Wednesday, May 28, 2008

Pentadbiran Kerajaan Berpolitik

Umum sedia maklum, sekarang ini keadaan negara di tahap yang agak kritikal walaupun kita didedahkan dalam media massa bahawa keadaan negara bertambah baik.

Apakah pihak kerajaan fikir rakyat sekarang boleh dikaburi melalui media massa yang rata-rata dikawal oleh pihak kerajaan? Zaman sekarang sudah berubah dimana rakyat tidak hanya bergantung dengan media massa yang dikawal oleh kerajaan. Rakyat boleh menperoleh pelbagai informasi dari tempat lain seperti internet dan lain-lain lagi.

Apa yang ingin diutarakan disini adalah seperti tajuk yang tertera diatas, pentadbiran kerajaan berpolitik. Jangan disalahkan pegawai kerajaan yang banyak melakukan salah guna kuasa dan korupsi. Ini kerana pihak kerajaan negara yang dibentuk pun mengandungi individu-individu yang korup. Pak Lah mengatakan bahawa barisan kabinetnya kali ini terdiri daripada wakil-wakil rakyat yang mempunyai rekod yang bersih. Boleh percaya ke? Mungkin la kot, daripada ramai-ramai wakil rakyat BN, yang terpilih antara yang terbersih, nak kata clean 100%, susah nak percaya.

Mengapa blog mengenai isu ini timbul? Ini adalah hasil daripada keputusan kerajaan Pak Lah yang sanggup mengikut tuntutan Cuepacs menaikkan umur persaraan ke 58 tahun. Pasti ada pegawai atasan yang 'cucuk' kat presiden cuepacs supaya menuntut perkara ini. Apa relevannya melanjutkan usia persaraan? Bagi pegawai-pegawai yang berkepentingan dan dah seronok pegang kuasa, sudah tentu mereka gembira dengan tindakan kerajaan ini. Bagaimana pula nasib beliawan/graduan atau bakal graduan nanti? Statistik menunjukkan tahap pengangguran di Malaysia melebihi 40,000 orang. Setiap tahun IPTA dan IPTS melahirkan beribu-ribu orang graduan bagi menambah bilangan graduan yang sedang menganggur. Peluang pekerjaan tidak banyak, malah dibenarkan pegawai yang sudah patut bersara untuk menyambung perkhidmatan lagi. Apakah relevannya semua ini?

Untuk memasuki ke perkhidmatan awam bukanlah suatu yang mudah. Perlu melalui peperiksaan, kursus, temuduga dan macam-macam lagi tapisan. Ada yang sudah berjaya temuduga pun tidak dapat masuk kejawatan kerajaan kerana politik dalaman yang memberi ruang kepada sanak saudara atau kroni untuk memasuki perkhidmatan kerajaan. Jangan katakan post pegawai, untuk mohon jadi PAR atau pun pemandu pun kena guna 'cable' sekarang ni. MasyaAllah, betapa teruknya korupsi dikalangan pentadbiran kerajaan sekarang ini.

Kerajaan sekarang sudah tidak lagi relevan selagi orang-orang yang menyalahguna kuasa terus berkuasa. Dasar-dasar dan pekeliling semua diaorang yang buat dan mestilah diaorang buat atas dasar kepentingan peribadi. Dulu kita susah nak tengok pegawai kerajaan pakai kereta mewah, tapi sekarang usah cakap la, second car pun kereta mewah (bagi pegawai kanan kerajaan la). Tak ke pelik tu? Mana la diaorang dapat banyak duit cam tu? Bukan lah nak berdengki, sesekali terasa bangga la bila tengok bangsa aku sendiri pakai Mercedes Benz pergi kerja, tapi yang buat aku rasa meluat tue, bila diaorang ni dah berkuasa, senang-senang je nak pijak orang bawah. Bagi mana-mana pegawai muda yang tak ikut telunjuk diaorang, senang-senang je diaorang tukarkan ke merata tempat atau paling syadis ditamatkan perkhidmatan. Mentang-mentang la diaorang pegang kuasa, bila dikomplen pasal salah laku diaorang ni pun tak de siapa yang berani nak ambil tindakan termasuk la yang post no 1 kerajaan. Bagi pegawai-pegawai muda dan baru yang sanggup dicucuk idung macam lembu, biarpun buat salah, tetap dibela.

Inilah yang dinamakan politik dalam pentadbiran kerajaan. Kalau nak diikutkan banyak lagi penyalahgunaan kuasa yang berlaku disektor kerajaan. Antaranya kalau dahulu kakitangan kerajaan tidak dibenarkan buat kerja lain selagi memegang jawatan di perkhidmatan kerajaan. Sekarang ni, usah katakan kakitangan sokongan yang sibuk buat pelbagai kerja lain seperti direct selling dsb, pegawai-pegawai atasan pun sibuk ceburi pelbagai bisnes. Cuma bezanya ikan bilis makan sikit ikan paus makan banyak la (sendiri mau ingat la!).

Pentadbiran kerajaan tidak setelus seperti yang diharapkan oleh Pak Lah. Disetiap kementerian dan agensi-agensi pusat masih mempunyai pegawai-pegawai yang menyalahguna kuasa. Kalau BPR nak siasat, mau makan tahun baru selesai.

Apa yang diharapkan sekarang ini adalah supaya kerajaan Pak Lah ni membuat satu perubahan drastik bagi memulihkan keadaan ekonomi negara yang kian meruncing. Jangan nanti yang kaya bertambah kaya dan yang miskin menjadi papa kedana. Sama ada Pak Lah perlu undur atau tidak, itu bukan satu jalan penyelesaian, seluruh sistem pentadbiran dari akar umbi perlu diperbaiki bagi menjamin kesejahteraan negara.

Bagi wakil-wakil rakyat yang telah dipilih, ingatlah, amanah yang rakyat dah berikan supaya nasib rakyat terbela. Bagi penjawat awam yang sedang bekerja, gunakanlah peluang yang ada untuk berkhidmat dengan 'Bersih, Cekap dan Amanah.'. Ingatlah, kerja merupakan satu ibadah dan gaji yang diperoleh perlu bersesuaian dengan sumbangan yang diberikan. Janganlah menyalahguna kuasa bila berada diatas kerana suatu hari nanti akan ke 6 kaki bawah juga akhirnya. Jadikanlah peluang berkerja dengan kerajaan sebagai menjaga amanah rakyat Malaysia dan harus diingat, kalian merupakan golongan yang terpilih untuk berkhidmat dengan kerajaan. Nasib kalian baik jika dibandingkan dengan nasib graduan lain yang masih menganggur diluar sana.

No comments: