Dr Mahathir Mohamad: Oil Price
Apa la nak jadi sekarang ni? Pihak kerajaan senang-senang je naikkan harga petrol dan diesel mendadak macam nie. Memang masa DS Najib bagi amaran kepada rakyat supaya tidak membuat spekulasi pasal harga minyak, aku dah yakin dan pasti harga minyak akan naik. Memang kenaikan tu tak dapat dielakkan selaras dengan kenaikan harga bahan api dunia, tapi tak sangka la pulak naik sampai 78 sen seliter.
Masa zaman Tun Dr Mahathir, nak tengok harga minyak naik sampai 5 sen pun payah, bila Pak Lah jadi PM, tu dia, naikkan terus 5 sen. Pas tu naik 10 sen, naik lagi 10 sen, naik 30 sen, terkini 78 sen. Giler apa?
Aku tak nak citer pasal orang yang kaya dan berpangkat besar berpendapatan besar, tapi bayangkan bagi rakyat yang berpendapatan sederhana dan rendah. Makin membebankan rakyat. Dah la harga beras pun naik, lepas ni kompom semua harga barang naik. Hantaran kahwin pun jangan harap la 4 angka sekarang ni, 5 angka pun mahu dekat rm20k paling minima. Yela, nak cover duit kenduri, duit minyak sana sini, rm10k mana cukup dah skrg ni.
Memang inflasi akan makin teruk la. Kalau dulu masa zaman Tun RM1.50 lepas untuk sarapan (teh tarik n roti canai), sekarang mau dekat RM3 untuk hidangan yang sama. Tu baru sarapan, belum campur lagi makan tengah hari dan malam. Aku rasa ini strategi Pak Lah nak galakkan rakyat Malaysia beribadah dengan berpuasa kot. Yela, dengan kenaikan harga minyak, harga barang akan naik, pendapatan masih sama,belanja untuk petrol kena tambah, so kena la kurangkan belanja lain, yang paling mudah ialah makanan. Kompom la lepas ni susah nak jumpa kes obesiti dikalangan rakyat Malaysia, syabas Pak Lah!
Boleh blah! Itu kenaikan harga minyak dikala tak dapat majoriti 2/3, cuba bayangkan kalau kerajaan pak lah dapat 2/3 aritu atau akan datang, ntah berapa kenaikan pulak yang dia buat. Mau satu liter rm10 kot.
Dalam berita malam tadi pun kononnya pak lah bagi insentif rm625 untuk pemilik kenderaan persendirian berkapasiti sehingga 2000cc, subsdi barang lain masih diberi. Masalahnya minyak keta ni kita bakal guna hari-hari dan akan isi kalau tak setiap hari, seminggu sekali, dua kali atau berkali-kali. Bayar road tax setahun sekali. Apa Pak Lah nak perbodohkan rakyat ke?
Aku takkan rasa terkejut kalau tengok ekonomi negara jatuh merudum, ramai rakyat menderita dan akan berlaku pelbagai jenayah lepas ni dek kerana kos sara hidup yang semestinya meningkat. Terbeban rakyat dengan keputusan kerajaan sekarang ni. Kalau ya pun nak naikkan harga, naikkan la berperingkat-peringkat asal rakyat tak terasa sangat.
Petang semalam (4/6/08) berduyun-duyun kereta ngisi minyak kerana terkejut harga minyak naik sampai 78 sen. Macam la minyak tu boleh tahan lama dan tak payah ngisi lagi lepas ni. Kalu lepas isi minyak pas tu park je keta kat umah, kompom la tak perlu isi minyak lagi. Lepas 2-3 hari, kena ngisi minyak jugak. Ini la budaya rakyat Malaysia, terkena kejutan, tapi masih tak sedar, lepas ni terpaksa tanggung gak kenaikan harga minyak tu dan rakyat terpaksa pasrah dalam keadaan begini.
Memang, kerajaan tak punya opsyen selain mengurangkan subsidi minyak, tapi kita tengok la nanti, lebihan subsidi tu disalur kemana? Adakah menambah kantung Pak Lah dan kroninya ataupun untuk bantu rakyat? Kompom diarong ni dah ada plan baik punya.
Aku rasa kan, Pak Lah ni terdesak nak kumpul duit kot. Yelah, dia dah tahu populariti dia dah makin kurang, orang dah tak nak percaya dia setiap hari, ramaiyang desak dia letak jawatan, itu sebab dia naikkan hara minyak sampai begini. Kalo tak silap semenjak Pak Lah jadi PM harga minyak dah naik RM1.33 sen seliter, tu baru 5 tahun jadi PM. Kalau nak dibandingkan zaman TDM, rasanya jumlah kenaikan harga minyak selama TDM jd PM tak la sampai atau bersamaan dengan jumlah yang dah Pak Lah naikkan. Entah la, dulu zaman TDM jadi PM, baru naik harga minyak 1sen, 1.5sen, rakyat dah bising, tapi sekarang ni, rakyat dibebani dengan kenaikan yang melampau macam ni.
Tak cukup dengan itu, tariff elektik turut naik sedangkan TNB untung berbilion-bilion setiap tahun. Hebat kan strategi Pak Lah, naikkan harga minyak, pasti boleh naikkan tariff elektrik sebab janakuasa elektrik pakai minyk. Pas tu harga barang pun akan bertambah naik, ye la, kos penghantaran dah naik, harga barang pun naik la. Jangan nak temberang la harga barang akan terkawal.
Apa yang terbaik buat rakyat sekarang ni bagi yang berpendapatan sederhana dan rendah, sama-sama la kita beramai-ramai pegi kedai basikal, beli basikal sebagai kenderaan rasmi pegi dan balik kerja. Orang dulu-dulu boleh buat, takkan kita tak boleh buat. Memang Pak Lah nak kita balik ke zaman lampau, tak yah pakai keta atau motor, pakai basikal je dan makan ubi. Terasa macam zaman jepun dulu jer. Dapat juga kita exercise, dan kembali ke zaman tok nenek kita.
Sabarlah sekalian rakyat Malaysia. Kita tidak berseorangan dalam menempuh semua ni. Semua rakyat Malaysia terpaksa tanggung, yang kaya dan dok di atas terus makan tanggung berak cangkung, yang kita golongan sederhana dan miskin ni terus menanggung seksa.
Syabas Pak Lah di atas pengumuman yang berpublisiti murahan tetapi mengenakan harga yang mahal untuk rakyat tanggung!
Hiduplah Pak Lah selama-lamanya di atas sana agar makin ramai rakyat Malaysia merempat dan merana. Terasa negara seperti dijajah oleh pemimpin sendiri!
Syabas Pak Lah! Hidup Pak Lah! Boleh Blah!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
salam..
sangat menarik!
:)
Post a Comment