Aku terpanggil untuk mencoretkan blog bertajuk 'Dilema Melayu' kesan daripada menonton cerita melayu lama 'Sultan Mahmud Mangkat Dijulang'. Aku telah perhatikan daripada zaman dahulu lagi, cerita-cerita zaman kesultanan Melayu yang digarap berdasarkan sejarah menunjukkan bahawa daripada dahulu lagi masyarakat Melayu ni mempunyai satu penyakit yang amat kronik iaitu PhD (Perasaan hasad Dengki).
Kenapa bila cerita pasal orang Melayu, tak boleh lekang atau lari dengan sikap dengki khianat nie? Atau memang orang Melayu ni memang tak boleh lari dari sikap dengki khianat? Bukan setakat dalam drama atau filem, tetapi realiti kehidupan menunjukkan masyarakat Melayu ni suka berdengki antara satu sama lain. Buktinya, sekiranya di suatu kawasan terdapat 2 peniaga melayu yang mengusahakan perniagaan yang hampir serupa, pasti tidak lama kemudian salah satu daripada peniaga melayu ini akan lingkup (bankrap) disebabkan khianat oleh peniaga yang lagi satu.
Mengapa hal serupa ini terus berlaku? Sesudah 50 tahun merdeka, nak masuk tahun ke 51, dizaman serba canggih dan moden, namun penyakit melayu ini masih tiada ubatnya. Kalau kita lihat sekarang, siapakah yang pegang ekonomi negara? Berapa peratuskah orang Melayu yang berada dalam bidang ekonomi? Kaum India yang minoriti pun mempunyai usahawan-usahawan yang berjaya dan berada dalam ranking yang lebih baik bagi usahawan terkaya di Malaysia. Orang melayu di tempat ke berapa dan hanya ada beberapa kerat sahaja.
Penyakit melayu ni atau boleh la diistilah sebagai dilema melayu (bahasa lembut sikit), memang susah nak diubati selagi kita tidak mengamalkan ajaran agama Islam (majoriti orang melayu beragama Islam). Dalam ajaran Islam, kita diajar sesungguhnya semua umat Islam itu bersaudara, jadi kalau kita fahami konsep ini, takkan kita sanggup khianati saudara kita sendiri? Tapi hakikatnya orang Melayu ni, sesama darah daging sendiri pun sanggup tikam belakang, sanggup dikhianati. Ini menunjukkan bahawa, orang melayu tidak menyayangi bangsa sendiri. Jangan asyik nak komplen dalam akhbar tiap hari tentang kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI), kerana, kalau orang melayu terus berdengki dan berbalah sesama sendiri, sudah tentu ada pihak yang akan mengambil kesempatan disebabkan kelemahan orang melayu yang tidak mahu bersatu.
Aku masih teringat dengan kata-kata seorang penceramah agama dalam ceramah mengenai orang melayu masa aku kecil dulu, antara bait-bait syarahannya aku teringat yang ni, 'masa diakhirat nanti, dalam neraka, setiap kaum diletakkan dalam lubang-lubang yang berasingan mengikut kaum. Setiap lubang itu dijaga oleh para malaikat yang akan menolak manusia-manusia yang cuba keluar dari lubang tersebut. Dalam banyak-banyak lubang, lubang untuk kaum Melayu sahaja yang tidak dijaga malaikat kerana, orang-orang melayu didalamnya akan cuba menarik orang yang diatas jangan sampai keluar bagi membolehkan orang yang menarik mencari jalan keluar.'. Sungguhpun kesahihan perkara ini tidak dapat dipastikan, namun, apa yang tersirat dalam ucapan penceramah ini adalah hakikat orang melayu dimana orang melayu sanggup tengok bangsa sendiri jatuh asalkan beliau dapat naik atas. Mengapa tidak kita sama-sama naik? Rugikah kita kalau semua orang melayu kaya raya? Mengapa kita sanggup tengok orang melayu menjadi hamba dinegara sendiri?
Walaupun dalam ajaran Islam kita ditegah dari berkawan dengan bangsa Yahudi, namun, apa yang kita boleh pelajari dari kaum Yahudi ialah semangat persaudaraannya. Kaum Yahudi sanggup berbelanja dikedai kaumnya sungguhpun harga barangan yang sama dikedai kaum lain dijual dengan harga yang lebih murah. Itulah sebab ekonomi dunia dikawal oleh puak Yahudi ni dan itulah sebab Yahudi boleh bina negara sendiri walaupun pada awalnya mereka ini pendatang haram di Palestin. Orang melayu? Kalau pekedai melayu jual lebih 5 sen pun sanggup beli barangan kat kedai bangsa asing, itulah sebabnya orang melayu susah nak maju.
'Tidak Melayu Hilang diDunia' ungkapan keramat laksamana Hang Tuah. Tapi adakah kita lupa bahawa Hang Tuah, hulubalang Melaka pun turut dikhianati dan didengki oleh pembesar istana yang tidak senang melihat keistimewaan yang diberikan kepadanya oleh Sultan Melaka? Hebatnya dengki khianat melayu sehingga menyebabkan Kesultanan Melayu Melaka tumbang dan tiada sultan sehingga kini sedangkan sejarah telah menunjukkan kesultanan Melayu Melaka merupakan satu sistem pentadbiran kerajaan beraja pertama di Tanah Melayu. Memang hebat orang Melayu sehingga Sultan pun dapat dijatuhkan.
Sebagai anak Melayu, aku sering ingin membuat perubahan terhadap sikap dan sifat melayu yang tak pernah rehat dari sikap dengki khianat ni. Namun, apakan daya bagi aku yang minoriti ini ingin menentang atau membaikpulih sikap orang melayu, at the end, aku jugak didengki oleh bangsa aku sendiri.
Kita boleh tengok la sekarang ni betapa Melayu menjurus kearah perpecahan. Pergolakkan politik sesama melayu dibesar-besarkan malah tak mengikut ajaran Islam yang sepatutnya. Adakah patut dalam satu kampung itu sekiranya fahaman politik berbeza, orang kampung tak mahu menghadiri upacara kenduri kahwin mahupun urusan pengendalian jenazah? Malah pernah terjadi, dalam satu masjid kena ada 2 imam disebabkan perbezaan fahaman politik. Terbaru, bapa tak mahu mewalikan perkahwinan anak gadisnya kerana perbezaan fahaman politik. Inilah melayu, yang sanggup jatuhkan bangsa sendiri demi kejayaan diri sendiri.
Adalah tidak adil sekiranya aku menyatakan semua melayu bersikap begitu, namun hakikatnya majoriti orang melayu nie memang pakar dan berpenyakit PhD nie. Tak yah belajar susah-susah, tak payah keluar modal banyak, rata-rata orang Melayu ni memang ada PhD. Orang melayu ni sanggup buat apa sahaja demi melihat orang lain jatuh, kalau tak buat cara kasar, buat cara halus. Melayu dan sihir, bomoh, dukun dsbnya memang tak dapat nak dipisahkan. Asal matlamat dan hajatnya melihat bangsa sendiri jatuh, melayu sanggup buat apa sahaja.
Orang melayu ni kalau lebih didengki, kalau kurang dibenci. Kalau yang berpangkat besar, mulalah nak tunjukkan keegoannya dengan menindas bangsa sendiri. Hal ini banyak terjadi dikalangan pegawai-pegawai kanan sama ada sektor kerajaan mahupun swasta. Cuma bezanya perkara ini lebih ketara disektor kerajaan kerana majoriti pegawai kerajaan adalah orang melayu. Itulah sebab sistem pentadbiran kerajaan lembab macam lembu sebab ramai sangat melayu. Mana yang berpangkat besar, sibuk tunjuk kuasa, mana pekerja bawahan, lebih banyak makan gaji buta dengan bersembang, mengumpat dan ntah apa2 lagi aktiviti yang tak menunjukkan sebagai kakitangan kerajaan yang sewajarnya. Kalau ada pegawai yang rajin bekerja, pegawai tulah yang akan sering diberi kerja dan tak lama kemudian pegawai tersebut mungkin ditukar atau ditamatkan perkhidmatan atas khianat bangsanya sendiri.
Orang melayu ni pun memang jenis tak kenang budi. Sesuai dengan peribahasa yang melayu sendiri cipta 'kacang lupakan kulit'. Kita tengoklah apa yang terjadi sekarang, mengapa mantan PM yang telah banyak menabur bakti membangun negara dikritik hebat oleh para pengkhianat bangsa yang pernah bekerja bersama Tun Dr. Mahathir? Apakah salah Tun menegur kesilapan pentadbiran kerajaan sekarang demi pembangunan negara yang tercinta? Inilah sikap melayu yang mudah lupa, bila tiba masanya nanti tak hairanlah sekiranya negara ini dijajah semula ataupun melayu menjadi hamba dinegara sendiri. Kita boleh lihat sekarang ini, ramai orang melayu yang kerja sebagai pengutip sampah dikawasan pendatang-pendatang dan kaum lain. Bukan menghina kerjaynya sebagai pengutip sampah, tapi adakah kita sanggup melihat bangsa melayu diperhambakan dinegara sendiri? Sepatutnya PATI2 ataupun bangsa lain yang memenuhi kuota pekerjaan tersebut, ini tidak, bangla, indon, keje kat dalam tempat berhawa dingin seperti direstoran makanan segera ataupun distesyen minyak.
Bangunlah wahai bangsaku. Aku menyedari risiko yang bakal aku hadapi dengan menyiarkan artikel ini kerana sudah pasti melayu yang berpenyakit dan tak mahu mengubati penyakit dengki ini akan mencemuh dan beranggapan negatif terhadap artikel aku ni. Kita boleh kaji sejarah melalui drama atau filem melayu dulu, cerita melayu sekarang pun tak kurangnya mendedahkan betapa ironinya melayu dengan sikap dengki khianat. Sanggup menjatuhkan bangsa sendiri. Bangsa lain bukanlah baik sangat, tetapi mereka tak sekejam orang melayu yang sanggup buat apa sahaja demi menjatuhkan orang yang didengkinya.
Melayu, jika disebut perlahan-lahan (Me La Yu), memang akan jadi layu sebab nama pun dah melayu, memang akan melayukan bangsa sendiri. Adakah orang melayu yang sanggup sahut cabaran bagi membuang penyakit dengki ini? Mungkin sampai keakhirat la melayu ini tidak akan sembuh dengan penyakit dengki ini kerana ianya memang penyakit turun temurun. Tak payah diajar, bila bergelar melayu je, sifat dengki ni dah sebati dengan orang melayu. Ibarat Melayu bersamaan dengan Dengki (Melayu=Dengki). Inilah dilema Melayu bangsaku yang menjatuhkan bangsa sendiri!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment