Thursday, June 5, 2008

Dr Mahathir Mohamad vs Pak Lah

Dr Mahathir Mohamad vs Pak Lah:

Kenaikan harga minyak sebanyak 78 sen memang menunjukkan sikap kejam Maha Zalim pemilik nama Abdullah Ahmad Badawi a.ka. Pak Lah. Kalau semasa zaman Tun Dr. Mahathir, sepanjang 22 tahun memerintah negara, kenaikan harga minyak yang dibuat oleh Tun hanya berjumlah RM0.91 sahaja. Kalau ikut purata, 0.04 sen seliter dalam setahun. Zaman Pak Lah, dalam 5 tahun memerintah jumlah keseluruhan kenaikan harga minyak dah berjumlah RM1.35 seliter. Purata RM0.27 seliter setahun. Apa punya bangsa lah Pak Lah ni?

Zaman Tun Dr Mahatir perintah negara, banyak pembangunan untuk kesenangan rakyat dibina. Walaupun dua kali mengalami kegawatan ekonomi sepanjang pemerintahan Tun Dr. Mahathir, namun rakyat masih hidup selesa walaupun tidak mewah. Zaman Pak Lah, belum gawat dah memerah rakyat untuk sama-sama tanggung derita. Kalau betul dia nak rakyat sama kongsi beban kerajaan, kenapa dia sendiri tak nak jadi contoh? Maksudnya, dia pun perlu duduk rumah biasa yang bukanditaja kerajaan, beli petrol sendiri, bayar tol sendiri, tak yah guna escort untuk kesana sini, tempoh jalan jem dan makan sama-sama kat kedai mamak. Ada berani dia nak buat gitu semua? Pak Lah tak rasa beban yang rakyat rasa sekarang ni. Serba serbi hidupnya di adun oleh orang. Nak g jalan mana-mana, tak yah kuar sesen pun duit. Kereta, rumah, makan minum dan segala keperluan harian semuanya dah ada orang uruskan. Makan pun kat tempat yang eksklusif, tak makan tepi jalan kat kedai mamak ke atau mana-mana gerai. Kalau tengok TV, siaran satu dunia boleh tengok free, rakyat kalau nak tengok lain dari channel free kena bayar kat astro. Bil air, elektrik, telefon semua free, tak yah gaduh nak pi bayar kat post office ataupun bayar online kat bank. Masa zaman Tun pun memang Tun dapat kenikmatan yang sama, tapi bezanya Tun tidak tamak dan kongsi sedikit bersama rakyat. Kalaupun tak kongsi, Tun tak tergamak nak bebankan rakyat.

Masa Pak Lah nak pindah dok Seri Perdana (Kediaman Rasmi PM di Putrajaya), buat renovation yang memakan belanja berjuta-juta RM. Teruk benar ke keadaan istana tersebut ketika Tun keluar sehingga menyebabkan Pak Lah sanggup gunakan kuasa yang beliau ada untuk mengubah suai rumah tersebut menjadi sebuah istana? Memang la kita tak mahu nafikan kedudukan istimewa seorang PM, tapi jangan la sampai melampau sangat sehingga buat rakyat tersepit sebegini.

Zaman Tun mula-mula memerintah, banyak perubahan terhadap dasar-dasar negara yang dibuat bagi meringankan beban rakyat. Tun merangka strategi mengubah negara ke arah negara industri dari negara pertanian. Zaman Pak Lah, ubah jugak dasar kerajaan tetapi mengubah bagi kepentingan beliau dan kroninya malah nak kembali kezaman dulu iaitu kearah negara pertanian.

Tun Dr Mahathir lahir dari keluarga yang sederhana dan seorang Doktor yang dikurniakan akal fikran dan otak yang cerdas. Tun bermula dari bawah, dan sebab itulah Tun boleh fahami penderitaan rakyat jelata. Pak Lah, lahir dari keluarga bangsawan, orang senang, seorang PTD (Pegawai Tipu Daya), tak pernah rasa susah, macam mana nak faham jiwa rakyat?

Zaman Tun, pembangkang gerun, dan tak kuasai banyak kerusi di Parlimen sungguhpun pada satu ketika populriti Tun jatuh. Zaman Pak Lah, baru satu penggal perintah, pembangkan dah mula mendapat tempat dihati rakyat dimana kerajaan yang Pak Lah ada sekarang hanya majoriti mudah dan bukan 2/3, malah 5 buah negeri beserta wilayah persekutuan kl di tadbir oleh pembangkang. Sungguhpun berlaku satu keajaiban dimana pembangkang kuat BN Karpal Singh menyokong pimpinan Pak Lah, tapi ianya tetap tidak membawa apa-apa makna ataupun kesenangan dan kesejahteraan rakyat.

Zaman Tun, masalah sosial tak teruk sangat, masalah jenayah dalam keadaan terkawal, banyak kes dapat diselesaikan. Zaman Pak Lah, masalah sosial makin menjadi-jadi, jenayah berleluasa, apakah rakyat dah lupa, dapatkah pembunuh kejam adik nureen jazmin dijejaki? apakah perkhabaran terbaru adik sharlinie? adik asmawi? ada jumpa? bagaimana pula kes berprofil tinggi seperti kes altantuya?

Zaman Tun, takkan tunduk dengan Singapura, takkan tunduk dengan desakan Amerika, takkan bersekongkol dengan tindakan kejam barat yang menindas negara-negara Islam. Zaman Pak Lah, ibarat Harimau takutkan kucing, Negara kita jauh lebih besar dari Singapura, tapi pemimpinnya takut kat pemimpin Singapura, tidak berani mengecam tindakan kejam barat yang menindas negara-negara Islam yang lain.

Tun Mahathir seorang yang berwawasan dan berpandangan jauh. Setiap keputusannya susah dijangka dan segala keputusan beliau adalah untuk rakyat jelata dan negara. Pak Lah, seorang yang berwawasan untuk penuhkan kantung dan perut dia dan kroninya sahaja. Setiap keputusan Pak Lah memang boleh dijangka dan segala keputusannya untuk membebankan rakyat jelata dan negara. Pak Lah ni pun kaki penipu, sehari sebelum umumkan pembubaran Parlimen, beriya-iya menafikan yang Parlimen akan dibubarkan keesokkan hari, tapi bila tiba pada keesokkan harinya, tengok-tengok dia umum Parlimen dibubarkan, tak ke penipu namanya? Sama jugak dengan harga minyak, kononnya harga akan ubah masa bulan Ogos, tak sampai beberapa hari dah umum harga minyak yang naik mendadak. Ini cakap orang yang penipu.

Pak Lah dah tak relevan lagi untuk jadi PM. Pak Lah perlu undur sebelum banyak lagi kemusnahan yang akan berlaku. Konon nak jadikan industri pertanian negara keperingkat global, tapi harga beras naik jugak! Aku menyeru kepada semua rakyat yang masih leka dan lena dalam buaian Pak Lah untuk bangun dan menentang agar Pak Lah step down! Bagi lah orang lain pulak yang memimpin. Nak bagi siapa? Itu pun satu persoalan yang sukar dijawab. Rata-rata tiada seorang pemimpin pun dalam UMNO yang berkaliber untuk jadi PM kecuali ada seorang YB yang sangat aku kagumi iaitu To'Pa (Dato' Mustapa Mohamed). To' Pa ni pun bekas PTD, tapi bukan Tipu Daya punya, To' Pa seorang pemimpin yang sangat berkaliber. Aku bukan anak Kelantan, tapi aku lebih prefer To' Pa jadi PM kalau nak bandingkan Najib mahupun DS Anwar Ibrahim. Masa To' Pa jadi Menteri Pengajian Tinggi, kredebilitinya sebagai seorang pemimpin sangat terserlah. To' Pa seorang pemimpin yang berkarisma dan memang nampak ketokohannya sebagai pemimpin. Bukan macam Pak Lah, bukan macam Najib. Kenapa aku tak sokong Najib jadi PM untuk ganti Pak Lah? Kalau Najib jadi PM, mahu lagi lingkup rasanya. Nak tahu kenapa? Pergi la melalui kediaman rasmi TPM waktu malam, rasa macam tengok pesta cahaya. Selagi ada pokok, selagi itu diletakkan lampu agar kawasan tamannya terang benderang. Apa takut pada kegelapan agaknya? Memang dalam konteks sekarang orang ramai nampak Tun Mahathir vs Pak Lah. Tapi tengok, Najib diam je kan? Dia tunggu peluang je sekarang ni. Aku pun tak mahu Najib jadi PM sungguhpun Pak Lah letak jawatan. Kalau Tun Mahathir tak mahu jadi PM kita semula, aku nak sangat To' Pa yang jadi PM disamping Tun Mahathir jadi penasihat. Aku yakin Tun Mahathir tahu akan kredebiliti To' Pa, itu sebab ketika To' Pa pernah tewas masa pilihanraya dulu, masa tu Tun Mahathir lantik To' Pa jadi pegerusi MTEN. Tengok la bagaimana kebijaksanaan Tun memilih orang yang bertanggungjawab mentadbir ekonomi, bukan macam Pak Lah yang lantik peawai yang nak penuhkan kantung dia dan kroninya sahaja.

Bangunlah rakyat semua demi kesejahteraan negara. Aku tak sanggup nak tempoh hari mendatang dengan pendapatan yang masih sama tapi perbelanjaan meningkat melampaui batas. Marilah kita sama-sama tentang kerajaan Pak Lah dan minta agar Pak Lah undur secara terhormat. Kita pun tak perlu sokong Najib sebaliknya sokonglah To' Pa. Memang To' Pa ni low profile, tapi aku yakin dengan kredebility To' Pa untuk jadi PM. Percayalah, orang Kelantan boleh jadi PM!

Buat Tun Mahathir, teruskanlah dengan melontarkan idea bagi membakar semangat rakyat. Buat Pak Lah, siap sedia la packing barang untuk keluar dari istana dan pegi la melancong mana-mana ataupun pindah ke singapura (dok kat Pulau Batu Putih) coz ternyata Pak Lah Pro Singapura. Untuk Najib, hentikanlah angan-angan nak jadi PM. Buat DS Anwar, teruskanlah perjuangan dan membentuk satu pasukan pembangkang yang boleh mengawal kezaliman kerajaan. Buat To'Pa, jangan terkejut kerana ada insan seperti saya yang mengagumi kebolehan To' Pa, dan saya sentiasa berdoa agar To' Pa akan jadi PM suatu hari nanti. Harap-harapnya dalam masa terdekat ini la.

Salam.

3 comments:

Letting the time pass me by said...

Hopefully people can still survive and have something to eat and to cherish in life...

I am wondering what happen to the government? Cutting subsidy, price increase? Are we run put of money? Is the country is desperate for money? Anymore money left in the Bank Negara?

Recession may be inevitable, but the government need to make sure that the impact can be soften for those with less money.... Not following the capitalism idea ... the poor is getting poorer and the rich is getting richer...

Mohd Nadzri Kamsin said...

Sokongan tak berbelah bahagi kepada Tun?

Anti-Pak Lah?

QQ said...

RINDU DENGAN PEMERINTAHAN TUN DR MATAHIR!!!!!!!!!!!!!!!!!!!