terima panggilan telefon dari mother aku memberi tahu cousin aku yang sudah membujang dan menyara anak-anak seramai enam orang yang sudah besar-besar akan bernikah lagi tidak lama lagi. Bakal pasangannya muda 10 tahun daripada dia dan kiranya muda dari akulah dan masih bujang. Dahsyatkan. Ada orang kampung aku juga akan bernikah semula dengan bekas pasangannya semula, Alhamdulillah. Itulah namanya ketentuan. Tiada siapa yang tahu apa yang Allah rancangkan untuk kita. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Jadi aku perlu jadikan ianya sebagai azimat bagi menguatkan semangat aku semula kerana segalanya berkemungkinan. Mungkin aku akan bersama semula dengan pasangan aku dan mungkin juga aku akan bersama si dia, ha ha ha. Segalanya berkemungkinan.

Wednesday, December 3, 2008

Ketenangan

Syukur kehadrat Illahi dengan limpah kurnianya aku dapat merasakan ketengan dalam diri sungguh pun ada kalanya keadaan aku tidak menentu. Lumrah kehidupan yang penuh dengan ranjau, onak dan duri. Setiap manusia yang lahir di dunia ini pasti akan menempuh pelbagai dugaan dan cubaan dalam kehidupan. Betapa indahnya ciptaan Allah dimana setiap orang akan melalui atau menempuhi dugaan yang berbeza. Setiap dugaan pasti akan disusuli dengan penyelesaian. Setiap dugaan yang diterima oleh setiap manusia bersesuaian dengan diri mereka sendiri. Dan dalam firman Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah (ayat berapa x ingat la), yang membawa maksud sebegini (lebih kurang), "Allah tidak menurunkan dugaan kepada seseorang sekiranya orang itu tidak layak menerima dugaan seperti itu", maksudnya disini, Allah mengetahui bahawa dugaan yang kita terima itu memang layak untuk kita. Allah Maha Mengetahui, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Sebagai hamba, kita perlu sentiasa tunduk pada perintah Allah dan menjauhi larangannya. Memang setiap manusia ini pelupa dan tidak akan lari dari melakukan kesilapan. Ada kesilapan yang kita lakukan tanpa disedari atau disengajakan dan ada juga kesilapan atau kesalahan yang kita lakukan itu memang kita sedari dan disengajakan. Jadi adalah menjadi tanggungjawab kepada kita untuk sering memohon ampun pada Allah dengan bertaubat. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan menerima taubat hambaNya. Jangka hayat seseorang tidak diketahui berapa lama, jadi janganlah ditangguhkan untuk bertaubat selagi peluang terbuka. Allah akan menerima taubat hambaNya sehinggalah nyawa hambaNya sampai ke kerongkong, jika kita lewat atau sengaja melengahkan masa untuk bertaubat, maka kita akan tergolong dalam golongan orang yang rugi. Harus juga diingat, setiap dosa kita dengan Allah, Allah boleh ampunkan dengan bertaubat tetapi dosa sesama manusia, hanya manusia sahaja yang boleh mengampunkan. Allah tidak akan menerima taubat hambaNya yang tidak memohon ampun dari orang lain, ini menurut keterangan sesetengah pendapat ulama. Jadi kita sering dianjurkan untuk saling bermaafan antara satu sama lain. Tiada salah untuk memohon ampun dan maaf pada orang sekeliling kita terutama kedua orang tua kita dan juga ahli keluarga serta sanak saudara. Janganlah menunggu sehingga hari raya baru nak minta maaf kerana kita belum tentu berkesempatan untuk menyambut hari raya yang akan datang.

Selain daripada itu, kita perlu memperbaiki dan memperbanyakkan amalan kita seperti melakukan solat-solat sunat dan mengaji Al-Quran. Percaya atau tidak, apabila kita rajin mengaji, insyaAllah, hati kita akan menjadi tenang, aman dan tenteram sungguhpun dikala itu kita menghadapi pelbagai dugaan hidup dan masalah. Ada sesetengah pendapat mengatakan, dugaan paling berat dalam hidup ialah dugaan dalam rumah tangga terutama yang melibatkan kehancuran atau kemusnahan rumah tangga. Bukan semua orang akan tempohi atau melalui dugaan seperti ini sungguhpun dewasa ini ramai sangat pasangan yang berpisah sungguhpun baru mendirikan rumah tangga.

Memang pada mulanya aku seperti tidak dapat menerima hakikat bahawa rumah tangga yang aku bina menuju kearah kehancuran. Aku tidak menafikan, masalahnya mungkin berpunca daripada aku. Tetapi aku sudah akui dan cuba perbetulkan keadaan, namun apakan daya sekiranya dosa aku tidak diampunkan oleh pasangan aku dengan terus menghukum dan tidak mahu selamatkan rumah tangga kami. Aku tidak salahkan dia kerana aku tahu hatinya hancur dek kesilapan aku, dan inilah harga yang aku perlu bayar diatas dosa dan kesilapan aku. Tidak hanya rumah tangga, tetapi kerjaya aku juga hampir musnah. Namun, alhamdulillah, rezeki Allah ada di serata dunia ini dan yang penting kita kena rajin berusaha. Begitulah juga dengan jodoh, mungkin jodoh aku dengan pasangan aku tidak berpanjangan dan mungkin dia akan lebih bahagia selepas ini dengan orang lain.

Aku tidak dapat menafikan bahawa memang aku sangat sedih dengan apa yang berlaku sehinggakan pada satu peringkat aku sudah berputus asa terhadap hidup aku. Memang agak sukar untuk aku menerima dugaan yang berat seperti ini dan sehingga kehari ini pun dikala aku terkenangkan pasangan aku, sebak rasanya. Aku memang sayangi dia, namun aku memang tidak terdaya untuk berbuat apa kerana dia sudah tiada hati pada aku. Adakalanya airmata aku berguguran apabila terkenangkan pasangan aku. Ia tidak kira masa, walau ketika makan sekalipun, kalau aku teringat pada pasangan aku, pasti aku akan mengalirkan air mata. Memang kadang-kadang aku rasakan tidak berbaloi untuk mengalirkan air mata buat orang yang tidak mahu hargai kasih sayang, namun, biarlah dia tidak menghargai kasih sayang yang aku curahkan selama ini, insyaAllah suatu hari nanti pasangan aku akan sedari juga bahawa akulah yang paling menyayangi dia melebihi segala yang ada didunia ini.

Semalam petang aku pulang awal, bukan kerana frust atau kecewa terhadap si dia, tetapi kerana aku mahu tidur awal bagi membolehkan aku bangun awal untuk tonton perlawanan man united. Mujurlah Man U menang bergaya walaupun membariskan pemain muda. Tapi setakat ini kalau ada kesempatan memang aku tidak akan lepaskan peluang untuk menontonnya. Sungguhpun petang semalam ketika aku pulang si dia masih ada dipejabat, kalau kebiasaannya aku akan tunggu sehingga dia pulang dahulu, namun, tiada siapa yang dapat mengatasi cinta aku pada man u. Ha ha ha. Walaupun aku sayang pasangan aku, namun kalau bandingkan pasangan aku mahupun si dia dengan man u, aku rasa aku lebih kepada man u. Maksudnya disini, sekiranya akan ada bakal pengganti yang bakal mengisi kekosongan dalam hati aku, orang tersebut perlulah memahami minat aku walaupun orang tersebut tidak meminati man u.

Aku pun tidur awal semalam bagi mendapatkan rehat yang secukupnya. Dan aku bermimpi bertemu pasangan aku, namun bukanlah dalam situasi yang menyeronokkan. Dalam mimpi tersebut pasangan aku datang dengan orang yang pernah sama-sama meminati pasangan aku suatu ketika dahulu. Dengan perasaan yang berang aku terus menumbuk dan memukul orang tersebut, tetapi orang itu terus ketawa dengan mengatakan bahawa pasangan aku sudah menjadi miliknya dan pasangan aku tidak mengatakan apa-apa selain menunujukkan wajah kebencian terhadap aku. Ketika aku memukul orang tersebut, pasangan aku bertindak menghubungi polis supaya menangkap aku, betapa kecewa rasanya aku. Dan selepas itu aku terjaga, dan masa tu menunjukkan pukul 2 pagi. Aku sambung semula tidur untuk bangun pukul 4 pagi, dan alhamdulillah aku bangun pada waktunya dan menyaksikan kemenangan bergaya man u.

Perlawanan tersebut habis dekat pukul 6 pagi. Aku rehat sebentar, dapatkan quality sleep untuk beberapa minit, kemudian terus bersiap untuk pergi kerja. Dalam perjalanan ke pejabat, tiada banyak yang aku fikirkan, aku hanya melayan radio disaluran kegemaran aku Lite FM. Sampai pejabat seperti biasalah, on pc check email dan kemudian pergi sarapan. Untuk 2 hari ni bos aku tiada, jadi aku akan agak sangaplah. Mujur aku sudah siapkan kerja yang diberikan dan aku hanya datang untuk membuat rutin kerja harian sahaja. Sungguh pun rutin harian aku tidak banyak selain menandatangani beberapa dokumen, aku perlu juga datang kepejabat untuk buat kerja. Aku sudah dibayar gaji, maka kenalah datang kerja sungguhpun tiada kerja yang perlu dibuat. Jadi nak buat apa? Buat pandai sajalah, ha ha ha. Cuma aku sekarang perlu lebih menyepikan dirilah. Bukan nak jadi seperti sebelum ini seperti kera sumbang, tetapi aku hanya akan bercakap bila perlu sahaja. Nanti kalau aku cakap lebih-lebih, orang kata aku mulut laserlah pulak, jadi aku tak perlulah expose sangat diri aku dan aku rasa lebih selesa dalam keadaan low profile. Memang aku tak suka kacau orang ok.

Esok petang lepas kerja, insyaAllah aku akan terus balik kampung. Semenjak aku bertukar tempat kerja, aku tidak pernah balik kampung lagi. Tidak seperti sebelum ini, selama lebih kurang 5 bulan, setiap minggu pasti aku akan balik kampung. Sungguhpun waktu itu harga minyak mahal, namun, dalam keadaan aku yang sangat lemah ketika itu, aku memerlukan sokongan daripada keluarga aku. Mujurlah aku masih mempunyai keluarga aku yang menyayangi aku. Kalau dalam artikel sebelum-sebelum ini, aku ada menyatakan aku mungkin akan rasa sangap sebab tidak dapat melihiat si dia untuk tempoh 3 hari, namun setelah menerima hakikat bahawa si dia sudah berpunya, maka aku tidak meletakkan sebarang harapan lagilah. Kalaupun sebelum ini aku berharap tetapi sekarang tidak lagi. Terima kasih buat kawan aku yang rajin menjengah ke blog aku kerana sering mengingatkan aku. You are true friend my friend. Semoga dia dapat juga bersama orang yang disukainya.

Sebelum aku mengakhiri karangan kali ini, ingin aku kongsi bersama semua orang bahawa setiap masalah pasti akan ada penyelesaiannya. Yang penting kita perlu mencari jalan penyelesaian dan bukan lari dari masalah. Lari dari masalah bukan menyelesaikan masalah. Untuk mendapatkan ketenangan jiwa, banyak-banyakkanlah mengaji Al-Quran dan berwirid, insyaAllah, kita akan tenang. Khas untuk kawan aku, amalkanlah ayat ke-4 surah Yusuf, insyaAllah apa yang dihajatkan tercapai. Sama-samalah kita berdoa pada Allah dan yakinilah bahawa Allah Maha Mendengar dan Allah akan kabulkan setiap permitaan kita. InsyaAllah.

Tuesday, December 2, 2008

Harapan

Setiap orang tidak akan lari daripada berharap. Semua berharap kepada perkara-perkara yang baik. Tiada siapa yang mahu berharap pada perkara yang susah. Manusia ni kadang-kadang agak tamak kerana harap semua yang baik sahaja walhal tidak semua yang baik akan berlaku pada kita. Ada kalanya kita perlu terima hakikat bahawa sesuatu yang tidak baik akan berlaku pada diri kita. Itulah lumrah kehidupan, adakalanya kita gembira, gelak tawa dan sebagainya dan ada kalanya kita akan bersedih, berduka dan menangis.

Aku bukanlah mahu ceritakan bab sedih atau kecewa. Aku sendiri pun tak pasti sama ada aku masih bersedih dengan apa yang terjadi antara aku dan pasangan aku, ataupun aku sedang bersedih kerana si dia. Rasa macam nak sedih, tapi aku tak rasa apa-apa. Kalau ikutkan aku sepatutnya bersedih tapi entah kenapa aku macam tak ada rasa sangat.

Setelah menilai semula apa yang berlaku selama ini, memang aku boleh rangkumkan bahawa sebenarnya budak-budak pejabat ni sengaja nak mengusik si dia dengan menggosip dia dengan aku. Pada aku, sudah tentulah aku rasa suka dan seronok bila digossipkan dengan orang yang aku suka, tapi dia belum tentu suka pada aku. Itulah sebab aku perlu menjelaskan beberapa perkara sebelum ianya menjadi semakin rumit. Memang bebudak kat sini suka sangat nak cari isu pasal orang lain, walhal aku dan dia memang yang paling senyap dan tak banyak ambil hal pasal orang lain. Aku tak kacau orang, dan aku memang harapkan orang tak kacau akulah. Buatlah kerja masing-masing dan tak perlulah busy body dengan orang lain punya personal life. Aku tak berapa kisah kalau dorang nak kacau aku sahaja, janganlah libatkan si dia, kesian tau, bukan sebab kerana aku ada feeling pada dia, tapi aku memang tak suka orang lain difitnah kerana aku. Kalau nak, kacau aku saja, taulah aku nak buat macam mana.

Memang kemana saja aku pergi, kalau environment melayu memang beginilah. Jadi aku kenalah terima hakikat aku tidak boleh lari dari environment yang membosankan seperti ini. Aku tak boleh nak buat apa selain buat tak tahu sahaja. Apa nak buat, orang melayu ni, memang suka sangat jaga tepi kain orang dan suka buat mulut. Ada ke patut aku yang tak kacau dorang pun, dorang boleh usik life aku. Lantak pilah dengan korang, yang aku tahu aku datang kerja nak buat kerja dan cari rezeki untuk sara hidup aku. Aku tak boleh mengalah dengan environment, aku kena adapt kepada environment sebegini kerana itulah realitinya. Lari dari masalah bukan boleh selesaikan masalah.

Punyalah panjang intro aku, sebenarnya apa yang aku nak ceritakan ialah aku macam tak dapat nak rasa sedih atau kecewa bila sepatutnya aku rasa sedih dan kecewa. Macam aku sudah tiada perasaan sahaja. Kenapa ya? Oh ya, biarlah aku ceritakan mengapa aku perlu rasa sedih. Umum mengetahui, penghasilan karangan mahupun artikel aku rata-rata banyak menceritakan perihal si dia. Jadi artikel kali ini juga tiada bezanya. Cuma bezanya ia mungkin dalam mood yang tidak menentu. Sedih? Entahlah, rasanya macam tidak saja. Tapi aku patut rasa sedih, ha ha ha.

Betul juga nasihat kawan aku, jangan biarkan harapan tu tinggi sangat. Mujurlah memang aku tidak berharap lebih-lebih. Adakalanya bagus juga berada dalam keadaan uncertain ni. Aku masih tidak pasti apa yang aku harus buat. Memang aku sudah ada make a move untuk mengenali dia, namun, aku perlu sedar, aku masih berpunya sungguhpun pasangan aku sudah tak mahu pada aku. Jadi aku tidaklah terlalu harap untuk bersama dia. Sebagaimana yang aku jelaskan pada dia tempoh hari, it's not necessarily aku akan approach dia walaupun aku suka pada dia. Apa yang aku tahu, aku suka pada dia dan sedikit sebanyak dapat distract ingatan aku terhadap pasangan aku. Setiap kali aku ingat pasangan aku, aku akan sedih, tetapi setiap kali teringat si dia, aku seolah lupakan masalah yang sedang melanda dan yang penting aku rasa gembira. Tapi hanya aku sahaja yang rasa begitu sedangkan dia tidak. Jadi aku pun tak kisahlah kerana aku sudah jelaskan pada dia, itu hak aku untuk suka dia dan kalau dia tak suka aku pun itu hak dia. No heart feeling. Kalau dia suka, alhamdulillah, kalau tak pun alhamdulillah.

Oleh kerana mungkin dia juga menyedari bahawa bebudak pejabat ni hendak menyakat dia dengan menggosipkan dia dan aku, maka dia pun buat satu tindakan yang betul pada pandangan akulah. Apa yang dia buat? Dia sengaja pamerkan gambar dia dan couple dia kat pc dia. Terdiam jugalah bebudak office ni termasuklah aku, tapi aku memang tak kisah sangat kerana aku memang tak akan rasa sedih ke apa sebab aku tidak berharap sangat. Berangan tu adalah, tapi berharap tu tidaklah sangat. Ada tu ada, tapi taklah sampai aku akan rasa sedih atau kecewa. Buktinya, aku macam tiada apa pun dan aku masih boleh tegur dia macam biasa dan dalam mesyuarat mingguan, aku telah kemukakan beberapa perkara yang dia minta aku bangkitkan masa aku meeting dengan dia hari tu. Jadi aku sudah buktikan bahawa aku memang professional dan perihal peribadi tidak akan menjejaskan fokus aku pada kerja. Apa yang penting, setiap apa yang dia harap aku sampaikan, aku telah laksanakan sebaik mungkin. Apa yang aku utarakan tadi bukan sahaja input dari dia seorang, tetapi termasuk juga input dengan 2 orang staff lain yang aku ada buat perjumpaan tertutup. Kalau boleh aku nak cuba puaskan hati semua pihak dan dalam masa yang sama menjaga kepentingan syarikat. Setakat ini aku lihat keadaan kewangan syarikat ok, jadi aku beranilah kemukakan beberapa perkara. Dan bos aku agak bersetuju. Bila dah ada dalam minit mesyuarat, maka tiada argument lagi selepas ini.

Aku tak mahu cerita pasal syarikat, aku pelik kenapa aku tak sedih-sedih lagi? Bila terkenang keadaan sebegini, ianya boleh dijadikan sebagai kayu pengukur tentang tahap aku suka pada si dia. Bila aku tak rasa apa-apa setelah mengetahui dia sudah berpunya, maksudnya aku mungkin hanya suka-suka sahajalah. Entahlah, aku pun tak tahu nak kata apa. Betul kata kawan aku, jangan letak harapan yang tinggi. Mujurlah aku boleh kawal perasaan aku. Kalau tak, haruslah aku frust menonggeng, ha ha ha...

Walau apapun yang terjadi, aku akan sedia hadapi dengan tenang. Hanya pada Allah sahaja tempat aku mengadu dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Aku bersyukur pada Allah kerana berikan aku kekuatan sekarang ini, walaupun sebelum ini aku seperti sudah tiada harapan lagi untuk teruskan kehidupan. Apa yang jelas disini, aku harus akui bahawa aku ni hamba yang daif dan lemah. Kalau sebelum ini aku memang tidak merasakan bahawa aku akan jatuh hati pada orang lain selain pasangan aku, namun aku silap, sebenarnya aku boleh jatuh hati pada orang lain, cuma tinggal lagi mungkin tahapnya tidak samalah.

Jadi apa yang aku harapkan ialah aku dapat kembalikan semangat aku yang telah hilang selama ini dan juga mendapatkan life aku semula. Itulah harapan aku. Memang aku tidak merancang untuk mencari pengganti dalam masa terdekat ni, kalau boleh, biarlah pasangan aku kembali bersama aku. Memang aku masih lagi berharap dan selagi tiada kata putus, selagi itulah harapan itu ada. Tapi kehidupan perlu diteruskan dan aku akan akur dengan segala ketentuan Allah. Seandai aku akan kekal bersama pasangan aku, alhamdulillah dan seandai aku ditakdirkan bersama orang lain pun, alhamdulillah. Aku hanya hamba Allah.

Blog atau Diari?

Aku sudah macam addicted untuk menghasilkan blog setiap hari. Bukan sebab apa, ini sahajalah cara bagaimana aku boleh merenggangkan ketegangan dalam fikiran aku. Ada sesetengah orang memang suka menulis diari. Macam arwah ayah aku, boleh dikatakan setiap hari pasti dia akan catitkan perkara-perkara yang berlaku pada hari tersebut. Seperti biasalah setiap apa yang kita buat ni apa pros and cons, tiada yang sempurna. Ada juga risiko menulis diari ni, tetapi itu hak peribadi masing-masing. Dengan menulis setiap peristiwa atau kejadian yang berlaku pada diri kita, ianya sedikit sebanyak boleh menolong kita menguatkan ingatan kita. Sifat manusia yang mudah terlupa, jadi apabila sering mencatatkan sesuatu kejadian itu, sedikit sebanyak boleh membantu kita menyemak semula apa akitiviti kita yang telah lepas.

Bagi aku, kalau kirakan dari dulu aku bukan rajin sangat buat catitan atau menulis diari. Memanglah kalau nak masuk tahun baru tu sibuk nak kan diari baru, tapi aku hanya akan tuliskan personal particulars sahaja, tiada buat sebarang catitan pun. Mungkin agak malas nak menulis, tetapi sekarang ni lain pula keadaannya. Well, manusia berubah. Pada mulanya aku menceburkan diri dalam penulisan blog ni bukanlah bersifat politik ke apa, mungkin terpengaruh dengan idola aku Tun Dr. Mahathir. Tapi Tun menghasilkan blog untuk berkongsi idea dan pendapat dengan orang ramai, sedangkan aku sekerang ini menghasilkan blog seperti penulisan diari. Lagipun web aku bukan dikunjungi sangat kecuali kawan aku yang seorang ni. Tak sangka jugalah dia rajin lawat blog aku dan tinggalkan komen. Thank you so much my friend. I really appreciate with your kind support.

Aku tak pasti apa yang sebenarnya aku mahu lakukan. Memang dahulu aku pernah bercita-cita nak menjadi penulis, tak kisahlah penulis buku ke, penulis lirik lagu ke, tapi aku suka membuat karangan kerana aku ni kuat berangan dan berimaginasi. Untuk menghasilkan satu penulisan yang baik, perlu banyak membaca. Antara orang yang aku kagum dari segi penulisan ialah Allahyarham Loloq, penulis lirik yang terkenal. Aku mula meminati Loloq setelah mendengar lagu Andalusia nyanyian M.Nasir. Memang lirik yang dihasilkan Loloq sungguh puitis dan banyak maksud yang tersirat. Tidak seperti penulis lirik yang lain, kebanyakkannya lirik yang direct yang tidak memberi peluang untuk berfikir. Bagi aku, aku memang suka berfikir dan bila mendengar lagu-lagu yang membuatkan aku perlu berfikir, aku akan cepat menyukai lagu tersebut. Aku ada juga baca profil mengenai Loloq sebelum ini. Kalau diikutkan memang beliau seorang yang suka membaca dan dirumahnya ada pustakaan sendiri dan memiliki pelbagai jenis buku. Ketika beliau mula-mula mendirikan rumah tangga, beliau tidak begitu pedulikan isterinya tetapi lebih banyak luangkan masa membaca buku-buku, menurut isterinyalah. Patutlah beliau boleh menghasilkan lirik yang cukup baik. Tetapi Allah lebih menyayangi dia dan beliau telah kembali kerahmatullah, Alfatihah buat arwah Loloq.

Aku tidak tahu apa yang nak dicatitkan hari ni kerana pelbagai hal terjadi semalam. Alhamdulillah semuanya bukan perkara-perkara yang tidak baik. Semuanya ok ok sahaja. Tapi apa yang aku mahu catitkan seperti biasalah, mesti sedikit sebanyak ada kaitan dengan si dia. Oh ya sebelum tu, just want to say thanks to my friend for remind me that i shouldn't put a high hope. That's a good advice and don't worry, I will try my best. And so far, I just can says that, I'm not put a high hope to be with new person, aku cuma nak mulakan hidup baru sahaja. Aku tak boleh terus dibelenggu dengan kisah silam kerana aku yang akan terus ketinggalan dan kerugian. Yang dah lepas biarkanlah berlalu. Let bygones be bygones.

Semalam kisahnya kami ada farewell dinner untuk bebudak practical kat office nie. Bebudak tu akan last day this coming friday, since ada bos yang bercuti awal, so dorang buat farewell dinner last nite lah. Aku memang sukalah apabila dapat luangkan banyak masa bersama rakan sepejabat. Kalau ditempat yang sebelum ini aku lebih banyak menyendiri, sekarang aku boleh bergaul dengan orang lain seperti biasa. Bagi orang yang mengenali aku, mereka memang tahu aku suka bergaul dengan staff walaupun selepas waktu kerja, jadi kalau selama 6 bulan sebelum ni aku sudah tinggalkan aktiviti seperti ini, aku perlu kembalikan diri aku semula. Apa yang nak diceritakan bukanlah menarik sangat. Cuma ini adalah peluang untuk aku dapat bersama dia dan seperti biasalah aku akan duduk sebelah dia, tapi bukan dekat, jauh la juga. Cuma tinggal lagi memang aku duduk bersebelahan dialah. Aku bukan nak tunjuk sangat aku suka kat dia ke apa, aku nak biar nampak macam biasa sahaja. Sebab selama ni sungguhpun aku jarang bertegur sapa dengan dia pun orang dok mengusik, jadi, aku nak mereka sendiri tahu bahawa sebenarnya tiada apa antara kami. Nak dijadikan cerita, sempat juga bebudak ni snap gambar aku dengan dia secara curi-curi lagi. Aku notice benda ni, tapi as usual, aku buat tak reti je. Lepas makan-makan, adalah sedikit sesi ucapan, lepas big boss beredar, kami lepak-lepak lagi ambil gambar dan sebagainya, lepas tu aku pun terus beritahu bebudak yang curi-curi ambil kami berdua untuk ambil gambar kami berdua secara terus, tak perlu nak curi-curi. Aku tak suka sebab ianya melibatkan maruah. Aku tak mahu maruah dia terjejas. Aku tak mahu dia difitnah kerana aku. Jadi mereka pun ambillah gambar kami, lepas tu dorang gelak-gelak. Tak apalah, dah korang nak sangatkan ambil gambar kami berdua, so dah dapat, lepas ni tak payahlah ok.

Bila aku terfikir, nak rasa perasan sikit, macam aku ni artislah pulak, ada paparazzi suka ambil gambar aku curi-curi. Dari zaman aku buat diploma dulu pun pernah satu kejadian yang ala-ala paparazzi terjadi. Masa tu aku terkejut jugalah, ialah, tengah aku berdiri depan kelas, tiba-tiba ada satu flash camera kat depan aku. Pas tu budak tu lari. Dorang nak ambil gambar aku, mintalah cara baik, bukan aku tak kasi, tapi nak buat macam mana, kalau diri aku dimintai, ha ha ha, perasan.

Berbalik kepada apa yang berlaku semalam, memang aku masih rasa janggal juga untuk membiasakan diri dengan orang yang aku suka. Itulah satu kelemahan aku yang aku sepatutnya atasi. Dia tak rasa apa-apa pun, aku saja yang perasan lebih. Tak apalah, yang penting aku nak nikmati rasa gembira dalam hidup aku. Bila hati aku tenang, secara tidak langsung akan membuatkan minda aku akan dapat berfikiran dengan baik. Kalau kepala tengah serabut, hati tengah kusut, macam mana nak berfikir dengan baik? Jadi aku perlu lebih matang dan lebih berhati-hati dalam membuat keputusan. Apa yang aku tahu, aku perlu lupakan kenangan silam yang menyedihkan. Memang sehingga ke saat ini, aku masih lagi teringatkan pasangan aku. Bohonglah kalau aku katakan aku sudah lupakan dia. Tidak, aku tidak lupakan dia dan aku tetap doakan agar dia bahagia. Aku tetap akan sayangkan dia. Walaupun kalau nak diikutkan lebih banyak yang memedihkan, tetapi itu bukanlah suatu yang boleh menyebabkan aku lupakan dia begitu sahaja.

Mungkin ramai yang tidak setuju kalau aku terus menaruh harapan untuk bersama pasangan aku. Tetapi aku tidak menolak kemungkinan untuk terus bersama dia. Segalanya berkemungkinan. Jodoh pertemuan Allah yang tentukan. Aku hanya mampu berdoa dan berserah pada yang Maha Kuasa. Seandai rumah tangga aku memang tidak dapat diselamatkan juga, aku akan redha dengan ketentuanNya. Aku memang tak sanggup sebenarnya untuk hadapi perkara tersebut. Itulah sebabnya aku perlu mencari sesuatu yang boleh meringankan sedikit kesedihan aku. Aku tak suka bersedih, kerana apabila aku bersedih, terlalu lama untuk aku pulih. Jadi aku tak boleh biarkan diri aku dalam situasi itu lagi. Apa yang aku risau, ianya akan menjejaskan kerjaya aku dan seterusnya masa depan aku. Aku perlu kuat dan tabah hadapi kehidupan yang penuh mencabar ini. Memang inilah yang telah ditentukan dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Dia tahu bahawa aku layak untuk hadapi kehidupan sebegini. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Semoga hidup aku akan lebih bahagia selepas ini dan semoga sinar kebahagiaan akan menerangi hidup aku dan juga keluarga aku dan kawan-kawan aku yang selama ini banyak memberi sokongan moral selama ini. Tidak lupa juga untuk pasangan aku, semoga beliau akan bahagia selepas ini.

Monday, December 1, 2008

Realiti atau Fantasi

Boleh dikatakan sekarang ini, dikala aku menghasilkan karangan ini, hati aku agak baik dan sedikit gembira. Aku memang sudah lama tidak rasakan kenangan atau saat-saat indah seperti ini. Rindu sangat pada keadaan begini. Kalau sebelum ini, selama lebih kurang 5 bulan aku dibelenggu kesedihan, sekarang ini aku dapat rasakan seperti sinar kebahagian telah menjenguk dihadapan pintu hati aku.

Keletihan sebab bekerja lebih masa dan kurang tidur tidak mengganggu mahupun menghalang aku untuk rasa gembira. Entahlah, aku bukanlah hendak berangan lebih-lebih, tetapi aku rasakan aku deserve untuk dapatkan life aku balik. Life aku yang sebelum ini sangat gembira telah dimusnahkan oleh kebodohan dan kesilapan aku sendiri. Aku sudah belajar dengan apa yang aku lalui selama ini. Harapnya aku tidak melakukan kesilapan bodoh lagi selepas ini.

Kalau hari semalam aku rasakan tidak menentu (uncertain) rasa tak sedap hati, tetapi syukur alhamdulillah, segalanya seperti satu keajaiban hanya kerana satu senyuman. Memang pada mulanya aku rancang untuk balik awal semalam kerana badan aku sangat letih dan kepala aku sangat berdengung. Tetapi mungkin disebabkan tindakan aku yang entah didorong oleh kuasa mana entah yang membuka peluang untuk aku berbicara bersama dia, menyebabkan seperti terungkai segala kekusutan dalam kepala aku. Memang dia tak buat apa-apa, cuma dari senyuman itu sahaja menjadikan hati aku cair. Ha ha ha, angau.

Seperti yang aku nyatakan, aku tidak tahu dari mana datangnya kekuatan yang mendorong aku untuk mengadakan perbincangan bersama dia. Memang pada dasarnya aku memanggil dia atas dasar kerja. Memang aku hendak adakan perbincangan dengan semua staff personally sebelum ini, tetapi dia memang tiada dalam senarai aku sebenarnya. Ini kerana dia tak direct berurusan dengan aku, itu yang aku macam kureng sikit tu, tetapi tak mengapalah, kerja tetap perlu diteruskan. Aku bukan mencari peluang, tetapi sekiranya peluang terhidang dihadapan mata aku, aku perlu gunakan sepenuhnya.

From my point of view, aku rasakan perlu lakukan beberapa perubahan polisi. Aku tidak boleh buat perubahan atau cadangkan penambahbaikan secara drastik, segalanya perlu dilakukan berperingkat dan perlu perancangan yang rapi. Kalau drastik sangat nanti orang tak suka. Biasalah akukan orang baru, orang-orang lama kat sini dah get used dengan polisi sedia ada, walaupun big bos dah bagi ruang untuk aku membuat sebarang penambahbaikan jika ianya perlu, tetapi aku perlu biasakan dengan persekitaran kerja terlebih dahulu. Aku perlu belajar dan memahami dahulu polisi sedia ada, dan jika aku rasakan ada penambahbaikan yang perlu dibuat, aku akan usulkan cadangan tanpa rasa prejudis. Apa yang penting sekarang ini ialah aku akan dahulukan kepentingan syarikat dahulu, selepas itu barulah aku akan lihat atau kaji untuk welfare pekerja. Kedua-duanya menjadi main concern buat aku. Itulah tugas aku dalam syarikat seperti ini.

Aku balik lewat semalam kerana rasa bertanggung jawab terhadap staff aku yang perlu kerja lebih masa. Ialah, mana aku tahu dia banyak kerja, dia pun tak bagi tahu aku masa meeting petang semalam, rupanya dia ada urgent thing yang perlu dibuat. Kesian dia, tapi dia tak membantah mahupun komplen masa meeting semalam. Kenapa dia tak bagi tahu ada urgent thing to do? Kalau tahu aku tak akan drag the meeting berpanjangan. Memang aku jelaskan pada dia, aku tak banyak peluang atau ruang untuk berbicara dengan dia, jadi aku katakan pada dia, inilah masa yang aku boleh gunakan untuk mengenali dia. Memang aku banyak concern pasal kerja, tetapi sesekali tu aku selitkan jugalah pasal personal. Dari segi respon dia, nampak seperti dia tidak kisah pun, syukurlah. Aku tak lah kata dia suka, tapi dia tak la tak suka dengan keterbukaan aku. Yang penting aku nak dia tahu dan faham situasi yang sebenar. Aku nak clear kan mind dia dan aku juga. Aku tak mahu terlalu banyak question mark dalam kepala.

Lepas kerja bos aku ajak aku jumpa client. Makan malam sama client. Punya la banyak benda yang disembang, sampai aku letih sangat. Balik rumah dah dekat pukul 12 tengah malam, mandi, solat dan terus tidur. Memang sangat lenalah tidur aku kerana aku memang sangat mengantuk, letak kepala sahaja terus lena tanpa fikir panjang. Sungguhpun dikala itu hati aku sangat tenang dan gembira kerana asyik teringatkan si dia, namun oleh kerana dek terlalu letih, aku pun terus lelap. Seronok juga apabila mengenangkan keterbukaan masing-masing. Ketika aku meeting dengan dia semalam, entah kenapa tiba-tiba aku tergerak untuk bertanya, perkara ini sebenarnya aku sudah mengagak dan telahan aku memang benarlah. Memang ada orang curi-curi snap gambar aku dengan dia waktu kami bersarapan ramai-ramai hari tu masa kami sedondonlah. Dia macam pelik juga macam mana aku boleh tahu, biasalah, aku ni punya instinct yang cukup kuat. Kalau nak diikutkan itu bukanlah kali pertama bebudak office ni attempt nak ambil gambar kami berdua, tapi kebetulan masa kami sedondon hari tu merupakan peluang yang sangat baik bagi mereka berbuat demikian. Aku beritahulah pada dia, sebenarnya bebudak office ni memang suka ambil port hal orang dan suka menggosip. Aku bukan tak perasan dengan sindiran mereka sebelum ini, tapi memang aku buat bodo sahajalah dan dia pun setuju untuk terus buat bodo. Lagipun memang tiada apa-apa antara kami, apart from perasaan aku pada dia. Dia beritahu bahawa gambar tersebut ada dalam pc dia dan lepas meeting semalam aku pun lihatlah gambar tu. Pelik juga aku, kenapa dia tak delete sahaja gambar tersebut? Another question without answer. I don't want to make any assumption. To me it's better for the time being, buat bodo jer. Bukan bodoh tapi buat tak tahulah.

Aku jelaskan pada dia bahawa it not necessarily kalau aku mahupun sesiapa admire pada seseorang orang tersebut akan approach orang yang dia admire. Begitu jugalah dengan keadaan aku sekarang. Apa yang aku nyatakan pada dia ialah, dia patut rasa syukur kerana dia disukai orang. Aku bagi perbandingan pada dia, mana lebih dia suka, orang suka kat dia ataupun orang benci pada dia? Sudah tentu tiada siapa mahukan dirinya dibenci orang lain, jadi apabila diri disukai, kita perlulah bersyukur. Orang yang suka kita tu punyai sebab mengapa suka pada kita dan sesungguhnya dia sendiri tidak tahu bahawa dia akan sukakan sesiapa. Perasaan itu boleh datang pada bila-bila masa. Kena pula apabila orang yang diminati tu menepati ciri-ciri orang yang diidamkan selama ini, maka perasaan tersebut akan lebih mudah berputik. Tetapi pada aku, aku perlu kawal perasaan aku. Apa yang aku buat semalam ialah untuk menerangkan apa yang patut. Aku bajet nak kerja lama dan kalau boleh kekallah di syarikat ini. Jadi aku tak mahu akan timbul masalah yang tidak sepatutnya berlaku. Aku memang tak mahu libatkan peribadi dengan kerja. Aku professioanal. Kerja is kerja, peribadi is peribadi.

Oh ya, pagi tadi aku agak malas pula nak bangun, mungkin sebab letih kot, tapi aku tak boleh malas-malas sebab aku kena cari rezeki untuk sara hidup aku. Antara sebab mengapa aku rasa malas nak bangun ialah kerana aku bertemu dia dalam mimpi malam tadi. Best tau rasanya mimpi bertemukan orang yang kita suka. Tetapi itu hanya dalam mimpi dan mimpi ni mainan tidur sahaja dan bersifat sementara. Alangkah indah kalau apa yang kita mimpi itu menjadi nyata. Oleh yang demikian aku perlulah realistik, dan tidak boleh biarkan diri dibuai mimpi. Aku pun bangunlah bersiap-siap untuk pegi kerja dan itulah yang lebih baik kerana aku akan dapat bertemu dia di alam realiti.

Syukurlah, setelah perbincangan kami semalam, adalah perubahan positif. Walaupun tidaklah drastik, tetapi sekarang ni gap yang ada sebelum ni seperti dah narrow sikit. Atleast diapun dah boleh bertegur sapa dengan aku dan yang penting dia tidak lokek dengan senyuman dia. Akhirnya hadir juga seseorang yang boleh distract attention aku. Dia pun faham dengan situasi aku, rasanyalah, so baguslah kalau begitu. Aku pun tak perlulah rasa janggal ke apa lepas ni dengan dia, dan harapan aku agar aku dapat sekurang-kurangnya berkawan dengan dia. Terlalu awal untuk aku bicarakan soal cinta ke apa, apa yang aku buat sekarang ialah untuk mendapatkan semula semangat aku yang sudah hilang. Semoga Allah gantikan aku dengan sesuatu yang lebih baik setelah Dia mengambil sesuatu daripada aku. Frankly aku harap dialah, tapi aku serahkan segalanya pada Allah. Walau apa jua yang kita lakukan, kita perlu bergantung kepada Allah. Itulah yang paling terbaik untuk kita buat. Setelah berusaha dan berdoa, kita tawakal sahajalah. Realitinya aku memang sudah suka pada dia dan Fantasinya aku mengharapkan dapat bina sebuah mahligai bersama dia hingga ke akhir hayat. Wallahualam.