Wednesday, May 28, 2008

Tun Mahathir - Pemimpin Terunggul

Aku dibesarkan dalam zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir. Sepanjang 22 tahun Tun mentadbir negara telah banyak pembangunan untuk rakyat Malaysia yang dibuat. Malah nama Malaysia semakin gah diserata dunia.

Sepanjang pentadbiran Tun, memang ada turun naiknya. Tapi kalau nak dikira, lebih banyak jasa yang telah Tun taburkan untuk rakyat Malaysia. Kebijaksanaan Tun memimpin negara tiada siapa yang boleh menyangkal lagi. Sepanjang memerintah negara Tun mempunyai 4 orang Timbalan yang bertukar ganti. Dalam 4 orang yang pernah menjadi orang no 2 Tun, yang paling baik sekali ialah Allahyarham Tun Ghafar Baba.

Tun Mahathir merupakan seorang yang bijak dan memang dianugerahkan untuk menjadi pemimpin yang terunggul. Menurut satu kajian, Amerika Syarikat memerlukan tempoh masa selama 200 tahun untuk menjadi terkenal seperti sekarang, tetapi Tun Mahathir hanya mengambil masa 22 tahun untuk meletakkan Malaysia terkenal diseluruh dunia. Keberanian Tun dalam menetang dasar-dasar barat amat mengkagumkan. Ketika negara dilanda kegawatan ekonomi, Tun tidak tunduk dengan desakan untuk meminjam dari IMF.

Kalau nak diceritakan sumbangan dan jasa yang telah Tun Mahathir buat pada Malaysia, memang tidak terkira. Malah kalau nak digarap kesemuanya, tak cukup satu page blog nie. Boleh bikin satu buku tebal untuk menceritakan segala sumbangan Tun selama ini.

Apa yang mengecewakan adalah sekarang ini pihak kerajaan Malaysia tidak mahu mempedulikan pandangan dan nasihat Tun Mahathir. Negara-negara luar berebut-rebut nak minta pandangan dan nasihat Tun sungguhpun Tun telah melepaskan jawatan sebagai PM. Pemimpin negara sendiri yang bongkak dan sombong tak mahu mendengar nasihat Tun yang jauh berpengalaman. Malah ramai menteri yang dok kutuk Tun sedangkan rata-rata menteri yang ada adalah bekas menteri yang pernah dilantik oleh Tun sendiri.

Memang tidak dinafikan, dalam 22 tahun memerintah, terjadi juga beberapa perkara yang tidak elok. Namun apa guna kita nak kenang 2-3 perkara yang tak elok sedangkan jasa dan sumbangan Tun tak terkira? Ibarat kacang lupakan kulit. Inilah yang terjadi kepada rakyat Malaysia sekarang dimana terus melupakan jasa dan sumbangan Tun selama ini.

Tun Mahathir terbukti seorang pemimpin yang berwawasan. Sepanjang Tun memerintah negara, harga barang walaupun naik, tetapi tidak lah mendadak. Harga minyak naik, tapi tak la naik sampai 25 sen dalam satu masa.

Sekarang ini apakah wawasan 2020 yang dilancarkan oleh Tun akan menjadi kenyataan? Kalau nak diikutkan, tinggal lagi 12 tahun untuk ketahun 2020. Tapi dalam keadaan sekarang, nampak gayanya macam tak ada harapan je.

Sebagai seorang penyokong setia Tun, aku memang merasa sedih bila melihat Tun melepaskan jawatan PM, namun aku tetap realistik kerana takkan kita nak terus harapkan Tun pimpin negara. Ini kerana Tun pun perlukan masa untuk dirinya setelah menyumbang bakti kepada negara selama 22 tahun. Memang Tun perlu berehat walaupun pada dasarnya Tun merupakan seorang yang kuat bekerja. Itulah sebabnya selepas bersara Tun masih aktif dalam memberi ceramah dan forum di dalam dan luar negara.

Aku sentiasa berdoa agar Allah panjangkan umur Tun dan semoga Tun sihat sejahtera demi memperjuangkan hak rakyat Malaysia. Mungkin dalam kebijaksanaan Tun, Tun tersilap pilih pengganti yang diharapkan dapat membangunkan negara. Memang pada mula aku memikirkan tidak adil untuk buat perbandingan antara Pak Lah dengan Tun, tetapi oleh kerana keadaan yang semakin meruncing sekarang ini, aku lebih memihak kepada Tun Mahathir. I'm very sorry Pak Lah, you are not capable enough to lead this country. Although you are the cleaness among others, but you have no carisma to become a leader. You should step down for the sake of Malaysian.

Tun Mahathir telah meletakkan penanda aras yang cukup tinggi buat pemimpin yang seterusnya. Oleh yang demikian, bagi mana-mana wakil rakyat yang dok mengintai post no 1 Malaysia ni, rajin-rajinkanlah merujuk atau meminta pandangan dan nasihat daripada Tun Mahathir. Tidak ada ruginya mendengar pandangan Tun Mahathir kerana Tun telah buktikan kejayaannya sebelum ini. Tun memang dalam kelas tersendiri. Tun tidak buang masa main golf, tak buang masa untuk hadiri program-program hiburan yang melekakan dan yang paling utama Tun kekalkan sistem pentadbiran Islam tanpa perlu mengenalkan konsep Islam Hadhari yang telah disangkal oleh ramai ulama dinegara ini.

Teruskan perjuangan mu Tun Mahathir bagi menyelamatkan Malaysia. Khidmat dan sumbangan Tun masih diperlukan bagi menjamin kesejahteraan rakyat Malaysia.

No comments: